De De.
YB dari Pas ni dia tuju cemuhan ni pada aktivis Sumud ka? 🤔
MEROYANNYA KO...TU OUN JANGAN JIHAD LA HUDUD LA RUU355 LA..HAPA PUN TAK DAK.
De De.
YB dari Pas ni dia tuju cemuhan ni pada aktivis Sumud ka? 🤔
MEROYANNYA KO...TU OUN JANGAN JIHAD LA HUDUD LA RUU355 LA..HAPA PUN TAK DAK.
Alif Jamil..
Tentuan tengok Zainal Rashid dan Papagomo ni tentuan dah boleh tahu Zainal Rashid jauh lebih kredibel.
Si Gomo ni bukan setakat takde kreadibiliti, dgn Salim Parpu pon dia tak berani lawan.
Salim Parpu tenyeh dia selamba badak je.
Dengan Meong Kapla pon dia tak berani nak lawan padahal Meong Kapla tu satu team walabot dgn dia dulu.
Kau jangan macam² Gomo..
Telor kau tu bila² masa je Meong boleh picit 😂
Asri Bakar
Baru dapat info....& nak tanya, betul ker BRIGED 8200 ni..ada ramai di kalangan walauns?. Mungkin betul, swbab Nicky Abodoh pernah mengakui secara terbuka bahawa dia adalah agen CI4. B:8200 adalah sekumpulan agen2 yang di wujudkan oleh CI4/Moss4rd & di khususkan di negara2 Islam sahaja. Kebanyakan mereka, di ambil/di pilih dari kalangan pelajar2 yang menfapat pendidikan di Timur Tengah.
Bahaya ni...patut lah walauns duk sembah YAHADI AL-BAWANGI tu, macam sembah L4TT4 & UZZ4!.
NIK Mardhiah
Saya percaya masih ramai yang berharap kenangan manis Zahid dan Haji Hadi makan kek, berusap tu akan kembali.
Semasa saat manis tu dirakam , Zahid dah ada 87 pertuduhan (40 VLN + 47 akal budi). Tapi takpe la… walaun-walaun tetap pertahankan dia.
Jangan harap nak kutuk Zahid, sebab mereka pertahankan Zahid mati-matian. Sama aje macam mereka pertahankan Muhyiddin, Gerakan, Wahyta, Ramasamy, Madey , Dhpp … Alah, mustahil tak ingat macam mereka pertahankan DAP dulu.
Memang tak hairan, loyalty macam ni kuat kalau dah masuk golongan tertentu.
Kesimpulannya apa tuan-tuan???
Bukan pasal keadilan, bukan pasal apa yang UMNO atau Zahid tu buat perkara betul atau salah.....tapi pasal siapa yang mereka suka... habis cerita.
Kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung isu hidangan minuman beralkohol dalam majlis Kementerian baru-baru ini turut mengundang reaksi dua wakil sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini.
Menerusi kenyataan yang berasingan, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nabil Halimi, dan Ketua Penerangan ARMADA BERSATU Malaysia, Harris Idaham Rashid menggesa siasatan dan tindakan tegas terhadap insiden tersebut.
Menurut Nabil, hidangan minuman beralkohol secara terbuka dalam majlis rasmi yang melibatkan kehadiran menteri kegagalan memahami sensitiviti budaya dan agama masyarakat.
“Ia mencerminkan kegagalan memahami sensitiviti budaya, agama, dan nilai masyarakat Malaysia MADANI yang berteraskan prinsip adab dan hormat,” kata.
Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan sikap defensif menteri berkenaan yang enggan memohon maaf secara terbuka, sebaliknya meletakkan kesalahan kepada pihak lain.
Terdahulu, King Sing, menjelaskan, “Majlis Gala Night Dinner & Launch Ceremony Global Travel Meet 2025” melibatkan hidangan arak adalah anjuran pihak swasta.
Jelasnya, memang pada awal Tourism Malaysia merupakan penganjur utama majlis tersebut, tetapi kemudian menyerahkannya kepada pihak swasta.
Mengulas lanjut, Nabil berkata, sikap defensif King Sing bukanlah contoh kepimpinan yang bertanggungjawab apatah lagi dari seorang menteri yang diberi amanah untuk mewakili kerajaan MADANI.
Oleh itu, beliau menggesa satu siasatan dalaman dijalankan ke atas majlis tersebut demi menunjukkan komitmen dan ketegasan kerajaan dalam menegakkan nilai, adab serta tatakelola baik yang menjadi teras kepada pembinaan Malaysia MADANI.
Sementara itu Harris Idaham berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menunjukan ketegasan terhadap menteri dan kementerian yang berprestasi rendah.
“Sekiranya insiden terkini ini juga tidak diambil tindakan, maka naratif golongan atasan sering terkecuali daripada tindakan undang-undang akan menjadi kukuh secara automatik.
“Untuk kesalahan besar berkenaan hidangan arak, Kerajaan perlu buktikan bahawa prinsip akauntabiliti itu wujud dalam pentadbiran,” kata Harris lagi.
Beliau berkata, ARMADA menggesa kepimpinan Kementerian termasuk Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia untuk mengaku kecuaian dan memohon maaf kepada masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif ke Malaysia di Putrajaya pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 6 Okt – Pakistan berhasrat memperkukuh hubungan jangka panjangnya dengan Malaysia melalui peluasan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertanian dan teknologi baharu bagi mencapai pertumbuhan ekonomi serta pembangunan bersama.
Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif berkata Islamabad berhasrat bagi memanfaatkan pengalaman Malaysia dalam bidang teknologi maklumat, kecerdasan buatan dan latihan vokasional, sambil berkongsi kepakaran sendiri bagi menjayakan projek yang membawa manfaat ketara kepada kedua-dua negara.
“Oleh itu, hari ini saya ingin nyatakan secara terbuka bahawa Pakistan mahu berganding tangan dengan Malaysia, bukan sekadar memanfaatkan pengalaman anda, tetapi turut membangunkan usaha sama dan projek yang menguntungkan kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat dua hala yang membincangkan pelbagai isu termasuk kemudahan perdagangan, promosi pelaburan dan pertukaran rakyat dengan rakyat.
Shehbaz berkata, kemajuan pesat Malaysia dalam bidang ekonomi serta tumpuan terhadap inovasi, teknologi dan pembangunan mampan di bawah visi MADANI pimpinan Anwar menjadi inspirasi kepada negara-negara membangun seperti Pakistan untuk mencontohi dan menjalin kerjasama rapat.
“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang pada tahap yang memberangsangkan. Perdagangan global anda meningkat, lebihan dagangan positif dan eksport juga terus bertambah.

“Ini antara bidang di mana Pakistan boleh memanfaatkan pengalaman Malaysia,” katanya.
Shehbaz menegaskan Pakistan bersedia bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam sektor yang mempunyai kelebihan daya saing bersama, termasuk pertanian, pemprosesan makanan, teknologi maklumat serta pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional.
“Pertanian ialah antara bidangnya, teknologi maklumat pula bidang lain, dan sudah tentu latihan vokasional dan kemahiran, Pakistan juga menunjukkan prestasi yang sangat baik.

“Kami mempunyai ribuan pelajar di Malaysia dan sekitar 150,000 rakyat Pakistan yang turut menyumbang kepada usaha pembangunan negara ini,” katanya.
Perdana Menteri Pakistan itu turut menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas keputusan memperuntukkan kuota bernilai US$200 juta bagi mengimport daging dari Pakistan, yang disifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkukuh perdagangan halal dan memperluas peluang pasaran bagi pengeksport Pakistan.
“Saya amat berterima kasih atas pengumuman itu, namun ingin saya tegaskan bahawa kuota ini akan dikawal selia berdasarkan mekanisme harga pasaran serta mematuhi semua keperluan pensijilan halal pihak berkuasa Malaysia.

“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi segala syarat yang ditetapkan,” katanya sambil menambah Pakistan bukan sahaja berhasrat memenuhi kuota berkenaan, malah berusaha meningkatkannya pada masa akan datang.
“Dengan izin Allah, kita bukan sekadar mencapai kuota US$200 juta itu, malah akan meningkat lagi apabila pengguna berpuas hati — kerana apabila kepercayaan terbina, tiada had bagi potensi perdagangan,” katanya.
Shehbaz Sharif berada di Malaysia bagi lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Anwar, sebagai kunjungan balas kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke Pakistan pada Oktober 2024, mencerminkan hubungan dua hala semakin erat antara kedua-dua negara.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 dibubarkan secara rasmi pada 6 Oktober 2025.
KOTA KINABALU, 6 Okt – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 dibubarkan secara rasmi hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
Terdahulu, DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 Oktober sekiranya tiada pengumuman pembubaran seperti diumumkan Hajiji dalam satu sidang media khas di sini sebentar tadi.
Hajiji menambah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRN negeri itu seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan yang telah diadakan sejak setahun lalu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada pimpinan kabinet negeri selama memerintah sejak September 2020.
Terdahulu Hajiji telah mengadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang diPertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bagi memohon perkenan membubarkan DUN kira-kira jam 8.50 pagi tadi.
Serentak itu, Hajiji akan melaksanakan tugas selaku Ketua Menteri sementara sehingga pembentukan kerajaan negeri baharu dibuat selepas PRN ke-17 kelak.
Nazri Hamdan
Menurut Ketua Audit Negara, kerajaan persekutuan tutup akaun 2024 dengan gaya yang agak kemas.
Laporan LKAN 3/2025 yang baru dibentang dalam Dewan Rakyat tunjukkan yang prestasi kewangan negara tahun 2024 bertambah baik bila ia berjaya baiki defisit kerajaan.
Defisit jatuh sebanyak RM12.2 bilion, daripada RM91.39 bilion pada 2023 turun ke RM79.17 bilion tahun lepas.
Lagi menarik, nisbah defisit kepada KDNK pun turun ke 4.1%, bukan saja lebih rendah dari 5% tahun sebelumnya tapi juga lebih baik dari sasaran 4.3% yang ditetapkan dalam Belanjawan 2024.
Dengan kata lain, kerajaan berjaya kawal perbelanjaan dan tingkat hasil dengan lebih baik dari jangkaan.
Tapi dalam masa sama, laporan tu juga ada sebut masih ada projek yang delay, contohnya projek pangkalan operasi hadapan (FOB) Pulau Mabul, Sabah yang dah mula sejak 2016 tapi sampai Julai 2024 masih belum siap walaupun tarikh asal sepatutnya 16 November 2024.
Dari sudut audit, laporan kali ni nampak lebih digital dengan 1,856 entiti dah diaudit guna sistem e-SelfAudit tapi cabaran ketirisan dan kelewatan projek tetap jadi perkara wajib dibetulkan.
Kesimpulannya, 2024 jadi tahun yang “defisit makin sihat, tapi disiplin projek masih banyak perlu dibaiki”.
Oleh AMAN MUHAMMAD
Saya telah menonton satu video salah seorang pejuang Sumud yang mengesahkan kewujudan Briged 8200 di Malaysia.
Apa itu Briged 8200?
Secara ringkasnya, ia adalah tentera siber Israel yang bertebaran seluruh dunia, dan di Malaysia pun ada ejen-ejennya.
Kerja mereka ialah menyerang dan mengecam apa jua usaha membantu Gaza di media-media sosial, serta menyebar fitnah dan mencipta naratif palsu yang mengelirukan orang awam.
Antara naratif fitnah yang sedang dikuat mainkan oleh ejen Briged 8200, ialah “Sumud adalah lakonan.
PMX”.
Naratif ini sedang giat disebarkan, dan sebahagian rakyat sudah mula mempercayainya.
Dan kalau kita amati dan teliti, golongan yang menyambut dan menyambung naratif fitnah ini, hanyalah walaun.
Jadi, benar kata Zainal Rashid Ahmad, ejen lsrael di Malaysia memang wujud, dan 99% adalah walaun.
Jadi, jihad kita orang Islam hari ini ialah melawan puak-puak Briged 8200 di Malaysia.
Di Gaza, wira Sumud berjihad melawan tentera haram jadah lsrael. Di Malaysia, kita berjihad lawan walaun haram jadah Briged 8200.
Seramai 23 sukarelawan Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka dapat terbang pulang ke tanah air, seawal-awalnya hari ini.
Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul memaklumkan semua proses yang diperlukan bagi membawa mereka terbabit pulang sedang dilaksanakan sebaik mungkin bagi memudahkan urusan berkenaan.
Lapor BH, Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Ahmad Amiri Abu Bakar, memberitahu kesemua aktivis terbabit dalam keadaan yang baik dan sihat.
Pada 2 Oktober lalu, semua 23 sukarelawan Malaysia bersama ratusan aktivis GSF dari negara-negara lain diculik tentera pengganas Israel ketika berada di perairan antarabangsa.
Mereka terbabit dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel seterusnya ke penjara Ketziot, di padang pasir Negev.
Seluruh aktivis warga Malaysia telah dibebaskan dan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada 6.45 petang waktu Malaysia, 4 Oktober sebelum tiba di Istanbul 8.40 malam pada 5 Oktober waktu Malaysia.
Pelayaran berisiko tinggi GSF melibatkan lebih 500 aktivis dari 45 negara yang menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza merupakan tanda solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel.

Kenderaan yang membawa Hajiji memasuki Istana Seri Kinabalu sekitar jam 8.51 pagi 6 Oktober 2025. Foto Astro Awani
KOTA KINABALU, 6 Okt – Pengumuman dijangka dibuat di Menara Kinabalu pagi ini dalam satu sidang media khas, selepas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selesai menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman yang difahamkan bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Terdahulu kelihatan kenderaan yang membawa Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu dilihat memasuki pekarangan Istana Negeri Seri Kinabalu di sini pada jam 8.51 pagi tadi.
Petugas media mula berkumpul di hadapan Istana seawal 7.30 pagi bagi mendapatkan gambaran dan maklumat terkini mengenai pembubaran DUN Sabah.
Jumaat lalu Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri berkata pihaknya akan membuat jemputan untuk sidang media berkaitan pembubaran DUN Sabah oleh Ketua Menteri.
Kedudukan jumlah kerusi Ahli Dewan Undangan (ADUN) terkini sebelum pembubaran DUN menyaksikan GRS mengetuai blok kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH) dan tiga lagi ADUN BN yang menyokong pentadbiran kerajaan negeri itu dengan jumlah 53 kerusi termasuk empat ADUN dilantik.
Manakala di blok pembangkang diketuai parti Warisan bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dengan jumlah 22 kerusi termasuk dua ADUN dilantik.

Khamis lalu Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan nerkata Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) telah memutuskan untuk keluar daripada GRS dan akan bertanding secara solo dalam PRN17.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden GRS yang dipengerusikan oleh Hajiji yang berlangsung di Sri Gaya Rabu lalu.
Keputusan itu dibuat kerana STAR dan SAPP tidak mahu terikat dengan kuota agihan kerusi DUN yang akan dimuktamadkan antara GRS dan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun dalam kenyataan itu hanya menyatakan keanggotaan STAR dan SAPP dalam GRS secara automatik telah tamat namun tidak menyatakan kedua parti itu masih kekal di dalam kerajaan atau sebaliknya.
Untuk rekod satu kerusi di blok kerajaan membabitkan ADUN BN Sungai Sibuga kosong selepas Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Allahyarham Datuk Mohd Hamsan Awang Supain meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ pada 19 Januari lalu.
Satu lagi kerusi kosong membabitkan blok pembangkang pada 3 September lalu membabitkan kerusi ADUN Melalap selepas penyandangnya, Datuk Peter Anthony gagal memfailkan petisyen pengampunan dalam tempoh 14 hari.
20 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan semakan Peter terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun yang bermula 4 Mac lalu bagi kesalahan memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Muhammad Shebaz sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 6 Oktober 2025. Foto Faiz Alif Zubir
PUTRAJAYA, 6 Okt – Sempena lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia bermula semalam, Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, di sini pagi tadi.
Ketibaan beliau disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jam 10 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Turut hadir mengiringi Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Pemimpin Pakistan itu kemudian diberikan penghormatan memeriksa pasukan kawalan kehormatan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD) diketuai Mejar Muhammad Akmal Hakim Sabarudin.
Lawatan rasmi Muhammad Shehbaz ini bersempena kunjungan balas Anwar yang terdahulu turut melakukan lawatan rasmi ke Pakistan pada Oktober tahun lalu.
Kedua-dua pemimpin bakal mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan pelbagai soal kerjasama selain diperkenalkan dengan delegasi kedua-dua negara merangkumi pertahanan, pendidikan, pelaburan dan perdagangan.

Antara yang bakal disentuh, aspek kerjasama baru dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan, serta perihal pertahanan.
Selain itu, pertemuan tersebut juga akan membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang seterusnya bagi kepentingan Malaysia-Pakistan.
Sesi pada hari ini antara lain akan menyaksikan pertukaran lima memorandum persefahaman (MoU) antaranya melibatkan pencegahan rasuah, perusahaan kecil dan sederhana, serta Pertukaran Nota (EoN) dalam bidang latihan untuk diplomat.

Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengingatkan Wan Ahmad Fayhsal agar tidak menjadi ‘lebih Hamas daripada Hamas’ pada 6 Oktober 2025. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 6 Okt – Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin menasihatkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) tidak menjadi ‘lebih Hamas daripada Hamas’ dalam menilai isu kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sempena Sidang kemuncak ASEAN ke-47 di sini bulan depan.
Menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal sama ada keputusan Malaysia menjemput Trump ke sidang kemuncak itu bermakna negara berkompromi dengan prinsipnya, Mohamad berkata, AS adalah antara pelabur terbesar di Malaysia dan juga rantau ASEAN.
Beliau menjelaskan Malaysia mempunyai tanggungjawab rasmi untuk menjemput semua rakan dialog ASEAN ke sidang kemuncak itu, selain mengulangi bahawa tindakan menjemput Trump itu dibuat atas kapasiti sebagai Pengerusi ASEAN dan bukannya sebagai negara individu atau atas dasar dua hala.

“Walaupun kita tetap prihatin terhadap keadaan di Palestin, kita juga mesti menilai manfaat yang lebih luas, termasuk hubungan perdagangan dan pelaburan, yang dari sudut ekonomi mempunyai kepentingan besar.
“Hamas sendiri telah menyambut baik pelan 20 perkara Trump (untuk Gaza), jadi mengapa pula kita tidak boleh menyokong atau membantu memperkukuh kedudukan ini.
“Janganlah kita ‘lebih Hamas daripada Hamas’, sebaliknya kita perlu menumpukan usaha untuk memberi sumbangan secara konstruktif dan menyokong inisiatif ke arah keamanan di Palestin,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan dengan pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap isu Palestin, Malaysia kekal optimis bahawa Trump bersama negara-negara sehaluan seperti Qatar dan Mesir akan terus mencari jalan ke arah keamanan di Palestin.
Beliau juga menegaskan kehadiran Trump akan membuka ruang kepada Malaysia untuk menyuarakan kebimbangan dan pandangan, serta menekankan kepentingan kerjasama antara Malaysia, ASEAN dan Amerika Syarikat dalam usaha mencapai penubuhan negara Palestin yang merdeka dan pembangunan semula Gaza.
“Oleh itu, seperti yang saya katakan kepada Machang (Wan Fayhsal), janganlah kita lebih Hamas daripada Hamas,” katanya.