WALAUPUN AZMIN PENGKHIANAT, TAPI KATA2NYA MENGENAI ASAL-USUL PN 100% BOLEH DIPERCAYAI


 Semua kita mengakui Azmin Ali adalah pengkhianat sebenar yang bukan saja berperanan menjatuhkan kerajaan PH, malah paling ke depan menghalang Tun Mahathir Mohamad menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Lantaran itu, hakikat bahawa beliau semakin dijauhi dan dibenci rakyat Malaysia tentu saja sesuatu yang wajar lagi munasabah.

Dalam sebuah kajian tidak lama sebelum ini yang mendapati Azmin merupakan pemimpin politik paling dibenci sebenarnya adalah suatu hukuman terhadap pengkhiatannya itu.

Bagi kebanyakan orang, sesuai dengan sifatnya sebagai pengkhianat itu, bukan saja beliau tidak harus lagi dipedulikan, bahkan kata-katanya juga tidak wajar lagi diberi apa-apa reaksi.

Kata yang lebih sadis, pengkhianat tetap pengkhianat dah kata-katanya tidak lebih seumpama sampah yang memualkan.

Tetapi, apabila Azmin mendedahkan tentang asal-usul penubuhan Perikatan Nasional (PN) serta tujuan ia ditubuhkan, mahu tidak mahu, ia adalah fakta kebenaran yang harus diakui.

Menurut Azmin, idea penubuhan PN adalag datang daripada Tun Mahathir dengan tujuan untuk menjadikan beliau seorang Perdana Menteri yang disokong oleh semua Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak iaitu pembangkang dan kerajaan pada ketika itu.

Azmin mendedahkan, sebelum Tun Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada 24 Feb, satu akuan bersumpah atau SD merangkumi 131 sokongan Ahli Parlimen daripada pelbagai parti telah berjaya dikumpulan dan seterusnya disampaikan ke Istana Negara.

“Itu adalah hasil mesyuarat yang kita buat di rumah Tun Mahathir pada 23 Feb jam 4 petang di mana beliau berjumpa dengan enam ketua parti politik iaitu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin; Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Parti Warisan Sabah, Mohd Shafie Apdal; Presiden PAS, Hadi Awang, Ketua Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg dan saya sendiri.

“Kami berusaha sehabis mungkin untuk memastikan Tun Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri,” jelas Azmin lagi.

Walaupun Azmin bukan ketua parti, tetapi kehadirannya ketika itu adalah mewakili 10 Ahli Parlimen yang meninggalkan PKR kerana iktikad perjuangan mereka menentang peralihan kuasa kepada Anwar.

Apabila Azmin mendedahkan cerita ini, ia segera mengingatkan saya kepada pertemuan saya dengan bekas orang kanan Tun Mahathir kira-kira seminggu selepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Mac lalu.

Dalam pertemuan itu, saya bertanyakan kepada beliau tentang pelbagai perkara mengenai Tun Mahathir, antaranya perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri, janji peralihan kuasa kepada Anwar, penubuhan kerajaan PN, Langkah Sheraton, jatuhnya PH, mesyuarat Bersatu, mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH dan banyak perkara lainnya.

Pendek kata, pertemuan yang bermula pada jam 3.00 petang hingga 11 malam dan daripada sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail, kemudian berpindah ke hotel lain di Jalan Bukit Bintang itu boleh dibuat sebuah buku jika dipindahlan kepada bentuk tulisan.

Begitu pun, segala maklumat yang disampaikan adalah untuk makluman peribadi dan saya tetap menyimpannya dalam ingatan sehingga sekarang.

Tetapi, hari ini saya mendapati, cerita yang disampaikan kepada saya pada Mac lalu saling tak tumpah dan fak banyak berbeza dengan apa yang didedahkan oleh Azmin.

Tambahan lagi, oleh kerana Azmin yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14 lalu tapi dibawa ke pusat untuk dijadikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Tun Mahathir sendiri, bermakna juga bekas Timbalan Presiden PKR itu adalah sebahagian daripada perancangan yang memang dipersiapkan, bukan saja untuk memungkiri janji kepada Anwar, tetapi juga bagi memusnahkan PH.

Bersama perancangan itu jugalah ditarik masuk Geng Hamzah Zainuddin daripada UMNO ke dalam Bersatu.

Keputusan Tun Mahathir meletak jawatan tanpa merundingkannya terlebih dahulu dengan PH, bahkan beliau turut menolak permintaan Agong agar membatalkan perletakan jawatannya adalah kerana Tun Mahathir sangat yakin, melalui sokongan SD yang telah diterimanya, kerajaan perpaduan yang diidam-idamkannya akan tetap menjadi kenyataan.

Melalui kerajaan perpaduan dan beliau disokong oleh semua parti itu, hasrat Tun Mahathir cuma satu – menjadi Perdana Menteri sampai mati tanpa terikat lagi dengan janji peralihan kuasa kepada Anwar.

Cuma, di luar dugaan Tun Mahathir, oleh kerana idea kerajaan perpaduan itu turut melibatkan DAP, ia akhirnya membuatkan UMNO dan Pas menarik balik sokongan mereka.

Daripada situlah Muhyiddin mengambil kesempatan dan berjaya menjadi Perdana Menteri.

Melalui apa yang didedahkan Azmin ini, sesuatu yang tidak sukar dinafikan ialah sementara Azmin kekal merupakan salah seorang pengkhianat, namun tok dalang sebenar sejak hari pertama PH menjadi kerajaan adalah Tun Mahathir sendiri.

Perkara ini juga mengingatkan kepada kata-kata seorang lagi bekas penyokong Tun Mahathir yang kini bersama Muhyiddin – tidak mungkin kami ketika itu mampu melakukan banyak perkara, bergerak ke sana sini, berjumpa orang itu ini, jika tanpa restu daripada Perdana Menteri sendiri. 

(Shahbudindotcom 29/11/2020)



No comments:

Jenama Umno Hebat Tapi Jurujual Tak Kuat

  DARI FB wall A Kadir Jasin... freemalaysiatoday.com Kumpulan mesra PPBM dalam Umno mahu singkir Zahid? Beberapa ‘tokoh besar’ dikatakan be...