TIADA APA YANG DIRISAUKAN WALAU PANGKAT SEKALI PUN HARTA. ANWAR TENANG DIMALAM TEBUK ATAP BERLAKU.


 Mohd Norazlan

Malam Langkah Sheraton oleh para pengkhianat pun DS Anwar tetap di majlis agama di rumahnya...masih ingat video dan riaknya yang tetap tenang.



Najib Bakar

Apa aktiviti PMX selepas keluar dari penjara? Setiap minggu akan diadakan solat hajat dan zikir mingguan.


Sesiapa pun boleh pi. Siap dijamu makan.


Aku berkesempatan pi dengan ayah dan arwah mak dua tiga kali ke rumah DSAI di Bukit Segambut untuk majlis ini.


Di rumahnya tiada perabot mahal-mahal. 


Di luar disediakan bilik wudhu' untuk para tetamu.


Aku share gambar posting DSAI di FB nya, ada la terselit aku di situ kalau hampa perasan.


Di majlis-majlis tu, langsung tak petik bab politik Malaysia. Jadi apa yang disentuh?


Antara yang aku ingat, bab sejarah tamadun-tamadun hebat dunia. 


Bagaimana turun naik satu-satu tamadun itu. Bila sampai generasi terkemudian, generasi yang tak pernah berjuang, mereka complacent. Alpa. Jadinya tamadun runtuh.


Di dunia perkara itu berlaku berulang kali.


Terus, kita harus belajar daripada sejarah. Pesan DSAI.


Selepas jadi Perdana Menteri, jika berkesempatan beliau akan adakan majlis ilmu di tempat awam.


Sesiapa pun boleh hadir. Tak ada protokol.


Cuma bila dah jadi PM, ramai bodyguard, susah sikit la nak bergambar.


Tapi DSAI tetap DSAI. Tak pernah sombong dengan tetamu, dengan rakyat biasa.


Dengan anak kecil dilayan persis cucunya sendiri.


Tak percaya? 


Pergi lah ke majlis ilmu yang dihadiri beliau. Silap-silap dari benci, tukar jadi fan nombor wahid.


Tapi adakah beliau sempurna? 


Tentu sekali tidak. Pasti ada kesilapan, ketidaksempurnaan di mana-mana.


Ya, dia juga manusia, seperti kau dan aku.


Dan dia pun kerap akui itu. 


Najib Bakar 

30 Disember 2024