TAK PAYAH LAYAN DIA...PARTI DIA PUN MENUMPANG SAJA 18 KERUSI...JANJI PUN KELAUT..SEMBANG.

 

Tak timbul isu penjawat awam sabotaj kerajaan, kata CUEPACS


Presiden CUEPACS, Adnan Mat, berkata kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mahu penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan meletak jawatan adalah tidak wajar.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang mahu penjawat awam meletak jawatan jika tidak menyokong kerajaan sebagai perkara tidak wajar dibangkitkan.

Presiden Adnan Mat berkata, walaupun kerajaan dan kepimpinan tertinggi bertukar ganti, penjawat awam tetap setia dalam melaksanakan setiap dasar dan polisi yang diputuskan demi kebaikan rakyat dan negara dengan penuh profesionalisme.

“Walaupun setiap penjawat awam mempunyai ideologi dan pandangan politik masing-masing, CUEPACS percaya dan memberi jaminan bahawa penjawat awam sangat profesional dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab serta boleh membezakan kepentingan awam yang dipikul mereka.

“Tidak timbul isu sabotaj bahkan penjawat awam kekal komited membantu kerajaan mendepani cabaran disebabkan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Adnan berkata, semua pemimpin politik sepatutnya memberi keyakinan dan kepercayaan penuh kepada profesionalisme penjawat awam yang selama ini menjadi tulang belakang kepada pentadbiran kerajaan dan negara.

Katanya, semua pihak juga perlu berhenti membuat tuduhan serta memberi persepsi kononnya penjawat awam tidak menyokong atau mahu mensabotaj kerajaan.

“Gesaan agar penjawat awam yang tidak selesa dengan kerajaan semasa pada hari ini untuk melepaskan jawatan mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa penjawat awam tidak amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara.

“CUEPACS merasakan apa-apa perkara yang cuba mengaitkan profesionalisme penjawat awam ketika semua pihak sedang fokus mendepani cabaran pandemik Covid-19 adalah tidak wajar dan sesuai.

“Sepatutnya semua pihak perlu bekerjasama bagi mendepani cabaran agar kita semua boleh mara ke hadapan,” katanya.

Terdahulu, Hadi mahu penjawat awam mengikut arahan kerajaan yang dikuasai parti yang memerintah walaupun mereka tidak menyokong parti yang membentuk kerajaan itu.

Hadi berkata, sekiranya penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moral mereka boleh meletakkan jawatan.

“Mengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan itu mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan.

“… secara moral mereka boleh sahaja meletakkan jawatan dan tidak memegang jawatan mengikut kemahuannya,” katanya di Facebook.

((GEMPAR)) PROJEK DIRECT NEGO "SAPU" 50JUTA? PINJAM 11.5B - 3 MINGGU? AZ...

PKP di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun


Harits Asyraf Hasnan
PKP di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun
PKP di seluruh negara akan berkuat kuasa mulai 12 Mei hingga 7 Jun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 hari ini.
"Berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, Kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.
"Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional," kata Muhyiddin.
Ujarnya, kewujudan varian-varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam yang semakin meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan sebahagian anggota masyarakat menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan yang lebih drastik bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka kesihatan yang lebih parah.
"Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam ruang yang sesak menjadi punca utama penularan COVID-19.
"Rantaian jangkitan COVID-19 hanya dapat diputuskan dengan menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan pergerakan yang lebih ketat," jelas beliau.
Bagaimanapun, ujar beliau sepanjang tempoh itu, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.
Ujarnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengumumkan perincian garis panduan sepanjang PKP dalam masa terdekat.


ISU WATAK VIDEO SEMBURIT KEMBALI TERSERET

ISU WATAK VIDEO SEMBURIT KEMBALI TERSERET

VIDEO BICARA SINAR : KALAU ANWAR JADI PM?WALAUN NI TAK BOLEH LARI DARI HUKUMAN TERMASUK TUN/K...

