APA PUNYA MENTERI PENDIDIKAN...KES ITU PUN KAU TAK TAHU SELLESAIKAN.

 

Pertahankan Ain atau letak jawatan, kata Maszlee kepada menteri


Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik mempertikaikan kenapa Radzi Jidin mendiamkan diri berhubung isu itu.

PETALING JAYA: Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menggesa penggantinya, Radzi Jidin serta dua timbalannya bersuara berhubung isu melibatkan pelajar sekolah Ain Husniza Saiful Nizam, yang mendedahkan ‘gurauan rogol’ gurunya baru-baru ini.

Maszlee yang memuat naik beberapa hantaran di Twitter menggesa Radzi serta timbalannya, Dr Mah Hang Soon dan Muslimin Yahaya supaya menunjukkan sikap kepemimpinan dan bukannya ‘mematikan’ itu.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, isu dibangkitkan Ain sebenarnya sudah lama berlaku dan perlu ditamatkan.

“Sikap ditunjukkan menteri serta dua timbalannya dalam kes ini akan mengakibatkan ibu bapa lebih sukar mempercayai pihak sekolah.

“Mereka perlu lebih proaktif, jika tidak letak jawatan saja!

“Sekolah sepatutnya tempat paling selamat untuk kanak-kanak!” katanya.

Maszlee juga menggesa kementerian pendidikan melaksanakan memo dikeluarkannya ketika memegang jawatan itu pada Disember 2019, iaitu supaya memecat guru yang didapati bersalah mendera pelajar sama ada secara fizikal atau seksual.

Memo itu turut mengatakan guru yang sedang berdepan siasatan tidak boleh dibenarkan menemui mana-mana pelajar, selain amalan memindahkan guru juga perlu dihentikan segera.

Kenapa kementerian hanya diam, soal kumpulan ibu bapa

Sementara itu Melaka Action Group for Parents in Education (Magpie) turut mempertikaikan kenapa kementerian pendidikan sekadar mendiamkan diri berhubung dakwaan Ain itu, malah menyoal sama ada ia sekadar membiarkan perlakuan guru terbabit.

Pengerusi Magpie Mak Chee Kin juga memetik laporan bahawa pelajar itu dikenakan amaran kerana tidak hadir ke sekolah, sedangkan guru terlibat dan rakan sekelas yang mengugutnya dengan rogol tidak langsung dikenakan tindakan.

“Pengurusan sekolah dan kementerian pendidikan mesti memberi penjelasan kenapa surat amaran dikeluarkan terhadap pelajar itu, sedangkan bapanya telah menemui mereka.

“Apa mesej yang sebenarnya mahu diberikan kepada pelajar? Supaya berdiam diri sekalipun merasakan sesuatu tidak betul? Supaya sekadar menerima saja apa yang diajar di sekolah?

“Kami menggesa tindakan pantas diambil. Kanak-kanak perempuan kita perlu dilindungi dan sekolah mesti menjadi tempat selamat untuk semua,” katanya dalam kenyataan kepada FMT.



No comments: