*DENGAR DENGAN TELITI HUJAHAN KEDUA2 MENTERI UNDANG2 KERAJAAN MADANI AZALINA SAID & BEKAS MENTERI UNDANG2 KERAJAAN PN 33 BULAN TAKIYUDDIN HASSAN.
RUPANYA CAMPUR TANGAN TAKIYUDDIN HASSAN SUPAYA NAJIB DI DAPATI BERSALAH & DI HANTAR SEGERA KE PENJARA!!*. *GENG UMNO JANGAN MUDAH TERTIPU DENGAN PERMAINAN POLITIK PAS!!*. *SEKARANG MEREKA SEDANG MENIPU & SDG MENUNGGANG ISU ADENDUM NAJIB!!*
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
*Patutlah Najib disumbat ke penjara pda 2/8/22 dgn pantas..rupanya takiyuddin campur tangan.. Takiyuddin buktikan dia campur tangan urusan AG semasa dia jadi Menteri Undang2.!!*
Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus melakar kejayaan melalui lonjakan ekonomi, hasil kerja keras sepanjang tahun demi manfaat rakyat dan negara.
KUALA LUMPUR, 31 Dis – Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI terus melakar kejayaan melalui lonjakan ekonomi, hasil kerja keras sepanjang tahun demi manfaat rakyat dan negara.
Antara inisiatif ditonjolkan ialah melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang memberi fokus kepada pelaburan strategik, pembangunan tenaga kerja dan sokongan kepada industri berteknologi tinggi untuk mencapai visi Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Provos Malaysia University of Science and Technology (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata pelaksanaan NIMP 2030 setakat suku kedua 2024 terus membuahkan hasil dengan pelbagai pencapaian penting direkodkan, antaranya peningkatan peluang pekerjaan sebanyak 0.9 peratus.
Beliau berkata, sebanyak 200,000 peluang pekerjaan baharu yang diwujudkan itu mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pekerjaan dalam sektor berteknologi tinggi.
“Pastinya peluang pekerjaan baharu dapat bantu rakyat, tetapi kita perlu bersedia dengan perubahan sektor pekerjaan, dengan majikan dan industri tertumpu kepada pekerja separuh mahir dan mahir selari dengan usaha kerajaan yang sedang berhijrah kepada ekonomi kecerdasan buatan (AI) dan kemahiran pendigitalan.
“Kita ada lebih 17 juta pekerja dan 70 peratus daripadanya tidak mahir, yang memerlukan latihan serta-merta, dan ini juga memberi isyarat penting agar Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF Corp) melabur lebih banyak untuk meningkatkan kemahiran pekerja ini,” katanya kepada Bernama.
Dalam usaha meningkatkan kemahiran, Kerajaan MADANI juga membuktikan komitmen untuk membangunkan modal insan berkemahiran tinggi, selaras dengan keperluan industri moden apabila 1,057 pakar teknikal telah menerima latihan.
Barjoyai berkata, perkara itu adalah langkah permulaan yang baik dan berani oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghantar kumpulan pekerja negara mendapatkan latihan, sekali gus meningkatkan kemahiran pekerja tempatan.
“Sebenarnya kita perlu lebih cepat untuk menghantar pekerja kita menjalani latihan selama sebulan atau tiga bulan melalui ‘micro-credential’ yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi, khususnya kursus AI dan data raya,” katanya.
Geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan pula ketika dihubungi Bernama berkata, antara pencapaian ketara Kerajaan MADANI tahun ini dapat dilihat menerusi jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.75 sen yang diumumkan pada 24 Disember lalu.
Malah, beliau berkata, kedudukan ringgit yang semakin mengukuh berbanding dolar Amerika turut mencerminkan kestabilan ekonomi serta keyakinan pelabur asing terhadap negara ini kerana Kerajaan MADANI berjaya mewujudkan kestabilan politik sepanjang lebih dua tahun pentadbiran.
“Kestabilan poilitik ini yang mencerminkan bahawa pelabur mempunyai keyakinan dengan struktur ekonomi yang kukuh, jadi dividen ASB yang memberangsangkan dan kedudukan ringgit mengukuh itu adalah kerana kestabilan politik.