LEBAI MOKHTAR SENIK NI NAK BUNOH SIAPA PULAK? TULIS KEMUDIAN PADSM..BACUL NYA KAU


Shamsul



 

Aku dah agak dah dia ni akan delete posting dia


Alhamdulillah aku ni memang cerdik aku dan screenshot awal-awal lagi... aku bukan bodoh macam walaun 


#PDRM nampak jelas sekarang ni si pendek ni dah takut sebab dah sedar tulisannya ada unsur ancaman dan ugutan untuk membunuh seluruh rakyat Malaysia yang tidak senada dengan jemaah dia



BAGUS HADI...KAU PECAHBELAHKAN PAS. DENGAN KENYATAAN BODO KAU..RAKYAT KECAM SANA SINI.

 

Mohd Mukhlis 



Terbaik la Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ingat kalau jadi duta timur tengah yang makan gaji buta kena berhenti, rupanya kakitangan kerajaan pula yang di suruh berhenti.


Tapi kalau tuan guru berhenti, siapa nak bawa pelabur 100 billion ke negeri wakedah kan?  Ambe pahang, ambe sedo, dalil boleh di putar demi kelangsungan perut dan anak tekak kan?




RAKYAT DAH MELUAT...UNDURLAH KERAJAAN PN.

 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dicadangkan agar mengaku mereka telah gagal mengendalikan negara ini dengan baik dan sebelum ia menjadi lebih parah sebagaimana India, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berundur dan diserahkan negara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskannya.


“Sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri dan kerajaan paling teruk dalam 63 tahun sejarah negara untuk meletakkan jawatan dan memberi ruang kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke sembilan untuk melawan wabak Covid-19.


Lim Kit Siang“(Ia bertujuan) menyelamatkan negara daripada menjadi “mini-India” dalam pandemik ini, dan juga untuk negara kita menjadi negara hebat bertaraf dunia,” kata ahli Parlimen veteran, Lim Kit Siang (gambar).


Bagi beliau, jelas sekali bahawa kerajaan Muhyiddin ini telah gagal untuk mengawal penularan wabak Covid-19, walaupun selepas menggunakan cara yang tidak demokratik dan tidak sah iaitu pengisytiharan darurat.


Bagi veteran DAP itu, layanan berbeza dalam pelaksanaan SOP Covid-19 kepada menteri dan pemimpin Perikatan Nasional, telah menambah buruk keadaan dengan meluaskan jurang defisit kepercayaan kepada kerajaan PN ini.


Katanya, di seluruh dunia, negara-negara yang terkesan teruk sebelum ini kini melihat keadaan bertambah baik dalam usaha melawan Covid-19 di negara mereka.


Pada bulan Januari tahun ini, katanya, Amerika Syarikat melaporkan kira-kira 300,000 kes sehari dengan kadar jangkitan meningkat sembilan kali ganda, dan kadar kematian berada pada paras 4,000 kes sehari. Kini wabak ini sedang beransur mengundur di AS.


Di Eropah semasa berhadapan dengan gelombang kedua, dilaporkan terdapat kira-kira 300,000 kes baharu dan 7,000 kematian setiap hari pada awal tahun ini. Kini kadar kes baharu di Eropah telah menurun sebanyak hampir 30 peratus.

 

“Kedua-dua Amerika dan Eropah menggunakan strategi sekatan pergerakan bersasar dan vaksinasi secara meluas, tetapi kita gagal melakukan kedua-dua langkah ini selepas setahun bergelut dengan wabak ini,” kata ahli Parlimen antara yang paling lama berkhidmat itu.


Katanya, rekod negara kita dalam melawan wabak ini adalah satu perkara yang mengecewakan.


“Walaupun kita tidak berhadapan dengan kerosakan teruk seperti di Amerika dan negara-negara Eropah, kita masih lagi jauh di belakang kisah-kisah kejayaan mengawal wabak Covid-19 di negara-negara Asia Timur, ASEAN, dan kawasan serantau Pasifik,” katanya.


Dalam penerbitan Bloomberg Covid Resilience Ranking April 2021, Malaysia berada di tempat ke-20, di belakang Singapura, New Zealand, Australia, Israel, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, UAE, Finland, Hong Kong, Vietnam, China, Thailand, Denmark, Norway, AS, UK, Kanada dan Arab Saudi.


