MALAYSIA TANDATANGANI PERJANJIAN 5 TAHUN BEKALAN VAKSIN DAN VIDEO CEO PFIZER TIDAK MENGGUNAKAN VAKSIN UNTUK DIRI SENDIRI

 



KISAH PEGUAM PAK MAN TELO



DIADAPTASIKAN DARI KISAH BENAR YANG PERNAH TERJADI SUATU KETIKA DAHULU. APABILA PENGUASA YANG MENUNGGANG BADAN PENCEGAHAN RASUAH TELAH MENGGUNAKAN KEDUDUKAN UNTUK DIRI SENDIRI.

NAMUN KERAJAAN YANG DIBINA HASIL MENCURI MANDAT RAKYAT DALAM SEBUAH NEGARA TIDAK MELAKUKAN APA APA KERANA HAMPIR SEMUANYA DALAM NEGARA TERSEBUT SUDAH MENJADI CACAMERBA.

KINI NEGARA YANG SUATU KETIKA DAHULUNYA MASIH BOLEH MAJU KEHILANGAN PELABURAN BERBILLION DOLLAR KERANA KETIDAKYAKINAN PELABUR UNTUK MELABUR.

 

KISAH YB SURUH RAKYAT AMBIL TAHI LEMBU JADI BAJA



DI ADAPTASI KISAH TAHUN 80AN MENGENAI SIKAP YB YANG BOLEH LAH DIKATAKAN SAMA SEJAK DULU KINI DAN SELAMANYA. YANG MENYOKONG JUGA MENJADI BAHLOL KERANA MENJADI PECACAI TAK GUNA SEDUIT.

AKHIRNYA PENYOKONG MENJADI CALON MENENTANG YB BERKENAAN. DIAKHIR CERITA YB TERSEBUT KALAH DITANGAN RAKYAT MARHAEN.

NAMUN PECACAI YANG BODO PIANG TETAP JUGA TIDAK BERUBAH...KAH..KAH..KAH

 

RFID : KRONI MANA NI YANG MENYIKSA RAKYAT ?








 ‘RFID: Siapa yang untung: Rakyat atau seseorang?’


PETALING JAYA: “Kan dah elok-elok dah sebelum ini (penggunaan Smart Tag), rasanya lebih ekonomi (beli sejak 10 tahun lepas) dan jarang tak lepas lane”.


Demikian keluhan Mohd. Azrie Mat Nor yang dipetik melalui akaun Facebooknya (https://www.facebook.com/mohdazrie619) mengenai pelaksanaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di tol-tol ketika ini.


Beliau mengakui sudah membeli tiga pelekat RFID dan sentiasa berdepan dengan masalah.


“Kali pertama beli tampal di lampu dan dah cuba lalu di RFID, adakalanya okey dan adakalanya sangkut. Bila nak ubah kedudukan pelakat RFID ni dah tak boleh. Tanggal terus terkoyak, macam roadtax.


“Beli lagi kali kedua. Kali ni pasang dekat cermin, pun sama, menyebabkan saya kena undur banyak kali dan menyebabkan kesesakan.


“Satu hari tu saya pergi basuh kereta dan mungkin pelekat RFID tu terkopek sikit masa basuh kereta. Akibat dari tu dah tak berapa nak detect (kesan) dah. Beli lagi yang baharu. Manja betul pelekat ni. Beli kali ketiga ni tak pasang lagi, tak tau dah nak pasang kat mana,” katanya.


Menurutnya, jika dibandingkan dengan Smart Tag, rasanya lebih ekonomi.


“Kan elok-elok dah sebelum ni, teknologi Smart Tag (lebih 15 tahun dah digunakan) terbukti baik dan dah matang teknologi ni. Tiba tiba diganti dengan RFID yang baharu lagi teknologinya dalam 3-4 tahun (belum matang) dan terus nak ubah benda yang dah matang (Smart Tag).


“In term of business (dari segi bisnes) ya RFID ni bagus sebab menguntungkan pembuat RFID. Sebab pengguna kena beli banyak (satu kereta satu RFID) dan stiker (pelekat) mudah rosak (repeat sell akan berlaku untuk gantian), boleh buat duit.


“Akan ada tender atau job buat stiker dan sensor RFID dan kerja pemasangan dan penyelengaraan RFID ni kat seluruh tol seluruh Malaysia,” dakwanya.


Beliau melontarkan soalan: “Tapi adakah ia bagus untuk rakyat?”


Menurut Mohd. Azrie, dia bukannya menolak perubahan teknologi.


“Tapi sebelum kita berubah secara total sepatutnya perlu pastikan teknologi baharu itu matang dan ditukar secara berperingkat. Dari segi penjimatan, RFID hanya boleh guna satu kereta dan Smart Tag boleh digunakan banyak kereta.


“Touch n go ni semua rakyat ada. Kita dah bangunkan sistem Touch n go dalam kad pengenalan rakyat. Jadinya sistem itu memang semua ada. Kenapa nak ada RFID hanya untuk bayar tol?


“Sepatutnya teknologi apa pun yang diperkenalkan mestilah memberi keuntungan pada rakyat dan lebih baik dari teknologi sebelumnya. Itu baru betul. Soalnya, siapa yang untung bila pertukaran RFID ini? Rakyat ke atau seseorang? Apa keperluan mengantikan Smart Tag ke RFID? Kenapa perlu tergesa-gesa menukar RFID?” Soalnya.


Mohd. Azrie berkata, tak salah nak tukar RFID yangg lebih bagus tapi kalau masih relevan Smart Tag, kenapa perlu mansuhkan?


“Kan bagus kalau ada pilihan. Saya tanya sahaja. Post (hantaran) ini bukan mengkritik, sekadar menyuarakan apa yangg terbuku di hati sebagai seorang rakyat,” katanya.

https://www.utusan.com.my/terkini/2022/01/rfid-siapa-yang-untung-rakyat-atau-seseorang/


=======================😎

LIVE! #himpunanrakyat DESAK PM REHATKAN KP SPRM AZAM BAKI!

Siti Aishah: Yang Mempopularkan "Keluarga Malaysia" Ialah Anwar Ibrahim,...




PENGENALAN KEPADA KELUARGA MALAYSIA DIPELOPORI OLEH DSAI.

BELIAU YANG SENTIASA MEMPERKENALKAN ANAK MELAYU AMAK SAYA..ANAK

 INDIA ANAK SAYA..ANAK CINA ANAK SAYA DAN ANAK IBAN DAN SELURUH RAKYAT

 MALAYSIA ADALAH ANAK MALAYSIA


SAMA-SAMALAH KITA RAIKAN DEMOKRASI


Terdahulu, Ketua AMK Akmal Nasir dalam kenyataannya berkata pihaknya telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi pada Jumaat minggu lepas yang diikuti dengan laporan polis oleh AMK negeri di setiap negeri masing-masing bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. “Ini adalah susulan kontroversi pengakuan Azam Baki bahawa Akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) Saham miliknya tetapi menggunakan wang adiknya untuk pembelian saham dan waran yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit,” jelas Akmal.



NAJIB SANGGAH MAHIADDIN

 


Saya terbaca laporan semalam di mana PM8 cuba memberi justifikasi bagi melaksanakan darurat dan cuba mempertahankan rekod pengendalian Covid semasa dia PM.

Saya ingin memberi beberapa fakta:

1. Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang gantungkan parlimen dengan alasan melawan Covid. Cuba sebut satu negara yang berbuat demikian. Negara kita dalam darurat dan parlimen digantung hampir sepanjang tempoh dia PM pada tahun 2021 lepas iaitu dari 1 Jan sehingga dia henti pada 20 Ogos 2021.

2. Akibat langkah-langkah separuh masak di mana kilang-kilang dan tapak pembinaan dibenarkan beroperasi tetapi perniagaan kecil dan Rakyat biasa dikurung, tempoh lockdown Malaysia adalah paling lama di dunia.

Akibat PKP 2.0 (13 Jan- 5 Mac) dan PKP3.0/Total lockdown/PPN (12 Mei-20 Ogos), Rakyat telah dikurung selama 153 hari daripada 232 hari pada tahun 2021 sehingga dia henti sebagai PM.

3. Biarpun dikurung begitu lama, rekod kes Covid dan kematian Covid kita adalah paling teruk di ASEAN dan antara paling parah di dunia pada tempoh tersebut.

Dalam tempoh itu, kenaikan kes Covid bagi setiap 1 juta penduduk adalah berikut:

– Malaysia: 42,715

– Indonesia: 13,590

– Filipina: 10,074

– Thailand: 14,194

– Singapura: 1,431

Bagi kenaikan kematian Covid bagi setiap 1 juta penduduk pula:

– Malaysia: 404 (789 jika ambil kira tunggakan yang disorok)

– Indonesia: 368

– Filipina: 197

– Thailand: 125

– Singapura: 3

Lebih mengejutkan ialah selepas dia henti sebagai PM, negara diberitahu bahawa terdapat banyak kematian Covid yang tertunggak dan tidak dilaporkan.

“6 Sept 2021: Kematian tertunggak Covid-19 selesai tiga minggu lagi”

Akibat “back-log tersebut”, jumlah kumulatif kematian Covid bagi setiap 1 juta penduduk hampir lonjak berganda dari 418 nyawa pada 20 Ogos ke 789 nyawa pada akhir bulan September.

Dalam tempoh tersebut itu juga, kadar kes Covid dan kematian Covid setiap hari kita adalah antara paling tinggi dalam dunia.

