PULAKKKK .......

KDN akan ambil tindakan ke atas Anwar

PUTRAJAYA 12 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tegas.

"Isu-isu berkait agama dan perkauman besar risikonya, tetapi kita menanganinya dengan bertemu untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan iaitu pengurusan gereja, bukan untuk melaga-lagakan tetapi tenangkan keadaan supaya kita stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, majoriti rakyat sudah cukup matang dan tidak mahu melihat kekecohan atau polemik tetapi ada segelintir pihak yang cuba mempolitikkan isu serangan ke atas lapan buah gereja sejak minggu lalu.

Terdahulu beliau menghadiri majlis perhimpunan bulanan dan amanat tahun baru kepada warga KDN.

Hadir sama dua timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Jelaing anak Mersat serta Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membendung gejala serangan ke atas gereja dan menuduh UMNO sebagai dalang sebenar di dalam perkara ini.

"Kestabilan dan keharmonian adalah hasil tindakan dan perancangan pihak berkuasa tetapi ia tidak boleh diumumkan kepada orang ramai.

"Rakyat perlu faham, ada maklumat yang kita boleh kongsi, ada yang tidak agar proses siasatan lancar, sebab itu polis perlu melihat sesuatu kes secara menyeluruh dan ia memakan masa," katanya.

Ditanya cadangan Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar supaya Majlis Perundingan Keharmonian Nasional ditubuhkan, Hishammuddin berkata, beliau akan mengaturkan pertemuan dengan pihak berkepentingan bagi membincangkan perkara

PETRA MEMBONGKAR LAGI: BAGAIMANA KONTRAK RM 2 JUTA JADI 21 JUTA????BIAR BETOL

SEJAK 1988, Royal Malaysian Air Force (RMAF) telah menghantar pegawai mereka untuk berkursus di Korat Thailand dengan anggaran 2 Juta setahun.

Pada tahun 2007, Timbalan perdana menteri telah meluluskan peralatan simulator Aircraft Combat Manoeuvring Instrument (ACMI) dari sebuah syarikat Malaysia dengan kos sebanyak RM21 juta setahun . Kontrak selama 15 tahun.

contract tersebut di berikan tanpa tender ‘negotiated without tender’ dan syarikat itu juga tidak punya pengalaman dalam urusan ini.and the company had no prior experience in the business.


ADAKAH BETUL DAKWAAN INI. ????JIKA BETUL SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM SOAL INI????








sumber MALAYSIATODAY

KALIMAH ALLAH DI MANA-MANA




Dari HP teman kita Zulherman tak sengaja waktu dijalan melihat genangan air berlafalkan ALLAH...Subhanallah....