Sekarang, semasa wabak ini sedang beransur reda di Amerika dan Eropah, Malaysia pula menyertai negara-negara yang didahului oleh India di mana wabak ini sedang merebak teruk.

 

Semalam adalah kali keempat India mencatatkan lebih daripada 400,000 kes baharu — 401,271 kes — dan kali pertama negara tersebut mencatatkan lebih daripada 4,000 kematian dengan 4,194 kematian.


Jumlah kes dan kadar kematian akibat Covid-19 di India terus meningkat, mencecah sejumlah 21,886,566 kes dan 238,265 kematian.


“Malah Indonesia dan Filipina yang mempunyai angka terkumpul yang lebih tinggi berbanding negara kita, telah menyaksikan kejayaan yang lebih baik dalam perang melawan wabak Covid-19,” katanya.


Indonesia semalam mencatatkan 6,327 kes baharu berbanding dengan kemuncak 14,518 kes pada 30 Januari sedangkan Filipina pula mencatatkan 7,737 kes baharu berbanding dengan kemuncak 15,280 kes pada 2 April.


Bagi beliau, Malaysia, pusat pertemuan empat kebudayaan hebat dunia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat — tidak boleh menjadi sebuah kakistokrasi.


DULU MASA PH PUN PORTAL NI HENTAM......SEKARANG MASA MELAYU ISLE HENTAM JUGA...SETAKAT TU SAJA KAH

 

Inilah antara contoh berita yang kita tidak jumpa di mana-mana portal berita Bahasa Melayu arus perdana kerana ianya hanya berlegar di media-media bahasa cina.

Terima kasih Ismaweb.net kerana membuat terjemahan laporan berita dari akhbar cina ini. Jika tidak, kita pun tidak tahu hakikat sebenar.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, sejak lebih 20 tahun yang lalu, sebanyak 127 SJKC telah dibina, sama ada ianya sekolah baharu atau sekolah baharu hasil relokasi.

Beliau berkata lagi, sehingga hari ini, sebanyak 1301 buah sekolah SJKC telah dibina di Malaysia. Ini bermakna semua dari jumlah telah ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

Lebih mengejutkan lagi, beliau berkata sedemikian adalah ketika beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan SJKC Choon Hwa Pandan, baru-baru ini di mana peruntukan sebanyak RM1 JUTA kepada sekolah baharu itu telah diserahkan lagi.

Kita telah mencabar keabsahan sekolah vernakular di mahkamah dan MCA bersama NGO-NGO Cina menjadi pencelah dalam kes ini bagi pertahankannya.

Nampaknya mereka sedang sedaya upaya memperkukuhkan kedudukan sekolah vernakular dengan membina dan memberi peruntukan sebanyak mungkin. Jika perlu diswastakan satu hari nanti, tidak mustahil mereka sudah bersedia menjadi suatu sistem alternatif gergasi yang stabil.

Nampaknya aspirasi rakyat untuk memperkasakan identiti dan jati diri negara semakin terhakis dan semakin cair. Kerajaan hanya membuatkannya lebih parah dengan menyuburkan akar penyebabnya; sekolah vernakular kerajaan (SJKC).

Aminuddin Yahaya

Pengerusi PEMBELA

10 Mei 2021

Sumber:

https://ismaweb.net/.../kpm-bina-127-sjkc-baharu.../

#SekolahSatuAliran

#MembelaAgamaBangsaTanahAir

-----

Bantu kami dalam agenda membela agama, bangsa dan tanah air: bit.ly/pembelatanahair

Description: Portal Islam dan Melayu - Mengangkat Suara Umat

ISMAWEB.NET

Portal Islam dan Melayu - Mengangkat Suara Umat

Portal Islam dan Melayu (ISMAWEB) berhasrat memikul peranan dalam mendidik dan membangunkan jati diri umat Islam di Malaysia melalui media.

 

33

 

HARAP RAKYAT MASIH SIUMAN DAN AJAR BANGSAT YANG SOMBONG INI

 

IBRAHIM MAT ISA


May be an image of standing, outdoors and monument



Tiga tahun lepas, rakyat Malaysia secara majoriti berjaya menjatuhkan kleptokrat.

