MGID

WALAUPUN AZMIN PENGKHIANAT, TAPI KATA2NYA MENGENAI ASAL-USUL PN 100% BOLEH DIPERCAYAI


 Semua kita mengakui Azmin Ali adalah pengkhianat sebenar yang bukan saja berperanan menjatuhkan kerajaan PH, malah paling ke depan menghalang Tun Mahathir Mohamad menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Lantaran itu, hakikat bahawa beliau semakin dijauhi dan dibenci rakyat Malaysia tentu saja sesuatu yang wajar lagi munasabah.

Dalam sebuah kajian tidak lama sebelum ini yang mendapati Azmin merupakan pemimpin politik paling dibenci sebenarnya adalah suatu hukuman terhadap pengkhiatannya itu.

Bagi kebanyakan orang, sesuai dengan sifatnya sebagai pengkhianat itu, bukan saja beliau tidak harus lagi dipedulikan, bahkan kata-katanya juga tidak wajar lagi diberi apa-apa reaksi.

Kata yang lebih sadis, pengkhianat tetap pengkhianat dah kata-katanya tidak lebih seumpama sampah yang memualkan.

Tetapi, apabila Azmin mendedahkan tentang asal-usul penubuhan Perikatan Nasional (PN) serta tujuan ia ditubuhkan, mahu tidak mahu, ia adalah fakta kebenaran yang harus diakui.

Menurut Azmin, idea penubuhan PN adalag datang daripada Tun Mahathir dengan tujuan untuk menjadikan beliau seorang Perdana Menteri yang disokong oleh semua Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak iaitu pembangkang dan kerajaan pada ketika itu.

Azmin mendedahkan, sebelum Tun Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada 24 Feb, satu akuan bersumpah atau SD merangkumi 131 sokongan Ahli Parlimen daripada pelbagai parti telah berjaya dikumpulan dan seterusnya disampaikan ke Istana Negara.

“Itu adalah hasil mesyuarat yang kita buat di rumah Tun Mahathir pada 23 Feb jam 4 petang di mana beliau berjumpa dengan enam ketua parti politik iaitu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin; Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Parti Warisan Sabah, Mohd Shafie Apdal; Presiden PAS, Hadi Awang, Ketua Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg dan saya sendiri.

“Kami berusaha sehabis mungkin untuk memastikan Tun Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri,” jelas Azmin lagi.

Walaupun Azmin bukan ketua parti, tetapi kehadirannya ketika itu adalah mewakili 10 Ahli Parlimen yang meninggalkan PKR kerana iktikad perjuangan mereka menentang peralihan kuasa kepada Anwar.

Apabila Azmin mendedahkan cerita ini, ia segera mengingatkan saya kepada pertemuan saya dengan bekas orang kanan Tun Mahathir kira-kira seminggu selepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Mac lalu.

Dalam pertemuan itu, saya bertanyakan kepada beliau tentang pelbagai perkara mengenai Tun Mahathir, antaranya perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri, janji peralihan kuasa kepada Anwar, penubuhan kerajaan PN, Langkah Sheraton, jatuhnya PH, mesyuarat Bersatu, mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH dan banyak perkara lainnya.

Pendek kata, pertemuan yang bermula pada jam 3.00 petang hingga 11 malam dan daripada sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail, kemudian berpindah ke hotel lain di Jalan Bukit Bintang itu boleh dibuat sebuah buku jika dipindahlan kepada bentuk tulisan.

Begitu pun, segala maklumat yang disampaikan adalah untuk makluman peribadi dan saya tetap menyimpannya dalam ingatan sehingga sekarang.

Tetapi, hari ini saya mendapati, cerita yang disampaikan kepada saya pada Mac lalu saling tak tumpah dan fak banyak berbeza dengan apa yang didedahkan oleh Azmin.

Tambahan lagi, oleh kerana Azmin yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14 lalu tapi dibawa ke pusat untuk dijadikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Tun Mahathir sendiri, bermakna juga bekas Timbalan Presiden PKR itu adalah sebahagian daripada perancangan yang memang dipersiapkan, bukan saja untuk memungkiri janji kepada Anwar, tetapi juga bagi memusnahkan PH.

Bersama perancangan itu jugalah ditarik masuk Geng Hamzah Zainuddin daripada UMNO ke dalam Bersatu.

Keputusan Tun Mahathir meletak jawatan tanpa merundingkannya terlebih dahulu dengan PH, bahkan beliau turut menolak permintaan Agong agar membatalkan perletakan jawatannya adalah kerana Tun Mahathir sangat yakin, melalui sokongan SD yang telah diterimanya, kerajaan perpaduan yang diidam-idamkannya akan tetap menjadi kenyataan.

Melalui kerajaan perpaduan dan beliau disokong oleh semua parti itu, hasrat Tun Mahathir cuma satu – menjadi Perdana Menteri sampai mati tanpa terikat lagi dengan janji peralihan kuasa kepada Anwar.

Cuma, di luar dugaan Tun Mahathir, oleh kerana idea kerajaan perpaduan itu turut melibatkan DAP, ia akhirnya membuatkan UMNO dan Pas menarik balik sokongan mereka.

Daripada situlah Muhyiddin mengambil kesempatan dan berjaya menjadi Perdana Menteri.

Melalui apa yang didedahkan Azmin ini, sesuatu yang tidak sukar dinafikan ialah sementara Azmin kekal merupakan salah seorang pengkhianat, namun tok dalang sebenar sejak hari pertama PH menjadi kerajaan adalah Tun Mahathir sendiri.

Perkara ini juga mengingatkan kepada kata-kata seorang lagi bekas penyokong Tun Mahathir yang kini bersama Muhyiddin – tidak mungkin kami ketika itu mampu melakukan banyak perkara, bergerak ke sana sini, berjumpa orang itu ini, jika tanpa restu daripada Perdana Menteri sendiri. 

(Shahbudindotcom 29/11/2020)



TAK KIRA PARTI MANA SERUPA SAHAJA...JADI JANGAN KERJA LEBIH LEBIH .. TAPI BILA GUNA NAMA ISLAM..PATUT KENA LA PRIHATIN..DULU GUNA POPULARITI DIA KOT...

 

Hamdan Taha



Bekas artis Bob Lokman merayu kepada rakyat untuk membantu beliau membiayai kos pembedahan jantung sebanyak 60 ribu di perlukan...


Saya sedih membaca rayuan beliau selama tiga pilihanraya beliau bekerja kuat untuk parti islam Pas....berbelas tahun di atas pentas berjuang untuk parti itu...dia bukan ahli biasa tetapi antara penceramah Pas yang popular....

Sepatutnya dia tidak perlu langsung buat rayuan 60ribu ringgit itu....tak kan presiden Pas sahaja boleh di bantu berbelas juta untuk berdepan Serawak Report....apakah Pas dan pimpinannya yang sekarang ini sudah menjadi kerajaan tidak berasa malu kah....mana nak malukan...semua faham kelaku parti lebai ini.

Ebit Liew juga yang datang lagi hari ini....jangan sampai Dato Najib pula ziarah Bob Lokman...

Apa pun semoga Allah swt permudahkan urusan dunia dan akhirat Bob Lokman.



GERAK98- KEBERADAAN ANWAR PERLU DAN MESTI DIPERTAHANKAN.



1.Gerak98 melihat wujud elemen2 anti reformasi dan tangan2 ghaib jahat beroperasi melemahkan kekuatan reformasi disaat kritikal dan menentukan bagi negara ini.


2.Suara2 desakan agar Dato Seri Anwar Ibrahim tidak lagi memimpin koalisi pembangkang dan tularan berita2 palsu berkaitan adalah nyata satu komplot jahat melumpuhkan kekuatan reformasi.


3.Anwar adalah tokoh dan sosok penting perjuangan reformasi.Musuh2 reformasi tahu beliau adalah paksi utama kekuatan reformasi negara ini sejak lebih 2 dekad.Makanya setiap peluang yang terbuka untuk menyerang sosok ini akan mereka gunakan maksimal.


4.Gerak98 mengingatkan setiap elemen reformasi samada parti dan badan2 ngo agar berhati2 tidak terperangkap dengan agenda jahat anti reformasi ini.


5.Gerak98 menegaskan pendirian akan mempertahankan keberadaan Anwar Ibrahim mengemudi dan memimpin arus reformasi dinegara disaat kritikal buat negara ini.


6.Keberadaan Anwar penting dalam mempastikan kelangsungan gerakan reformasi dinegara ini dan mempastikan reformasi sebenar yang amat didambakan berlaku dinegara ini.Justeru ianya mesti dipertahankan.


7.Gerak98 menggesa setiap elemen reformasi tidak diperangkap menjadi alat tangan jahat anti reformasi atau akan berdepan dan bertempur dengan seluruh kekuatan dan semangat Gerak98.


8.Kritikan dan teguran adalah asas reformasi dan semestinya dibenarkan terus berlaku termasuk terhadap tokoh reformasi spt Anwar.Tetapi suara jahat dan biadap terhadap ketua,menjadi alat kepada musuh reformasi dan pemimpin reformasi adalah kedangkalan,kebodohan dan onar didalam perjuangan.Gerak98 tidak akan benarkan perkara ini berlaku.Tiada kompromi.


Mohamad Ezam Mohd Nor

Ketua Gerak98


29 Nov 2020 /14 RabiulAkhir 1442H.



ANWAR MASIH DIPERLUKAN, BELUM MASANYA UNTUK LETAK JAWATAN


Hanya kerana Belanjawan 2021 gagal ditolak di peringkat dasar di Parlimen Khamis lalu, gelombang kini seolah-olah sengaja diwujudkan agar Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Beberapa pihak, termasuk dalam PH sendiri, terlihat turut sama ghairah mengecam dan mahu Anwar berhenti daripada jawatannya itu atas kegagalan tersebut.

Namun, yang terlebih ghairah berbuat demikian tentunya penyokong Tun Mahathir Mohamad berikutan mereka terasa bekas Perdana Menteri itu telah diaibkan kerana terbukti cuma ada 12 Ahli Parlimen yang sedia berdiri bersamanya meminta undi belah bahagi.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang terlajak ghairah sehingga mahu Anwar melepaskan jawatan sebagai Presiden PKR dan berhenti daripada terus memburu jawatan Perdana Menteri.

Penyebaran berita-berita palsu bagi tujuan menambah perisa agar rakyat turut sama setuju, khususnya di media sosial, malah nampak masih rancak sehingga sekarang.

Soalnya, perlukah Anwar berundur dan meletak jawatan?

Secara sedar atau tidak, atau barangkali kerana ada yang enggan menerima realiti, harus diakui Anwar adalah sosok yang masih penting, bukan saja untuk mengetuai pembangkang di negara ini, malah menjadi harapan untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.

Meski banyak cabaran di hadapannya, termasuk ramai yang dengki, iri hati dan seolah-olah mahu membawa dendam hingga ke mati, Anwar adalah paling berwibawa dari segi ketokohan, kemampuan dan hubungan di peringkat antarabangsa dan keupayaan menarik sokongan rakyat tempatan pelbagai kaum untuk mengambil alih tampuk kerajaan daripada Muhyiddin Yassin.

Lain-lain pemimpin, baik dalam kerajaan atau pembangkang sekarang, belum ada yang mampu menandingi atau menyamainya.

Lantaran itu, dalam usaha menjatuhkan Muhyiddin, baik melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen atau berdepan PRU15 yang tarikhnya mungkin tidak berapa lama lagi, keberadaan Anwar masih lagi diperlukan.

Saranan mahu Anwar berundur barangkali terselindung niat halus agar Muhyiddin terus kekal di puncak kuasa dengan lebih selesa.

Lebih daripada itu, jasa dan sumbangan terbesar Anwar dalam politik negara cukup besar iaitu kemampuannya mewujudkan kesatuan di kalangan parti-parti pembangkang sehingga berjaya menang di beberapa negeri pada PRU 2008, seterusnya menumbangkan BN ada PRU14 lalu.

Tanpa kewujudan pembangkang yang kuat dan bersatu yang telah diasas dan digerakkan oleh Anwar sejak 1998, tentu saja Tun Mahathir pun tidak mungkin berpeluang menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Sebab itu, jika kita masih ingat, sebaik saja diterima mengetuai PH menjelang PRU14 lalu, Tun Mahathir sendiri pernah menitipkan kata-kata terhutang budi terhadap Anwar dan keluarganya atas kesudian menerima kedatangan beliau ke dalam gabungan tersebut.

Sekarang ini, walaupun diakui laluan Anwar sering saja terhalang, termasuk sengaja dilakukan oleh Tun Mahathir yang lupa kepada janji dan lupa jasa Anwar terhadapnya, ia tidak bermakna Presiden PKR itu harus berhenti berusaha dan melupakan segala-galanya.

Halangan tidak henti-henti yang dilalui Anwar mungkin terselindung rahmat Tuhan yang tinggi nilainya yang kita tidak atau belum lagi ditunjukkan untuk memahaminya.

Tetapi, Anwar terbukti seorang yang gigih dan ingin terus berusaha, di samping meniti usia, beliau juga bertambah pemaaf dan ingin menjalani kehidupan dengan lebih ceria bersama keluarganya.

Usaha beliau mengadap Agong bagi mempersembahkan sokongan yang dimilikinya bukanlah perkara main-main kerana orang lain yang tiada sokongan, jangankan mahu mengadap Agong, berdepan undi di Parlimen pun terketar-ketar lutut dibuatnya.

Jika dijadual Anwar mengadap Agong pada 22 September lalu tidak dibatalkan berikutan kegeringan baginda dan kemudian ia ditangguhkan pada 13 Oktober serta tiada Covid19 melanda semula sehingga majlis mengadap ketua-ketua parti yang telah ditetapkan Istana Negara terpaksa dibatalkan, kita mungkin akan mengetahui sama ada beliau benar-benar mempunyai sokongan atau sebaliknya.

Realiti yang nyata juga, sementara terdedah surat sokongan daripada Zahid Hamidi dan Najib Razak untuk Anwar menjadi Perdana Menteri, sehingga ini kedua-dua pemimpin tersebut tidak pernah menafikannya.

Dalam hal ini, sama ada Anwar akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri atau tidak, biarlah semuanya dalam rahsia Tuhan menentukannya.

Yang penting, Anwar telah berusaha atas tanggungjawab yang diberikan kepadanya untuk mengembalikan semula mandat rakyat yang telah dikhianati itu.

Mungkin masanya belum tiba lagi dalam waktu terdekat ini, tetapi ia bukan bermakna Anwar perlu segera berundur, apalagi disuruh berhenti berfungsi hanya disebabkan Belanjawan 2021 gagal ditolak.

Gagal menolak belanjawan tidak bererti Muhyiddin tidak boleh dijatuhkan dengan cara yang lain, bahkan tidak mustahil “serangan waktu subuh” boleh dilakukan semula bila-bila masa selepas ini.

