Umno jatuhkan Umno di Melaka, isyarat jelas kepada rakyat.

 


Umno

Umno jatuhkan Umno di Melaka, isyarat jelas kepada rakyat.Uniknya kejatuhan kerajaan Melaka pimpinan Sulaiman Md Ali semalam berikutan penarikan sokongan 4 Adun ialah kerana ia merupakan kerajaan UMNO yang dijatuhkan oleh Adun UMNO sendiri.

Tidak seperti bagaimana kerajaan lain dijatuhkan, misalnya Ahmad Faizal Azumu atau Peja sebagai Menteri Besar Perak dan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri, semuanya digerakkan oleh UMNO bagi tujuan merampas kerusi ketua kerajaan yang dipegang oleh Bersatu.

Sebaliknya di Melaka ini, daripada 4 Adun yang menarik sokongan itu, dua darpadanya adalah wakil rakyat UMNO.

Yang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan itu iaitu Idris Haron adalah Adun dan pemimpin UMNO serta bekas Ketua Menteri daripada UMNO sebelum ini.

Ringkasnya, kejatuhan kerajaan UMNO Melaka ini digerakkan dan diketuai oleh pemimpin UMNO sendiri.


No comments: