PAS ANGKAT LIBERAL DARI LEBIH ISLAMIK

 


Semalam ada yang tag aku satu video 𝘀𝗲𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶. Katanya menyambut Krismas. Dan dikatakan juga mereka 𝗰𝘂𝗰𝘂 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿.



Aku sebenarnya tak ambil peduli. Sebab prinsip aku, 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶. Itu soal dosa mereka. Adalah lebih utama berdakwah daripada mencerca.


Akan tetapi, video tersebut buatkan aku teringat pada satu isu. Sama ada mereka betul cucu Mahathir atau tidak, ada sesuatu yang 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴.


Sebenarnya 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗹𝗶𝗯𝗲𝗿𝗮𝗹 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 itu bukanlah satu rahsia. Kita pun kenal 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗻𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 dan apa yang diperjuangkannya.


Pernah juga aku tonton video pengakuan 𝗧𝘂𝗻 𝗛𝗮𝘀𝗺𝗮𝗵 yang Mahathir tak suka dia bertudung. Bila dia pakai lepas balik haji, 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗸𝗮.


Aku cerita bukan nak aibkan Mahathir. Tapi nak ajak semua renungkan. Perbandingkanlah antara keluarga Mahathir dan 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺.


Perbezaannya bagaikan langit dan bumi. Tapi peliknya, lebai tuduh DS Anwar sebagai liberal tapi angkat pula Mahathir sebagai 𝗽𝗲𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴. Mahathir perjuang apa? Perjuangkan liberalisasi? Lebai liberal ke sekarang?


Kemudian orang macam Mahathir, yang tak suka bila isterinya pakai tudung, yang pernah 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗵𝘂𝗱𝘂𝗱, nak cakap soal Islam? Gila?


Kalau ikut hati, banyak perbandingan lain boleh dibuat. Tapi macam aku kata tadi, aku tak serang peribadi. Ini sekadar untuk 𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶.


Malangnya walaun 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Walaun melihat melalui 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶. Jadi, kalau lebai kata hitam, hitamlah. Walau hati walaun sendiri tahu ianya putih.


Nak lawan DS Anwar, lawanlah. Tapi tak perlu sampai buat fitnah beliau liberal dan sebagainya demi kerana nak tanam kebencian rakyat. Hakikatnya sangat jelas.


Lebih malang lagi, orang macam Mahathir pula yang nak diangkat sebagai pejuang Islam. Itu 𝗮𝗺𝗮𝘁-𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻. Semoga Allah berikan hidayahNya buat 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.