“Jadi, saya lihat ia merupakan hadiah Kerajaan MADANI kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara itu berkata, apabila negara mencapai kestabilan politik, maka barisan Kabinet Kerajaan MADANI dapat menumpukan seluruh perhatian dalam membentuk dasar untuk
kepentingan rakyat seperti kemajuan NIMP 2030 yang antaranya bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan.
“NIMP lebih beri perhatian untuk menambah peluang pekerjaan, seperti latihan teknikal, kerana Perdana Menteri menekankan dalam konsep MADANI supaya mementingkan teknologi baharu dan terkini dalam pembangunan ekonomi, sebab itu diuar-uarkan setiap rakyat memahami apa dimaksudkan dengan kecerdasan buatan,” katanya.
Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diiring pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada 27 Oktober 2017. Foto Malai Rosmah Tuah
KOTA KINABALU, 31 Dis – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat beberapa projek yang didakwa gagal dilaksanakan di Sabah semasa tempoh jawatan presiden Warisan, Shafie Apdal, sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Pengarah komunikasi AMK negeri, Fekirie Gobet berkata projek-projek ini yang bernilai kira-kira RM1.5 bilion secara keseluruhan, dilaksanakan antara tahun 2010 dan 2015 tetapi tidak memenuhi tujuan asalnya.
Shafie adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dari tahun 2009 hingga 2015 di bawah perdana menteri ketika itu, Najib Razak.
Walaupun tidak menyenaraikan secara spesifik semua projek itu, Fekirie berkata salah satunya adalah sistem bekalan air bernilai RM93 juta di Pulau Gaya, yang disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada tahun 2017.
PAC mendapati bahawa projek retikulasi air tidak mencapai objektif asal kerajaan kerana ia tidak beroperasi sepenuhnya dan gagal memenuhi keperluan penduduk.
“Kedua-dua isu ini mencerminkan kelemahan serius dalam perancangan dan pelaksanaan projek bekalan air di Sabah. Ini tidak termasuk aduan kegagalan projek bekalan elektrik dan jalanraya termasuk pembaziran RM22.5 juta bagi membina jalanraya sejauh 8km yang diberi jolokan “Jalan Monyet”.
“Sebenarnya di era KKLW di bawah pentadbiran Ahli Parlimen Semporna inilah sindiran “ada tiang tapi tiada elektrik, ada paip dan tangki tapi tiada air, ada jalanraya tapi tidak tahu di mana” sangat terkenal dimainkan di negeri Sabah.
“Soalan terbesar adalah: mengapa projek bernilai RM93 juta ini dilakukan dengan tergesa-gesa?,” soalnya dalam satu kenyataan.
Satu lagi projek kontroversi yang disebut oleh Fekirie adalah loji rawatan air bernilai RM45 juta di Semporna kawasan Shafie sendiri yang menjadi Ahli Parlimen sejak 1995 dan tidak dapat memenuhi permintaan bekalan air penduduk tempatan.
“Semua kebocoran ini (melibatkan projek bernilai RM1.5 bilion) melibatkan pembangunan infrastruktur di Sabah, terutamanya bekalan elektrik dan air, serta jalan raya.”
“Isu ini mencerminkan kelemahan serius dalam perancangan dan pelaksanaan projek infrastruktur di Sabah.”
“Angkatan Muda Keadilan Sabah berpandangan kes ketirisan RM1.5 bilion ini perlu dinilai semula kerana ia membabitkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan bagi membangunkan infrastruktur kemudahan rakyat namun diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.
”Tidak ada pihak yang patut terlepas selepas mengakibatkan kerugian bukan sahaja dari jumlah peruntukan malah kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati rakyat dinafikan oleh mereka yang menyebabkan ketirisan,” katanya.b n
Rakyat Malaysia perlu mengubah gaya hidup dengan memperbanyakkan aktiviti jalan kaki.
Tinjauan USA Today melibatkan 700,000 orang di 46 negara termasuk Malaysia menunjukkan rakyat Malaysia berada dalam kelompok penduduk yang paling kurang berjalan iairu dalam lingkungan 3500 langkah.
Secara purata rakyat Malaysia hanya berjalan sebanyak 3,963 langkah. Angka ini hanya lebih tinggi berbanding Arab Saudi yang mencatatkan 3,807 langkah dan Indonesia 3,513 langkah.
Jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain, Singapura mencatatkan 5,674 langkah manakala Filipina 4,008 langkah.
Empat negara yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan berjalan kaki ialah Hong Kong (6,880 langkah), China (6,189 langkah), Ukraine 6,107 langkah dan Jepun 6,010 langkah.
Tinjauan ini memberi liputan kepada rakyat negara yang berjalan secara purata 3500 sehingga 6,000 langkah.
PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung kenyataan yang didakwa sebagai tohmahan dan fitnah terhadap parti itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata parti itu memandang serius kenyataan melampau dan penuh emosi menteri berkenaan.
Katanya, antara lain Naib Presiden DAP itu menuduh PAS sebagai 'sesat', 'menyebar ajaran sesat', 'menunggang agama', 'merosakkan keharmonian masyarakat' dan 'menyekat sambutan Krismas'..
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menepis anggapan beliau membuat pertikaian dalam isu menyentuh pengampunan diraja.
“Bezakan pertanyaan dengan pertikaian,” katanya menjawab teguran Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abd Halim berhubung kenyataan Akmal mengenai pengampunan diraja Presiden PKR Anwar Ibrahim pada 2018.
Sebelum ini, Akmal menyoal sama ada pengampunan diraja Anwar pada 2018 dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan.
Persoalan itu merujuk kenyataan Jabatan Peguam Negara semalam, memaklumkan permohonan pengampunan mana-mana banduan yang melakukan kesalahan di Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya mesti dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.
Adam menjawab pengurniaan pengampunan bukan keputusan dibuat sewenang-wenangnya mengikut desakan politik, tetapi dilindungi mekanisme ditetapkan undang-undang dan Perlembagaan.
Adam berkata Akmal perlu waspada kenyataannya dibimbangi tidak menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Akmal dalam kenyataan terbaharu di Facebook berkata persoalannya mengenai pengampunan Anwar telah dijawab, sambil memuatnaik gambar kenyataan media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara bertarikh 16 Mei 2018.
Menurut gambar itu, rayuan pengampunan penuh Anwar telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan.
Ia turut menyatakan, selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan, Agong dengan dinasihatkan oleh lembaga pengampunan telah menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan.
Akmal seterusnya melontar dua soalan untuk peguam negara.
“Di bawah Perkara 42 Perlembagaan kuasa pengampunan adalah kuasa mutlak Agong, adakah bermakna kuasa mutlak yang diperkatakan itu perlu dirujuk kepada lembaga pengampunan terlebih dahulu?
“Adakah apa-apa titah pengampunan dibuat oleh Agong tanpa persetujuan lembaga pengampunan adalah tidak sah?”
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berjaya mendapatkan perintah injunksi untuk menghalang blogger kontroversi, Papagomo daripada terus memfitnahnya.
Ia berhubung kenyataan Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang melabel Ketua Polis Negara sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat Perdana Menteri.
Susulan itu Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah injunksi ex-parte (satu pihak) yang melarang dan menghalang Papagomo daripada menerbitkan atau menyiarkan kenyataan fitnah di semua platform media sosial yang ditujukan kepada Razarudin sehingga perbicaraan kes saman itu diputuskan.
“Mahkamah ini mendapati bahawa plaintif (Razarudin) telah menunjukkan bahawa wujudnya isu-isu yang serius yang perlu dibicarakan. Perkataan dan ayat-ayat yang digunakan oleh defendan (Wan Muhammad Azri) jelas merujuk kepada plaintif dan berunsur fitnah.
“Injunksi terhadap defendan wajar dikeluarkan oleh mahkamah ini dengan segera untuk melarang dan menghalang defendan sebagaimana permohonan plaintif,” kata Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong.
Techiong turut melarang dan melarang Papagomo daripada menerbitkan semula kenyataan, video dan status serta komen atau sebarang bentuk rujukan kepada plaintif.
Tertuduh juga dikehendaki menarik balik, menurunkan dan memadamkan penerbitan siaran video di Youtube, Tiktok, Facebook, Telegram dan X miliknya bertarikh 14, 15, 20 dan 22 Disember lalu yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah terhadap Razarudin.
Mahkamah menetapkan 10 Januari ini bagi permohonan pendengaran injunksi secara dua belah pihak.
