TAHNIAH KETUA POLIS NEGARA LANGKAH PERTAMA BERJAYA KEPUTUSAN MAHKAMAH KP...



Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berjaya mendapatkan perintah injunksi untuk menghalang blogger kontroversi, Papagomo daripada terus memfitnahnya.
Ia berhubung kenyataan Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang melabel Ketua Polis Negara sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat Perdana Menteri.
Susulan itu Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah injunksi ex-parte (satu pihak) yang melarang dan menghalang Papagomo daripada menerbitkan atau menyiarkan kenyataan fitnah di semua platform media sosial yang ditujukan kepada Razarudin sehingga perbicaraan kes saman itu diputuskan.
“Mahkamah ini mendapati bahawa plaintif (Razarudin) telah menunjukkan bahawa wujudnya isu-isu yang serius yang perlu dibicarakan. Perkataan dan ayat-ayat yang digunakan oleh defendan (Wan Muhammad Azri) jelas merujuk kepada plaintif dan berunsur fitnah.
“Injunksi terhadap defendan wajar dikeluarkan oleh mahkamah ini dengan segera untuk melarang dan menghalang defendan sebagaimana permohonan plaintif,” kata Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong.
Techiong turut melarang dan melarang Papagomo daripada menerbitkan semula kenyataan, video dan status serta komen atau sebarang bentuk rujukan kepada plaintif.
Tertuduh juga dikehendaki menarik balik, menurunkan dan memadamkan penerbitan siaran video di Youtube, Tiktok, Facebook, Telegram dan X miliknya bertarikh 14, 15, 20 dan 22 Disember lalu yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah terhadap Razarudin. Mahkamah menetapkan 10 Januari ini bagi permohonan pendengaran injunksi secara dua belah pihak.