“29 July 2021: Malaysia’s daily new Covid cases per million people is now one of the highest globally”

https://www.cnbc.com/2021/07/30/covid-malaysia-daily-cases-per-million-people-among-highest-globally.html

4. Biarpun PM8 mengaku telah berbelanja RM600 bilion, keadaan negara kita di bawah #kerajaangagal menjadi semakin parah sehingga membawa kepada YDPA dan Raja-Raja Melayu untuk mengeluarkan titah bersama agar kerajaan tamatkan darurat dan menggunakan pendekatan baharu untuk melawan Covid dan menjaga ekonomi negara.

“Raja-Raja Melayu sependapat, tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan.

Kaedah menangani wabak COVID-19 hendaklah bersifat inklusif, melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam semangat yang sedia mendengar, sedia mempelajari, sedia melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan dan penerokaan baru hingga berjaya meyakinkan dan mendapat kerjasama penuh rakyat pelbagai peringkat,” katanya.

“16 Jun 2021: Raja-Raja Melayu sependapat darurat perlu ditamatkan 1 Ogos”

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/828638/raja-raja-melayu-sependapat-darurat-perlu-ditamatkan-1-ogos

Sebab itu, kebanyakan Rakyat berpendapat bahawa darurat dan lockdown PM8 bukan untuk melawan Covid atau membantu Rakyat tetapi bagi menghalang dia ditumbang agar kerajaan PN masa itu boleh kekal berkuasa.

Kebanyakkan komen-komen bagi artikel semalam juga berbunyi demikian: https://www.facebook.com/Malaysiakini/posts/10158603312885906

Sumber – https://www.facebook.com/1406945816/posts/10228808083772714/?d=n

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.




Adakah Umno akan contohi PAS?



Persepsi umum ialah Mohd Khairuddin Razali digugurkan daripada Jawatankuasa PAS Pusat kerana beliau pro-Umno, mahu PAS berbaik dengan Umno, mahu kedua-dua parti duduk rukun damai dalam Muafakat Nasional. Mengapa beliau mahu itu semua dan apa agendanya terpulang interpretasi masing-masing.

Sebaik sahaja “pemecatannya” disahkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, FMT menghubungi Khairuddin dan bertanya pada hematnya mengapa beliau digugurkan.

Jawapannya kepada FMT ringkas: “Boleh baca apa yang tersirat”. Beliau turut memuat naik artikel terbaharu di Facebook selepas digugurkan. Artikel beliau mengingatkan pemimpin mengenai hukum syarak “wajib” untuk mengusahakan perpaduan antara PAS dan Umno.

Khairuddin bagaimanapun tidak menyentuh aspek Bersatu – parti yang PAS mahu duduk bersama dalam MN tetapi tidak diterima Umno.

Walau apa pun alasan diberikan pemimpin tertinggi PAS mengenai sebab Khairuddin digugurkan, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dan beberapa rakannya dalam PAS dilihat kerap mengambil pendirian yang bercanggah dengan Hadi, dalam isu MN dan hubungan tiga segi PAS-Umno-Bersatu, walaupun tidak secara terbuka.

“Pemecatan Khairuddin adalah isyarat dan peringatan kepada mana-mana individu yang ingin ajak PAS bergabung dengan Umno,” kata penulis buku politik veteran dan pemerhati PAS, Mohd Sayuti Omar .

Tentu sekali, kata Sayuti, pemimpin seperti Nik Abduh Nik Aziz, Zuhdi Marzuki , Nasaruddin Hassan, serta Nik Zawawi Salleh – semuanya dikatakan sekutu Khairuddin, mesti “ambil perhatian terhadap pemecatan itu”.

“Ini juga taktik Hadi untuk tunjuk dia tidak suka dan tolak Umno sedangkan sebelum ini dia yang beri restu kerjasama PAS dengan Umno. Tindakan ini cara Hadi selamatkan dirinya,” kata Sayuti.

Kemesraan dan keakraban Hadi dan PAS terhadap Bersatu bukanlah satu rahsia besar terutama selepas PAS diterima masuk kerajaan Perikatan Nasional berikutan pembabitannya dalam Langkah Sheraton pada Februari 2020.

Keakraban dengan Bersatu berterusan walaupun kerajaan yang PAS anggotai sekarang pimpinan orang Umno. Juga bukan rahsia ada pihak dalam Umno, yang seperti PAS, pro-Bersatu .

Berbalik kepada isu pengguguran Khairuddin sebagai AJK PAS Pusat. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, tampil mengatakan tindakan itu “tiada kaitan dengan MN”. Beliau senada dengan Hadi menyifatkan pengguguran Khairuddin sesuatu “yang biasa”.

Namun, lain pula nada yang diambil Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan. Beliau mengaitkan pengguguran Khairuddin kepada “kelaziman” tindakan sedemikian diambil kerana “kesalahan disiplin”.

Namun, dalam menegaskan pengguguran itu tiada kaitan dengan isu MN, Takiyuddin tidak pula menyatakan secara jelas sama ada Khairuddin digugurkan kerana melanggar disiplin parti.

