PETANDA UMNO TIDAK YAKIN DENGAN KEKUATAN SENDIRI

 


Umno belum putus kerjasama dalam PRN Melaka, kata Tok Mat




Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan bercakap pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera Umno Melaka, malam tadi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Umno belum lagi memutuskan sama ada mahu bekerjasama dengan mana-mana parti atau bertanding bersendirian pada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Timbalan Presidennya Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Umno, berkata buat masa ini, apa yang lebih penting bagi parti itu ialah melakukan persiapan untuk berdepan sebarang kemungkinan pada pilihan raya berkenaan.

“Jangan kita harapkan bantuan luar untuk kita menang. Mesti bina kekuatan dalaman sendiri,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera Umno Melaka di Alor Gajah malam tadi, lapor Bernama.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Ditanya mengenai kesediaan Perikatan Nasional (PN) Melaka untuk berunding dengan Umno bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, Mohamad berkata ia terpulang kepada Umno Melaka.

“Itu terpulang kepada Umno Melaka dan (Umno) Melaka akan cadang kepada (Umno) Pusat sebab (Umno) Melaka tak boleh buat keputusan sendiri. Mesti dapat kelulusan, mesti dapat sanction (kebenaran) daripada (Umno) Pusat. Kalau (Umno) Pusat kata ‘okay’ maka bolehlah (untuk bekerjasama dengan PN Melaka),” katanya.

Menurutnya, jentera parti di peringkat pusat daerah mengundi (PDM) telah diarah untuk mengadakan gerak kerja mulai hari ini bagi berdepan pilihan raya itu,.

Dalam perkembangan sama, Mohamad berkata keahlian ADUN Sungai Udang Idris Haron dan ADUN Pantai Kundur Noor Azman Hassan terlucut dengan sendirinya selepas berada sepentas bersama pembangkang.

Katanya, perkara itu termaktub dalam pindaan perlembagaan parti yang dibuat pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu.

Manakala Ahmad pula berkata, surat pemakluman mengenai pengguguran keahlian akan diserahkan kepada Idris dan Noor Azman dalam masa terdekat.

Ab Rauf yang juga Speaker DUN Melaka mengumumkan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam bersetuju untuk membubar DUN Melaka pada 4 Okt.

No comments: