[LANGSUNG] Majlis Kenduri Rakyat | 23 Jan 2023

[LANGSUNG] Pantau Kerajaan Baharu: Anwar pulang ke Pulau Pinang sebagai ...

POLITIK SYARIAH DAN POLITIK KEPARTIAN-FITNAH,SANGKAAN...MACAM MACAM LAH YA...


 

ANWAR DI BANDAR PERDA






Perdana Menteri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai di program minum petang bersama rakyat di Lembah Makanan Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, petang ini.

Description: 📸Muhammad Adib Hakim Hasri | BERNAMA

SEBELUM KE PULAU PINANG - DSAI SEMPAT MENZIARAHI SAHABATANYA DI KEDAH

 

PM Anwar Ibrahim menziarah sahabatnya ustaz Yusof Latif di rumahnya di Kampung Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, hari ini.

Description: 📸Erma Idayu | BERNAMA



 

BERITA BERGAMBAR : ANWAR PULANG KE BUKIT MERTAJAM BERTEMU MASYARAKAT PERMATANG PAUH


Perdana Menteri Anwar Ibrahim anak jati Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam hari ini pulang ke kampung halaman buat kali pertama selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Anwar kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Cheruk Tok Kun Bawah.

Faiz Baharin | BERNAMA

Seusai acara rumah terbuka Tahun Baru Cina di Bayan Lepas, saya kemudiannya ke Bandar Perda di Bukit Mertajam untuk minum petang bersama rakyat.

Saya singgung mengenai Permatang Pauh yang ternyata dekat di hati saya meski saya pernah berkelana ke Port Dickson dan kini di Tambun. Permatang Pauh adalah asas kekuatan yang menunjangi perjuangan yang penuh liku ini.

Namun, apa yang penting untuk dilakukan saat ini adalah bekerja sebaik mungkin agar negara dan masyarakatnya terbela. Saya yakin kita akan kembali menawan Permatang Pauh dengan gelombang dukungan massa yang lebih kuat selepas ini, inshaAllah.

#MalaysiaMADANI

 








BAGAIMANA ORANG BAWAHAN BOLEH MENJATUH KAN ORANG ATASAN- PEMBUNUHAN KAREKTOR-97% PERSEKITARAN YANG NEGATIF

 


APA BENDA LA PULAK NIM ?


 

CNY CM IN PENANG .

 KREDIT GAMBAR DAN VIDEO  DARI ; JOCA









BEZA SEDEKAH DAN RASUAH- MAMAT NI SEKOLAHKAN LEBAI HADI....#JANGAN KOYAK


 

MUSANG BERJANGGUT


 

AAAA....MEMANG DIA BANDUAN...KAMI PUN TAHU....TAPI KAMU KENA INGAT MASA KAMU BELUM TENTU...


 

SAJA LA- KENA KE PAS SEMUA HALAL- KENA KE ORANG LAIN SEMUA SALAH..PEEEEGEEEEDAHHH


 

KAT NORWAY GAJI HAMPIR SAMA- TIDAK KIRA BANGSA DAN WARNA KULIT


 

KEMENTERIAN AKAN SAMAN


 

FAKTA RUU 355- KALAU STEP MULA PUN BELUM JALAN MACAMANA NAK JALAN.....SO ....TEMBERANG


 

AMARAN ANWAR: JANGAN JADIKAN JAWATAN MENTERI TIKET UNTUK KAYA



SELAIN PESANAN ANWAR PADA WAKIL RAKYAT, KHASNYA PKR- ADA PENYOKONG KATA JUMPA PENYOKONG PUN SUSAH NAK SALAM. MASA JADI MENTERI KALAU JUMPA PENYOKONG KENA LA SALAM.JANGAN LA PERASAN SANGAT BILA DAH JADI MENTERI. MALAH ADA YANG KATA WAKIL UMNO PULAK BAGUIH BILA JUMPA PENYOKONG....



KERAJAAN akan sentiasa memastikan tadbir urus yang baik dengan menegakkan prinsip integriti terutamanya menolak amalan rasuah, bagi memastikan perancangan kemajuan negara dapat direalisasikan, kata Anwar Ibrahim.

Perdana menteri berkata semua pihak yang menganggotai kerajaan perpaduan telah diberi hala tuju yang jelas, mengenai perkara itu.

“Kita bagi peraturan yang jelas, kalau mahu kuat (stabil) dan mendapat sokongan rakyat, pemimpin mesti tolak rasuah dan salah guna kuasa.

“Dalam hal ini saya tegas, kalau mahu kaya, keluar dan jadi orang berniaga bukan jadi menteri, kerana jika demikian negara akan rosak,” katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di bangunan KLSCAH, di Kuala Lumpur hari ini.

Kehadiran Anwar yang diiringi isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke majlis itu, disambut Presiden KLSCAH Ngan Teng Ye serta kepimpinan tertinggi KLSCAH.