Imbas kembali pemilihan PAS November tahun lalu. Khairuddin gagal dalam perebutan kerusi AJK PAS Pusat. Pemerhati politik percaya kekalahannya ialah kerana beliau dilihat sebagai anti atau penentang Presiden manakala gelombang kemenangan milik “all the President’s men”.

Namun Hadi kemudian ( menunjukkan jiwa besar?) melantik Khairuddin sebagai AJK selaras dengan peruntukan perlembagaan parti yang memboleh Presiden berbuat demikian.

Tetapi kurang dua bulan kemudian, Hadi menarik balik pelantikan itu.

Bagi saya PAS sepatutnya menegaskan jika Presiden berhak membuat pelantikan, Presiden juga berhak membatalkan pelantikan itu. Ini sesuatu yang tegas dan logik yang tidak boleh dipertikaikan kerana membabitkan hak Presiden.

Tetapi PAS khususnya Tuan Ibrahim memilih untuk menjelaskan seperti ini: “Khairuddin dicadang dilantik oleh Presiden dan kemudian Presiden tarik balik pelantikan kerana selepas kita mesyuarat, Presiden ada cadangan nama lain dan Khairuddin digugurkan”.

Pada pandangan saya alasan sedemikan boleh mencetuskan pelbagai persoalan. Ia juga menunjukkan “kelemahan” parti terutama Presiden dalam mengambil tindakan awal iaitu ketika membuat pelantikan. Tidakkah ini menunjukkan PAS tidak fikir mendalam, tidak merancang rapi, dan tidak meneliti keadaan – lalu buat keputusan “separuh masak”?

Memang aneh dan menjejaskan kredibiliti parti dan Presiden apabila pelantikan dibuat tetapi kurang dua bulan kemudian Presiden sedar itu keputusan tidak betul lantas membatalkan pelantikan dan secara tiba-tiba mendapat ilham ada orang lain yang lebih sesuai dan “can do a better job”.

Oleh itu saya ulangi. Lebih baik jika PAS cakap sahaja Presiden boleh lantik, Presiden boleh gugurkan. Habis cerita. Tidak perlu “bersusah payah” membuat “justifikasi” yang boleh cetuskan polemik.

Hakikatnya, Khairuddin yang pro-Umno sudah digugurkan daripada Jawatankuasa PAS Pusat. Seperti yang dikatakan Sayuti, rakan-rakan yang sependirian dengannya mesti “ambil perhatian”. Awas.

Bagaimana pula Umno? Adakah Umno juga akan mengambil langkah tertentu yang tegas ke atas pemimpin yang pro-Perikatan Nasional? Maksudnya pro-Bersatu dan pro-PAS?

Bagi Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid, tidak wujud dua kelompok dalam Umno walaupun jawatan Presiden dan Perdana Menteri diterajui pemimpin berbeza.

Ismail Sabri Yaakob ialah Naib Presiden Umno. Maka dalam parti mesti akur kepada Presiden Ahmad Zahid Hamidi walaupun Ismail Perdana Menteri dan Zahid berada di luar kerajaan.

Namun bukan itu persoalannya untuk artikel ini.

Yang ingin diperkatakan ialah, bukan rahsia ada puak dalam Umno yang mahu parti berbaik dengan PAS dan Bersatu serta duduk dalam Muafakat Nasional sekali gus sokong Perikatan Nasional.

Ada tim dalam Umno yang tolak Bersatu berdasarkan keputusan Perhimpunan Agung Umno dahulu dan sekali gus tolak PAS yang curang dan bermain kayu tiga dengan Bersatu.

Bagi Umno kedua dua parti itu – Bersatu dan PAS – sudah tikam belakang.

Lalu perlu ditanya apa langkah Umno seterusnya? Mungkinkah presiden parti turut mengambil tindakan tertentu dengan kuasa luas yang ada padanya?

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

TAK APA KENA PECAT. NANTI TAKIRI PERJELASKAN. JANJI MASUK SYURGA...KEH..KEH

 

‘Kenapa saya dipecat? Biar Takiyuddin perjelas’, kata Khairuddin




Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali menyerahkan kepada kebijaksanaan Takiyuddin Hassan untuk menjelaskan penggugurannya daripada Jawatankuasa PAS Pusat.

PETALING JAYA: Khairuddin Aman Razali enggan mengulas lanjut alasan digugurkan daripada Jawatankuasa PAS Pusat selepas Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan mengesahkan tindakan itu dibuat bukan kerana perbezaan pendapat mengenai Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menyerahkan kepada kebijaksanaan Takiyuddin untuk membuat penjelasan berhubung penggugurannya.

“Kena tanya SUA (sebab pengguguran),” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu di Facebooknya, Khairuddin yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS menegaskan bahawa usaha penyatuan umat adalah perjuangan besar melangkaui kepentingan politik kepartian.

“Ia platform menyatukan hati, menyuburkan semangat kekeluargaan, memperkasa ekonomi dan mensejahterakan negara.

“Perjuangan besar Nabi kita ialah menyatukan umat di Madinah antara Aus dan Khazraj seterusnya berpadu dengan golongan Muhajirin. Akhirnya lahirlah umat yang kuat ikatan kejiwaannya, kukuh ekonominya dan sejahtera negaranya. Impian yang perlu disegerakan menjadi kenyataan,” katanya.

Sebelum ini, sebaik digugurkan daripada Jawatankuasa PAS Pusat, Khairuddin mengingatkan pemimpin mengenai hukum syarak “wajib” untuk mengusahakan perpaduan antara PAS dan Umno menerusi MN bukannya lagi “sunat”.

“Ia bukan isu perpaduan pemimpin kerana pemimpin politik meskipun bergaduh masih boleh duduk semeja makan dan minum senyum dan tawa,” katanya.

Katanya, menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memperkasa dan menyuburkan lagi perpaduan antara kedua parti tersebut melalui MN yang diasaskan bersama sebelum ini.

Semalam, Takiyuddin mengesahkan pengguguran Khairuddin bukan kerana perbezaan pendapat sekali gus menepis khabar angin bahawa ia berkaitan isu PN dan MN.

Malah katanya, tidak pernah seseorang dalam PAS dipecat kerana berbeza pendapat.

“Dalam PAS, tidak pernah ada kes berpunca daripada perbezaan pendapat yang menyebabkan seseorang itu digugurkan atau dipecat, kecuali tindakan itu bercanggah perlembagaan parti kerana ia satu kesalahan disiplin,” kata Takiyuddin.

LAPORAN POLIS UNTUK LEBAI






Done laporan polis terhadap Ustaz Idris Sulaiman & Ustaz Abdul Halim yang menghina tempat ibadat Hindu sebagai tempat syaitan, sama kan dengan kadang khinzir, premis judi, premis arak & kuil Hindu lebih dasyat dari sarang pelacur.
Mereka ini kurang diddikan agama kerana dalam al-Quran sendiri telah nyatakan Jangan hina sembah orang lain selain Allah.

JANGAN DIKATA APA- GELAK KAN AJE...




REMAJA DIMANDIKAN KINI DIBAYAR DENDA DAN BANTUAN RM 10K OLEH PENDERMA TIDAK DIKENALI





SHAMS JOHAN

Alhamdulillah.

Budak dipukul imam yg mencuri duit masjid, dpt lebih 10k in donations, denda pun org bayarkan.
Skrg keluarga dia dpt restart semula. Kalaulah surau/masjid ada amik tau hal dia dr awal, tak perlu pun semua skandal ni berlaku yg akhirnya mencemar nama baik islam di tgn org islam sendiri dan juga pemimpin so called 'bangsa'.
Berbanggalah kamu dgn jawatan & pangkat sebelum dibakar api neraka akibat amanah yg tak ditunaikan.
P/s Dik, sapa sangka kt negara ni kena masuk penjara dulu br dpt pertolongan. Rahmat Allah tu besar dan dtg dlm pelbagai cara, kerana akhirnya keadilanNya yg akan menang.

Pemuda ini terkejut bandingkan gaji sebagai Engineer kat Malaysia dengan Jepun

 


Pemuda ini terkejut bandingkan gaji sebagai Engineer kat Malaysia dengan Jepun

PEKERJA di Malaysia undervalued? Baru-baru ni Abang Sabu sengaja cari kerja di Malaysia. Terkejut tengok! Requirements untuk kerja engineer terlalu tinggi dan job scope terlalu luas. Tengok balik gaji yang ditawarkan, cuma RM2,500 sebulan. Tutup dan tengok lagi sekali. Takut tersalah tengok. Ya, memang betul. Gaji RM2,500.

Kawasan kerja di Puchong dimana kos sara hidup yang agak tinggi walaupun di pinggir bandar. Kos pengangkutan, tol, minyak dan parkir pula perlu ditanggung sendiri. Ditambah dengan syarat “kena ada kenderaan sendiri” pula dimana menelan kos sekitar RM300 sebulan.

Kira-kira, bersih selepas tolak kos kenderaan, pengangkutan , cukai, insuran dan KWSP adalah sekitar RM 1,500 sahaja. Belum tolak sewa rumah, makan lagi. Tolak sewa rumah, tinggal dalam RM 1,000.

Perbandingan kos sara hidup Jepun dengan Malaysia

Lepas itu banding pula kerja engineer yang hampir sama di Jepun. Gaji melebihi RM20,000 sebulan. Kos pengangkutan pula ditanggung syarikat. Gaji bersih yang boleh dikumpul adalah sekitar RM18-19,000 sebulan lepas tolak cukai, insuran dan KWSP.

Sewa rumah sekitar RM2,000-3,000. Bersih selepas tolak sewa rumah, cukai, insurans, KWSP, kos pengangkutan adalah sekitar RM 15,000-17,000 sebulan. Skop kerja lebih kecil, gaji jauh lebih besar.

