Heret ‘Tuanku’, Hamzah Zainuddin melampau dan biadap

 

Heret ‘Tuanku’, Hamzah Zainuddin melampau dan biadap

Siasat Hamzah berhubung rakaman audio bocor, kata peguam

 

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh menggesa KPN baharu menyiasat Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berhubung rakaman yang bocor.

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mesti disiasat berhubung rakaman audio yang bocor mengenai perbincangan pelantikan pegawai kanan polis, kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.

Beliau yang juga peguam berkata, perbincangan melibatkan Hamzah itu seolah-olah membayangkan campur tangan kerajaan dalam pelantikan pegawai kanan polis, sedangkan ia sepatutnya hanya dikendalikan pasukan itu.

Hamzah hari ini mengaku dirinya dalam rakaman itu, namun menegaskan tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya tak buat apa kesalahan, orang yang merakam perbualan saya dengan orang lain itu melakukan kesalahan,” katanya.

22 bazar Ramadan diarah tutup kerana risiko Covid-19

 

Orang ramai sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai kesesakan yang berlaku di bazar Ramadan, walaupun SOP dikuatkuasa.

PETALING JAYA: Mulai esok, 22 bazar Ramadan di beberapa negeri diarah tutup kerana risiko penularan Covid-19.

Arahan itu dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) susulan analisis dan pengesanan kontak dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi aplikasi MySejahtera.

Dalam surat dilihat FMT, Ketua Setiausaha KPKT Zainal Abidin Abu Hassan berkata, terdapat risiko tinggi yang boleh mencetuskan rangkaian jangkitan baharu Covid-19 di bazar tersebut.

Bazar yang terlibat adalah di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang dan Johor.

Ia bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan majlis-majlis tempatan di Subang Jaya, Ampang Jaya, Pulau Pinang, Seberang Perai, Kulim, Baling, Teluk Intan, Temerloh, Johor Bahru, Pasir Gudang, dan Kota Tinggi.

Orang ramai sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai kesesakan yang berlaku di bazar berkenaan kerana kesukaran mengamalkan penjarakan fizikal, walaupun prosedur operasi standard (SOP) dikuatkuasakan.


KPN bidas campurtangan Hamzah dalam hal polis

 

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, membuat kejutan apabila mendakwa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, menyalahgunakan kedudukannya untuk campurtangan dalam urusan polis.

Hamid berkata demikian kepada pemberita yang memintanya mengulas pengakuan Hamzah bahawa suara dalam sebuah rakaman perbualan berkaitan pelantikan pegawai polis atasan.

Hamzah hari ini megumumkan bahawa Hamid akan bersara 3 Mei sebagai Ketua Polis Negara dan jawatan itu akan diambil alih oleh timbalanya Acryl Abdullah Sani.

Hamid menegaskan menteri tidak boleh campurtangan dalam pengurusan polis dan amalan itu harus dielakkan.



VIDEO ((PANAS)) ISWARDY MENGAMUK SERANG PAS & TAKI || PUSAT JUDI DAPAT VAKSIN ...

'VIDEO Polis tak payah siasat, saya mengaku itu suara saya' - Hamzah



Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini mengaku bahawa rakaman audio perbualannya yang bocor membincangkan pelantikan polis sebagai benar. Hamzah berkata perbualan itu berlaku tahun lalu ketika pihak Istana Negara menginginkan beberapa nama pegawai kanan polis yang baru. Ditanya sama ada dia akan membuat laporan polis, Hamzah berkata tiada keperluan untuknya berbuat demikian. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pelantikan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani yang akan menggantikan Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara mulai 4 Mei depan. Sumber video: https://www.facebook.com/kementeriand...



Ambil tindakan segera kes A Ganapathy





POSTED  BY AMIR WRLR



Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera berhubung kes A Ganapathy yang maut dalam tahanan polis.

Presiden KEADILAN itu berkata, Ketua Polis Negara seharusnya menjelaskan segera kes tersebut kerana ia melibatkan sensitiviti perkauman.

