AMK Sabah Desak Pihak Berkuasa Siasat Projek RM1.5 Bilion Pada Era Shafie

 

AMK Sabah Desak Pihak Berkuasa Siasat Projek RM1.5 Bilion Pada Era Shafie

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diiring pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada 27 Oktober 2017. Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU, 31 Dis – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat beberapa projek yang didakwa gagal dilaksanakan di Sabah semasa tempoh jawatan presiden Warisan, Shafie Apdal, sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Pengarah komunikasi AMK negeri, Fekirie Gobet berkata projek-projek ini yang bernilai kira-kira RM1.5 bilion secara keseluruhan, dilaksanakan antara tahun 2010 dan 2015 tetapi tidak memenuhi tujuan asalnya.

Shafie adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dari tahun 2009 hingga 2015 di bawah perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

Kenyataan media Pengarah Komunikasi AMK Sabah yang dikeluarkan pada 30 Disember 2024.

Walaupun tidak menyenaraikan secara spesifik semua projek itu, Fekirie berkata salah satunya adalah sistem bekalan air bernilai RM93 juta di Pulau Gaya, yang disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada tahun 2017.

PAC mendapati bahawa projek retikulasi air tidak mencapai objektif asal kerajaan kerana ia tidak beroperasi sepenuhnya dan gagal memenuhi keperluan penduduk.

“Kedua-dua isu ini mencerminkan kelemahan serius dalam perancangan dan pelaksanaan projek bekalan air di Sabah. Ini tidak termasuk aduan kegagalan projek bekalan elektrik dan jalanraya termasuk pembaziran RM22.5 juta bagi membina jalanraya sejauh 8km yang diberi jolokan “Jalan Monyet”.

Antara projek kontroversi yang disebut oleh Fekirie adalah loji rawatan air bernilai RM45 juta di Semporna, kawasan Shafie sendiri yang menjadi Ahli Parlimen sejak 1995.

“Sebenarnya di era KKLW di bawah pentadbiran Ahli Parlimen Semporna inilah sindiran “ada tiang tapi tiada elektrik, ada paip dan tangki tapi tiada air, ada jalanraya tapi tidak tahu di mana” sangat terkenal dimainkan di negeri Sabah.

“Soalan terbesar adalah: mengapa projek bernilai RM93 juta ini dilakukan dengan tergesa-gesa?,” soalnya dalam satu kenyataan.

Satu lagi projek kontroversi yang disebut oleh Fekirie adalah loji rawatan air bernilai RM45 juta di Semporna kawasan Shafie sendiri yang menjadi Ahli Parlimen sejak 1995 dan tidak dapat memenuhi permintaan bekalan air penduduk tempatan.

“Semua kebocoran ini (melibatkan projek bernilai RM1.5 bilion) melibatkan pembangunan infrastruktur di Sabah, terutamanya bekalan elektrik dan air, serta jalan raya.”

Antara poster yang didakwa membongkar skandal salah laku Shafie semasa menjadi menteri KKLW antara 2009 hingga 2015.

“Isu ini mencerminkan kelemahan serius dalam perancangan dan pelaksanaan projek infrastruktur di Sabah.”

“Angkatan Muda Keadilan Sabah berpandangan kes ketirisan RM1.5 bilion ini perlu dinilai semula kerana
ia membabitkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan bagi membangunkan infrastruktur kemudahan rakyat namun diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

”Tidak ada pihak yang patut terlepas selepas mengakibatkan kerugian bukan sahaja dari jumlah peruntukan malah kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati rakyat dinafikan oleh mereka yang menyebabkan ketirisan,” katanya.b n