UCAPUTAMA ANWAR DI KONVENSYEN REFORMIS 2019



Anwar luah rasa tak puas hati dengan pemimpin PKR




 



MGF24112019_KONVENSYEN-OTAI-REFORMIS15
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Kovensyen Reformis 2.0 di IDCC Shah Alam, Selangor.
 foto HAZROL ZAINAL, 24 NOVEMBER 2019.

SHAH ALAM – Konvensyen Reformasi 2019
yang dihadiri kira-kira 1,000 otai dan ahli
reformis menjadi pentas kepada Datuk Seri
 Anwar
Ibrahim meluahkan rasa tidak puas hatinya
kepada beberapa pemimpin kanan PKR.
Walaupun beliau tidak menyebut nama tetapi
dalam kalangan reformis tahu ia ditujukan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ini terutama, ketika Anwar memberitahu, ada menteri parti itu telah menjanjikan projek kepada pihak tertentu untuk mendapatkan sokongan memastikan Tun Dr. Mahathir Mohamad terus memegang jawatan perdana menteri sehingga satu penggal.
Sebaik beliau mengucapkan perkara itu, ada beberapa individu reformis melaungkan nama “Azmin” sambil disambut tepukan dari yang hadir.
Baru-baru ini, Mohamed Azmin mengadakan pertemuan dengan 17 Ahli Parlimen
Barisan Nasional (BN) dan beberapa Ahli Parlimen PKR di kediamannya di Putrajaya.
Pertemuan itu dikatakan berbincang mengenai projek rakyat, yang mana ahli
parlimen dari blok pembangkang dan segelintir dari kerajaan merunggut tidak
 mendapat peruntukan dari kerajaan Pakatan
Harapan (PH).
Namun, bagi Anwar, pertemuan tanpa pengetahuannya itu dianggap
membelakangkan peraturan parti.
Baginya juga, tindakan itu merupakan penyalahgunaan kuasa, yang sepatutnya
memberi perhatian kepada masalah
berbangkit
yang dihadapi oleh kumpulan
reformis. –

PESANAN ANWAR SEMPENA KONVENSYEN REFORMIS


Saya dan Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Konvensyen Reformis 2.0 di IDCC Shah Alam pagi ini.
Konvensyen ini ingatkan semua pimpinan bahawa kita di sini kerana sokongan dan dukungan ribuan rakyat.
Jangan kerana kuasa kita lupa daratan dan lupa sejarah. Agenda perjuangan asal KEADILAN bukan hendak jadi kerajaan atau menteri.
Kita berjuang hendak bela nasib rakyat dan tegakkan keadilan.
Pimpinan yang dipilih seharusnya menggunakan kuasa menbantu rakyat dan bukannya kroni.
Dalam berjuang usah kta tersasar dan tergelincir dari agenda reformasi dan perubahan.
Harus ingat derita saat kita berjuang, dan jangan sesekali kita lupa sejarah parti ini.
Saya dan Azizah tidak akan pernah lupa bahawa kami di sini kerana sokongan dan dukungan rakyat terbanyak keseluruhannya.
Perjuangan ini harus ada akhlak – tiada akhlak maka semuanya akan musnah – sombong, lupa diri, takabbur, tidak hormat rakyat.
Reformasi tidak akan selesai walaupun menang (sudah menang) pilihan raya.
Ia hanya akan selesai jika kita laksana agenda atau dasar yang betul, antaranya membela nasib rakyat bawahan serta memastikan taraf ekonomi mereka meningkat dan dibela.
Saya juga ingatkan bahawa jangan kita berjuang hanya untuk satu kaum sebaliknya untuk semua kaum yang ada di negara ini berasaskan semangat bangsa Malaysia.
Para reformis harus terus mendesak ke arah perubahan positif di negara ini.
Saya mahu semua susun jentera dan tunjuk kekuatan serta bantu Kongres Tahunan KEADILAN 2019 di Melaka nanti.
ANWAR IBRAHIM
24 November 2019.

Jangan lupa gentleman agreement, jadikan Anwar PM secepat mungkin





 




MGF24112019_KONVENSYEN-OTAI-REFORMIS01Bendahari Otai Reformis 98, Ronnie Liu (tengah) berucap pada Kovensyen Reformis 2.0 di IDCC Shah Alam,
 Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 24 NOVEMBER 2019.