Adakah gaji di Malaysia terlalu rendah atau Jepun yang tinggi

Persoalannya, adakah gaji di Malaysia underpaid ataupun kerja di Jepun overpaid? Bagi saya rasanya pekerja profesional di Malaysia sangat underpaid. Engineer hanya gah pada nama, bukan pada kewangan.

Ditambah lagi dengan skop kerja pelbagai. Kadang kala macam terlalu ridiculous. Gaji ditawarkan rendah, tapi expectation tinggi. Terlalu ramai rakan-rakan saya yang belajar di Jepun bersama saya yang pulang ke Malaysia terpaksa tukar bidang. Lari keluar daripada bidang engineer.

Menjadi punca engineer graduan Jepun lari bidang pekerjaan

Setakat yang saya tahu. Gaji paling tinggi engineer grad Jepun boleh dapat sekitar RM 3,500. Dengan kenaikan gaji vs kenaikan sara hidup, ramai yang lari ke bidang customer service. Dengan hanya menggunakan kebolehan berbahasa Jepun, gaji boleh mencecah RM 8,000 sebulan.

Kerja lebih mudah, gaji lebih tinggi. Siapa tak nak kan? Maaf, panjang pulak meroyan. Saya hanyalah slowly mengintai peluang untuk pulang berbakti di tanah air.

Siapa nak kerja Jepun? Basically kena pandai cakap Jepun sebab mereka tak reti bahasa lain selain Jepun. JLPT N2 sudah memadai. Kalau nak kerja illegally ada sahaja. Tapi nanti kena kerah atau tipu tak ada siapa nak back up. Risiko tinggi.

Berdasarkan perkongsian artikel yang dibuat, beliau turut menerima beberapa soalan daripada pihak netizen sekaligus beliau memilih untuk menjawabnya.

Difahamkan beliau membandingkan dengan Jepun kerana beliau sudah berbelas tahun menetap di Jepun serta mahu pulang ke Malaysia. Perbandingan yang dibuat adalah berdasarkan cara hidup sendiri serta tidak membandingkan dengan kos sara hidup yang mewah di Jepun.

Dari segi gaji pekerjaan, perbandingan yang dibuat bukanlah daripada gaji fresh graduate kedua-dua negara sebaliknya membandingkan dari segi skill yang diperlukan sesebuah syarikat.

Selain itu, beliau juga turut menyatakan meskipun terdapat sedikit perbezaan dari segi job scope, namun perbandingan kasar yang dibuat adalah masih dalam bidang engineering.

PERLU SEDIKIT KEBERANIAN. JIKA PHd ITU BERGUNA..BERHIJRAHLAH KE NEGARA LAIN.NEGARA INI PELABUR PUN TAK MAHU MASUK

 Lelaki ini kecewa ada PhD tapi hanya kerja sebagai Grabfood

Lelaki ini kecewa ada PhD tapi hanya kerja sebagai Grabfood


Walaupun bergelar graduan Ijazah Kedoktoran (PhD), namun seorang pemuda berusia 32 tahun hanya bekerja sebagai GrabF00d menyesaI kerana menghabiskan masa memfokuskan diri membina ilmu berbanding mencari pengalaman kerja.

”Tidak berbaloi,”

Demikian luah seorang pemuda berhubung tempoh lapan tahun yang dihabiskannya untuk melengkapkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Perkongsian pemuda tersebut di IIUM Confenssions yang dikongsi oleh @ImanQurrotuaini melalui akuan Twitternya tular dan meraih 8,400 ulang kicau dan 5,700 tanda suka di media sosial tersebut.

Lebih pilu, dia juga risau kerana tidak dapat membantu tiga adiknya yang masih bersekolah serta ibu bapanya.

”Kesian mak ayah aku. Aku patut dah mampu bantu mereka dari segi perbelanjaan harian supaya mereka tak perlu pening berkira-kira dalam hidup.

”Ada lagi tiga adik masih belum habis belajar, pun perlu mereka tanggung.

”Aku? Hanya mampu sara diri sendiri. Maaf ibu ayah dan adik-adik abang,” luah pemuda itu.

Bercerita mengenai perjalanannya menuntut ilmu, dia memaklumkan sudah menghabiskan pengajian PhD pada 2017.

Ujarnya, dia sudah mencari kerja sejak di peringkat diploma, namun usahanya gagal dan berterusan sehingga ke peringkat PhD.

”Sebab penolakan mereka (syarikat), saya terlebih layak untuk pekerjaan itu. Kalau sorok PhD dan Master dalam resume, mereka akan tanya kenapa ada kekosongan lapan tahun tanpa pengalaman kerja?

”Masa tu kena berceritalah kata ada Master dan PhD. Disebabkan itu, mereka tolak saya untuk sebab sama.

