OLEH BOB KELANANG DAN TOK ABU
Apa yang si Jemin merapu? Kerajaan pintu belakang? Tukar kerajaan sebelum penggal berakhir? Tepat betul ungkapan orang putih, "He really talks COCK". Dalam situasi ini, dia memang ibarat ayam jantan yang kuat berkokok, tak sedar ekor bergelumang tahi.
Tak ada siapa yang nak tukar kerajaan yang telah dipilih rakyat secara sah. Kerajaan PH ini pun sah untuk tempoh 5 tahun sehingga 2023. Mereka hanya minta supaya Tun Mahathir menyerah kuasa sesuai dengan apa yang telah TunM persetujui. Pemimpin PH telah memperakui bahawa memang ada perjanjian untuk TunM mengetuai kerajaan jika menang PRU14 kerana waktu itu DS Anwar masih dalam penjara dan TunM bersetuju menyerahkan kuasa kepada DS Anwar dalam masa tempoh 2 tahun.
Bukan nak tukar kerajaan. Cuma nak tukar perdana menteri, ketua kerajaan. Bukan Malaysia tak pernah buat. Tun Abdullah Badawi menyerah kuasa kepada DS Najib di tengah penggal pemerintahannya dalam BN tahun 2009 sedangkan tempoh pemerintahan BN ketika itu sehingga 2013. Itu bukan pintu belakang! Takkan Jemin lupa? Mungkin juga. Atau Jemin ni dah mamai kot?
Oh iya, di mana Jemin waktu pimpinan PH berpakat tentang tempoh perdana menteri dan peralihan kuasa? Semua orang tahu waktu itu Jemin tidak yakin dengan TunM. Malah pelbagai gelaran buruk Jemin lemparkan kepada TunM. Dan ketika itu Jemin juga sibuk nak kahwin dengan Pas di Selangor untuk pertahankan kerusi MB nya.
Seperti Jemin, kawan baiknya Hardy si presiden PAS pun kata macam-macam yang teruk kepada TunM ketika itu. Dah tua lah, kuda tua lah, baik banyak beribadah lah. Tiba-tiba kedua-dua Jemin dan Hardy U-Turn senada puji TunM melambung-lambung setinggi langit, minta TunM habiskan penggal lah, PM doktorlah tahu bila nak bedah. PM ibarat kelapa, makin tua makin banyak santan. Itulah busuknya mulut dan hati Hardy.
Si Jemin ni pula sanggup berbohong. Depan media kata meeting biasa nak update orang Umno tentang inisiatif kerajaan. Tapi bila jumpa TunM, dia kata lain pulak. Dia nak tunjuk hero kata yang orang Umno dah hilang arah dan nak dapat nasihat dari nya parti mana nak mereka sertai.
Sempat bodek TunM pulak kata orang Umno itu percaya dan akui kepimpinan TunM. Ligat punya kipas! Dia ingat TunM makan bodek, dia ingat TunM sebebal dia.
TunM pun test water, kata kat media apa yang Jemin putar-alam kat dia. Media pun siarkan. Berdentum-dentum reaksi!. Orang Umno pun kata kat media, bukan mereka yang nak jumpa Jemin. Jemin yang nak jumpa mereka.
Mereka menafikan pembohongan si Jemin! Mereka tak pernah kata kat Jemin yang mereka dah tak percaya kat Umno, mereka tak kata mereka mereka nak keluar Umno dan minta nasihat nak sertai parti lain.
Takkan orang Umno baghal sangat? Mereka baru menang di Tanjong Piai. Bukan menang biasa. Menang dengan majoriti besar hingga parti TunM tersungkur malu. TunM pun tak sangka.
TS Annuar Musa, setiausaha agung UMNO pula confirm dalam twitter nya yang sebahagian dari 16 ahli umno itu telah maklumkan kat dia yang Jemin lah yang mengatur pertemuan itu. TS Annuar tambah petrol, tambah garam mengatakan Jemin nak menggunakan pertemuan itu untuk membodek TunM untuk menyelamatkan dirinya.
Jemin ingat dia bohong TunM tu dunia tak tahu. Cara dia berbohong tu seolah-olah dia dah ikut dan masuk mazhab serta fatwa Hardy dalam Pas yang berbohong itu halal. Tapi betullah apa kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Jemin ingat dia boleh bohong semua orang di semua masa. Ini zaman medsos lah Jemin. Nah! sekarang Jemin dah terperangkap dengan pembohongannya sendiri.
Tapi si Jemin ni muka tak tahu malu. Macam juak-juak dalam kartelnya. Kes video nya! Kes perbelanjaan mewah sekeluarga yang menelan belanja RM382,000. Dah bayar ke belum? Kenapa Latheefa dan SPRM tak siasat.
Kita tahu akhlak si Jemin ni. Tak mungkin dia senyap dan tak mungkin dia jadi burung Ostrich yang sembunyikan kepalanya dalam lubang.
Biarkan lah ayam yang ekornya bergelumang tahi ini terus berkokok. Kerana makin si Jemin ni merapu makin terserlah desperado nya untuk selamatkan dirinya yang sudah di tepi gaung kemusnahan ciptaannya sendiri.