SHAH ALAM –“Anda semua ingat apa
perjanjian itu? Perjanjian yang Anwar akan
menjadi Perdana Menteri yang kelapan
selepas
 dua tahun tampuk pemerintahan
dipegang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Jadi apa yang kita pinta kini, kita hendak
 Anwar
jadi PM secepat mungkin.
Tolong ingat pada perjanjian gentleman agreement yang dibuat sebelum ini,”
 kata Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)
 DAP, Ronnie Liu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai
Pelek itu berkata demikian pada
 Konvensyen Reformis 2019 anjuran Otai
Reformis 98 di Ideal Convention
Centre Shah Alam di sini hari ini.
Ini juga bukan kali pertama Ronnie melakukan desakan supaya Presiden PKR menjadi Perdana Menteri secara terbuka sebaliknya sudah berkali-
kali memberi peringatan

kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk
segera menunaikan janji tersebut.
Malah Ronnie yang Bendahari Otai 98 juga
terang-terangan sebelum ini pernah mendakwa
Anwar mempunyai sokongan majoriti daripada semua termasuk PKR,
 DAP serta AMANAH untuk menggantikan
Mahathir selewat-lewatnya tahun 2020.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, seandainya Anwar dapat menjadi Perdana
Menteri dalam ‘secepat mungkin’ lagi cepat pelbagai jenis reformasi dapat dilakukan bukan sahaja untuk satu kaum atau bangsa sebaliknya untuk keseluruhan rakyat Malaysia.
“Minda reformasi itu sudah lama dan sebati
dengan Anwar sejak dulu lagi.
 Malah beliau jugalah yang banyak menyatu
padukan masyarakat Cina dan India,” tegasnya.
Mengimbas semula hubungan DAP dengan Anwar, Ronnie berkata, parti satu
masa dahulu sangat gerun dan menganggap
Anwar sebagai musuh utama semasa
 Anwar berada di dalam UMNO.
Ini kerana kata Ronnie,  kepimpinan Anwar semasa dalam UMNO begitu menyerlah sehingga menyebabkan parti pembangkang ketika itu sukar melawan kerajaan pemerintah pada masa itu.
Malah katanya, Anwar juga telah memainkan
peranan utama sejurus selepas keluar UMNO menyatukan Pas dan DAP supaya boleh menentang UMNO sekaligus menang
 besar pada pilihan raya selepas itu.
“Itu juga antara sebab saya menyertai Otai
Reformis tanpa langsung berbincang
dengan Penasihat DAP seperti mendiang Karpal Singh, saudara Lim Kit Siang.
“Pada saya, dari awal lagi Anwar sememangnya seorang pemimpin hebat, ikon
demokrasi dan reformasi paling unggul.
“Dulu dalam DAP, kami anggap Anwar sebagai
musuh utama. Kekuatan UMNO
adalah kerana Anwar juga. Apabila beliau keluar UMNO, beliau telah bertindak menyatukan kita
 semua. Itu yang betul.
“Melalui PRU 2008, kita menang beberapa negeri
 dan Anwar telah mainkan
 peranan yang sangat besar sebenarnya. Saya
 hendak ulangi lagi gentleman
agreement pada PRU-14,” ujarnya.
Selain Anwar, Konvensyen Reformis 2019 sehari suntuk dengan tema
‘Reformis Tetap Menyala Selagi Reformis Masih Bernyawa’ juga telah dihadiri
Pengerusi Otai 98 merangkap ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad.
Selain itu, turut kelihatan beberapa Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran dan ADUN Kota Alam Shah, Ganabatirao. MG

Ada pemimpin PKR takut, malu hendak sebut reformasi





Ada pemimpin PKR takut, 

malu hendak sebut 

reformasi

 




MG241119_REFORMASI-PKR15Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Kovensyen Reformis 2.0 di IDCC Shah Alam, Selangor.
 foto SYAFIQ AMBAK, 24 NOVEMBER 2019.
SHAH ALAM – PKR akan memberi tempat kepada Otai Reformis untuk memantau dan menegur 
mana-mana pemimpin parti yang menyimpang 
dari perjuangan asal parti itu.
Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tugasan itu sebagai menghargai dan mengiktiraf peranan ahli reformasi yang selama ini berjuang untuk menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat.
Katanya, beliau akan mengemukakan cadangan
 itu pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPP) agar diberikan tanggungjawab itu kepada Otai Reformis yang kini berasakan mereka telah dipinggirkan oleh pimpinan parti.
“Saya akan hadir mesyuarat MPP dan akan bangkitkan perkara ini. Kita mahu mereka memperingatkan kepada pemimpin PKR supaya tidak leka dalam memperjuangkan matlamat 
asal penubuhan parti,” katanya pada Konvensyen Reformasi 2019 di IDCC Shah Alam di sini hari ini.
Anwar secara menyindir memberitahu, beliau dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sentiasa menghadiri mesyuarat itu termasuk mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan setiap bulan walaupun ada seorang dua pemimpinnya tidak hadir.
Ahli Parlimen Port Dickson juga mendedahkan, ada segelintir pemimpin PKR takut untuk melaungkan perkataan reformasi kerana mereka sudah 
menjiwai ‘perjuangan’ UMNO.
“Padahal, yang melaungkan reformasi ini yang menjulang dan meletakkan mereka pada
 kedudukan sekarang. Mendapat jawatan tinggi, mempunyai kuasa, tetapi malangnya hendak 
sebut reformasi pun takut, malu.
“Mereka lupa, perjuangan kita adalah dari reformasi. Reformasi jalanan yang digerakkan 
oleh mereka yang tidak mempunyai nama,
 tetapi memiliki jasa besar kepada parti,” katanya. 

Ada yang sudah lupa sumpah jangan khianat Anwar– Abdullah


SHAH ALAM – Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini membuat serangan terlalu-talu terhadap ‘kem satu lagi’ yang sejak kebelakangan ini dilihat seolah-olah mengkhianat perjuangan parti itu.
Antara yang menjadi bahan serangan Ahli Parlimen Kapar itu termasuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin juga Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha serta Timbalan AMK, Hilman Idham.

“Ada pihak yang sokong Tun Mahathir (Mohamad) pegang jawatan sehigga habis penggal. Azmin mungkin sudah lupa dengan perjanjian yang dibuat sejak awal lagi. Bukan beliau sahaja malah Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (Hilman).
“Juga Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang, juga Ketua Wanita PKR. Semua sudah lupa tetapi kita tidak akan berdiam diri. Kita akan pastikan janji untuk presiden kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri kelapan secepat mungkin.
“Angkatlah kebenaran itu, jangan khianat. Ini tidak, buat gesaan Tun Mahathir pegang jawatan hingga habis penggal. Enggan masuk mesyuarat, saya hendak cakap banyak lagi tapi malulah dengan pemimpin parti lain yang hadir hari ini.
“Timbalan Presiden kita, Naib Presiden, Ketua Wanita dan Naib Ketua AMK sudah lupa diri kerana bertuhankan kuasa. Mereka ini semakin berani keluarkan kenyataan biadap dan mahu Anwar menjadi Perdana Menteri selepas habis penggal.
“Tapi saya cakap satu sahaja, tidak ada apa-apa kompromi. ‘kepala hotak kamu’. Kita akan tegakkan kebenaran, jangan ingat kita akan berdiam diri,” ucapnyaketika Konvensyen Reformis Otai 2019 di sini hari ini.
Jelas Abdullah Sani lagi, banyak agenda reformasi yang mahu dilaksanakan kebelakangan ini sebaliknya lebih 20 tahun ini hanya boleh dilakukan seandainya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri.
“Kita ada peluang untuk betulkan keadaan, reformasi pentadbiran negara segala macam yang tidak dapat dilakukan satu ketika dahulu. Bapa reformis iaitu Anwar Ibrahim perlu diangkat sebagai Perdana Menteri demi negara, agama dan bangsa.
“Janganlah fikir untuk diri sendiri sahaja, sampai ‘mampus’ memanglah tidak boleh lakukan apa-apa kecuali untuk diri sendiri. Teruskan agenda untuk pastikan Anwar menjadi Perdana Menteri secepat yang boleh,” tegasnya.
Abdullah Sani juga menggesa kepimpinan tertinggi untuk segera mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin parti itu yang semakin berani mengkhianati dasar perjuangan parti. –
Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi pernah menuduh ada segelintir pihak cuba menubuhkan kerajaan ‘pintu belakang’ dengan tidak memberikan kuasa kepada Tun Mahathir lima tahun cukup tempoh untuk menerajui negara.
Jelas Mohamed Azmin, rakyat menyerahkan mandat kepada pentadbiran sedia ada untuk mentadbir kerajaan bagi tempoh lima tahun pada PRU-14
Ia turut disokong Zuraida yang mahu Tun Mahathir Mohamad meneruskan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal PRU-14. MalaysiaGazette

GAMBAR GAMBAR SEKITAR PROGRAM PERHIMPUNAN OTAI REFORMIS

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang duduk, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, termasuk Azizah Ramly, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, termasuk Mohd Zaki Hamzah, orang duduk dan orang ramai

KREDIT FOTO: INVOKE PANTAI TIMUR


MAKIN JEMIN MERAPU, MAKIN TERSERLAH 'DESPERADO'NYA...



OLEH BOB KELANANG DAN TOK ABU


Apa yang si Jemin merapu? Kerajaan pintu belakang? Tukar kerajaan sebelum penggal berakhir? Tepat betul ungkapan orang putih, "He really talks COCK". Dalam situasi ini, dia memang ibarat ayam jantan yang kuat berkokok, tak sedar ekor bergelumang tahi.

Tak ada siapa yang nak tukar kerajaan yang telah dipilih rakyat secara sah. Kerajaan PH ini pun sah untuk tempoh 5 tahun sehingga 2023. Mereka hanya minta supaya Tun Mahathir menyerah kuasa sesuai dengan apa yang telah TunM persetujui. Pemimpin PH telah memperakui bahawa memang ada perjanjian untuk TunM mengetuai kerajaan jika menang PRU14 kerana waktu itu DS Anwar masih dalam penjara dan TunM bersetuju menyerahkan kuasa kepada DS Anwar dalam masa tempoh 2 tahun.

Bukan nak tukar kerajaan. Cuma nak tukar perdana menteri, ketua kerajaan. Bukan Malaysia tak pernah buat. Tun Abdullah Badawi menyerah kuasa kepada DS Najib di tengah penggal pemerintahannya dalam BN tahun 2009 sedangkan tempoh pemerintahan BN ketika itu sehingga 2013. Itu bukan pintu belakang! Takkan Jemin lupa? Mungkin juga. Atau Jemin ni dah mamai kot?

Oh iya, di mana Jemin waktu pimpinan PH berpakat tentang tempoh perdana menteri dan peralihan kuasa? Semua orang tahu waktu itu Jemin tidak yakin dengan TunM. Malah pelbagai gelaran buruk Jemin lemparkan kepada TunM. Dan ketika itu Jemin juga sibuk nak kahwin dengan Pas di Selangor untuk pertahankan kerusi MB nya.

Seperti Jemin, kawan baiknya Hardy si presiden PAS pun kata macam-macam yang teruk kepada TunM ketika itu. Dah tua lah, kuda tua lah, baik banyak beribadah lah. Tiba-tiba kedua-dua Jemin dan Hardy U-Turn senada puji TunM melambung-lambung setinggi langit, minta TunM habiskan penggal lah, PM doktorlah tahu bila nak bedah. PM ibarat kelapa, makin tua makin banyak santan. Itulah busuknya mulut dan hati Hardy.

Si Jemin ni pula sanggup berbohong. Depan media kata meeting biasa nak update orang Umno tentang inisiatif kerajaan. Tapi bila jumpa TunM, dia kata lain pulak. Dia nak tunjuk hero kata yang orang Umno dah hilang arah dan nak dapat nasihat dari nya parti mana nak mereka sertai.

Sempat bodek TunM pulak kata orang Umno itu percaya dan akui kepimpinan TunM. Ligat punya kipas! Dia ingat TunM makan bodek, dia ingat TunM sebebal dia.

TunM pun test water, kata kat media apa yang Jemin putar-alam kat dia. Media pun siarkan. Berdentum-dentum reaksi!. Orang Umno pun kata kat media, bukan mereka yang nak jumpa Jemin. Jemin yang nak jumpa mereka.

Mereka menafikan pembohongan si Jemin! Mereka tak pernah kata kat Jemin yang mereka dah tak percaya kat Umno, mereka tak kata mereka mereka nak keluar Umno dan minta nasihat nak sertai parti lain.

Takkan orang Umno baghal sangat? Mereka baru menang di Tanjong Piai. Bukan menang biasa. Menang dengan majoriti besar hingga parti TunM tersungkur malu. TunM pun tak sangka.

TS Annuar Musa, setiausaha agung UMNO pula confirm dalam twitter nya yang sebahagian dari 16 ahli umno itu telah maklumkan kat dia yang Jemin lah yang mengatur pertemuan itu. TS Annuar tambah petrol, tambah garam mengatakan Jemin nak menggunakan pertemuan itu untuk membodek TunM untuk menyelamatkan dirinya.

Jemin ingat dia bohong TunM tu dunia tak tahu. Cara dia berbohong tu seolah-olah dia dah ikut dan masuk mazhab serta fatwa Hardy dalam Pas yang berbohong itu halal. Tapi betullah apa kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Jemin ingat dia boleh bohong semua orang di semua masa. Ini zaman medsos lah Jemin. Nah! sekarang Jemin dah terperangkap dengan pembohongannya sendiri.

Tapi si Jemin ni muka tak tahu malu. Macam juak-juak dalam kartelnya. Kes video nya! Kes perbelanjaan mewah sekeluarga yang menelan belanja RM382,000. Dah bayar ke belum? Kenapa Latheefa dan SPRM tak siasat.

Kita tahu akhlak si Jemin ni. Tak mungkin dia senyap dan tak mungkin dia jadi burung Ostrich yang sembunyikan kepalanya dalam lubang.

Biarkan lah ayam yang ekornya bergelumang tahi ini terus berkokok. Kerana makin si Jemin ni merapu makin terserlah desperado nya untuk selamatkan dirinya yang sudah di tepi gaung kemusnahan ciptaannya sendiri.


PASCA PRK: PH AKAN KENAL PASTI PUNCA PENOLAKAN RAKYAT

PERTEMUAN AZMIN – MP UMNO CUBA BODEK PM? Pertemuan Azmin - MP Umno cuba bodek PM?

SEMENJAK BERKAWAN DENGAN MCA NI...



Oleh : Nizam Aka




Khusus buat Macai, Walaun DAN Walauntit...

Bila kita jawab fitnah depa pasal skandal RM 1.4 Billion... depa jawab pulak, kita bukan pertikai kenapa tender tu diberi kepada NAFAS... tetapi kenapa buat tender terbuka, lepas tu berikan kepada NAFAS dengan rundingan terus... kata depa, kalau macam PH menipu lah kata nak buat tender terbuka...

Sebenarnya, Pertanyaan itu hanya mainan politik... kalau sapa ikuti sesi perbahasan Parlimen 2018... semua orang akan faham, sebelum ini Salehuddin Ayyub bertegas mahukan tender terbuka demi penjimatan dari perbelanjaan kerajaan.

Tetapi ketika sesi perbahasan tahun lepas, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul menentang cadangan itu kerana merasakan ia akan menjejaskan petani DAN peladang yang punya kepentingan dalam NAFAS, kilang NAFAS di Gurun itu pula dikatakan berada dalam parlimen Johari Abdul... malah Ahli Parlimen Tanjong Karang dari BN menyokong cadangan itu...

UMNO bengang sebab PH buang logo dacing di uncang baja tu, guna MCA hentam PH. MCA pulak tarik PAS suruh sokong... walaun PAS meloncat-loncat kata menteri PH songlap duit baja 1.4 bilion. Justeru, bodoh PAS bukan calang2...

Atas sebab cadangan dan tentangan itu Salehuddin mengubah keputusannya demi menyelamatkan ramai dari peladang DAN petani yang punyai kepentingan di dalam operasi NAFAS...

Apa yang cuba dibangkitkan Wee Ka Siong semalam adalah memainkan sentimen masyarakat DAN kaum pemodal cina... ini game politik... Wee Ka Siong nak nampakkan Salehuddin ni pro-melayu, bailout syarikat bumiputera macam UMNO dulu... TAPI malangnya PAS yang tolol terikut sama, malah sedia menjadi khadam abadi MCA... soal NAFAS ini pun cuba dipolitikkan...

Jelas semalam isu ini seperti dirancang, yang bangkitkan Wee Ka Siong, yang sokong PAS... DAN yang buat-buat tanya kaitkan bayaran penginapan hotel oleh NAFAS itu Noh Omar sendiri... walhal DIA sokong cadangan Johari Abdul sesi parlimen yang lepas... PAS pula cuba kaitkan dengan pengurusan NAFAS yang ada kaitan dengan pemimpin Amanah...

Bagi aku ini game plan DAN strategi yang baik kelompok Ashabiyah cina dan melayu... MCA mainkan peranan dia hasut masyarakat cina, dan PAS dah tentu punyai rekod sebagai penghasut sejak zaman Amanat Hadi Bewok...

Namun urusan pemberian tender kepada NAFAS belum muktamad. Yang MCA kata dah ada skandal tu natang menda? Keputusan pun belum dibuat? Yang PAD mengkhadamkan diri menyokong kenyataan MP Air Hitam tu, sokong natang ape..??

Entah kenapa PAS saja buat-buat tahu beza antara GLC dan Agensi Kerajaan... dulu pun Pengurusan Agensi ini tetap datang dari ahli politik UMNO... sama lah macam Husam yang jadi Pengerusi KADA sekarang, PAS pun tahu, sapa pengerusi KADA sebelum ini... rakan tawwun PAS jugak sekarang MD Alwi... tapi itulah PAS saja buat-buat jahil... lebih jahat dari UMNO...

JOM KE SHAH ALAM




Hari ini 24 November, Konvenseyen Reformis kali kedua akan diadakan di IDCC, Shah Alam.
Konvensyen ini akan berlangsung selama sehari bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Jika kovensyen kali pertama pada 2017 dulu memfokuskan kepada tuntutan serta desakan untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada penjara, program kali kedua ini lebih terarah kepada peralihan kuasa dan perlaksanaan reformasi dalam negara.
Beberapa tokoh penting dalam gerakan reformasi yang bermula sejak lebih 20 tahun lalu akan hadir dan menyampaikan ucapan mereka.
Anwar, selaku pencetus gerakan reformasi juga akan turun hadir serta menyampaikan amanatnya.
Dijangka, kira-kira 1,000 orang akan menghadiri konvensyen kali kedua ini.
Ayuh, sama-sama kita lapangkan masa ke IDCC, Shah Alam hari ini untuk menyemarakkan lagi semangat reformasi dan meraikan kebebasan bersuara serta amalan demokrasi dalam negara kita. (ShahbudinHusin 24/11/2019)
Kongsikan artikel ini

MARAH SEBAB PH BUANG LOGO DACING?

UCAPAN ANWAR DI KONVENSYEN SARAWAK



PAS SUDAH RASMI MENJADI KHADAM M.C.A.



OLEH : TULANG BESI

Mula-mulanya PAS secara terbuka berkempen untuk memenangkan calon MCA dalam pilihanraya kecil P165 Tanjung Piyai. Selama ini PAS berkempen utk orang Melayu supaya jangan menyokong calon bukan Islam.

Namun kali ini, tiba-tiba PAS berubah arah dan menyokong calon bukan Islam dari MCA yg juga anti syariah Islam secara terbuka.
DIberitakan Haji HAdi berkata:

“Walau kita berbeza pendapat tapi ada sepakat dan bersama untuk Malaysia dalam satu bahtera. Calon MCA adalah mewakili kita semua,” katanya dalam ucapan pada Ceramah Perdana BN di Rimba Terjun, di sini.

Tindakan Haji Hadi ini menyebabkan Gagasan Sejathera terbubar kerana ditentang oleh BERJASA, salah satu komponen Gagasan Sejahtera. BERJASA kemudiannya mengambil keputusan bertanding di P165 melanggar disiplin koalisi Gagasan Sejahtera.
Mengikut Haji Hadi:

"PAS akan mengkaji semula hubungan dengan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dalam Gagasan Sejahtera, susulan parti itu meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan hasrat BERJASA meletakkan calon pada PRK itu, parti berkenaan tetap berbuat demikian.
“Kita tidak setuju dia (Presiden BERJASA, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz) bertanding. Itu terpulang kepada dia (untuk bertanding), namun kita tidak setuju.

“Kerjasama dengan BERJASA ini kita akan kaji dari semasa ke semasa (kerana meletakkan calon),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini."

Ini bermaksud sedari awal lagi PAS sudah sangggup memutuskan hubungan ukhuwah Islamiyyah berdasarkan akidah ISlam demi sebuah parti perkauman Cina yg berfdahaman ultra sekular dan amat membenci Islam. MCA lebih disayangi oleh PAS dari BERJASA yang berakidah Islam.

PAS TERUS JADI KHADAM MCA SELEPAS PRK TG PIAI

TIba-tiba MCA naikkan isu kontrak bekalan baja berjumlah RM1.4billion yg diberikan oleh Menteri Pertanian kepada NAFAS, yakni Persatuan Peladang yg mempunyai ahli seramai 900 ribu orang yang rata-ratanya bangsa Melayu.

Khadam-khadam MCA yg terdiri dari lebai-lebai PAS berdiri tunduk di belakang Presiden MCA taat setia bersama-sama menyebar fitnah yg sama dan menyokong tuan mereka dari MCA.
Begitu taatnya PAS kepada tuan MCA mereka yg baru ini. PAS benar-benar khadam yang setia dan taat.

TAMAT SUDAH AGENDA HUDUD PAS?

Oleh kerana PAS sudah pun mempunyai tuan yang baru, yakni MCA maka amatlah tidak masuk akal kalau dikatakan PAS akan meneruskan agenda hudud dan Qisas.

Kumpulan G18 telah dibuang setandan pada Pemilihan 2015 krn dituduh menolak hukum hudud (walaupun ianya fitnah).
NAmun sekarang PAS telah menjadi khadam kepada parti yg MEMBENCI HUDUD SELURUHNYA yakni MCA.
Begitu mudah PAS membuang agama mereka demi tuan baru mereka.
Semakin lama semakin banyak kemunafiqan dan pembohongan ulama2 PAS yg didedahkan oleh Allah SWT
TULANG BESI

Mainan politik berlebihan boleh mengetepikan harapan reformis dalam Malaysia baharu


0
15
Ahli Aliran yang menghadiri Majlis Am Tahunan (MAT) ke43 pagi ini melafazkan kebimbangan mereka terhadap mainan politik berlebihan yang boleh mengetepikan harapan reformis dalam Malaysia baru.
Para ahli berharap masyarakat sivil akan terus lantang dalam kritikan mereka tanpa menjadi pesimistik. Adalah penting untuk mereka bersikap optimis dan tidak putus asa.
Dalam pemerhatiannya yang dibaca dalam MAT ini, presiden lalu Dr Prema Devaraj menggesa ahli mempromosi “naratif yang lebih inklusif bagi melawan naratif kaum-agama”, yang lazim mengalih pandangan kita daripada isu yang real.
“Ketika kita bergerak ke hadapan, kita harus ingat tentang persefahaman yang perlu diwujudkan, jambatan perlu didirikan dan solidariti yang harus diperpanjangkan kepada semua yang percayakan Malaysia baru.”
Blogger Anil Netto telah dipilih menjadi presiden, sebagai mengganti tempat Prema, yang tidak mahu dicalonkan sebagai presiden setelah berkhidmat selama tiga terma. Ahli telah merakamkan penghargaan mereka terhadap khidmat beliau yang tidak mementingkan diri sendiri serta tak kenal lelah dalam usaha meluaskan pautan Aliran dalam kalangan khalayak ramai.
Dr Azmil Tayeb dipilih sebagai setiausaha kehormat, Dr Prema Devaraj sebagai pembantu setiausaha kehormat dan Henry Loh sebagai bendahari kehormat.
Turut dipilih semula dalam jawatankuasa eksekutif ialah Dr Francis Loh, Dr Mustafa K Anuar, Andrew Wong, Prof Zaharom Nain, Dr Lye Tuck-Po dan K Haridas.
Kelima muka baru yang dipilih dalam jawatakuasa 11 orang ini ialah dari generasi muda: Dr Khoo Ying Hooi, Noor Asmaliza Romlee, Noorhidayah Nadila Maulad Daud, Dineshkumar Ragu dan Ryan Brendon Joseh, yang merupakan ahli Aliran yang paling muda.
Wanita merangkumi 33% daripada jawatankuasa baru ini.
Ng Tien Eng dipilih menjadi juru odit kehormat.

Dr Azmil Tayeb
Setiausaha kehormat Aliran
23 November 2019
(Visited 11 times, 2 visits today)

(function() { var d = document, w = window; w

JANGAN DOK KONAR BARING LAGI LA…

Bob Kelanang Pada 16 Jun lalu Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa parlimen perlu bersidang segera.Titah tersebut bagaimanapun...