Itu penanda aras bahawa otak sebahagian rakyat Malaysia waras menolak kejahatan (yang terdiri dari pelakon perjuangan bangsa dan agama).

Masih waraskah otak sebahagian rakyat Malaysia sekarang setelah dibadai pandemik dan aturan cacamarba pemerintah tebuk atap dalam menentukan SOP dan hala tuju haluan negara? Kalau anda okay, berazamlah.

Tunggu pembalasan rakyat!



 May be an image of 1 person and text that says "mk malaysiakini Malaysiakini BM @mkini bm Letak jawatan jika tidak selesa dengan kerajaan PN- Hadi Awang Translate Tweet Letak jawatan jika tidak selesa dengan kerajaan PN- Hadi Awang malaysiakini.com"

PDPR: SETAHUN COVID KPM TIADA DASAR URUS PEMBELAJAN DI SEKOLAH, RUMAH


JANGAN LARI . POLIS CARI

 

Wanita tuduh ADUN Gombak Setia ‘rancang’ insiden rogol


PETALING JAYA: Wanita yang mendakwa dirogol kenalan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham, membuat tuduhan baharu bahawa wakil rakyat itu “merancang” insiden pada 5 Dis tahun lalu itu.

Wanita itu membuat tuduhan berkenaan dalam laporan polis 8 Mei, kata laporan Malaysiakini.

Peguam wanita itu, Asheeq Ali, mengesahkan anak guamnya membuat laporan berkenaan.

Katanya, laporan kedua itu turut tersebar di media sosial, seperti laporan pertama yang dibuat pada 5 Dis 2020.

Walaupun laporan pertama ditarik balik pada 8 Dis 2020, wanita itu pada Januari lalu memohon polis meneruskan siasatan.

FMT sedang mendapatkan respons Hilman mengenai dakwaan itu.



Jangan benar lapangan terbang Subang diambil alih, kata MAHB

 

Lapangan terbang Subang diberi perhatian khusus dalam pelan induk pembangunan semula lapangan terbang itu, kata pengerusi MAHB Zambry Abd Kadir.

PETALING JAYA: Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) atau lapangan terbang Subang sedia diberi perhatian khusus untuk pembangunan semula dan kerajaan digesa tidak membenarkan rancangan syarikat swasta untuk mengambil alih lapangan terbang itu.

Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Zambry Abdul Kadir berkata, semua lapangan terbang kebangsaan adalah aset strategik yang dimiliki oleh negara.

Ini termasuklah lapangan terbang Subang yang menurut Zambry telah membantu membangunkan industri penerbangan dan aeroangkasa di negara ini.

Beliau berkata, lapangan terbang itu sedia diberi perhatian khusus di bawah “pelan induk pembangunan semula lapangan terbang Subang”.

“Sebarang langkah dalam membenarkan ia dikendali oleh pihak swasta perlu difikirkan secara mendalam, baik dari segi aspek keselamatan dan pertahanan, mahupun hak milik,” katanya dalam kenyataan.

“Saya, sebagai mewakili seluruh warga Malaysia Airports ingin memohon pihak kerajaan agar mengkaji semula sebarang hasrat untuk mencairkan pegangan LTSAAS kepada mana-mana pihak swasta.”

Dilaporkan sebelum ini bahawa ahli perniagaan Desmond Lim, iaitu pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan dan pemaju hartanah WCT Holdings Bhd, merancang untuk mengambil alih dan mengendalikan lapangan terbang Subang sehingga 2092 melalui anak syarikatnya, Subang Skypark Sdn Bhd.

Jumaat lalu WCT berkata, rancangan itu sebenarnya mencadangkan pembaharuan konsesi, bukannya untuk mengambil alir lapangan terbang tersebut seperti dilaporkan.

Syarikat itu juga berkata, ia akan mengendalikan lapangan terbang itu berdasarkan pajakan, dengan kerajaan terus memiliki tanah dan lapangan terbang berkenaan.



JIKA ORANG BODO BERKATA KATA

 

Ibrahim Mat Isa.