"Bagi kita, hak asasi, hak kemanusiaan tidak dibatasi dengan kaum atau agama. Sepatutnya pihak polis, Ketua Polis Negara harus beri kenyataan lengkap menjelaskan dan menentukan andaikan ada jenayah dilakukan, tindakan diambil segera.

"Kita tak boleh ada satu kaum persepsinya dibelasah terus-menerus di lokap," katanya.

Pada masa sama, beliau menempelak pihak yang tidak mengambil serius terhadap isu tersebut.

"Ada yang terkejut, anggap ini jarang berlaku. Podah, saya kata.

"Saya tahu apa yang berlaku, saya alami tahun 1998. Saya beritahu bila saya dibebaskan, saya tidak mahu orang lain dizalimi sedemikian sama ada Melayu, Cina atau India atau anak Sabah dan Sarawak

"Kerana kita faham maksud keadilan yang merentas kaum dan faham agama," katanya.

 

Akhirnya Rina muncul tetapi tidak tawarkan perlindungan dari gangguan seksual

 




Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun muncul memberikan kenyataan selepas beberapa hari rakyat dan seluruh negara hangat membincangkan isu jenaka rogol dan ugutan rogol yang didakwa oleh seorang pelajar dilakukan oleh guru dan rakan sekelas di sekolahnya, namun kemunculan Rina itu tidak menawarkan penyelesaian konkrit kepada masalah berkenaan.

Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti KEADILAN, Fadhlina Siddiq, kelewatan Rina memberikan kenyataan itu juga memperlihatkan bahawa KPWKM sangat tidak kompeten dalam melaksanakan tanggungjawab di bawah bidang kuasa sebuah kementerian yang menjadi barisan hadapan dalam isu perlindungan wanita dan kanak-kanak.

"Walaupun Rina telah mengeluarkan kenyataan, tetapi tidak ada sebarang jawapan yang tuntas berkaitan perlindungan kepada pemandiri yang merupakan kanak-kanak serta jaminan tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada untuk memastikan kejadian ini tidak lagi berulang dan keadilan untuk pemandiri dapat ditegakkan.

"Rina juga telah gagal menyatakan dengan jelas apakah pendirian kerajaan hari ini dalam aspek Polisi Perlindungan Kanak-kanak yang wajar diangkat dan dilaksanakan oleh KPWKM dalam kes-kes yang melibatkan aduan jenaka rogol dan ancaman atau ugutan rogol terhadap kanak-kanak.

"Lebih mengecewakan, dalam kenyataan yang sama, Rina memberikan harapan palsu dan membayangkan sekali lagi bahawa kerajaan hari ini masih gagal membawa RUU Akta Gangguan Seksual untuk dibentangkan di Parlimen walaupun sebelum ini beliau pernah menyatakan RUU tersebut akan siap pada bulan Mac, 2021," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fadhlina yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, jika dirujuk kepada Pelan Strategik KPWKM 2021-2025 yang dilancarkan pada Mac 2021 yang lalu dalam muka surat 27, tahun sasaran penggubalan undang - undang berkaitan gangguan seksual telah ditetapkan pada tahun 2021-2022.

Ini bermaksud, katanya, rakyat perlu menunggu sehingga tahun hadapan sebelum undang-undang itu menjadi kenyataan.

"Dalam masa yang sama, saya juga mempersoalkan apakah Timbalan Menteri KPWKM masih wujud dan kompeten menjalankan tanggungjawab serta fungsinya dalam KPWKM kerana sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada beliau khsusunya yang menjurus kepada perlindungan kanak-kanak dan pembelaan terhadap maruah dan hak wanita.

"Akhirnya Rina muncul! Tetapi gagal memahami isu sebenar dan tidak kompeten mengendalikan perlindungan dan pembelaan untuk pemandiri jenaka rogol," katanya lagi.

