Menteri Pendidikan Tenggelam Punca?

 






Oleh: Firdaus Zainal



Kelewatan tindak balas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin terhadap dua isu yang hangat diperkatakan mengenai 'gurauan rogol' dan 'pemeriksaan datang haid pelajar perempuan' amatlah mengecewakan.

Jika beginilah kurangnya kepekaan dari pihak menteri kanan ini, bagaimana pula nasib pelajar yang menjadi mangsa?

Ditambah pula mengambil jalan mudah tanpa gesaan siasatan lanjut yang serius. Kedua-dua isu ini boleh membabitkan Akta 792 iaitu Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.



Kluster Covid sekolah makin parah

Penularan pandemik Covid 19 semakin parah di institusi pembelajaran khususnya sekolah. Kluster sekolah meningkat, malah satu demi satu sekolah ditutup.

Menteri berkaitan mengumumkan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, sekolah akan ditutup mulai 16 Mei. Kenapa memilih tarikh 16 Mei? Kenapa bukan sekarang?

Ibubapa merasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, warga pendidik juga mungkin lebih banyak dijangkiti.

Mana 150,000 komputer riba?

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh sekolah ditutup. Bagaimana pula dengan 150,000 unit laptop atau peranti yang telah dijanjikan semasa pengumuman Menteri Kewangan pada tahun lalu sambil disambut tepukan meja yang penuh bersemangat oleh Menteri Pendidikan ini?

Makin ramailah pelajar keciciran kerana keterbatasan mereka yang tidak dapat mengikuti PdPR kerana tiada peranti atau jaringan rangkaian yang baik.

Apalah nasib pelapis negara kita, kerana kepekakan menteri dan tiada sikap responsif yang pantas.

Takkanlah hanya sekadar gah menunjuk handal selaku menteri kanan datang ke kawasan mantan menteri pendidikan tempohari?

elamatkanlah generasi pelapis negara kita. Mereka pemimpin masa hadapan.

_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Johor