Nazri Hamdan
Menurut Ketua Audit Negara, kerajaan persekutuan tutup akaun 2024 dengan gaya yang agak kemas.
Laporan LKAN 3/2025 yang baru dibentang dalam Dewan Rakyat tunjukkan yang prestasi kewangan negara tahun 2024 bertambah baik bila ia berjaya baiki defisit kerajaan.
Defisit jatuh sebanyak RM12.2 bilion, daripada RM91.39 bilion pada 2023 turun ke RM79.17 bilion tahun lepas.
Lagi menarik, nisbah defisit kepada KDNK pun turun ke 4.1%, bukan saja lebih rendah dari 5% tahun sebelumnya tapi juga lebih baik dari sasaran 4.3% yang ditetapkan dalam Belanjawan 2024.
Dengan kata lain, kerajaan berjaya kawal perbelanjaan dan tingkat hasil dengan lebih baik dari jangkaan.
Tapi dalam masa sama, laporan tu juga ada sebut masih ada projek yang delay, contohnya projek pangkalan operasi hadapan (FOB) Pulau Mabul, Sabah yang dah mula sejak 2016 tapi sampai Julai 2024 masih belum siap walaupun tarikh asal sepatutnya 16 November 2024.
Dari sudut audit, laporan kali ni nampak lebih digital dengan 1,856 entiti dah diaudit guna sistem e-SelfAudit tapi cabaran ketirisan dan kelewatan projek tetap jadi perkara wajib dibetulkan.
Kesimpulannya, 2024 jadi tahun yang “defisit makin sihat, tapi disiplin projek masih banyak perlu dibaiki”.

No comments:
Post a Comment