 

VIDEO Anwar Ibrahim: Bicara Ramadhan Dan Iftar WADAH Di Bangi



MENGUPAS ISU

1.KECUAIAN KERAJAAN KEMISKINAN
2.TATAKELOLA KERAJAAN DAN PENDUSTA AGAMA
3. MERITOKRASI
4.KELEMAHAN PENTADBIRAN
5.ISU STEVEN SIM
6.DENDA DAN KES GANAPATHY





Bantuan yang cuba diusahakan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim kepada warga terkesan di kawasan beliau kini dijadikan alasan supaya ada keresahan antara kaum. Ini kerja orang yang tidak bertanggungjawab. Saya fikir pihak UUM boleh lihat dan siasat isu ini dengan teliti.





SUSAH BERTAMBAH SUSAH

 

ZUS DIN

JIKA ini SAH dan BENAR, apa nasib peniaga-peniaga kecil yg dah keluarkan modal? Macam mana mereka nak cari makan dan duit Raya?


No photo description available.

Pelantikan Acryl Sani sebagai KPN semasa darurat boleh dipertikai, kata peguam

 

Acryl Sani Abdullah Sani akan menggantikan Abdul Hamid Bador yang akan bersara pada 3 Mei ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pelantikan Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara baharu boleh dipertikaikan kerana ia dilakukan semasa negara bawah darurat, kata dua peguam.

Abdul Shukor Ahmad berkata dalam konteks semasa, tidak ada perbezaan antara bersara wajib seorang penjawat awam pada usia 60 tahun dengan kontrak selesai.

“Kedua-dua senario itu mengikut takrif persaraan yang luas. Ketua Polis Negara sekarang iaitu Abdul Hamid Bador patut dikekalkan sehingga darurat ditarik balik,” katanya kepada FMT.

Shukor berkata mana-mana pegawai polis, yang terkilan dengan pelantikan baharu itu, boleh memohon semakan kehakiman kepada mahkamah.

“Mari kita tengok apa kata mahkamah,” kata Shukor kepada kenyataan oleh kumpulan peguam dalam Pejuang yang berkata berkata Seksyen 15 Akta Polis tidak membenarkan pegawai polis letak jawatan atau bersara semasa darurat.

Peguam SN Nair berkata tiada anggota atau pegawai polis, termasuk KPN, boleh letak jawatan atau bersara semasa darurat berkuatkuasa.

“Undang-undang tidak kata apa-apa sama ada KPN kontrak boleh bersara,” kata Nair, yang pernah berkhidmat dengan polis.

Beliau berkata adalah salah di sisi undang-undang untuk Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, atau sesiapa sahaja menamatkan khidmat pegawai polis walau secara persaraan, atau mana-mana orang meninggalkan polis semasa darurat berkuatkuasa.

“Adalah salah di sisi undang-undang sekiranya kerajaan semasa menamatkan khidmat Hamid walau secara persaraan,” tambahnya.

Awal hari ini, Hamzah menyerahkan surat pelantikan Acryl Sani dan beliau akan menggalas jawatan baharu itu pada 4 Mei.

Kontrak dua tahun Hamid akan tamat pada Isnin.

Hamid, yang akan mencecah usia 63 pada 7 Ogos, menandatangani kontrak pasca-persaraan selama dua tahun untuk menjadi Ketua Polis Negara pada 2 Mei 2019, apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan.



Gempar! Menteri KDN akhirnya mengaku audio bocor yang tular adalah suaranya

 


Gempar! Menteri KDN akhirnya mengaku audio bocor yang tular adalah suaranya


Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini mengaku bahawa rakaman suara bocor yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis sebagai benar.

Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya rasa itu adalah suara yang benar oleh saya. Dan saya tak melakukan apa-apa kesalahan pun. Apa salahnya?

“Cuma yang salahnya orang yang curi rakam perbualan saya, itu melakukan kesalahan,” katanya.

Hamzah dalam rakaman itu antaranya menyatakan sokongan kepada seorang yang dirujuknya sebagai “budak kita”.

Because (kerana) dia budak kita, budak Perak, family (keluarga) semua kat sana and it will be very good for us (baik untuk kita),” katanya.

Dia berkata akan memilih siapa yang dia kenal.

“Saya beritahu dia you tak boleh ada choice, you hanya boleh bagi nama-nama -katalah lima orang – you let me know, we will decide.

