Mainan politik berlebihan boleh mengetepikan harapan reformis dalam Malaysia baharu


0
15
Ahli Aliran yang menghadiri Majlis Am Tahunan (MAT) ke43 pagi ini melafazkan kebimbangan mereka terhadap mainan politik berlebihan yang boleh mengetepikan harapan reformis dalam Malaysia baru.
Para ahli berharap masyarakat sivil akan terus lantang dalam kritikan mereka tanpa menjadi pesimistik. Adalah penting untuk mereka bersikap optimis dan tidak putus asa.
Dalam pemerhatiannya yang dibaca dalam MAT ini, presiden lalu Dr Prema Devaraj menggesa ahli mempromosi “naratif yang lebih inklusif bagi melawan naratif kaum-agama”, yang lazim mengalih pandangan kita daripada isu yang real.
“Ketika kita bergerak ke hadapan, kita harus ingat tentang persefahaman yang perlu diwujudkan, jambatan perlu didirikan dan solidariti yang harus diperpanjangkan kepada semua yang percayakan Malaysia baru.”
Blogger Anil Netto telah dipilih menjadi presiden, sebagai mengganti tempat Prema, yang tidak mahu dicalonkan sebagai presiden setelah berkhidmat selama tiga terma. Ahli telah merakamkan penghargaan mereka terhadap khidmat beliau yang tidak mementingkan diri sendiri serta tak kenal lelah dalam usaha meluaskan pautan Aliran dalam kalangan khalayak ramai.
Dr Azmil Tayeb dipilih sebagai setiausaha kehormat, Dr Prema Devaraj sebagai pembantu setiausaha kehormat dan Henry Loh sebagai bendahari kehormat.
Turut dipilih semula dalam jawatankuasa eksekutif ialah Dr Francis Loh, Dr Mustafa K Anuar, Andrew Wong, Prof Zaharom Nain, Dr Lye Tuck-Po dan K Haridas.
Kelima muka baru yang dipilih dalam jawatakuasa 11 orang ini ialah dari generasi muda: Dr Khoo Ying Hooi, Noor Asmaliza Romlee, Noorhidayah Nadila Maulad Daud, Dineshkumar Ragu dan Ryan Brendon Joseh, yang merupakan ahli Aliran yang paling muda.
Wanita merangkumi 33% daripada jawatankuasa baru ini.
Ng Tien Eng dipilih menjadi juru odit kehormat.

Dr Azmil Tayeb
Setiausaha kehormat Aliran
23 November 2019
(Visited 11 times, 2 visits today)

No comments: