PESANAN ANWAR SEMPENA KONVENSYEN REFORMIS


Saya dan Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Konvensyen Reformis 2.0 di IDCC Shah Alam pagi ini.
Konvensyen ini ingatkan semua pimpinan bahawa kita di sini kerana sokongan dan dukungan ribuan rakyat.
Jangan kerana kuasa kita lupa daratan dan lupa sejarah. Agenda perjuangan asal KEADILAN bukan hendak jadi kerajaan atau menteri.
Kita berjuang hendak bela nasib rakyat dan tegakkan keadilan.
Pimpinan yang dipilih seharusnya menggunakan kuasa menbantu rakyat dan bukannya kroni.
Dalam berjuang usah kta tersasar dan tergelincir dari agenda reformasi dan perubahan.
Harus ingat derita saat kita berjuang, dan jangan sesekali kita lupa sejarah parti ini.
Saya dan Azizah tidak akan pernah lupa bahawa kami di sini kerana sokongan dan dukungan rakyat terbanyak keseluruhannya.
Perjuangan ini harus ada akhlak – tiada akhlak maka semuanya akan musnah – sombong, lupa diri, takabbur, tidak hormat rakyat.
Reformasi tidak akan selesai walaupun menang (sudah menang) pilihan raya.
Ia hanya akan selesai jika kita laksana agenda atau dasar yang betul, antaranya membela nasib rakyat bawahan serta memastikan taraf ekonomi mereka meningkat dan dibela.
Saya juga ingatkan bahawa jangan kita berjuang hanya untuk satu kaum sebaliknya untuk semua kaum yang ada di negara ini berasaskan semangat bangsa Malaysia.
Para reformis harus terus mendesak ke arah perubahan positif di negara ini.
Saya mahu semua susun jentera dan tunjuk kekuatan serta bantu Kongres Tahunan KEADILAN 2019 di Melaka nanti.
ANWAR IBRAHIM
24 November 2019.