Not for u to decide anymore like before. All ketua polis negeri dia tak boleh decide,” katanya.

Hamzah memberitahu wartawan bahawa rakaman audio berkenaan dibuat pada tahun lepas.

Ditanya sama ada dia akan membuat laporan polis, Hamzah berkata tiada keperluan untuknya berbuat demikian.

Katanya, apa yang lebih penting adalah mengenal pasti pihak membuat rakaman berkenaan.

“Saya menteri dalam negeri, jadi saya boleh lakukan dengan beberapa cara lain. Siapa yang rakam itu persoalannya, kita nak tahu itu dulu,” katanya lagi.

Sementara itu, Hamzah berkata apa yang dilakukannya tidak bercanggah dengan peraturan.

“Saya pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), saya nak maklumkan dalam perlembagaan, pengerusi SPP merupakan suruhanjaya tertinggi yang menentukan tugasan pegawai-pegawai polis.

“Yang masalahnya ialah kalau saya nak suruh buat perkara di luar tanggungjawab saya itu masalahlah.

“Ini tak ada masalah pun. Yang anda rasa saya buat salah ni kenapa, saya tak salah pun,” katanya lagi. 






UMNO SUDAH PUN JADI PEMBANGKANG SEBENARNYA….

 


Kalau kita lihat coretan di media sosial oleh pemimpin-pemimpin utama UMNO kebelakangan ini, sasaran mereka tidak lain ialah kerajaan PN itu sendiri.

Ahmad Zahid Hamidi, Mohamad Hasan, Khaled Nordin, Ahmad Maslan dan Asyraf Wajdi Dusuki, sekadar menyebut beberapa nama, adalah mereka yang dilihat aktif mempertikai pelbagai aspek kegagalan kerajaan PN.

Paling aktif mengkritik dan menyerang kerajaan PN tentunya ialah Najib Razak, bekas Perdana Menteri.

Beberapa pemimpin UMNO lain yang berkedudukan sebagai Ahli MT dan Ketua Bahagian, turut tidak kurang aktif dan garangnya melakukan serangan yang sama.

Baik melibatkan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin atau berkaitan kelemahan beberapa menteri kerajaan PN, mereka selalunya tidak akan terlepas daripada kritikan pemimpin-pemimpin UMNO itu.


Tidak sekadar itu, pemain media sosial pro UMNO juga sama aktif menjadikan kerajaan PN dan Mahiaddin sebagai sasaran kritikan serta serangan mereka.

Realiti ini memperlihatkan, meskipun masih menyokong kerajaan PN sehingga suatu ketetapan lain dibuat berhubung kedudukan mereka dalam kerajaan PN, UMNO sebenarnya sudah pun secara tidak rasmi meletakkan dirinya sekarang ini sebagai pembangkang tanpa tauliah.

Ini juga bermakna usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah dimuktamadkan pada PAU2020 lalu adalah kata putus yang tidak mungkin boleh diundurkan lagi.

Ertinya bukan saja sia-sia bagi Bersatu jika terus mengharap untuk bekerjasama dengan UMNO, malah juga membuang masa kalau Pas terus dengan hasrat mahu menjadi orang tengah bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Dengan meletakkkan dirinya sebagai pembangkang itu, UMNO boleh dianggap telah bergabung dengan PH yang memang realitinya adalah pembangkang yang rasmi ketika ini.

Persoalannya sampai bila UMNO mahu jadi begini?

Maka itu, kerajaan PN sekarang sebenarnya bukan saja dianggap sangat lemah dan tiada sokongan, malah kedudukannya yang tiada majoriti itu tidak lagi sukar untuk difahami.

Kalau tak percaya dan Mahiaddin benar-benar seorang lelaki sejati, cubalah benarkan Parlimen bersidang kalau berani? (ShahbudinHusin 30/04/2021)




video ((PANAS)) DATO KAMAL SERANG PAS KELANTAN & TAKI: RAKYAT TIADA AIR, DENDA...



((PANAS)) DATO KAMAL SERANG PAS KELANTAN & TAKIYUDDIN: RAKYAT TIADA AIR, DENDA 50K PENIAGA BURGER? RUU355 DIMANA SEKARANG? JUDI BERTAMBAH? DI LEMBAH KELANG - FUNFAIR DIBUKA MASJID DITUTUP?






video MENTERI ACAH-ACAH PRIHATIN



"Lagipun RM50,000 itu dari segi ordinan darurat sebelum ini yang diumumkan adalah bekaitan dengan syarikat,” ujarnya. Beliau menjelaskan perkara tersebut di bawah bidang kuasa penguatkuasaan pihak polis, manakala rayuan pengurangan bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).




'video Azizah bukan Neelofa' - Anwar perjelas punca datang lewat



Presiden PKR, Anwar Ibrahim malam tadi menjelaskan punca kelewatannya ke sebuah majlis berbuka puasa di Bangi kerana terpaksa melakukan ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu. Menurutnya, isterinya Wan Azizah Wan Ismail juga terpaksa berpatah balik memandangkan dikesan menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19. Beliau turut berseloroh dengan menyatakan Azizah 'bukan Neelofa', kerana tidak mahu melanggar SOP pencegahan Covid-19 yang ditetapkan kerajaan. Untuk rekod, selebriti terkenal Neelofa Mohd Noor baru-baru ini dikenakan kompaun RM20,000 atas dua kesalahan ingkar SOP pencegahan Covid-19.


Menteri Pendidikan Tenggelam Punca?

 






Oleh: Firdaus Zainal



Kelewatan tindak balas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin terhadap dua isu yang hangat diperkatakan mengenai 'gurauan rogol' dan 'pemeriksaan datang haid pelajar perempuan' amatlah mengecewakan.

Jika beginilah kurangnya kepekaan dari pihak menteri kanan ini, bagaimana pula nasib pelajar yang menjadi mangsa?

Ditambah pula mengambil jalan mudah tanpa gesaan siasatan lanjut yang serius. Kedua-dua isu ini boleh membabitkan Akta 792 iaitu Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.



Kluster Covid sekolah makin parah

Penularan pandemik Covid 19 semakin parah di institusi pembelajaran khususnya sekolah. Kluster sekolah meningkat, malah satu demi satu sekolah ditutup.

Menteri berkaitan mengumumkan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, sekolah akan ditutup mulai 16 Mei. Kenapa memilih tarikh 16 Mei? Kenapa bukan sekarang?

Ibubapa merasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, warga pendidik juga mungkin lebih banyak dijangkiti.

Mana 150,000 komputer riba?

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh sekolah ditutup. Bagaimana pula dengan 150,000 unit laptop atau peranti yang telah dijanjikan semasa pengumuman Menteri Kewangan pada tahun lalu sambil disambut tepukan meja yang penuh bersemangat oleh Menteri Pendidikan ini?

Makin ramailah pelajar keciciran kerana keterbatasan mereka yang tidak dapat mengikuti PdPR kerana tiada peranti atau jaringan rangkaian yang baik.

Apalah nasib pelapis negara kita, kerana kepekakan menteri dan tiada sikap responsif yang pantas.

Takkanlah hanya sekadar gah menunjuk handal selaku menteri kanan datang ke kawasan mantan menteri pendidikan tempohari?

elamatkanlah generasi pelapis negara kita. Mereka pemimpin masa hadapan.

_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Johor

 




Isu rumah PR1MA: PBT keluarkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan ketika pembinaan belum selesai?

\


Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir semalam, membuat aduan rasmi kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berkenaan dakwaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengeluarkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) PR1MA Residensi Tebrau ketika kerja pembinaan masih belum selesai

"Saya selaku Ahli Parlimen Johor Bahru telah kemukakan aduan rasmi pada jam 11 pagi pada 29 April 2021 kepada MBJB

"Ini adalah berkenaan pelanggaran pengeluaran Sijil Penyiapan dan Pematuhan PR1MA Residensi Tebrau ketika kerja pembinaan masih belum selesai termasuk yang melibatkan pelan retikulasi, iaitu penyambungan bekalan air utama," kata Akmal dalam satu kenyataan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu juga melontarkan persoalan, mendakwa sama ada Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan campurtangan dalam hal berkenaan memandangkan pertemuan Menteri, pemaju PR1MA dan wakil-wakil pembeli di Putrajaya berlaku pada 8 April lalu, iaitu selepas tarikh CCC dikeluarkan pada 31 Mac 2021.