Anwar berkata sehubungan itu beliau memperkenalkan Malaysia Madani, kerana yakin potensi besar Malaysia hanya boleh dioptimumkan jika prinsip integriti ditegakkan, tiada amalan rasuah, manakala pemimpin atau menteri tidak berlumba mengumpul kekayaan.

Perdana menteri berkata beliau tegas mengenai perkara itu, dan setakat ini semua ahli jemaah menteri memahami hala tuju yang digariskan dan konsisten melaksanakan tadbir urus yang baik.

“Malaysia ini sebuah negara kaya dengan kemampuan yang banyak, tetapi jika pimpinannya masih dengan cara lama, negara akan rosak.

“Tetapi dalam tempoh dua bulan ini, saya nampak semua jemaah menteri konsisten melaksanakan tadbir urus baik, tiada amalan rasuah dalam urusan dan pentadbiran kementerian masing-masing,” katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri menzahirkan ucapan terima kasih kepada pimpinan dalam kerajaan perpaduan, sama ada dari Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, yang dari segi prinsip kesemuanya amat tegas dan tidak bertolak ansur dengan perbuatan rasuah. 

Dalam pada itu, Anwar sekali lagi mengulangi pendirian kerajaan untuk terus memberi tumpuan kepada memperkasakan sektor perusahaan kecil sederhana (PKS) dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini.

Perdana menteri berkata PKS merupakan antara sektor yang perlu diberi tumpuan khusus oleh kerajaan selepas menerima kesan buruk sepanjang dua tahun negara berhadapan penularan pandemik Covid-19.

Bagi tujuan itu, Anwar menyeru agar seluruh lapisan masyarakat memantapkan semangat perpaduan dan mengenepikan sebarang perbezaan kaum, serta menumpukan segala usaha untuk membangunkan ekonomi negara secara bersama.

“Dalam sebulan ini saya lihat pelabur dari negara China, Eropah, Amerika, India dan Australia begitu berminat untuk datang ke Malaysia… oleh yang demikian, amat penting untuk mengekalkan keharmonian agar Malaysia terus kekal sebagai tarikan pelaburan,” katanya. – Bernama, 22 Januari 2023.

JOM CARI PAHALA DENGAN SEDEKAH RASUAH .


 

INI DIA DIKATAKAN PM YANG TAK BAGUS


 

PADUKA AYAHANDA HARIMAU KUMBANG- TELAH DICEKUP


 

JELAS MENGHINA GOLONGAN BAWAHAN- DULU DIA JUGA KATA BARANG YANG NAIK TAK MEMBERI KESAN. KALI NI DIA LAGI HINA ORANG BAWAHAN- DENGAR DAK WALAUN- "IKAN KEMBUNG CAP AYAM" ....CILAKA PUNYA LEBAI HINA ORANG SUSAH


 

KISAH KOMINIS HANYA UNTUK MELARIKAN KELEMAHAN KERAJAAN PEMERINTAH LEPAS. IANYA HANYA MEMPERBODOHKAN BANGSA MELAYU


 

KISAH MAMAT NI PUJI TOL FREE- TAPI DIA KOMEN PASAL SPEED TRAP PULAK....DIA MEMANG OTAK SELUT....


 

SARANAN SUPAYA JANGAN MEMBELI PENIAGA / PENJUAL YANG MENJUAL BARANG MAHAL WAJAR. PENIAGA JANGAN AMBIL BARANG JUALAN BERLEBIHAN


 

WALAUN TELAH DITAHAN AKIBAT MEMFITNAH HURU HARA- KES DIULANG SEBAB MASIH ADA YANG SANGGUP KE PENJARA


 

SENTIMEN POSITIF TERHADAP DASAR KERAJAAN MENAIKKAN KADAR PELABURAN DAN PENGUKUHAN KEWANGAN DARO 4.80 PADA NOVEMBER 2022 KEPADA 4.28.55 PADA JANUARI.


 

PERSIAPAN JAMUAN RAKYAT DI TOK KUN HARI INI


 

NANTI KITA BOLEH MINTA SEDEKAH....


 

DBKL PUNYA TUGAS BESAR- BANYAK LAGI YANG HARUS DIGEMPUR


 

DULU TAK SEMPAT DATANG DAN TAK DIJEMPUT - TAPI SELEPAS JADI PM DAN PUNYA MASA MAKA DIJEMPUT


 

TERIMA HAKIKAT BAHAWA PERPADUAN ITU PENTING UNTUK KUKUHKAN EKONOMI


 

JADI KALAU MASA KEMPEN TUDUH KAU BERZINA MACAMANA PULAK ?




Jadi maknanya kalau masa kempen pilihanraya, kita cakap Mahiaddin berzina dengan isteri orang tak salah la kan?

Kira kita tanya. Mahiaddin kena terbuka dan jawab dengan tenang. Sebab itu cuma sebahagian dari kempen politik untuk memenangkan calon yang bertanding.

Jadi para penyokong PH semua ingat ni. Mahiaddin dah bagi lesen untuk mainkan isu ni. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

PAS USAH BERANGAN TAWAN SELANGOR


BODO PUNYA UMMAH- SINGSPORE DAH GUNA SISTEM AWACS DAH PULUH TAHUN KALAU DIA NAK KOREK RAHSIA....UMMAH YANG BODOH SEBENARNYA

 





Serious UMMAH ni kelakar. Tak setuju bawa masuk pakar Singapura sebab pembangunan perumahan tu rahsia keselamatan negara. Ye ke? Habis tu yang Google Maps dan Waze tu apa kebendanya? Habis segala ceruk dia tahu. Tak terancam keselamatan negara pulak ye?

Kalau dah rasis, begitulah. Agaknya puak UMMAH ni berapa lama tinggal di Singapura? Orang Melayu Singapura beli rumah di Malaysia bukan sebab tak mampu beli rumah di Singapura, tapi sebab rumah di Malaysia dibina memang untuk mereka.

Betul! Pemaju buat rumah harga mustahil mampu milik. Sampai lebih setengah juta. Kalau convert ke duit Singapura tak sampai pun SGD200k. Murah, landed dan besar. Di negara mereka cuma ada rumah merpati. Orang JB faham sangat.

Rumah yang orang Singapura beli tu bukan murah. Orang Melayu Singapura, yang kita sibuk kata kena tindas tu, mampu beli rumah yang orang Melayu kita, yang mengaku tuan di negara ini, tak mampu nak beli. Siapa yang oppressed sebenarnya ni?

Kalau dah rasis tu, semua benda dia nak jadikan isu rasis. Jahanam betul. Padahal dorang datang cuma nak kongsikan pengalaman je. Ni jenis bodoh tapi sombong. Apa salah belajar dari mereka. Bukannya bagi terus dorang kawal pembangunan.

Minda dah terlalu sempit. Terlalu prejudis terhadap semua orang lain. Selalunya orang prejudis sebab dia sendiri memang selalu berniat nak menganiaya orang lain. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

BAIKI KESILAPAN PRU HADAPI PRN SELANGOR

  BAIKI KESILAPAN PRU HADAPI PRN SELANGOR

KERAJAAN HILANG WANG RM4 BILION, SIASAT SEGERA


KEH..KEH...MIMPI KA KO NI...KERAJAAN TAK ADA TELONG DAN REGA AYAM TAK DAPAT KAWAL PUN KO KATA BAIK YA

 


Cubaan bunuh persepsi baik rakyat terhadap PN? Kami tak cuba pun. Korang yang kelar tubuh sendiri. Kenapa nak tuduh orang cuba bunuh pula?

Tuduhan seleweng dana prihatin, ada djsertakan bukti. SPRM yang siasat dan buat penahanan. Yang disoal-siasat mengaku kena beri komisen 3-5%. Dakwaan komisen bukan PH yang reka.

Dakwaan rasuah pengundi pula, Hadi sendiri kata kalau orang awam yang beri dikira sebagai sedekah bukan rasuah. Kenyataan itu seolah mengiyakan yang memang ada kejadian beri pengundi duit.

Itu yang aku kata, PN kelar tubuh sendiri. Bukan PH yang bunuh. Sebab masa buat tak fikir perkara ini akan terdedah. Ingat rahsianya selamat selamanya.

Yang sebenarnya, PN yang sedaya upaya berusaha reka persepsi buruk rakyat terhadap PH. Sebab itu berderet pemimpin PH yang kena saman fitnah. Jenis lidah lagi laju dari otak.

Tuduh LGBT la, tuduh tipu upah RM15 juta la. Dan semuanya tanpa bukti dan fakta. Semuanya fitnah. Begitu jahatnya PN. Tapi hari ini dia pusingkan meja acah-acah jadi mangsa. Ingat rakyat bodoh?

Masa PN makin singkat. Fitnah yang PN lemparkan dulu makin banyak yang terbukti palsu. Populariti DS Anwar pun semakin meningkat. Kebejatan PN masa memerintah pula semakin banyak terbongkar manakala walaun makin terserlah kedunguannya.

PN memang menuju jalan buntu sekarang ni. Jadi tak payah nak play victim. Terimalah hakikat. Yang bathil takkan kekal. Kebenaran akan terserlah juga akhirnya. Guane boh?

Raja Gelap

 

RAKYAT MAHU JUALAN RAHMAH SETIAP MINGGU


KADANG TAK MAU LAYAN ORANG NYANYUK.....

 

MARZELI MERADIN

Bila terkena kepada diri dan parti sendiri semua nya dikira tidak menyalahi hukum dan kalau pihak yang melakukan nya maka dengan mudah dan cepat sahaja menjatuhkan hukuman haram dan perlu dicegah dan diambil tindakan.. Bila terkena kepada diri dan parti sendiri semua nya dikira tidak menyalahi hukum dan kalau pihak yang melakukan nya maka dengan mudah dan cepat sahaja menjatuhkan hukuman haram dan perlu dicegah dan diambil tindakan..