Ambil tindakan segera kes A Ganapathy





POSTED  BY AMIR WRLR



Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera berhubung kes A Ganapathy yang maut dalam tahanan polis.

Presiden KEADILAN itu berkata, Ketua Polis Negara seharusnya menjelaskan segera kes tersebut kerana ia melibatkan sensitiviti perkauman.

"Bagi kita, hak asasi, hak kemanusiaan tidak dibatasi dengan kaum atau agama. Sepatutnya pihak polis, Ketua Polis Negara harus beri kenyataan lengkap menjelaskan dan menentukan andaikan ada jenayah dilakukan, tindakan diambil segera.

"Kita tak boleh ada satu kaum persepsinya dibelasah terus-menerus di lokap," katanya.

Pada masa sama, beliau menempelak pihak yang tidak mengambil serius terhadap isu tersebut.

"Ada yang terkejut, anggap ini jarang berlaku. Podah, saya kata.

"Saya tahu apa yang berlaku, saya alami tahun 1998. Saya beritahu bila saya dibebaskan, saya tidak mahu orang lain dizalimi sedemikian sama ada Melayu, Cina atau India atau anak Sabah dan Sarawak

"Kerana kita faham maksud keadilan yang merentas kaum dan faham agama," katanya.