"Aduan ini dibuat berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang menyebut bahawa PBT boleh mengambil tindakan sekiranya PBT mendapati terdapat perakuan palsu atau ketidakpatuhan dalam pengeluaran CCC tersebut.

"Saya hadir sendiri ke bangunan MBJB bertujuan membela nasib dan hak ribuan pembeli rumah PR1MA," katanya.

Sehubugan itu, Akmal berpendapat rumah PR1MA Residensi Tebrau perlu disiapkan dengan sempurna, mengikut pelan agar tidak timbul kejadian tidak diingini di kemudian hari.

Pihak yang berkenaan perlu bertanggungjawab dan dikenakan tindakan tegas sekiranya benar berlaku pelanggaran dalam pengeluaran CCC ini.

"Pemaju juga perlu membayar LAD (denda lewat siap) penuh sehingga tarikh selagi mana kerja pembinaan masih belum siap.

"Kita tidak mahu ketidakpatuhan pengeluaran CCC berulang untuk projek-projek PR1MA seterusnya mahupun projek perumahan mampu milik yang lain," katanya lagi.


Malah menurut Akmal, berdasarkan panduan KPKT, PBT boleh memajukan kes tersebut kepada Lembaga Arkitek Malaysia atau Lembaga Jurutera Malaysia untuk tindakan di bawah Akta Arkitek 1967 (Akta 117) dan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138). PBT juga, katanya, boleh merujuk kepada JPN supaya tindakan boleh diambil ke atas Pemaju di bawah Akta 118.

Bantahan Akmal diterima oleh Setiausaha MBJB, Miswan Yunus mewakili Datuk Bandar. Turut bersama adalah Ir Nazatul Shima, Timbalan Setiausaha MBJB, serta Salleh Ahmad, Penyelaras DUN Larkin.

 


Abang burger kena kompaun 50K orang kaya?, ini cerita sebenar yang buat netizen terkedu

 

Abang burger kena kompaun 50K orang kaya?, ini cerita sebenar yang buat netizen terkedu


Kalau nak kata dia langgar SOP berkali-kali, orang ramai lepak depan gerai burger dia sambil karaoke, dan dengan itu dia layak kena kompaun, ya silakan.

Tapi sampai keluarkan gambar dia makan mewah, keluarkan gambar dia pakai kereta, itu dah melampau sangat.

1. Hari-hari ke dia makan mewah?

Di Melaka ini, kawasan Ikan bakar Umbai ini, memang biasa nampak orang belanja sampai RM 1k ke atas kalau ada saudara-mara dari luar datang melawat.

Tapi itu pun bukan hari-hari orang belanja RM 1K. Sebab itu rare occasion lah dia ambil gambar letak kat media sosial.

Itu pun nak jadikan sebagai modal nak hentam Abang burger itu?

2. Tentang pakai kereta itu, habis itu nak tunggu pakai kereta sorong macam Keluang Man, baru layak minta diskaun kompaun?

Korang yang pakai kereta Toyota Vios, pakai superbike itu pun mampu ke bayar denda sampai RM 50K?

Beli pun pakai loan 9 tahun kan?

Habis itu kau ingat Abang burger itu beli kereta dia pakai cash ke sampai dia mampu bayar kompaun RM 50K?

3. Orang pertikai kenapa kompaun sampai RM 50K, padahal dia berniaga burger sahaja. Kompaun RM 50k itu layak untuk “body corporate” sahaja, bukan peniaga kecil-kecilan. Kalau peniaga kecil-kecilan, maksimum kompaun pun sekadar RM 10,000.00 sahaja. Takdelah sampai RM 50,000.00.