”Saya lelaki, umur hampir 32 tahun, tanpa kerja stabil. Aku makin takut dengan hari-hari yang mendatang,” luahnya.

Ujarnya, tempoh lapan tahun itu sepatutnya diguna untuk membina kerjaya dan dia kini baru tersedar selepas melihat rakannya memiliki kehidupan yang stabil.

Malah, hidup ahli keluarganya juga pasti lebih baik jika dia sudah lama bekerja, luahnya lagi.

Tambah pemuda itu, jika dibandingkan beban hutang pelajaran yang ditanggung dengan keadaan semasa, ia sememangnya sangat tidak berbaloi untuk meneruskan pengajian hanya kerana minat belajar dan cintakan ilmu.

”Aku mula rasa sinis bila membaca komen-komen sambung belajar sebab minat belajar, buat PhD sebab cintakan ilmu.

”Aku pun begitu dulu, kerana clnta untuk belajar, sumpah benar. Kerana itu, aku sambung belajar hingga PhD.

”Tapi lihatlah sekarang, ke mana minat telah membawaku?” soalnya.

Perkongsian semula kisah itu di Twitter dan antara komen netizen di Twitter.

Dia turut memberi saranan bahawa pengajian postgraduate hanya sesuai untuk mereka yang bekerja dengan pengalaman dan kepakaran dalam bidang tertentu.

Malah, pensyarah dan profesor juga perlu berhenti menyasarkan lepasan ijazah untuk menjadi pelajar postgraduate mereka, kata pemuda itu.

”Ilmu bukan terletak di universiti sahaja. Di kilang-kilang, pejabat-pejabat hatta di jalan pun ada banyak ilmu lagi.

”Ingatlah, usahamu di lapangan kerja, orang sekelilingmu mendapat manfaat.

”Usahamu di makmal postgraduate akan tersimpan di celah kulit tebal dan rak buku terperuk dalam perpustakaan. Entah siapa yang akan membacanya nanti,” tulis pemuda itu lagi.

Dia juga mengakui mengalami tekanan disebabkan hal itu dan kini bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood.

Perkongsian luahan itu dikongsi semula oleh seorang individu di Twitter.

Ia sehingga kini menerima lebih 7,300 ulang kicau (Retweet) dan turut dihujani komen yang meminta agar dia bersabar dan terus berusaha.

Intan_lavender menulis: “Inilah yang aku rasakan. Kadang-kadang rasa macam menyesal dulu tak kerja selepas dapat master walaupun ada dapat tawaran kerja tapi pilih untuk sambung PhD lepas dapat tawaran penajaan. Kena banyak sabar dan reda dengan pengalaman hidup yang ALLAH nak bagi.”

“Kakak saya ada master tapi sekarang sampai tak dapat kerja. Lepas itu kahwin ada anak, sekarang ini jadi suri rumah sahaja. Mak ayah pula kecewa sebab dia antara harapan keluarga belajar bertahun namun tak dapat kerja. Apapun perancangan ALLAH itu indah dan sentiasa bersangka baik,” katanya ImanQurrotuaini di Twitter.


ISU AZAM BAKI DAN INDEKS PERSEPSI RASUAH



1. Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perceptions Index (CPI) dijangka akan diumumkan sembilan hari lagi iaitu pada 25 Januari 2022 sebagaimana kebiasaannya ia diumumkan pada penghujung bulan Januari setiap tahun. 


2. Pada 28 Januari tahun lepas, Malaysia jatuh dari kedudukan ke-51 ke kedudukan ke-57 daripada 180 negara yang dinilai dalam CPI bagi tahun 2020. Skor Malaysia menurun dua mata berbanding tahun sebelumnya iaitu dari 53 mata ke 51 daripada 100 mata keseluruhan. 


3. Untuk rekod, Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan rekod terbaik di mana Malaysia melonjak dari kedudukan ke-61 ke kedudukan ke-51 daripada 180 negara dalam CPI bagi tahun 2019. Skor Malaysia meningkat enam mata berbanding tahun sebelumnya (2018) iaitu dari 47 mata ke 53 mata.


4. Amat ironi apabila Malaysia bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa diri mereka kerajaan Melayu Islam, Indeks Persepsi Rasuahnya menjunam walhal Islam adalah agama yang cukup keras melawan rasuah dan penyelewengan kuasa. 


5. Nampaknya, kewujudan PAS sebagai sebahagian daripada Kerajaan nampaknya tidak membawa apa-apa erti dalam perjuangan melawan rasuah.


6. Pelbagai faktor penurunan kedudukan Malaysia bagi tahun 2020 termasuk pendedahan beberapa kes berprofil tinggi, akses terhad kepada maklumat mengenai perkara kepentingan awam, skandal daging tidak halal, amalan ‘scheme of things’ kerajaan Mahiaddin, kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh penjawat awam yang berterusan serta lain-lain lagi. 