Semalam ada yang tag aku satu video 𝘀𝗲𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶. Katanya menyambut Krismas. Dan dikatakan juga mereka 𝗰𝘂𝗰𝘂 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿.
Aku sebenarnya tak ambil peduli. Sebab prinsip aku, 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶. Itu soal dosa mereka. Adalah lebih utama berdakwah daripada mencerca.
Akan tetapi, video tersebut buatkan aku teringat pada satu isu. Sama ada mereka betul cucu Mahathir atau tidak, ada sesuatu yang 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴.
Sebenarnya 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗹𝗶𝗯𝗲𝗿𝗮𝗹 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 itu bukanlah satu rahsia. Kita pun kenal 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗻𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 dan apa yang diperjuangkannya.
Pernah juga aku tonton video pengakuan 𝗧𝘂𝗻 𝗛𝗮𝘀𝗺𝗮𝗵 yang Mahathir tak suka dia bertudung. Bila dia pakai lepas balik haji, 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗸𝗮.
Aku cerita bukan nak aibkan Mahathir. Tapi nak ajak semua renungkan. Perbandingkanlah antara keluarga Mahathir dan 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺.
Perbezaannya bagaikan langit dan bumi. Tapi peliknya, lebai tuduh DS Anwar sebagai liberal tapi angkat pula Mahathir sebagai 𝗽𝗲𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴. Mahathir perjuang apa? Perjuangkan liberalisasi? Lebai liberal ke sekarang?
Kemudian orang macam Mahathir, yang tak suka bila isterinya pakai tudung, yang pernah 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗵𝘂𝗱𝘂𝗱, nak cakap soal Islam? Gila?
Kalau ikut hati, banyak perbandingan lain boleh dibuat. Tapi macam aku kata tadi, aku tak serang peribadi. Ini sekadar untuk 𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶.
Malangnya walaun 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Walaun melihat melalui 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶. Jadi, kalau lebai kata hitam, hitamlah. Walau hati walaun sendiri tahu ianya putih.
Nak lawan DS Anwar, lawanlah. Tapi tak perlu sampai buat fitnah beliau liberal dan sebagainya demi kerana nak tanam kebencian rakyat. Hakikatnya sangat jelas.
Lebih malang lagi, orang macam Mahathir pula yang nak diangkat sebagai pejuang Islam. Itu 𝗮𝗺𝗮𝘁-𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻. Semoga Allah berikan hidayahNya buat 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮. Guane boh?
Siapa yang pernah tengok aktiviti lombong REE ni, mmg sejujurnya akan merosakkan alam sekitar secara total kerana mereka pump cecair ammonium sulfat ke dalam tanah terlampau tinggi, habis musnah sifat biologi, kimia dan struktur tanah jangka masa panjang.
CC; YB Nik Nazmi
Apabila pemimpin kerajaan negeri ada otak, tidak tamak dan gelojoh.
Perlombongan REE mempunyai risiko yang tinggi terhadap pencemaran air skala besar daripada penggunaan bahan kimia Ammonium Sulfat termasuk mencemarkan sumber air kegunaan rakyat, sumber minuman dan saliran bekalan air ke kawasan pertanian. Tanpa dikawal boleh mengancam keselamatan air dan makanan negara.
Dan garispanduan / SOP perlombongan REE negara masih tidak meyakinkan dalam mengawal pencemaran Ammonium Sulfat ini.
Diingatkan sekali lagi, ammonium sulfat boleh mencemarkan air bawah tanah dan sungai, menyebabkan peningkatan keasidan dan ketidakseimbangan ekosistem akuatik, yang mengancam kehidupan tumbuhan dan haiwan. Tanah yang tercemar boleh kehilangan kesuburan, mengakibatkan kemerosotan biodiversiti dan potensi kegunaan tanah untuk pertanian. Dari segi kesihatan manusia, pendedahan kepada ammonium sulfat yang tinggi melalui air minuman tercemar atau udara yang terdedah kepada zarah halusnya boleh menyebabkan masalah pernafasan, iritasi kulit, serta risiko penyakit kronik seperti kerosakan sistem saraf dan organ dalaman
Dengan bangganya din sembab Janawibawa kata dia yang sumbat najib ke dalam..mana walaun yang sokong abahcow tu..sila masuk sepatah dua kata 🤣🤣😂😂
Alhamdulillah, perjuangan saya dan rakyat Malaysia menentang rasuah akhirnya terjawab di Mahkamah Persekutuan hari ini.
Saya telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah pada skala yang besar menerusi penyelewengan dana 1MDB dan SRC International membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sejak tahun 2015.
Walaupun saya dihukum dengan pemecatan dari kerajaan dan parti pada ketika itu, saya terus istiqamah dengan prinsip menegakkan yang hak.
Hari ini, saya bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang konsisten melawan rasuah dan penyelewengan dapat menghela nafas lega dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah ke atas Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Terbukti, sistem kehakiman negara kita yang bebas telah dapat menjamin tertegaknya keadilan dan mengembalikan maruah negara yang tercalar.
Kebebasan sistem kehakiman inilah yang saya pertahankan ketika saya menjadi Perdana Menteri. Walaupun ada desakan politik supaya saya campurtangan dalam kes tertentu, saya tegas menolaknya walau akhirnya saya terpaksa meletak jawatan kerana mempertahankan prinsip ini.
Saya ingin mengingatkan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini bukanlah pengakhiran sebuah perjuangan. Pendakwaan dalam kes 1MDB yang melibatkan penyelewangan dana berjumlah RM2.6 billion masih belum selesai. Begitu juga kes rasuah yang melibatkan Pengerusi Barisan Nasional masih dalam proses perbicaraan di mahkamah, selain kes-kes berprofail tinggi yang lain.
Saya berharap, kebebasan badan kehakiman di negara kita terus dilindungi tanpa ada cubaan campurtangan atau desakan politik dari mana-mana pihak agar keadilan dapat tertegak.
Kebebasan dan integriti badan kehakiman sepertimana yang terbukti pada hari ini adalah paksi sebuah negara demokrasi. Tanpa badan kehakiman yang bebas, sistem demokrasi di negara kita akan gagal untuk berfungsi dan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersifat autoritarian, rasuah dan bankrap moral, na'uzubillah.
Atas segalanya, saya mendoakan agar Malaysia bebas sepenuhnya daripada amalan kleptokrasi, dijauhi daripada bala bencana dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
1. Ia satu sejarah besar Negara, sejak 1960an ini pertama kali Kerajaan Malaysia berani buat tutup terus sempadan Sg Golok.
2. Tanpa ada “political will” yang kuat, mustahil keputusan dasar dan tindakan strategik ini mampu dilakukan.
3. Ia bukan sahaja menurunkan kadar jenayah, penyeludupan dadah - pil kuda, produk kosmetik, pendatang tanpa izin, senjata dan barangan haram, tetapi ketirisan barangan subsidi seperti minyak masak, petrol dan diesel juga berjaya dikurangkan terus serta merta.
4. Tahniah Kerajaan Malaysia Madani yang dipimpin oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin oleh YB Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain dan Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dan semua pasukan PDRM - PGA - ATM yang akhirnya membuahkan hasil.
5. Bermula 1 Disember 2024, polis telah istihar tangkap sesiapa yang rentas sempadan tanpa passport sah dan tidak melalui 3 pintu masuk sah iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur dan Bukit Bunga.
6. Tindakan di Kelantan juga disusuli dengan tindakan sama di Kedah, Perlis dan Perak. Hanya 8 pintu masuk sah sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia.
7. Paling menarik tindakan ini disokong 100% oleh polis dan tentera Thailand apabila Lt Jen Paisan Nusang, Komander Tentera Darat Bahagian ke 4 Thailand sendiri bagi kenyataan rasmi.
8. Tindakan 2 Negara serentak ini berjaya atas usaha PMX Dato Seri Anwar Ibrahim berbincang dengan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra ketika lawatan khas ke Malaysia pada 15 Disember 2024 lepas.
Tahniah Kerajaan Malaysia Madani! Betul betul luar biasa tindakan REFORM KDN kalini.
Pada 30 Disember, YADIM Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Kawanku dan PAWE Daerah Kuantan telah mengadakan forum yang bertajuk 'Warga Emas Dalam Komuniti Madani' yang membariskan Pengerusi National Council Women's Organization (NCWO) Negeri Pahang, Dato' Sri Maznah Mazlan dan Ahli Zamalah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Badrul Huzaini Mohd Yusoff sebagai panelis. Forum ini berlangsung di Dewan PAWE Kuantan.
Dato' Sri Maznah Mazlan menyuntik semangat warga emas dengan pencerahan peluang yang disediakan oleh kerajaan Madani kepada mereka, manakala Ustaz Badrul Huzaini menyentuh persediaan warga emas daripada segi rohani dan jasmani.
Turut hadir dalam forum ini ialah Puan Rosnah Ahmad, Ahli Zamalah YADIM Negeri Pahang yang mewakili Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda.
****
YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.
Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.
Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam Malaysia Berhad).
Atau klik link dibawah :
Sumbangan secara potongan bulanan
InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim
Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment -https://infaqpay.my/collection/yadim
Malaysia kini rakan strategik dihormati, diiktiraf kuasa besar dunia – PM
Malaysia kini dilihat sebagai rakan strategik yang dihormati serta menerima pengiktirafan daripada pemimpin negara kuasa besar atas peranan negara dalam memperjuangkan isu-isu global, kata Perdana Menteri.
Tambah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia terutama dalam mendokong keadilan buat rakyat Palestin serta memperjuang tatanan dunia yang lebih adil dan seimbang.
1. Ditulis Pasca Pru13, pada tahun 2014. PAS bersama DAP pada Pru13, 2013. Ketika buku ini diterbitkan, PAS ok saja.
2. Buku ini sudah diulang cetak 18 kali. Termasuk masa 33 bulan PAS sbg Kerajaan. Tiada pun suara PAS nak haramkan ulangcetak, atau nak haram terus buku ini.
3. Nak pesan kepada PAS, ketika bersama (baik ketika bersama DAP(PR-PH), atau ketika bersama UMNO (PN-BN, MN), jangan diungkit perkara yg PERNAH dipersetujui bersama!
4. Mempersepsikan, memfitnah, mempropaganda buruk perkara yg pernah dipersetujui bersama itu namanya KHIANAT.
Bodoh puak² lebai ni..walaun asyik kena bodoh dngn.lebai PAS je!!
Malam Langkah Sheraton oleh para pengkhianat pun DS Anwar tetap di majlis agama di rumahnya...masih ingat video dan riaknya yang tetap tenang.
Najib Bakar
Apa aktiviti PMX selepas keluar dari penjara? Setiap minggu akan diadakan solat hajat dan zikir mingguan.
Sesiapa pun boleh pi. Siap dijamu makan.
Aku berkesempatan pi dengan ayah dan arwah mak dua tiga kali ke rumah DSAI di Bukit Segambut untuk majlis ini.
Di rumahnya tiada perabot mahal-mahal.
Di luar disediakan bilik wudhu' untuk para tetamu.
Aku share gambar posting DSAI di FB nya, ada la terselit aku di situ kalau hampa perasan.
Di majlis-majlis tu, langsung tak petik bab politik Malaysia. Jadi apa yang disentuh?
Antara yang aku ingat, bab sejarah tamadun-tamadun hebat dunia.
Bagaimana turun naik satu-satu tamadun itu. Bila sampai generasi terkemudian, generasi yang tak pernah berjuang, mereka complacent. Alpa. Jadinya tamadun runtuh.
Di dunia perkara itu berlaku berulang kali.
Terus, kita harus belajar daripada sejarah. Pesan DSAI.
Selepas jadi Perdana Menteri, jika berkesempatan beliau akan adakan majlis ilmu di tempat awam.
Sesiapa pun boleh hadir. Tak ada protokol.
Cuma bila dah jadi PM, ramai bodyguard, susah sikit la nak bergambar.
Tapi DSAI tetap DSAI. Tak pernah sombong dengan tetamu, dengan rakyat biasa.
Dengan anak kecil dilayan persis cucunya sendiri.
Tak percaya?
Pergi lah ke majlis ilmu yang dihadiri beliau. Silap-silap dari benci, tukar jadi fan nombor wahid.
Tapi adakah beliau sempurna?
Tentu sekali tidak. Pasti ada kesilapan, ketidaksempurnaan di mana-mana.