Yang penting, selagi keabsahan Muhyiddin kekal meragukan dan penolakan UMNO untuk bekerjasama dengan Bersatu tetap seperti keadaan semasa, kedudukan Perdana Menteri sentiasa umpama berada di atas bara.

Maka, Anwar bukan saja satu-satunya sosok paling sesuai untuk menggantikan Muhyiddin jika ada serangan mengejut dilakukan, malah dalam PRU akan datang pun, hanya beliau paling sesuai mengetuai PH untuk mencari kemenangan yang sebenarnya.

Lantaran itu, bukan saja belum masanya untuk beliau bersara, sebaliknya yang lebih wajar ditunjukkan “kerusi rehat” untuk diduduki ialah Tun Mahathir yang tidak saja lebih berusia, malah kecelaruan politik dalam negara sehingga ke hari pun adalah melalui sumbangan dan dendam tak sudahnya. 

(Shahbudindotcom 29/11/2020)





SANGAT JELAS DAN TUNTAS, PT95 ADALAH DALANG MENJATUHKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.


Memang idea dia pun takkan Moo begitu bijak dan licik menjatuhkan sebuah kerajaan yg dipilih rakyat? Dia boleh khianat, tapi nak merancang mcm sembab sket, don't you think so?? So I doubt it...!!!

Tadi saya dah kata.....Yang berkaki empat, ragut rumput, badan bau busuk bunyi Moo....mcm PM negara antah berantah tu shj yg TAK FAHAM atau buat-buat PEKAK Badak? Ada rasa masam-masam sket. ðŸĪŠðŸĪĢ

Dengan pendedahan terbaru "anak angkat" dia berani ke PT95 sanggah? Paling kuat pun tepuk-tepuk manja je sbb boboi nakal. 😅

- Zus Din 

29 November 2020



JADI PEMBANGKANG ,BUKAN SEMUANYA KENA BANGKANG


Hamdan Taha

Politik malaysia...

Bila ketua pembangkang tidak membantah burget kerajaan maka ada penyokong dan parti bersamanya membantah dan mendesak beliau minta maaf kepada rakyat....saya pun keliru rakyat yang mana yang di maksudkan oleh pe yokong dap dan amanah dan penyokong perjuang...


Bayangkan jika hari tu mereka ambil sikap tidak menyokong maka ahli pas,umno dan bersatu pula akan tuntut mereka minta maaf pada rakyat malaysia dan pada Agung....


Jadi kita di malaysia ni sedang bermain politik apa tak tahu lah..kata politik matang....jika politik matang tidak perlu lah bila jadi pembangkang kena bangkang semua perkara walaupun benar....dan jadi kerajaan kena ikut macam lembu di cucuk hidung apabila kerajaan bentang apa saja di parlimen kena sokong apa juga walaupun tak betul....


Ini lah kesan politik negara kita yang di bentuk oleh perdana menteri paling lama di malaysia tun dr m....bermusuh sampai tidak beragama beradap dan bertemadun.....


Gila politik malaysia ini....


Macam kes azmin ali lah...masa di dalam ph...umno dan pas punya pulun balun....termasuk kes adip....dah bersama bukan main pertahan dan boleh duduk semeja....ini namanya politik celaka ....betul bila dia bersama kita...tak betul bila dia musuh kita....lagi lah kelompok yang jual islam....



PELARIAN BURMA BERLAGAK JADI ABANG LONG DITUDUH MEROGOL

 

JEBAT JEBAT



Dah elok elok dok Malaysia ...ko nak jadi gengster acah ayahanda bagai.

Kes rocgol kedua 2019 pun on ..Kes status permastautin sementera ko pun kena siasat.

Menjanda la vini ko nampaknya..


Sapa berminat leh rendam asid atau clorox dulu sebelum tukar nama pemilik..Bau burma melekat kuat tu.Puspakom dan R&D bagi asrama bangla hanyut uruskan. .Kah kah kah.


Burma oh burma....Bodo tu memang la free...Tapi ko melampau sampai muka pun muka bodo. Selama ko kena bodo dgn Jebat kan tak free..Beribu ringgit bergolok gadai la ko. Taraf pemastautin sementera pun nampak gaya kena batal je.

Dari Ayahnda Long Tikus dah jadi B4bi sawit.

ðŸĪĢðŸĪĢ😎😎😎😎

Jebat Jebat, Jebat JD

BUAT LAH APA PUN AZMIN OIII..ATOK 95 TAK AKAN JADI PM KALI KE 3.


 Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa idea penubuhan PN datang dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, penubuhan PN pada mulanya bertujuan untuk menjadikan Mahathir seorang perdana menteri yang disokong oleh semua Ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, rancangan dibuat agar pilihan raya umum (PRU) diadakan pada Oktober tetapi tidak dapat dilaksanakan ekoran gelombang ketiga wabak Covid-19.


Beliau dalam masa sama menafikan dakwaan PN sebagai kerajaan pintu belakang.

Jelasnya, seperti dipetik wawancara khas menerusi The Star, terdapat kekosongan jawatan Perdana Menteri ketika itu.

“Saya tidak mencadangkan pada masa itu. Jika kejadian (Mahathir letak jawatan) tidak berlaku – di mana kami ketuk pintu untuk masuk ke dalam dan keluarkan dia.

“Itu bukan dalam rancangannya,” kata Azmin.

Beliau memberitahu sebelum Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada 23 Februari lalu, satu akaun berkanun (SD) merangkumi 131 sokongan Ahli Parlimen daripada pelbagai parti disampaikan ke Istana Negara.

“Ia menamakan dengan satu nama untuk perdana menteri – Dr Mahathir.

“Kami berusaha sehabis mungkin untuk memastikan Mahathir dapat meneruskan sebagai Perdana Menteri,” akuinya lagi.

Azmin menjelaskan hasil mesyuarat yang diadakan di rumah Mahathir pada 23 Februari, jam 4 petang itu disertai enam ketua parti politik.

Dedah Azmin lagi, selain dirinya, lima pemimpin lagi ialah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal, Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan ketua Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg.




Anwar menyalahi keputusan mesyuarat?

 Anwar menyalahi keputusan mesyuarat? 


Tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim di saat-saat akhir sebelum pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021 dikritik hebat oleh khalayak penyokong. Kononnya tindakan DSAI itu telah menyalahi prinsip syura yang berbeza dengan keputusan mesyuarat PH sebelumnya.


Kepada mereka kononnya menjunjung tinggi prinsip syura, mereka perlu sedar, apa fungsinya panglima jika tidak mampu membuat keputusan segera ketika di medan? Jika sudah tahu keputusan strategi sebelumnya adalah tidak kena atau menuju kekalahan, adakah seseorang panglima itu perlu terus melaksanakan keputusan itu? Kalau begitulah jadinya maka panglima itu bolehlah digelar panglima bendul. Tidak perlulah panglima bendul terus memimpin jika begitu keadaannya. 


Walau bagaimana pun perubahan strategi di saat-saat akhir itu hendaklah diterangkan kepada jemaah selepas itu dengan telus. Dan DSAI telah melaksanakan peranan itu kemudiannya. Risiko akan dimarahi oleh jemaah dan para penyokong besar sekali namun itulah yang membezakan di antara panglima dan tentera-tentera pimpinannya.


Panglima punya banyak idea dan strategi ketika berhadapan dengan segala macam karenah dan ancaman. Sedangkan tentera biasa menilai dengan satu hala strategi sahaja. 


Pendekata pendekatan DSAI untuk fokus kepada peringkat Jawatankuasa akan meletihkan kerajaan PN kerana setiap angka akan dinilai satu persatu. Jika kepingin sangat undi belah bahagi yang tidak tercapai pada 27 November hari itu maka bermula Isnin 30 November ini akan ada peluang 30 kali undi belah bahagi kerana ada 30 kementerian yang akan membentangkan perincian belanjawan mereka. Pada masa itu boleh tengoklah Menteri berpeluh jantan dalam hawa dingin Dewan Rakyat. 😁


Zamri Zainal Abidin




DUA TAHUN KES ARWAH ADIB TIDAK TERBELA..DULU YANG DOK MELALAK SAPADIA TAK TAU.....

 Image may contain: one or more people, text that says "LOG MASUK Kosmo! SUARA KONTEMPORAR LANGGAN NEGARA GAMBAR FAIL menunjukkan Mohd. Kassim (dua kanan) melihat jenazah Allahyarham Muhammad Adib ketika menaiki helikopter untuk disemadikan di kampung halaman di Kuala Kedah kira-kira dua tahun lalu. 'Dua tahun nasib Adib masih belum terbela'- Bapa Oleh JAMLIAH ABDULLAH 28November2020,10:00am 10:00 28 November 2020,"

JANGAN DOK YANG TU YANG NI LAH ......

 

TUAN GURU MATALISHAH


Sembang kemas nak singkirkan PKR dalam PH.. Tapi pimpinan utama dari AMANAH & DAP masih kekal kenyataan nak bekerjasama dalam PH..

Sembang kemas lagi nak suruh angkat yang baru.. Tapi bila tanya siapa dia dan sila bagi nama kawan nu bagi nama kawan nie... Tapi kesudahannya kawan nu dan kawan nie tu tetap buat kenyataan terus sokong PH dan nak angkat ANWAR..

Jadi hgpa sembang apa dia nie... Nampak sangat sembang hangpa tak ada dalam kesepakatan PH.. Jadi dok gagah tebiang apa lagi..

Terima keputusan yang kepimpinan dah lakukan itu atau hangpa MUFARAKAH sahaja pergilah bina kesatuan baru bersama kepimpinan yang baru.. Jangan dok jadi langau dalam PH..

LAWAN TETAP LAWAN

TGMA

 

Berhenti salahkan Anwar, KEADILAN

 


Kenyataan Setiausaha Pemuda DAP, Eric Teh disifatkan sebagai keterlaluan apabila mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar meminta maaf selain mengugut agar partinya meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Najwan Halimi berkata sewajarnya pada waktu ini, usaha yang diikhtiarkan oleh Anwar mendapat sokongan dan kepercayaan penuh dari parti komponen PH.

"Apatah lagi, Majlis Presiden PH sendiri telah memberikan kepercayaan itu kepada Anwar. Justeru, semua sayap dan pimpinan parti harus akur. Begitulah lazimnya disiplin asas beroganisasi.

"Kita wajar menginsafi, usaha tersebut bukan mudah. PH telah kehilangan kerajaan ketika Anwar tidak memegang apa-apa jawatan kabinet dalam tempoh 22 bulan pentadbiran PH. Oleh itu, adalah sangat tidak adil bila mana semua beban perlu ditanggung Anwar tatkala tangan dan kakinya diikat dari bergerak.

"Sikap begitu tidak lebih sebagai langkah membuli Anwar dan KEADILAN; sedangkan selama lebih 20 tahun, Anwar telah mendedikasikan perjuangannya untuk memperkukuh gabungan parti-parti pembangkang," katanya dalam kenyataan.

Ulasan itu dibuat selepas cubaan undi belah bahagi dihentikan oleh Anwar yang menyaksikan Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar.

Justeru, Najwan menyeru agar sayap Pemuda DAP dan setiausahanya agar tidak membuat kenyataan yang bukan-bukan sebelum merujuk pimpinan tertinggi partinya sendiri.

Beliau juga meminta rakan komponen PH untuk berhenti menyalahkan satu sama lain dan fokus terhadap kerjasama dan usaha mengambil alih semula tampuk pentadbiran negara.

"Kecelaruan komunikasi sebegini yang perlu dielakkan sama ada di dalam atau di luar parlimen.

"Adalah tidak bertanggungjawab apabila disiplin diabaikan dan komunikasi bercelaru tetapi akibat buruknya sekali lagi terpaksa digalas oleh Anwar khasnya, dan KEADILAN amnya.

"Ayuh kita kembali fokus membantu pimpinan untuk mengembalikan mandat rakyat dan memgambil-alih semula Putrajaya," katanya.


Pembangkang perbaiki prestasi menerusi Kaukus Reformasi

 

Tiga ahli parlimen KEADILAN mengakui arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan pembangkang bagi meluluskan peringkat dasar Belanjawan 2021 amat mengecewakan banyak pihak.

Pengakuan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir.

"Kami sudahpun bersedia untuk menolak Belanjawan tersebut sehinggalah arahan di minit akhir yang mengikat ahli parlimen KEADILAN mengikut kepatuhan disiplin parti.

"Pun demikian, para penyokong kami dengan jelas menyuarakan keperluan membulat tekad dan Istiqamah dalam mempertahan kebajikan, kepentingan rakyat dan negara. Jelas bahawa selaku wakil rakyat pembangkang yang bertanggungjawab, kepercayaan rakyat bukan sahaja harus dihormati tetapi dilunaskan menerusi tindakan sewajarnya," katanya.

Justeru, mereka berjanji pembangkang akan memperbaiki prestasi di masa akan datang.

"Ahli Parlimen telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili kepentingan mereka; dan sepanjang menggalas tanggungjawab, jelas bahawa kami tidak sempurna; tetapi perlu terus berusaha memenuhi harapan ramai. Oleh itu, izinkan kami berusaha memperbaiki prestasi menerusi pembentukan kaukus ini.

"Setelah merenung peristiwa Belanjawan, kami telah memutuskan untuk bersama-sama memperjuangkan dan menekuni perincian dasar alternatif yang bertumpu kepada peranan kami selaku wakil-wakil rakyat dari pihak pembangkang," katanya.

Dalam kenyataan, ketiga-tiga ahli parlimen itu menganggap Belanjawan 2021 gagal menyediakan jaring keselamatan sosial yang mencukupi untuk warga pekerja di Malaysia.

"Dengan hanya bertumpu kepada langkah populis gesaan ramai ahli politik berkisar pengeluaran awal KWSP, kerajaan hanya memudahkan laluan penabung menggunakan dana simpanan masa depan, bukannya melakukan sedaya upaya untuk membantu rakyat menabung.

"Sebanyak 43% daripada senarai pencarum di bawah umur 55 tahun, mempunyai simpanan kurang daripada RM 10 ribu melalui Akaun 1. Dengan simpanan yang tidak bertambah, pihak Kerajaan lebih rela membiarkan rakyat menikmati kehidupan persaraan dengan pendapatan yang tidak lebih daripada RM 41 sebulan selama dua puluh tahun yang mendatang. Sebaiknya kerajaan dahulukan dana, selamatkan simpanan rakyat.

"Terdapat juga kekurangan fokus kepada penjanaan peluang pekerjaan yang kalis masa depan, termasuk kalis pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi berikutnya. Keadaan ekonomi dijangka bertambah buruk menjelang 2021," katanya.

Belanjawan itu juga disifatkan hanya menabur janji-janji melalui hasil pendapatan dan memotong sebegitu banyak kemudahan penting yang pastinya tidak memenuhi keperluan rakyat.



Buktikan majoriti di Parlimen, baru kupas baik buruk belanjawan, kata pemimpin PKR kepada Muhyiddin

 

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mendesak Muhyiddin Yassin membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri untuk menamatkan pertikaian mengenai tahap sokongan beliau di Dewan Rakyat.

PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin harus membuktikan keabsahannya sebagai perdana menteri di Dewan Rakyat terlebih dahulu jika mahukan Ahli Parlimen menilai Belanjawan 2021 berdasarkan kebaikannya semata-mata, kata seorang pemimpin PKR.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata, tidak timbul soal Pakatan Harapan (PH) menggunakan belanjawan itu untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Muhyiddin asalkan Ahli Parlimen Pagoh itu menyelesaikan isu keabsahan kerajaan pimpinannya terlebih dahulu.

“Ahli Parlimen pembangkang seboleh-bolehnya tak mahu menggunakan belanjawan sebagai pertaruhan untuk mengukur sama ada Muhyiddin mempunyai sokongan (majoriti) atau tidak.

“Tetapi Muhyiddin kena selesailah isu undi tak percaya terhadap beliau. Jika dia tak mahu (melalui) undi tidak percaya, beliau perlu pilih undi percaya. Jika dia menang dalam undi percaya atau tidak percaya, dia ada cukup bilangan (maka) kerajaan dia sah dan tiada lagi berlarutan isu belanjawan untuk jatuhkan beliau,” kata Hassan kepada FMT.

Hassan bersetuju bahawa Belanjawan 2021 yang dibentangkan PN harus diukur dari segi merit, namun proses itu dikekang dengan keengganan Muhyiddin membuktikan keabsahan beliau sebagai perdana menteri.

“Jika Muhyiddin tidak hormati usul undi tidak percaya, PH tiada pilihan lain, maknanya belanjawan ini akan dijadikan suatu kaedah untuk mengukur secara objektif bahawa Muhyiddin ada sokongan atau tidak, (sama ada) kerajaan ini sah atau tidak.

Beliau berkata, itu akan dilakukan menerusi undian ke-3 Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa iaitu sama ada menerusi undi belah bahagi atau undian suara.

Hassan berkata, masih belum terlambat untuk Muhyiddin “membawa dulu usul percaya, baru teruskan bahas untuk bacaan ke-3.”

“Sampai bila Muhyiddin nak biarkan belanjawan ini menjadi pertaruhan untuk ukur sama ada dia ada sokongan atau tidak. Ini tidak bertanggungjawab. Dia kena selesaikan isu (keabsahan) dia dulu.

Hassan berkata, jaminan Muhyiddin untuk mengadakan pilihan raya umum apabila pandemik Covid-19 berakhir adalah cubaan mengelak perkara pokok.

“Jangan susah-susah fikir nak adakan PRU. Bentangkan sahaja undi percaya itu. Ini takkan membabitkan berjuta-juta rakyat, hanya 200 lebih Ahli Parlimen sahaja,” kata Hassan.

Hassan berkata Muhyiddin, dengan sendirinya akan memulangkan mandat kepada rakyat untuk menentukan kerajaan pilihan mereka jika membenarkan undi tidak percaya terhadapnya di Dewan Rakyat.

“PRU dalam keadaan sekarang tak sesuai, Covid tak tahu bila akan pulih. Tak perlu terburu-buru untuk adakan PRU. Isu sekarang adalah usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Ahli Parlimen PH dan Pejuang,” kata beliau.

Semalam, ketika merasmikan persidangan tahunan ke-3 PPBM, Muhyiddin berkata Belanjawan 2021 tidak harus ditolak semata-mata untuk mencetuskan pembubaran Dewan Rakyat dan pilihan raya umum.

Muhyiddin menegaskan kalau ikut hatinya “mungkin semalam lagi saya nasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya bubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan.”

Namun, realiti adalah PRU15 hanya boleh diadakan apabila pandemik Covid-19 berakhir, kata beliau.


AMANAH TETAP BERSAMA PH

 

. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyedari wujudnya kekeliruan di kalangan masyarakat umum dan juga ahli-ahlinya berhubung dengan apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat semasa pengundian Belanjawan di peringkat dasar dijalankan. Kelihatan seolah-olah ada perbezaan dan perbalahan di antara pimpinan AMANAH apabila sebahagian duduk dan sebahagian yang lain bangun meminta undi belah bahagi dilakukan.

2. Keadaan yang mengelirukan terhasil apabila keputusan berubah di saat terakhir tanpa perbincangan dan penjelasan kepada semua Ahli Parlimen PH. Ini menyebabkan sebahagian Ahli Parlimen AMANAH terus berpegang kepada keputusan asal, yang dianggap keputusan yang rasmi memandangkan ianya telah dibahas dan diputuskan bersama dalam mesyuarat Majlis Presiden. Pada masa yang sama sebahagian yang lain berpegang kepada keputusan baharu seperti yang dicadangkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

3. Sebahagian pimpinan, seramai 5 orang termasuk Presiden dan Timbalan Presiden, berpegang kepada keputusan baharu kerana ingin menjamin keutuhan dan kesatuan PH. Pimpinan Nasional AMANAH sentiasa menegaskan bahawa keutuhan dan kesatuan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang amat penting untuk diusaha dan dipertahankan setiap pemimpin. Oleh itu, keputusan untuk menjamin keutuhan dan kesatuan Pakatan Harapan dengan akur kepada keputusan Pengerusi PH pada hari tersebut adalah selari dengan kehendak parti.

4. Pada masa yang sama, sebahagian pimpinan lain, ia itu seramai 6 Ahli Parlimen, yang bangun meminta belah bahagi juga turut berusaha memenuhi kehendak parti AMANAH dan keputusan Majlis Presiden PH. Sepertimana yang diketahui, pengundian ke atas belanjawan begitu ditunggu-tunggukan seluruh rakyat dan AMANAH telah berjanji untuk melakukannya sehingga ke tahap belah bahagi. Oleh itu tindakan sebahagian pimpinan ini turut dilihat betul juga dan selari dengan aspirasi pimpinan dan ahli AMANAH.

5. Pada hakikatnya semua pimpinan AMANAH menolak belanjawan yang telah dibentangkan. Perbezaannya adalah samada melakukan belah-bahagi atau tidak. Dan perbezaan ini hanya timbul pada saat terakhir hasil cadangan Pengerusi PH.

6. Oleh itu boleh dirumuskan bahawa tidak wujud perbezaan atau perpecahan di kalangan pimpinan AMANAH. Situasi yang mencabar ini boleh digambarkan melalui pepatah Melayu “ditelan mati emak, diluah mati bapa” telah menghasilkan tindakan berbeza yang pada hakikatnya kedua-duanya betul. Kita tidak berpeluang untuk berbincang dan berbahas untuk menentukan mana satu di antara dua pilihan betul ini adalah yang lebih betul. Namun kita yakin kedua-dua kumpulan telah bertindak mengikut pertimbang mereka masing-masing dengan mengharapkan yang terbaik bagi AMANAH dan PH.

7. AMANAH memahami ramai kecewa dengan apa yang telah berlaku. Namun kekecewaan ini akan menjadi lebih parah sekiranya ianya menggugat kesatuan dan perpaduan dalam AMANAH serta antara AMANAH dan PH. Ianya sewajarnya dijadikan sebagai pengajaran untuk kita terus maju ke hadapan, bersama dalam keadaan yang bertambah kukuh.

8. Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah agar segala keputusan yang telah dan bakal dibuat mendapat bimbingan Nya dan akan menambahbaik parti sambil mengukuhkan lagi kedudukan PH. Marilah kita merapatkan saff dan membaharui iltizam untuk membawa kemenangan dan kebaikan bagi AMANAH dan PH.

Apa yang berlaku pada 26hb November tidak menjejaskan langsung komitmen kami untuk menolak kerajaan PN bawah TSMY yang tetap dianggap sebagai kerajaan pintu belakang yang tidak memiliki mandat sah dari rakyat.

KHALID ABD SAMAD

Pengarah Komunikasi Amanah

Pada 28 November 2020.




BAIK FOKUS PRU 15 JIKA PERLUKAN SOKONGAN UMNO


Mohd Muklis Mohd Syarif


 Undi belah bahagi


Benda ini simple, pembangkang paling kuat ada 107 MP, jadi even kalau luluspun undi belah bahagi, belum tentu dapat tolak budget kalau tak ada MP dari kerajaan yang belot. Sekarang ini kita cerita process dulu, macam mana nak jatuhkan PN, tak payah cerita siapa nak jadi PM lagi bagi settle benda yang first dulu, macam mana nak jatuhkan PN.


Pembangkang memang dah 107 solid tak setuju dengan budget 2021 secara prinsip tapi perlukan 4 undi lagi untuk tolak budget. So hari tu ada yang kata, dia tolak sokongan UMNO atas dasar prinsip, jadi cuba bagi cadangan macam mana nak bagi jatuh PN kalau tak ada MP Kerajaan yang belot? MP UMNO ni pun, depa kena jaga sentimen dengan pengundi depa, kalau depa tolak terus hari tu di saat menteri bankers setuju nak lanjut moratorium dan setuju keluar KWSP, mesti berkicap kena bambu dengan penyokong depa.


Pastu kata nak berprinsipkan tak nak sokongan UMNO, jadi mana dia sokongan yang OT kata ada 66 MP sokong dia termasuk dari Sarawak? Kenapa absent waktu nak undi belah bahagi tu? Dia sendiri pun tak dapat sokongan, lagi kata nak kecewa orang tak sokong dia; we are all in this mess because of him.


Kalau saya, saya tak marah orang yang gagal rampas balik kerajaan yang di beri pada pengkhianat, saya akan marah pada sumber dia yang duk serah kerajaan pada pengkhianat in the first place. Konon tak nak bersama dengan UMNO, tapi dia sendiri kata "saya kalau bagi sikit masa nanti depa sukalah dekat saya, hari ni kita keluar dari PH"; well explain that.


Nak tak nak memang kena tunggu angka dari MP kerajaan sendiri untuk belot; tapi kalau rasa suci dan holier than thou kenapa dulu duk canang nak dapat balik mandat PH padahal in doing so kena dapat sokongan dari either pengkhianat, kleptokrat dan penjual agama? Pick your poison.


Kalau tak sanggup berkerjasama dengan either pengkhianat, kleptokrat dan penjual agama, stop day dreaming akan dapat balik kuasa, baik fokus pada PRU15; ini kita baru cerita kerjasama nak jatuhkan PN, belum lagi cerita siapa nak jadi PM. Kalau PN dah jatuh nanti adalah orang akan hasut supaya lantik yang dari kelantan la, ketua kapal layar la tak pun diri sendiri walau dah 2 jadi PM.


Macam saya tulis dulu, sibuk berdoa nak hujan, tapi tak nak kena lecak. Orang macam ini rendamkan dengan telaga belakang rumah Doreamar, baru dia tahu realiti. So now you know, politik ini bukan semudah ABC; tapi pelajaran pertama ialah kenal dulu siapa kawan, siapa lawan.



SYARAT SOKONG TODAK BERKAITAN BAJET

 

Undi belah bahagi tidak berlaku semalam. Kalau undi belah bahagi itu berlaku dan kita tewas, bajet (peringkat dasar) tetap akan diluluskan.


Jangan kita tanya 'kenapa kita tidak lawan saja walaupun akan tewas', level intellektual kita sepatutnya boleh hadam persoalan itu. Ia umpama kita bertanya kenapa tak lawan kalau dah tahu akan kalah. Ini soal 'numbers', ya soal jumlah bilangan. Its a calculated risk, numbers tidak cukup untuk tolak bajet itu menggunakan undian belah bahagi.


Jadi di mana 'numbers' Strong, Formidable and Convincing Anwar Ibrahim?


Aku cuma nak cakap satu jer, yang lain boleh fikir sendiri. Dalam SD yang ditandatangan oleh MP itu tidak disebut pun perihal menolak bajet. Tidak ada tertulis dalam SD itu bahawa MP harus tolak bajet. 𝗖𝘂𝗚ð—Ū 𝘆ð—Ūð—ŧð—ī ð—ąð—ķð—ŧ𝘆ð—Ū𝘁ð—Ūð—ļð—Ūð—ŧ ð—ąð—Ūð—đð—Ū𝗚 ð—Ķ𝗗 𝘁ð—ēð—ŋ𝘀ð—ēð—Ŋ𝘂𝘁 ð—ķð—Ūð—đð—Ūð—ĩ 𝘀𝗞ð—ļ𝗞ð—ŧð—īð—Ūð—ŧ 𝘁ð—ēð—ŋð—ĩð—Ūð—ąð—Ūð—― 𝗔ð—ŧ𝘄ð—Ūð—ŋ 𝗜ð—Ŋð—ŋð—Ūð—ĩð—ķ𝗚 𝘀ð—ēð—Ŋð—Ūð—īð—Ūð—ķ ð—Ģð—ēð—ŋð—ąð—Ūð—ŧð—Ū 𝗠ð—ēð—ŧ𝘁ð—ēð—ŋð—ķ.


Dan SD sokongan terhadap Anwar Ibrahim sebagai PM itu juga jumlah yang berjaya dikumpul bukan sekadar cukup, tetapi jumlahnya adalah Strong, Formidable and Convincing!


Jadi mengapa perlu rahsia terbuka ini (peluru untuk menang) dibazirkan? Sabarlah sikit lagi.


Eddy Nor Redzuan





GAME ATAS GAME.

 Terbaca tulisan Raja Gelap yang agak menarik mengenai gerak tari politik PH vs PN vs Mahathir.


Pesan AbgBaim: Faham ikut logik.

#CopynShare


GAME ATAS GAME.


Tulisan ini berdasarkan pemerhatian aku terhadap apa yang berlaku. Tiada sumber rasmi dari mana-mana parti mahupun individu.


Kepada pembenci DSAI tak digalakkan baca. Aku jamin 100% akan sakit hati.


******


GAME 1

Kenapa Najib bangkitkan isu duit KWSP? Tak lain tak bukan kerana Najib tahu kedudukan kewangan KWSP. Najib arif yang KWSP tak punya cukup tunai untuk diberikan kepada pencarum.


DS Anwar pada awalnya tidak bersetuju duit hari tua rakyat diusik. Tapi kemudian berubah pandangan apabila melihat ada keuntungan di situ.


Pertama, rakyat memang perlukan duit. Dan kedua, PN takkan mampu tunaikan. Ini akan buatkan rakyat marah kepada PN dan itu menguntungkan PH.


GAME 2

PN asalnya berkeras tidak mahu beri duit KWSP. Berbagai-bagai episod sedih cuba diketengahkan. Termasuklah cerita KWSP terpaksa jual aset.


Tetapi kemahuan rakyat terhadap duit mereka tak dapat dibendung. PH dan UMNO gunakan isu itu dengan cemerlang untuk menolak bajet seterusnya menjatuhkan PN tanpa dicap sebagai derhaka kepada YDPA malah disokong oleh rakyat.


Sebagai langkah berani mati, Menteri Kewangan menyatakan persetujuan kepada tuntutan pembangkang saat akhir iaitu ketika sessi penggulungan, bersandarkan 2 natijah.


GAME 2 - NATIJAH I

DSAI gagal dapatkan bilangan number yang mencukupi untuk merampas kuasa. Maka PN dengan bangganya berkata yang DS Anwar hanya menipu. Kemudian mereka dengan bangga berkata mereka memang kerajaan yang cukup majoriti.


GAME 2 - NATIJAH II (a)

DSAI cukup numbers, Muhyiddin akan bubar parlimen. Kemudian PN akan masuk PRU dengan sentimen PH derhaka titah YDP Agong. Dan lagi, PRU terpaksa diadakan ketika Covid-19 kerana PH gila kuasa.


Rakyat akan berasa geram dan rasa dimangsakan. Akhirnya mereka luahkan kemarahan pada kertas undi. PH tergolek dan terkubur.


GAME 2 - NATIJAH II (b)

Mahathir dengan licik akan mendapatkan sokongan dari beberapa kumpulan dalam Umno dan juga PH, kemudian dengan sokongan lalang dari Borneo, dia mampu mengumpul numbers dan menghadap YDP Agong untuk jadi PM kali ketiga.


GAME 3

Secara tiba-tiba DS Anwar tidak menyokong undi belah bahagian. Secara tidak langsung Belanjawan 2021 dikira lulus di peringkat dasar.


Menteri Kewangan ternganga. Mana nak cari dana untuk tunaikan apa yang disebut dalam penggulungan tadi. Sekarang PN dah terjelepok dalam perangkap sendiri.


Mahathir juga meroyan. Sepatutnya dia dapat buktikan DSAI tak cukup sokongan. Dan kalau cukup pun, dia sepatutnya dapat mencilok tang konar dan menjadi PM untuk kali ketiga. Sebaliknya dia pula kelihatan tiada sokongan.


Semuanya kerana DS Anwar dah tukar permainan. Sekarang muncung senapang tertuju ke mulut Muhyiddin dan Tengku Zafrul. Mahathir pula terbelit dalam simpulan yang dia buat sendiri.


******


Ini telahan secara logik berdasarkan pemerhatian. Nampaknya game ini makin menarik. Kerana lain dirancang, lain yang terjadi. Sekarang siapa pun tak tahu apa rencana seterusnya.


.

- R a j a G e l a p -



BAHAYA JUGA EK BILA ORANG DAH MULA FRUST.....!!?


Nordin Belang Tarung


Syukurlah jika Anwar lepaskan jawatan Ketua Pembangkang

SUDAH SAMPAI MASANYA PKR BERSENDIRIAN


Saya sgt bersetuju jika benar DS Anwar Ibrahim ingin meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi PH walaupun ia adalah provokasi fake news. Ia adalah baik utk rakyat dan PKR sendiri. 


Saya juga berharap biarlah DAP dan Amanah terus berang dgn PKR agar mereka mohon keluar PH. Maaf kerana saya mendoakan perpecahan PH ini berlaku. Bagi saya PKR kena move on segera. 


1. Ia lebih memudahkan PKR parti pelbagai kaum ini membawa hala tujunya tanpa gangguan2 yg merimaskan. Jika PKR terus bersama PH yg ada Amanah di dlmnya ia hanya menyukarkan agenda PH dibuat. Lagipunnl PKR adalah parti yg disertai pelbagai kaum di seluruh Malaysia.


2. 8 bulan PH dilemahkan oleh Mahathir apabila dari pemimpin hingga penyokong PKR dan Amanah sering bercakaran. Masa terbuang begitu sahaja akhirnya fokus utk menumbangkan kerajaan kleptokrasi tidak seperti diharapkan. Gangguan Mahathir bukan sahaja menghancurkan harapan rakyat dan PH tetapi PKR sendiri.


3. PKR fokus kpd negeri Melaka, N9, Selangor dan PP serta beberapa Parlimen di Johor, Kedah dan Perak. Manakala DUN yg mempunyai 30-60% Melayu di pantai barat wajar PKR bertanding.


4. Elakkan pertembungan kerusi bersama DAP walaupun tidak bersama lagi di dlm PH. Kerusi yg ditandingi DAP biarkan parti itu bertanding semula. Walaupun tiada lagi kerjasama  di dlm PH tetapi ia lebih memudahkan tugas PKR menyakinkan rakyat terutama org Melayu. Biarlah selepas PRU15 nanti perbincangan antara parti2 yg ada akn membentuk kerajaan.


5. Kumpulkan kembali pejuang2 yg mahu kembali bersama PKR dan wira2 baru yg mahu bersama PKR dlm pembinaan semula parti ini. Abaikan mulut penyokong yg hanya mahu mengikut kemahuan mereka siapa pemimpin yg boleh menyertai parti ini.


6. Rafizi, Husam Musa, Saari Sungib, Ezam, Nurul Izzah, Siti Aishah, Fahmi, Saifuddin Nasution, Fuziah Saleh, Akmal, Iswardy, Syamsul Iskandar, Nik Nazmi, Wong Chan dan ramai lagi mesti dikumpulkan sebagai pemidato2 membantu DS Anwar Ibrahim dlm kempen PKR utk PRU 15 nanti. Ini bukan masa kita bercerita kisah2 silam lagi dia pengkhianat dan sebagainya. 


7. Masa sudah terlalu suntuk. PKR mesti bina semula kekuatan baru secara sendirian. Jgn lupa jalinkan hubungan baik dgn Reformis 98 dan Blogger2 yg ada. PKR kena guna segala senjata yg ada utk membentuk pasukan yg jitu bila secara sendirian.


Jika ia berlaku akn memberi kelebihan yg besar kpd PKR. Lebih dari itu fokus terutama penulis blogger, penulis dan penyokong PKR boleh fokus kpd isu yg asas iaitu menumbangkan kerajaan PN tanpa gangguan Mahathir dan Amanah yg boleh dianggap duri dlm daging di dlm PH.


8. PKR wajib mengambil kawasan2 seperti Titiwangsa, Kota Raja, Shah Alam, Sepang dan beberapa Parlimen lagi kerana itu adalah kubu kuat PKR. Jgn kecewakan ahli PKR di kawasan tersebut.


9. Biarlah Amanah bersama Mahathir. Amanah parti besar sebab itulah mereka tidak lagi menghormati DS Anwar. Bagi mereka Mahathir jauh lebih berpengaruh dan mampu membawa perubahan utk masa depan rakyat. Hormati sahaja pendiran Amanah tersebut dan tidak perlu lagi penyokong2 PKR melayani karenah pemimpin dan ahli2 Amanah lagi.


10. Jika ia berlaku dlm tempoh beberapa bulan PKR akn menerima puluhan ribu keahlian. Cukup sekadar PKR fokus dgn idealisma Reformasi perubahan utk rakyat Malaysia. Saya yakin 80% ahli PKR sgt gembira jika PKR bersendirian tanpa memburukkan bekas rakan2 PH samada DAP mahu pun Amanah. Biarlah mereka dgn ideologi bersama Mahathir dan ia bagus utk parti2 tersebut memahami kenapa PKR menolak utk bersama bekas PM itu. DS jgn terkejut jika 30% ahli Amanah akn menyertai PKR.


* Bagi saya walaupun tidak berparti saya menyokong penuh jika DS Anwar mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang. Sekurangnya maruah sebagai ketua dan insan yg dihormati pemimpin dunia tidak tercalar lagi kerana sudah 8 bulan ada sahaja pendapat tidak sehaluan pemimpin Amanah terhadap DS Anwar.


Saya yakin rakyat ramai rakyat akn bersama DS atas segala pengorbanan yg DS lakukan selama ini telah byk merubah pemikiran org Melayu yg taksub dan diperbodohkan oleh parti UMNO.


Keyakinan apa yg saya mahu PH ini berkubur... Amanah akan ditolak org Melayu jika mereka hanya bersama DAP. Mereka menjadi makanan PAS, Bersatu dan UMNO sebagai parti hamba DAP. DAP pula akn menjadi parti perkauman dan semakin dibenci org Melayu sekaligus parti ini akn kembali ke era zaman 70 dan 80 an iaitu mereka dianggap parti keturunan Komunis. Ini kerana yg mempertahankan dan menerima mereka adalah kelompok Melayu intelektual yg 80% penyokong DS Anwar.



CORETAN POLITIK SEMASA

 Asalamualaikum....

Hamdan Taha

Petang ni nak buat sedikit coretan sikit tentang politik semasa...


Bersatu ada lah parti baru dan kecil masih belum berjaya pun menubuhkan secara sah jawatan dalam mesyuarat agungnya walaupun pemilihan telah selesai. Tetapi kerana parti ini ada tokoh kuat seperti tun dr m maka dapat lah parti ini menjadi PM ketika bersama PH


Ketika menubuhkan PN parti ini lebih kecil lagi dari jumlah 13 mp tinggal 12 selepas perpecahan dua team tinggal 6 sahaja. Walaupun kecil kerana dia ada calun PM maka dia dapat menjadi PM dalam pakatan baru iaitu PN....


Sekarang Bersatu mengunakan hujah yang sama terhadap umno dan pas bahawa pru ke 15 nanti kami ada calun PM iaitu Tan Sri Muhyuddin Yassin....tamat....


Ke 2. Umno semasa pru ke 14 bersama BN di lihat parti yang kuat dan terbukti memang parti ini kuat sebab ada jumlah mp paling ramai di bandingkan semua parti yang bertanding dalam pru dari pru yang pertama sehingga lah pru ke 14. Tetapi gabungan yang lainnya tidak dapat membantu maka umno tidak lagi boleh memerintah dan jawatan PM bukan lagi milik umno.


Dato Najib adalah calun PM dari pru 13 dan 14...tetapi sekarang bukan lagi boleh di ketengahkan begitu juga dato zahid hamidi walaupun dia presiden umno. Apabila umno tidak dapat menamakan seseorang sebagai calun untuk perdana menteri selama itu lah umno walaupun besar dan kuat tetapi tidak di lihat kuat dan tidak di benarkan untuk menjadi parti utama...sebabnya tidak ada calun yang boleh di ketengahkan sebagai PM...


Umno perlu segera selesaikan isu itu jika mahu di lihat akan menguasai semula pemerintahan kerajaan malaysia....


Ke 3. Parti Pas setakat ini telah ujud sebelum merdeka lagi tetapi gagal menjadi parti utama kerana parti ini sama juga tak ada calun yang layak di sebut sebagai calun PM. Haji Hadi awang walaupun ahli sangat taksub terhadap beliau tetapi tidak boleh di tonjolkan sebagai PM terutama beliau pernah jadi MB pun hanya sepenggal kerana gagal,walaupun pada masa mudanya beliau di lihat super hebat....tetapi realitinya hanya mampu jadi duta sahaja....usia bukan halangan kerana dia lebih muda berbanding tun m dan sebaya dengan tsmy...


Ke 4. Pkr mendapat sokongan penyokongnya kerana Anwar Ibrahim di lihat ada ke tokohan sebagai calun PM jika selepas ini pkr tidak ada tokoh menjelang pru ke 16 pkr akan berdepan dengan masalah sokongan. Pkr wajib ada tokoh penganti,pkr boleh bersama Dap dan Amanah kerana pkr ada calun PM. Walaupun begitu PH sekarang sikit sebanyak berpecah kerana ada yang merasakan Tun M juga patut di berikan sokongan...


Ke 5. Parti Dap antara parti yang kuat dan kerusi mereka besar dan hampir semua kerusi yang mereka tandingi menang. Tetapi Dap tidak boleh menjadi kuat dan abang besar kerana parti Dap tidak akan ada calun PM dari parti mereka setakat PRU ke 17....atas dari itu saya tidak pasti.....maka Dap sebenarnya sama saja peranan mereka dengan MCA MIC dan GERAKAN parti perlengkap kepada gabungan PH tidak ada Dap jumlah kerusi untuk PH tidak cukup. Sama keadaannya MCA terhadap Umno kerana MCA menang hanya satu maka BN runtuh. MCA pada tahun 99 adalah penyelamat kepada BN mereka menang besar ketika itu kerana Dap kalah teruk. Tetapi umno ketika tahun 99 hilang banyak kerusi....itu lah pentingnya gabungan parti politik....


Jadi berdasarkan keadaan politik sekarang ini di lihat masing masing rasa parti mereka kuat. Elok lah pru ke 15 masing masing uji parti masing masing. Selepas pru baru bergabung....saya nak juga tengok sejauh mana hebatnya nama muhyuddin yassin boleh di jual sebagai calun PM oleh  bersatu tanpa adanya Umno,Pas dan Bn. Pas kita dah tau hanya ada paling hebat pun 18 kerusi tu je lah kerana pru 14 mereka dah mencuba....Haji Hadi tidak cukup kuat namanya boleh di jual sebagai PM. Pkr juga telah cuba beberapa kali jual nama Anwar tetapi belum cukup untuk jadi PM. Tun dr m juga merasa dia hebat dan maha hebat maka partinya perjuang kita tengok sejauh mana boleh sampai......


Apa pun BN masih ada kekuatan....cuma perlu tonjol kan segera calun PM mereka....umno kena lupakan nama Najib...zahid...kerana nama ini sudah tamat untuk di jual sebagai PM pada pru ke 15 dan 16...tak tahu lah pru ke 17....sebut lah satu nama...tok mat ke ismail sabri ke atau pun siapa pun....annuar musa pun tak apa....tapi kena ada...baru boleh jual semula umno dan Bn...


Anwar juga ada percubaan kali terakhir untuk beliau secara adilnya begitulah kerana umur tidak akan mengizinkannya. Muhyuddin juga begitu....barangkali nama nama baru seperti Azmin Ali dari bersatu akan di tonjolkan juga MB perak sebagai timbalan presiden parti.....atau Hamzah Zainuddin juga saya yakin ada hasrat untuk menjadi tpm dan PM....


Apa pun bagi saya yang berebut untuk jawatan pm,tpm dan menteri dalam malaysia semuanya jenis tak ingat dan lupa bahawa mati itu adalah benar....akhirat itu adalah benar...syurga adalah benar...neraka juga adalah benar.....itu lah mereka termasuk dari parti Pas....


(function() { var d = document, w = window; w

Cuti 55 hari di NZ untuk ziarah anak dan isteri - Edmund Santhara

MUHD MUKHLIS MOHD SYARIF 3 hari lepas bising pasal timbalan menteri cuti 55 hari bekerja pergi jumpa anak dia di New Zealand. 55 hari berker...