7. Sepanjang tahun 2021 pula, pelbagai isu integriti terus wujud secara berleluasa. Episod wakil rakyat lompat parti yang dibeli atau diugut dengan kes-kes rasuah amat mencolok mata termasuk kes Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar yang tiba-tiba melompat keluar PKR selepas beberapa hari SPRM menangkap ‘kenalan keluarganya’ MA Thigaran yang dikaitkan dengan skandal projek di Perak. Begitu juga dengan beberapa wakil rakyat lain termasuk beberapa orang ADUN Warisan di Sabah.


8. Lebih memburukkan keadaan timbul isu kehilangan wang bahan siasatan SPRM sebanyak RM25 juta ketika membuat siasatan terhadap bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Negara Datuk Hasanah Abdul Hamid. Kemudiannya seorang pegawai kanan SPRM ditahan kerana disyaki terlibat dengan kehilangan wang itu. Rakyat tertanya-tanya sejauh mana, para pegawai dalam sebuah badan yang bertanggung-jawab membanteras rasuah benar-benar berintegriti?


9. Saya percaya bahawa CPI bagi tahun 2021 akan terus jatuh menjunam berbanding tahun 2020 memandangkan pelbagai kes berprofil tinggi terus didedahkan termasuk isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki pada penghujung tahun 2021 yang lalu.


10. Peletakan jawatan ahli ekonomi Profesor Dr Edmund Terence Gomez sebagai ahli panel perundingan SPRM pada 27 Disember 2021 adalah bom besar untuk persepsi rasuah di negara kita. Edmund mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai tertinggi di suruhanjaya berkenaan walaupun telah dilaporkan sejak awal November tahun lalu. 


11. Lebih aneh, Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ dilihat tidak ambil berat isu tersebut seolah-olah negara tidak wujud Perdana Menteri. Kenyataan sambil lewa Perdana Menteri amat menyedihkan. Katanya tidak perlu rehatkan Azam Baki kerana sewaktu Lim Guan Eng dikaitkan dengan tuduhan rasuah dulu, tiada siapa yang minta Lim direhatkan. Bercelaru sekali logik yang digunakan.


12. Tidakkah Perdana Menteri sedar bahawa kegagalan Kerajaan dalam menguruskan isu Azam Baki ini akan menjatuhkan imej negara sekaligus Indeks Persepsi Rasuah akan semakin menjunam? 


13. Apabila itu berlaku, pelabur semakin kurang berminat untuk melabur di negara kita kerana rasuah yang tinggi akan meningkatkan kos perniagaan mereka kerana banyak mulut akan minta untuk disuap.


14. Akhirnya, satu persatu kilang ditutup kerana pelabur memindahkan operasi mereka di negara-negara jiran yang lebih baik. 


15. Ada pula menteri yang mempertahankan kononnya nilai saham yang dibeli oleh Azam hanya sekitar RM300 ribu sahaja dan ia masih dalam kemampuan Azam sebagai seorang pegawai kanan Kerajaan. 


16. Tidakkah menteri itu sedar bahawa Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 yang melarang pegawai awam daripada membeli saham dengan nilai melebihi RM100,000 pada nilai semasa.


17. Isunya bukan soal kemampuan. Isunya adalah pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan dan tujuan peraturan tersebut diwujudkan pula sangat berkait dengan isu integriti.


18. Menteri tersebut perlu sedar bahawa rasuah bukan hanya dalam bentuk sogokan wang atau material semata-mata tetapi juga memberikan maklumat mengenai saham yang bakal melonjak juga adalah satu bentuk sogokan. Misalnya pemilik sesebuah perniagaan boleh memberi maklumat itu kepada seseorang penjawat awam dan sebagai imbalan, pegawai awam tersebut perlu membantu mereka dalam sesuatu perkara.


19. Walaupun pihak SPRM telah mengadakan sidang media pada 5 Januari 2022, malangnya ia bukan hanya gagal menjawab dengan baik persoalan yang timbul sebaliknya menimbulkan pelbagai persoalan-persoalan baru yang semakin meragukan.


20. Alasan yang digunakan oleh Tan Sri Azam Baki bahawa akaunnya digunakan oleh adik beliau, Nasir Baki adalah melucukan dan sukar diterima kerana hujah mempertahankan diri itu sendiri adalah bertentangan dengan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), di bawah Seksyen 25 (4) yang menyatakan akaun sekuriti mestilah atas nama pemilik yang menerima manfaat. Pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) sendiri menuntut penjelasan daripada pihak Tan Sri Azam Baki berkenaan hal demikian.


21. Saya sangat bimbang melihat cara Kerajaan khususnya Perdana Menteri menguruskan perkara ini.


22. Integriti bukan hanya perlu ditegakkan tetapi integriti juga mesti dilihat benar-benar ditegakkan.


Hasbie Muda

16 Januari 2022 

5:40 petang



(function() { var d = document, w = window; w

APA YANG DISEBUT SHAHIDAN KASSIM ADALAH SALAH