LU SAMA LU..GUA TAK CAMPUR


 Lu Sama Lu Wa Tak Campur. Please Share.. more @ www.zunar.my

BUBAR DUN, TYT MELAKA TERIMA NASIHAT SALAH- KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PH

 

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini untuk membincangkan keadaan politik semasa di Melaka, termasuk pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Pakatan Harapan mengambil pendirian bahawa Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Dato’ Sri Utama Dr Ali Rustam, telah membubarkan DUN berdasarkan nasihat yang salah dari seorang Ketua Menteri yang telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap beliau pada Isnin lalu, berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, Ketua Menteri tersebut telah hilang jawatan dan kelayakan untuk menasihati TYT.

TYT sepatutnya meneliti dan mengikuti Perlembagaan Negeri Melaka, serta bertemu dengan 15 ADUN iaitu pihak yang telah memperoleh majoriti sebelum membuat sebarang keputusan.


Malangnya tindakan TYT ini bukan sahaja telah melanggari duluan (precedent) bagi Melaka itu sendiri di mana pada 2020 nasihat Ketua Menteri ketika itu (YB Adly Zahari) untuk membubarkan DUN tidak diterima setelah hilang majoriti, malah ianya juga tidak selari dengan duluan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar Jamaluddin lawan Zambry Abdul Kadir di mana sokongan majoriti boleh ditentukan di luar DUN.

Majlis Presiden turut berasa kesal kerana tindakan pembubaran DUN Melaka ini telah membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri diadakan, yang boleh mengancam nyawa rakyat pada ketika pandemik COVID-19 belum lagi terkawal sepenuhnya.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)



MALAYSIA BOLEH UNTUK KAYANGAN BEBAS TUDUHAN JENAYAH

 

HAMZAH RIE NA

Takdirr.. !!! Malaysia Boleh.

Tips mudah golongan kayangan lepas & bebas kes jenayah di mahkamah.. kasi kawtim bayar balik juta-juta jer. Dah boleh bebas !!
BN ke PN ke, dua kali lima lima kali dua.. sama jer.
SR
May be an image of 3 people and text that says "Metro Metro UTAMA Metro 20 UTAMA Ahmad Maslan bebas 2 tuduhan ubah wang haram, bayar kompaun RM1.1 juta Riza Aziz dilepaskan 5 tuduhan ubah wang haram, bayar balik AS$40 juta lebih BERNAMA Farah Marshita Abdul Patah am@hmetro.com.my SR Seronok jadi orang kaya ni ya, Bayar kompaun, denda atau bayar balik lepas semua!!"

ADA PARTI PUAS HATI KE ?

 May be an image of 1 person and text that says "AM ANIN5451 SINGAPURA DI LANGGAR TODAK Melaka di langgar katak"

ISU YANG JANGAN DIPANDANG REMEH



NORMAN RADZUAN


Nampak biasa-biasa sahaja... tapi kepada orang Melayu dari mulut ke mulut di warung kopi dan pintu luar surau mereka mula mengatakan PH ingkar janji.
Pemimpin2 PH terutama pemimpin2 Melayu kena buat penjelasan segera secara detail. Bukan biarkan ia berlalu kerana ia kenyataan dari Tar Senik tapi ia dari seorang PM Menteri di akhbar Perdana dan Medsos.
Inilah antara kenapa saya sketikal dengan MoU ini iaitu kerajaan akan gunakan ia sebagai modal kempen iaitu PH bersama dengan kerajaan.
Orang kampung mereka tak tahu syarat-syarat isi kandungan dan strategu kita... so dah ter'sign' cepat-cepatlah berikan penjelasan kepada rakyat terutama orang-orang kampung Melayu di Melaka yang jatuhkan kerajaan ini adalah orang UMNO sendiri kerana berebut projek Pasir.

May be an image of 1 person


AGENDA SIAPAKAH KEJATUHAN KERAJAAN MELAKA ?



IDEA FOTO : MOHD MUKHLIS


Saya undi C! Haha

 May be an illustration of text that says "Krisis politik Melaka yang menyebabkan pembubaran DUN dan pelaksanaar Pilihan Raya Negeri Melaka adalah salah siapa? A B c D salah DAP salah PN agenda Yahudi act of God (takdir Tuhan)"

PRN Melaka: Najib kata ‘No way’ kerjasama dengan Bersatu

 

PRN Melaka: Najib kata ‘No way’ kerjasama dengan Bersatu


Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi PRN yang pertama menyaksikan Umno bertanding menentang Bersatu sejak Langkah Sheraton yang menyaksikan kedua-dua parti itu bergabung untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tahun lalu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Malaysiakini bahawa partinya tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya negeri akan datang.

“Saya minta maaf … No way,” katanya dalam pesanan teks ketika ditanya apakah kerjasama yang ada antara kedua-dua parti Melayu itu akan diteruskan.Malaysiakini menghubungi Zahid untuk bertanya mengenai pendirian Umno, susulan pengumuman pembubaran DUN Melaka semalam yang menyebabkan PRN perlu diadakan.

Umno dan Bersatu adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan, yang kini dipimpin oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dari Umno.

Namun, kedua-dua parti tegang dalam banyak hal, dengan peristiwan besar termasuklah peranan Umno dalam memaksa Muhyiddin Yassin, yang merupakan presiden Bersatu, berundur sebagai perdana menteri pada bulan Ogos.Perhimpunan Agung Umno awal tahun ini juga memutuskan bahawa parti itu akan memutuskan hubungan politik dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Zahid juga bersetuju bahawa PRN Melaka akan menjadi ujian untuk membuktikan bahawa Umno tidak memerlukan Bersatu untuk memenangi pilihan raya.

Dewan Undangan Negeri Melaka mempunyai 28 anggota.

Sebelum pembubaran DUN Melaka semalam, yang dicetuskan oleh konflik dalaman dalam kerajaan negeri BN-PN, Umno memegang kerusi terbanyak berbanding parti lain dengan 14 Adun, sementara Bersatu hanya memiliki dua.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang majoriti selepas empat Adun, termasuk dua dari Umno dan satu Bersatu, mengumumkan penarikan sokongan mereka

APA LAK NAK SALAHKAN PEMBANGKANG- KITA TAK CAMPUR UMNOJATUHKAN UMNO-KAH.....

 

Apa yg berlaku di Melaka? Dua Adun Umno, satu Adun Bersatu dan satu Adun Bebas tarik sokongan kpd kerajaan Umno/Bn.

Mengapa pula nak salahkan PH dan kaitkan dgn MOU?
PH wajar timbang semula MOU fengan kerajaan ini. Buang masa bantu puak yg tidak.ikhlas.

W. FAUDZIN


MoU melengahkan ajal PN?


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Bagi orang yang “lurus bendul” dalam menilai, menghitung, dan mengunjurkan perkembangan politik, mereka pasti merumuskan suhu politik negara telah mula mendingin sejak ada Perdana Menteri baharu, Ismail Sabri Yaakob.

Maka bagi yang pemaaf dan baik hati, memang wajar merafak syukur bahawa sinar mentari politik yang menyegarkan mula meresapi kehidupan, apatah lagi ancaman wabak Covid-19 pun mula menurun mutakhir ini.

Hujah serang-menyerang antara kerajaan dengan pihak pembangkang banyak berkurangan. Lantas ramai yang memuji kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berani dan ikhlas menunjuki jalan damai.

Malaysia agak tenang sekarang. Maka kempen kerajaan supaya rakyat jangan percaya kebanyakan cerita ehwal politik di media sosial, yang dikatakan palsu, mungkin ada merit dan kejayaannya.

Mereka menaruh harapan besar Ismail Sabri akan lebih berhasil menguruskan pandemik Covid-19 dan ekonomi walaupun kebanyakan mereka sebelum ini turut dalam kelompok yang menuduh kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin “lemau”.

Bagi mereka, langkah damai melalui memorandum persefahaman (MoU) antara Ismail dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalil keikhlasan dan kebijaksanaan Ismail yang berwawasan. Maka rakyat seluruhnya patut bersyukur pada Ismail.

Namun apa sebenarnya natijah MoU itu?

Yang pasti, masih ada pihak yang ketegar pandangan politik mereka menganggap MoU itu satu lagi muslihat Perikatan Nasional, yang merampas kuasa PH melalui jerangkap “Langkah Sheraton” tidak sampai dua tahun lalu. Justeru, ia dikatakan tidak sah.

MoU itu, bagi mereka, helah Ismail untuk “menarik nafas sementara” hingga beliau berhasil membina wibawa untuk kerajaan baharunya. Kelompok ini menganggap Ismail mewarisi “kelembapan dan kebebalan” kerajaan Muhyiddin.

Mereka percaya kerajaan Muhyiddin rapuh dan PN terus menggelegak dengan pergeseran politik dalam kalangan anggota pelbagai partinya. Bagi mereka, kerajaan dianggotai ‘katak-katak politik’ tiada integriti dan akan sentiasa meragui keikhlasan rakan-rakan politik mereka.

Ukuran mereka ialah “benih” kerajaan Ismail sama dengan pentadbiran Muhyiddin. Ini kerana tim Ismail kelihatan saling tak tumpah pasukan Muhyiddin yang dianggap lemah dan tidak cekap itu.

Mereka jangka bila-bila masa kerajaan ini akan musnah dek cemburu politik sesama sendiri. Bibit ini mula kelihatan mutakhir ini apabila Umno dan Bersatu mula mendabik dada akan kemampuan memenangi PRU15 tanpa kerjasama yang lain.

Ciri politik yang ditunjukkan ini memang lazim bagi “perkahwinan” yang tidak ikhlas. Sikap tiada tolak ansur mudah memercikkan api. Ini kerana politik lompat parti ini lazimnya ditunjangi pemikiran Machiavelli, iaitu “matlamat menghalalkan cara”.

Sekaligus ia melondehkan betapa rapuhnya ideologi PN yang ditunjangi PAS dan Bersatu pimpinan Muhyiddin. Jika ditelusuri, fahaman rasis yang mahu hanya parti Melayu-Islam sahaja memerintah mungkin makan tuan. Golongan yang pesimis akan ideologi ini mempertikaikan wibawa mereka sebagai Melayu dan Muslim tulen.

Malaysia goyah dan dicemuh kerana amalan rasuah dan salah tadbir parti Melayu-Islam sebelum ini. Banyak rekod boleh dikemukakan dalam hal ini.

Mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, pernah mencemuh ideologi parti pelbagai kaum yang dikatakan sukar menang di negara majoriti Melayu-Islam. Namun susuk parti Melayu-Islam PN kini dicerminkan oleh ramai pemimpin yang nilai Islam dan Melayu mereka dikatakan ‘kekurangan’.

Justeru, dengan menandatangani MoU ini, jelas Ismail perlu satu tempoh yang panjang untuk mengikis iri hati dalam kalangan anggota PN, dan “busuk hati” dalam partinya sendiri.

Congakan Ismail ini dapat dilihat pada tawarannya kepada PH – saling tak tumpah ‘gula-gula’ yang ditawarkan Muhyiddin sebelum ini untuk menghindari usul percaya terhadap kepemimpinannya apabila Dewan Rakyat bersidang semula selepas Darurat tamat.

Sementara PH pula bersetuju berMoU dengan Ismail kerana lebih lama beliau cuba mengharmonikan keluarga Umno makin rapuh hubungan partinya dengan rakan-rakan dalam keluarga PN.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

KALAU TIBA MASA SESUAI- BAIK TAK PAYAH MASUK LAH...TAK PERLU PUN

 


Idris, Nor Azman dijangka umum masuk PH bila tiba masa sesuai




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Nor Azman Hassan (kanan) berkata pertimbangan sewajarnya perlu dibuat bagi memastikan mereka bukan setakat menang, malah mampu membentuk kerajaan negeri selepas itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Nor Azman Hassan akan menyertai parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH)

Bagaimanapun, perkara berkenaan akan diumumkan pada masa sesuai menjelang pilihan raya negeri (PRN), susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Memetik laporan Berita Harian, Nor Azman berkata, setakat ini beliau dan Idris yang juga ADUN Sungai Udang, sudah menerima tawaran daripada beberapa pemimpin PH untuk menyertai parti masing-masing, tetapi masih membuat pertimbangan sewajarnya, bagi memastikan mereka bukan setakat menang, malah mampu membentuk kerajaan negeri selepas itu.

“Saya dan Datuk Seri (Idris) akan buat keputusan parti mana yang akan kami sertai pada waktu sesuai sebelum PRN tetapi yang dua orang lagi (ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad), saya tidak tahu,” katanya.

Nor Azman enggan mengulas parti atau pemimpin yang menghubungi mereka dan membuat tawaran menyertai gabungan PH itu.