Penjawat awam tidak boleh dihentikan kerja kerana tidak menyokong kerajaan.. kerana kerajaan boleh berubah melalui proses demokrasi..kerana itu penjawat awam berkhidmat untuk negara dan rakyat..  Apa masalah Hadi Awang ni..??




SELAIN TAKUT KARTUN, KERAJAAN INI JUGA TAKUT KEPADA PENJAWAT AWAM.

 May be an image of 3 people and text that says "MASA PAS JADI KERAJAAN MASA PAS JADI PEMBANGKANG Berita Harian BH ONLINE @bharianmy JANGAN MUSUHI PENJAWAT AWAM #BHNaional Teknokrat perlu melaksanakan tugas mengikut dasar ditetapkan pihak pemerintah. Translate Tweet H SnaPAS "TIADA UNTUNGNYA SIKAP MEMUSUHI PENJAWAT AWAM" dalam Letak jawatan jika tidak selesa dengan kerajaan- Abdul Hadi Berita Harian bharian.com.my HISHAMUDDIN ABD, KARIM KetuaPonerar D haramjadah mentadbir urus"

MAJLIS AGAMA ISLAM PATUT TEGUR PENUNGGANG AGAMA INI


MOHD ASRI BAKAR


Salam.

Quote ayat quran out of context (seperti di bawah). Malah, ianya mempunyai kesamaan seperti fahaman, falsafah dan konsep perjuangan geng-geng ISIS. Ustat bodoh yang suka terangsang ini, memang cenderung ke arah kejahatan sepertimana yang beliau pernah lakukan bersama-sama JEMAAH AL-MAUNAH sedikit masa dahulu!! Suka-suki mak bapak dia jer petik ayat al Quran demi kepentingan politik geng-geng lahanat dia!!

Jika di biorkan, mungkin dia akan menjadi ketua gerakan ISIS Se-Malaysia sikit masa lagi. Jika tidak di ambil tindakan...dia akan menjadi guru fahaman sesat dan lebih teruk daripada Mael Rimau ataupun Ayah Pin.

Tulisannya ini berbaur hasutan. #PDRM, boleh siasat tak? Atau .dot dot. dot. (sebab PAS sekarang dah menjadi sebahagian dari KERAjaan).

"Setakat walaun-walaun semua tu Ustat ketot oiii..takde lah kami orang2 PH ni lari. Tak gentar sikit pun. Kami baca ayatul kursi jer pun, korang dah bertempiaran lari masuk ke dalam tandas".

 


May be an image of 1 person and text







CUBAAN BERZINA PATUT DISULA. MUSUH AGAMA BUKAN MUSUH POLITIK LA BANGANG


NOESHIDAH MOHD DAUD



Tar Snake Al Maunah gila ni sukati pendek dia je nk tafsir ayat Quran ikut ilmu Taliban dia

Ayat Quran tu utk perangi musuh Islam, bukan musuh politik

Kang x memasal ada yg tetibe bersemangat, p bunuh org yg x sehaluan parti nnt

Nk kes Memali jd semula ke?

Tp 1 aku perasan

Dia ngan Atong Sampah sama je

JAGAN

 



 May be an image of 1 person and text

Situasi Covid 19 Sarawak buruk, percepatkan proses vaksinasi - KEADILAN Sarawak

 



KEADILAN Sarawak menyifatkan peningkatan kes positif dan kematian meningkat secara mendadak akibat Covid-19 di negeri itu jelas berada pada tahap membimbangkan.

Dalam kenyataan bersama, peningkatan kes Covid yang mendadak itu menunjukkan pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) gagal dalam menangani penularan virus pembunuh ini.

Naib Presiden KEADILAN bagi Sabah dan Sarawak, Dr Micheal Teo merasa bimbang terhadap kemampuan sistem kesihatan di negeri itu yang dikhuatiri tidak dapat menampung pertambahan pesakit setiap hari dengan setakat 30 April 2021, Sarawak mencatat 30, 659 kes positif dan 43, 815 individu dalam siasatan (PUI).

"Merujuk kepada status yang dimuat naik oleh YB Sim, yang merancang 50,000 suntikan sehari adalah satu pendekatan yang lambat dimana Ia akan mengambil masa 4 bulan untuk memvaksin 22 juta penduduk Sarawak.

"Pendekatan pantas harus diambil dengan menyokong gagasan idea Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdulah untuk melantik klinik swasta dan awam memberikan vaksin kepada penduduk Malaysia dan ia harus diadaptasi di seluruh negeri dimana klinik atau hospital awam dan swasta diberi kepercayaan untuk berganding bahu memberi vaksin kepada rakyat Sarawak," katanya.

Dr Michael juga menggesa kerajaan mempercepatkan proses pemvaksinan orang awam.

Beliau berpendapat Malaysia sepatutnya mencontohi kepantasan negara Amerika dalam proses vaksin yang nyata mampu meningkatkan daya tahan badan dan pada masa yang sama terbukti mampu menyumbang kepada penurunan kes positif Covid-19 di negara ini.

Manakala Ketua Wanita KEADILAN Sarawak, Agnes Padan kesal negeri Sarawak setiap hari mencatatkan kematian akibat Covid 19.

Katanya sejak 1 April 2021 sehingga hari ini, Covid 19 telah meragut 68 nyawa dan perkara ini harus di ambil perhatian dan Kerajaan Negeri harus memastikan kemudahan seperti mesin vantelator serta oksigen pada tahap mencukupi bagi menampung peningkatan jumlah pesakit.

Agnes berkata, banyak kes pesakit yang mengalami kelewatan untuk diagnosis dan rawatan kanser serta dialisis buah pinggang kerana PKP dan penduduk luar bandar tidak mampu melakukan perjalanan jauh.

"Saya meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mencari pendekatan yang komprehensif dalam memastikan kepentingan orang awam bagi melindungi golo­ngan berisiko termasuk kanak-kanak, warga emas, pesakit kro­nik, wanita hamil dan kurang daya ketahanan badan," katanya.

Pada sisi lain, Dr Michael bersetuju dengan beberapa pendapat orang awam dan pakar yang mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan semula bagi menurunkan kes dan pada masa yang sama demi memastikan keselamatan, kesihatan dan nyawa orang awam.

Dalam pada itu, KEADILAN Sarawak menerima aduan dari ramai pemohon yang mengadu tidak menerima sebarang maklum balas dari permohonan mySalam mereka.

Aduan juga diterima dari pemohon warga emas yang menyatakan seorang warga emas berumur 65 tahun ke atas yang berada di pusat kuarantin tidak layak untuk memohon mysalam kerana melepasi terma dan syarat.

Pada hakikatnya ramai warga emas daripada golongan B40 yang bergantung hidup dengan pendapatan yang paling minima iaitu petani dan pekebun secara kecil-kecilan dan tinggal jauh di ulu.

Timbalan Ketua Wanita Negeri, Zulhadiah Suboh berkata, kluster demi kluster yang di laporkan oleh KKM kian menghimpit hidup masyarakat.

"Perdana Menteri mengumumkan bantuan Kewangan Khas Aidilfitri 2021 di beri kepada penjawat awam tetapi bagaimana pula dengan nasib golongan B40, nelayan, petani, penjaja, OKU dan mereka yang hilang pekerjaan?

"Siapakah yang akan membantu mereka? Kumpulan ini juga seharusnya diberi tumpuan kerana merekalah yang sangat terkesan dan harus diberi keutamaan sekiranya kerajaan benar-benar prihatin dengan nasib rakyat peringkat bawahan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19," katanya.

Zulhaidah turut menambah adalah tidak adil kepada marhaen untuk kerajaan menangung barisan Menteri yang seramai 70 orang dengan gaji lumayan sedangkan gagal dan tidak membawa manafaat kepada pentadbiran negara.

"KEADILAN Sarawak meminta kerajaan Perikatan Nasional menjelaskan dengan telus status permohonan mySalam daripada kelompok B40.

"KEADILAN Sarawak juga meminta kerajaan Perikatan Nasional menjelaskan status tuntutan hospitalisasi bagi pesakit Covid-19, yang disyaki Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM atau di tempat kediaman sendiri," katanya.