Ramai pengamal undang-undang yang dah tulis pasal ini, boleh baca di sini:

https://imranshah-scholarly.medium.com/the-price-of-being-poor-how-fines-under-the-new-amendment-ordinance-has-entrenched-inequality-and-770c330bf3c2

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221939907560069&id=1630987291

Tak faham betul aku dengan orang-orang yang campur sekaki hentam abang burger ni. Seolah-olah hanya kerana dia pernah makan mewah, pakai kereta, dia layak kena kompaun sampai RM 50K. Kita pertikai yang “the punishment doesn’t fit the crime”, netizen pula seronok buat serangan ad-hominem.

Berdoalah agar tiada siapa pernah ambil gambar korang makan mewah, bawa kereta atau superbike untuk hentam korang pada suatu hari nanti kalau korang kena denda sampai RM 50,000.00 nanti.

Sekian.

Su Han Wen Shu





'Mengapa Kerajaan PN terlalu bimbangkan kesihatan Ahli Parlimen, sektor lain bebas dibuka?'

 


Alasan tidak membenarkan Parlimen bersidang konon kerana banyak Ahli Parlimen warga emas dan berisiko dijangkiti Covid 19 terus dipertahankan.

Terbaharu, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, menyebut mengenai kesihatan Ahli Parlimen yang diutamakan dalam isu membuka semula sidang Parlimen.

Bagi Ketua Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan, Rohaidah Mamat, alasan tersebut kelihatan aneh selepas semua sektor dibuka dan tidak timbul isu risiko dijangkiti Covid 19, sebagaimana pembukaan Parlimen.

"Merujuk kenyataan media Datuk Seri Takiyuddin Hassan 26 April yang lalu, “Sidang Parlimen Diadakan Selepas Tamat Darurat” beliau menyebut keutamaan yang diberikan untuk memastikan penularan wabak Covid dapat dikawal sepenuhnya termasuklah melindungi aspek kesihatan Ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen".

"Persoalannya mengapa fokus dan kerisauan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seolah-olah pada Parlimen sahaja? Sedangkan sektor-sektor lain terus dibenar beroperasi.

"Kes penularan Covid 19 tidak menampakkan tanda dapat dikekang, malah kes semakin bertambah saban hari dengan peningkatan kluster baru terutama daripada kluster pendidikan.

"Jadi, apakah kewajaran alasan Parlimen terus digantung sedangkan rekod menunjukkan dengan jelas bahawa kes Covid-19 terus meningkat? Ini bermakna kerajaan tidak ada satu pelan tindakan yang jelas, menyeluruh dan terjamin bagi mengekang penularan wabak. Desakan daripada parti-parti politik pembangkang, aktivis demokrasi, malah Ahli Parlimen kerajaan sendiri agar sidang Parlimen segera dipanggil terus (kelihatan) dipandang enteng (dengan menggunakan alasan kesihatan)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Rohaidah lagi, pembukaan Parlimen amat penting kerana tatakelola kerajaan PN amat buruk ketika ini.

Katanya, jika dibuka perbahasan Parlimen, sekurang-kurangnya kerajaan boleh ditegur dan diawasi dalam tindak tanduk menguruskan negara.

"Apabila Parlimen digantung, ini bermakna fungsi Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi negara tidak dapat dijalankan. Tidak berlaku semak imbang, tidak berlaku perbahasan terperinci akan setiap langkah yang dibuat oleh kerajaan.

"Hal ini menjejaskan keyakinan pelabur dan menjejaskan ekonomi negara. Seterusnya, Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kebobrokan kerajaan, dengan situasi ekonomi yang terus menekan sekaligus krisis kesihatan pada masa yang sama," katanya lagi.

Justeru, Rohaidah menggesa kerajaan bertindak dengan kewajaran bukan “kegilaan” dalam merangka pelan tindakan membaik pulih ekonomi serta menjamin kebajikan rakyat. Tegasnya, jangan bawa demokrasi Malaysia ke titik terendah.




(function() { var d = document, w = window; w

Jangan Sampai Nanti Orang Panggil PM Paling BoDoH Dalam Sejarah...