Katanya, beliau akan mempertahankan kerusi Pantai Kundor yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), manakala Idris pula akan mempertahankan kerusi Sungai Udang yang sudah dimenanginya selama dua penggal.

Pengajaran daripada PRN Melaka


DUN Melaka sudah dibubarkan untuk membolehkan Pilihan Raya Negeri diadakan. Ini untuk menyelesaikan krisis politik yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional-Perikatan Nasional tumbang.

Oleh itu jika PRN Melaka dijalankan, ada beberapa pengajaran yang boleh “dipelajari” pihak berkenaan.

Antaranya, Melaka jadi medan ujian pertembungan Umno-Bersatu yang sudah putus hubungan. Natijah pertembungan mereka di Melaka akan menjadi petanda atau isyarat jelas nasib dua parti itu pada PRU15.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, sudah mengumumkan Bersatu akan lawan siapa sahaja yang “tidak bersama kami”. Jelas, amaran itu ditujukan kepada Umno yang sekian lama menunjukkan tidak minat untuk bersama Bersatu apabila PRU15 diadakan. Apa terjadi di PRN Melaka boleh dijadikan pedoman untuk PRU 15.

PRN Melaka juga akan tonjolkan keberkesanan Muafakat Nasional. Malah, sama ada MN masih wujud. Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini bila ditanya wartawan mengenai MN menjawab dengan pertanyaan – “ada lagi ke Muafakat Nasional?”.

Pada PRN Melaka kelak, PAS boleh tunjuk bagaimana mahu laksana formulanya yang diumum Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man tempoh hari. Kata Tuan Ibrahim, PAS beri jaminan akan menolong dan mengundi penyandang kerusi sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru – Umno dan Bersatu pada PRU15. Justeru, di Melaka, PAS boleh buktikan “keberkesanan” formula ilhamnya.

Bukan mustahil PRN Melaka boleh menampilkan pertandingan Umno-lawan-Bersatu-lawan-PAS-lawan-Pakatan Harapan-lawan-calon bebas. Menarik untuk dipelajari.

PRN Melaka akan memaparkan sejauh mana kawalan terhadap Covid-19 berkesan. Di Sabah dahulu kes Covid-19 melonjak dan wabak menular setelah PRN Sabah diadakan.

Memang ada SOP masa itu tetapi tidak efektif. Tidak dipatuhi dengan baik. Kempen dijalankan seperti biasa seolah-olah tidak ada wabak. Pergaulan dan pergerakan bebas. Akibatnya, Covid-19 menjangkiti ramai. Ini diakui Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sendiri baru-baru ini.

“Di Sabah dulu kes sudah rendah tetapi disebabkan PRN Sabah, kes meningkat semula. Justeru rakyat bimbang,” kata Ismail ketika mengulas perkembangan di Melaka. Tetapi ulasan itu dibuat sebelum pembubaran DUN Melaka diumumkan. Ketika rencana ini ditulis, Melaka mencatat 246 kes baharu Covid-19.

Di Melaka kelak bolehlah dilihat sama ada wabak akan melonjak atau tidak. Jika tidak, bukan sahaja PRN Sarawak boleh diadakan tetapi juga PRU15 boleh diadakan dengan “lega , aman, dan tenteram”.

Namun jika wabak Covid 19 mengganas akibat PRN Melaka, sama-sama lah kita berdoa memohon pertolongan Tuhan.

Orang yang mencadangkan PRN diadakan dan orang yang setuju PRN diadakan mesti bertanggungjawab. Tetapi mungkin ketika itu semua sudah terlambat. Sekadar dipertanggunjawab atau mengaku bertanggungjawab sahaja belum cukup. Tidak memadai.

Sebelum pembubaran DUN Melaka diumumkan, Perdana Menteri dilapor berkata beliau (yang memegang jawatan Naib Presiden Umno) menyerahkan kepada Presiden Umno untuk menyelesaikan pergolakan kerajaan Melaka.

Zahid ketika itu mengesyorkan PRN diadakan untuk membolehkan rakyat memutuskan siapa mereka mahu menerajui kerajaan (tetapi setelah DUN diumum bubar Zahid ubah pendirian dan berkata PRN boleh undang bahaya kerana Covid-19 masih ada).

Ismail tidak mahu campur tangan dalam isu DUN Melaka bubar, cuma mengaku rakyat bimbang Covid-19 akan menular. Sehingga kini gambarannya ialah beliau selaku Perdana Menteri tidak berbuat apa-apa untuk menghalang PRN Melaka diadakan. Atau merestuinya.