 

MAHIADDIN KINI UMPAMA JHO LOW, UNDURLAH DAN BIAR PARLIMEN PILIH PERDANA MENTERI BAHARU

 

Hampir seluruh rakyat, kecuali pengampu, pembodek dan pendedak, ketika ini memang sedang marah kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin.

Kerajaan dilihat telah gagal dalam semua perkara dan Mahiaddin dianggap paling tak berguna berbanding semua Perdana Menteri yang ada sebelum ini.

Jangankan merangsang ekonomi atau memberi iklim perniagaan yang lebih baik dan membuat rakyat gembira, mengurus pandemik Covid19 dan membeli vaksin pun jadi celaru dan haru-biru jadinya.

Ketika rakyat sengsara dan tak boleh balik kampung berhari raya, di samping peraturan tidak konsisten dan keliru sehingga menjejaskan ramai orang yang berniaga, Mahiaddin sebaliknya hanya mampu bersembunyi entah di mana tidak berkata apa-apa.

Jika dulu bukan main ghairah muncul dengan perutusan khas demi perutusan, tetapi sejak PKP 3.0 ini bayang wajahnya pun langsung tak kelihatan.

Semuanya dibebankan kepada Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman, seolah-olah ada maksud mahu rakyat membenci UMNO berbanding dirinya atau Bersatu.

Entah apa jenis Perdana Menteri yang kita ada, ketika negara sedang dalam krisis dan rakyat resah hatinya, namun beliau tidak keluar-keluar dan hanya bersembunyi dan takut memunculkan dirinya.

Sepatutnya pada waktu inilah seorang Perdana Menteri harus lebih kerap muncul dan bercakap dengan rakyat ibarat seorang ketua kepada orang bawahan atau bapa kepada anak-anaknya.

Orang bawahan dan anak-anak yang sedang sengsara akan bertambah lagi sengsara yang dirasai mereka jika seorang ketua atau bapa itu tidak memberi sebarang kata, sebaliknya hanya membisu seribu bahasa.

Lantaran itu, dengan PKP sudah dilaksanakan tiga kali dan kemarahan rakyat terus memuncak, Mahiaddin pada hakikatnya tidak layak lagi duduk di kerusinya sekarang.

Lagi lama beliau berada di situ, lagi tertekan dan sengsara rakyat dibuatnya.

Tiada lagi ubat yang sesuai untuk mengurangi tekanan darah yang dialami, hanya Mahiaddin berundur satu-satunya keinginan rakyat sekarang ini.

Mahiaddin kini ibarat Jho Low, kedua-duanya sama-sama dikehendaki.

Jho Low dikehendaki kerana hanya beliau yang boleh menceritakan hakikat sebenar berkaitan 1MDB, manakala Mahiaddin pula dikehendaki untuk berundur dan ‘berambus’ daripada jawatannya lantaran hanya pengundurannya saa masa depan negara ini dapat diselamatkan.

Dengan tiga kali PKP, disertai darurat lagi, Mahiaddin dipercayai akan lebih gagal jika gelombang Covid19 terus melanda.

Ekonomi dan kehidupan rakyat akan terus menjuman, malah tidak mustahil lebih ramai yang akan bunuh diri nantinya.

Untuk itu, undurlah Mahiaddin demi masa depan rakyat dan negara yang lebih terjamin kedudukannya kerana kerajaan yang dibina atas nama pengkhianatan dan Perdana Menteri yang khianat tidak mungkin dapat memberi apa-apa kebaikan.

Berilah peranan kepada Parlimen memilih seorang Perdana Menteri baharu yang benar-benar diyakini atau pulangkan semula kepada rakyat kuasa membuat pilihan melalui kotak undi.

Kiranya PRU belum sesuai untuk diadakan berikutan wabak Covid19 masih menggila, mustahil mengadakan sidang Parlimen yang hanya dihadiri 220 orang Ahli Parlimen (dua meninggal dunia iaitu Batu Sapi dan Gerik) dengan semuanya sudah disuntik vaksn dan tempat duduk memang sedia berjarak, turut tidak sesuai juga.

Kalau masjid boleh dipenuhi 200 atau 300 jemaah secara berjarak setiap malam dan setiap waktu solat dengan mungkin hanya seorang dua yang telah menerima suntikan vaksin, tentunya mengadakan sidang Parlimen yang singkat, cuma sehari atau dua hari untuk memilih Perdana Menteri baru jauh lebih selamat lagi.

Hakikatnya, memilih Perdana Menteri baharu adalah satu-satunya pilihan terbaik yang boleh menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus sengsara sebelum memikirkan keperluan mengadakan PRU sementara Covid19 belum lagi pulih keadaannya.


 (ShahbudinHusin 10/05/2021)




MANGKOK BETUL...LETAK JAWATAN BUKAN PILIHAN KALAU KERAJAAN LEMAH MEMERINTAH LA BANGANG. KAU MAKAN GAJI BUTA PATUT LETAK JAWATAN SEBAB DUIT RAKYAT

 

1. BERCAKAP SOAL MORAL KALAU MAKAN GAJI BUTA ATAS DUIT RAKYAT ITU TAK BERMORAL NAMANYA.

2. KAKITANGAN AWAM BERKHIDMAT DI BAWAH DYMM YANG DI PERTUAN AGONG.

3. JANJI NAK TUNAIKAN SEGALA MACAM JANJI-ITU PUN TAK BERMORAL

4. KERAJAAN YANG TIDAK SAH DAN BELUM TENTU CUKUP MAJORITI - ITU TAK BERMORAL 

5. TUDUHAN LOKMAN ADAM , MAKAN DUIT UMNO MEMALUKAN PARTI KONONNYA ISLAM, ITU TIDAK BERMORAL.


Panas! Hadi kata kalau penyokong PH tak selesa dengan kerajaan PN, letak jawatan jer

Panas! Hadi kata kalau penyokong PH tak selesa dengan kerajaan PN, letak jawatan jer

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan dktrin pengasingan kuasa ialah suatu perkara yang dilaksanakan dalam pentadbiran dan pengurusan secara khusus, dalam lapangan masing-masing, tanpa berlaku gangguan terhadap tugasnya.

Namun begitu, katanya, setiap badan wajib mengikut dasar kerajaan dan bergerak berdasarkan polisi yang telah ditentukan oleh kerajaan yang memerintah.

Menerusi artikel panjangnya hari ini dalam slot Minda Presiden Pas, Abdul Hadi berkata, terdapat beberapa negara memilih pendekatan dengan meletakkan jawatan penting dalam setiap kementerian dan jabatan mengikut parti yang memerintah.

“Sekiranya parti yang memerintah itu bertukar, maka mereka yang dilantik itu juga mesti ditukar.

“Sebaliknya, ada juga negara apabila sesebuah kerajaan yang memerintah bertukar parti, individu yang dilantik tetap dikekalkan jawatan masing-masing, tanpa ditukar dengan orang lain,” ujarnya.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu berkata, mengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan itu mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan.

“Jika mereka merasa tidak selesa dengan kerajaan yang bukan daripada parti yang disokong olehnya, secara moral mereka boleh sahaja meletakkan jawatan dan tidak memegang jawatan mengikut kemahuannya,” kata Abdul Hadi.

Menghuraikan lanjut, Ahli Parlimen Marang itu mengambil contoh, seorang pemain bola sepak profesional yang berasal dari sebuah negeri seperti Kedah yang menerima tawaran untuk bermain di Selangor kerana ditawarkan dengan bayaran yang lebih mahal.

“Dalam perlawanan bola sepak antara negeri asalnya iaitu Kedah dengan pasukan bola sepak negeri Selangor, tiba-tiba dia menyerang pintu gol Selangor untuk memenangkan pasukan negeri asalnya. Ini adalah suatu perkara yang salah dari segi moral.

“Begitulah mereka yang menyokong Pakatan Harapan (PH) dan berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), tiba-tiba mengikut arahan PH yang sudah tidak menjadi kerajaan lagi,” kata Abdul Hadi lagi.