Oleh itu, PRN Melaka akan melihatkan bagaimana urusan pentadbiran negara dijalankan apabila Perdana Menteri bukan presiden parti. Apa boleh berlaku apabila Perdana Menteri ‘berpeluk tubuh’ pasal hal pilihan raya kerana dalam parti, presiden adalah orang lain, bukan beliau.

Selama ini Perdana Menteri ialah presiden parti yang dominan dalam kalangan parti memerintah. Semasa BN dahulu Perdana Menteri ialah presiden Umno.

Sekarang tidak. Ada pihak bersetuju Perdana Menteri urus hal negara manakala Presiden Umno urus hal parti. Tetapi dalam parti, Ismail duduk bawah Zahid. Oleh itu, Perdana Menteri mesti akur dengan keputusan Zahid. Jika keputusan tepat tidak ada masalah. Masalah timbul jika keputusan presiden dianggap tidak tepat. Atau Perdana Menteri berbeza pendapat.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata ada beberapa dasar kerajaan tidak selaras dengan dasar parti kerana Umno dan kerajaan dua entiti berbeza.

Oleh itu, Melaka beri peluang untuk kita tengok sama ada susunan Perdana Menteri bukan Presiden parti boleh bergerak baik atau sebaliknya.

Satu lagi. Kedudukan Ismail sebagai Perdana Menteri boleh dikira agak selamat hasil MoU dengan Pakatan Harapan baru-baru ini. Pemeteraian MoU itu dicanang sebagai memulihkan kestabilan politik dan PH dikatakan tidak akan mengganggu-gugat Ismail sebagai Perdana Menteri. Buat masa ini?

Tetapi di Melaka, krisis tercetus apabila orang Umno sendiri jatuhkan Ketua Menteri daripada Umno. Umno lawan Umno. Oleh itu Ismail mesti perhatikan keadaan kerana orang parti sendiri pun boleh “buat kacau” bukan hanya pembangkang.

Ismail jadi Perdana Menteri pun hasil sokongan 15 Ahli Parlimen Umno yang berpakat menjatuhkan Muhyiddin Yassin.

Yang perlu dilihat kalau ada musuh dalam selimut dan kalau ada gunting dalam lipatan. Ini boleh susahkan beliau. Boleh gugat kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Di Melaka sudah terbukti. Ketua Menteri daripada Umno diguling orang Umno.

Tentunya, banyak yang boleh dipelajari daripada apa yang telah berlaku dan bakal berlaku di Melaka.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

PROJEK TAMBAK LAUT PUNCA KEJATUHAN KERAJAAN NEGARI MELAKA/ISU PROJEK BAG...

((PANAS)) DATO ZAHARIN "BALUN" ZAHID! UMNO SALAH LANGKAH DI MELAKA?

Umno jatuhkan Umno di Melaka, isyarat jelas kepada rakyat.

 


Umno

Umno jatuhkan Umno di Melaka, isyarat jelas kepada rakyat.Uniknya kejatuhan kerajaan Melaka pimpinan Sulaiman Md Ali semalam berikutan penarikan sokongan 4 Adun ialah kerana ia merupakan kerajaan UMNO yang dijatuhkan oleh Adun UMNO sendiri.

Tidak seperti bagaimana kerajaan lain dijatuhkan, misalnya Ahmad Faizal Azumu atau Peja sebagai Menteri Besar Perak dan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri, semuanya digerakkan oleh UMNO bagi tujuan merampas kerusi ketua kerajaan yang dipegang oleh Bersatu.

Sebaliknya di Melaka ini, daripada 4 Adun yang menarik sokongan itu, dua darpadanya adalah wakil rakyat UMNO.

Yang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan itu iaitu Idris Haron adalah Adun dan pemimpin UMNO serta bekas Ketua Menteri daripada UMNO sebelum ini.

Ringkasnya, kejatuhan kerajaan UMNO Melaka ini digerakkan dan diketuai oleh pemimpin UMNO sendiri.


Projek kerajaan diluluskan sejak 2011, tapi sampai sekarang tidak siap

 

Projek kerajaan diluluskan sejak 2011, tapi sampai sekarang tidak siap







Sebuah projek jalan perhubungan desa bagi membina laluan pejalan kaki di Kampung Sg. Dalam B, Lambir di Sibuti, Sarawak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah didapati telah mendapat kelulusan peruntukan sejak 2011, namun malangnya sehingga ke hari ini ia masih belum siap.

Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Sarawak, Zulhaidah Suboh mendedahkan, papan tanda projek tersebut sudah pun terpacak di tapak sejak 10 tahun lalu, tetapi tidak ada sebarang perkembangan atau tanda-tanda projek itu sudah diselesaikan.

"Merujuk kepada papan tanda projek tersebut sudah terpacak lebih kurang 10 tahun di Kampung Sungai Dalam B dan merupakan antara salah satu dalam kategori banyak Projek Sakit di bawah kementerian sejak tahun 2011.

"Bukan sahaja telah mengalami kelewatan tetapi memang gagal dalam pelaksanaannya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini bukan projek naik taraf atau projek menggantikan laluan yang telah rosak tetapi projek bina baharu laluan.

"Isu ini pernah dibangkitkan oleh pihak kami tetapi tiada perhatian dan tindakan daripada pihak yang bertanggungjawab.

"Setiap projek telah dibentangkan kertas kerja dan mempunyai peruntukan setelah mendapat kelulusan tetapi malangnya sehingga kini masih senyap dan penduduk Kampung Sg. Dalam terpaksa mengguna laluan usang yang berisiko tinggi terutamanya kepada warga emas, OKU, kanak-kanak dan khususnya penduduk kampung keseluruhannya," katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau menggesa kerajaan supaya menyemak semula peruntukan 'Projek Sakit' ini yang lebih 10 tahun mendapat kelulusan tetapi secara keseluruhannya gagal menjalankan pelaksaannya di lapangan.

"Adalah wajar perkara ini diambil serius apabila ianya melibat dana negara dan mengabaikan kebajikan serta keselamatan penduduk kampung yang sepatutnya sudah dinikmati kini.

"Saya mendesak pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menyiapkan Projek Sakit di Kampung Sg Dalam B dengan kadar segera kerana kita tidak mahu projek yang mendapat kelulusan diabaikan selama satu dekad," katanya.

 

KALAU AKU JADI PH , AKU TIDAK AKAN MENERIMA MEREKA INI MASUK KEDALAM PARTI.....MEREKA SAMA SAJA PENGKHIANAT.

 

Dua Adun Umno bakal sertai komponen PH

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka daripada Umno akan menyertai parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Kedua-duanya menarik balik sokongan hingga menyebabkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, tumbang kelmarin.

Pendirian itu akan diumumkan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, pada masa yang sesuai menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan pembubaran DUN Melaka yang dibuat Sulaiman selepas hilang majoriti.

Bercakap dalam sidang media di Pantai Puteri, Tanjung Kling hari ini, Nor Azman berkata, beliau dan Idris masih membuat pertimbangan sewajarnya selepas menerima tawaran daripada beberapa pemimpin PH untuk menyertai parti masing-masing.

Pertimbangan itu, jelasnya, bagi memastikan mereka bukan setakat menang, malah mampu membentuk kerajaan negeri selepas itu.

“Saya dan Datuk Seri (Idris) akan buat keputusan parti mana yang akan kami sertai pada waktu sesuai sebelum PRN.

“Namun, yang dua orang lagi (ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad), saya tidak tahu,” katanya bersama Idris.

Nor Azman enggan mengulas parti atau pemimpin yang menghubungi mereka dan membuat tawaran menyertai gabungan PH itu.

Katanya, beliau akan mempertahankan kerusi Pantai Kundor yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14, manakala Idris pula akan mempertahankan kerusi Sungai Udang yang sudah dimenanginya selama dua penggal.

Terdahulu, Nor Azman dan Idris telah dilucutkan keahlian Umno dalam surat bertarikh 5 Oktober.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu mengikut perlembagaan parti, Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan Umno, seseorang ahli yang menang bertanding, tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas DUN (Dewan Undangan Negeri) atau Dewan Rakyat, akan gugur keahlian dengan sendirinya.

“Jadi, jika kedua fasal ini dibaca bersama, maka Datuk Nor Azman dan Datuk Seri Idris Haron tergugur dengan sendirinya sebagai ahli Umno bermula pada semalam (kelmarin),” katanya selepas pertemuan dengan Jawatankuasa Biro Politik Umno Melaka malam tadi.

Selain Nor Azman dan Idris, turut menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Umno ialah ADUN Bebas dan Bersatu.

TUUUUUU...DIA AIHHHHH.....ZUHUD DEPA .....BALUN SAMA NAIK DENGAN PUAK UMNO..PATUT MUAFAKAT SEKALI..APANAMA...APANAMA...MN ?

 

Mahfuz dedah Yang Dipertua YADIM tinggal di rumah tetamu dengan perabot RM22,000


Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mendesak kerajaan menyiasat berkenaan pemindahan wang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepada anak syarikat, Lembaran YADIM Sdn. Bhd.

Beliau berkata isu pemindahan wang itu menjadi perbualan banyak pihak apabila turut berkaitan Yang Dipertua YADIM, Nasruddin Hassan yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

“Syarikat Lembaran YADIM menyewa sebuah rumah dengan memasukkan perabot RM22,000 dengan tujuan sebagai rumah tetamu.

“Tetapi yang saya hairan mengapa rumah itu diduduki oleh Yang Dipertua YADIM sedangkan beliau sudah ada elaun perumahan dan dia telah menerima elaun itu.

“Jadi, mengapa syarikat Lembaran YADIM menyewa sebuah rumah untuk dijadikan tempat tinggal Yang Dipertua YADIM?” dedahnya di Dewan Rakyat semalam.

Mahfuz menegaskan isu pemindahan wang daripada YADIM kepada anak syarikat Lembaran YADIM itu mengundang persoalan walaupun jumlahnya tidaklah sebanyak kos membaiki kediaman Perdana Menteri RM38 juta.

“Pemindahan bagi tujuan pinjaman mudah sebanyak RM500,000, untuk pemilikan ekuiti syarikat luar Nurflix sebanyak RM1 juta dan tambahan pelaburan modal kongsi sebanyak RM500,000.

“Ini bermakna sebanyak RM2 juta dipindahkan daripada akaun YADIM kepada anak syarikat Lembaran YADIM.“Apa tujuan pemindahan itu tanpa perjanjian atau dokumen jelas yang sepatutnya dimeterai antara YADIM dan Lembaran Yadim dan Nuflix ini,” kata Mahfuz lagi.

PSHANGG PASAL INTERNET

 

HAMZAH IE NA


Dah ada “raptai” take down internet awal atau pertengahan tahun 2021 ni...saya cari balik nanti Info ni.Ni mcm Event 201...sblm pandemik C19..semua dirancang.Bila tak ada internet susah nak lawan New World Order sebab tidak ada maklumat.....Cyber Polygon- nama Raptai cyber attack ... simulasi ( Jun-July 2021 by World Economic Forum( WEF)

Event 201-simulasi raptai C 19 Okt 2019 sblm C19 Mac2020-juga oleh WEF.....dunia makin kepengakhirannya. Hafal Al Quran sahabat2 seagama saya.

KITA TAK CAMPUR


HAMZAH RIE NA


Jika ada sukan tikam menikam ni kalau dipertandingkan disukan Olimpik, umno dan bersatu mesti juara dan naib juara. Rosak negara ni makin parah!


 May be a cartoon

NILAILAH SENDIRI BILA SIBANGANG MENULIS

 

NORMAN RADZUAN


Dia dah bersuara dan terpulang kpd keintelektualan anda nak panggil mulut haram, mulut lahabau atau mulut penjual agama. Nak tanya Dusuki kaki temberang ni yg berpura pura tu siapa?

Parti kamulah yg berpura pura hingga nasib pramugari2 Islam terbiar begitu sahaja. Kamu lah yg dlm kerajaan menggalakkan judi hingga jadi 22 kali, yg tidak pedulikan lagi nasib Adib selepas puas menjaja nama arwah, yg bekerjasama dgn perasuah berbillion ringgit (kleptokrasi)...
Nak tanya Dusuki yg jatuhkan kerajaan PN dulu siapa? Zahid dan kuncu2nya. Yg jatuhkan kerajaan Melaka adalah team kamu sendiri iaitu Muafakat Nasional...
May be an image of 1 person and text

1 of 82

(function() { var d = document, w = window; w

'Masa untuk saya sertai KEADILAN, Generasi muda bosan politik lapuk' - Dr Maszlee

  Sungguhpun Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, namun bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee...