DULU MASA PH PUN PORTAL NI HENTAM......SEKARANG MASA MELAYU ISLE HENTAM JUGA...SETAKAT TU SAJA KAH

 

Inilah antara contoh berita yang kita tidak jumpa di mana-mana portal berita Bahasa Melayu arus perdana kerana ianya hanya berlegar di media-media bahasa cina.

Terima kasih Ismaweb.net kerana membuat terjemahan laporan berita dari akhbar cina ini. Jika tidak, kita pun tidak tahu hakikat sebenar.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, sejak lebih 20 tahun yang lalu, sebanyak 127 SJKC telah dibina, sama ada ianya sekolah baharu atau sekolah baharu hasil relokasi.

Beliau berkata lagi, sehingga hari ini, sebanyak 1301 buah sekolah SJKC telah dibina di Malaysia. Ini bermakna semua dari jumlah telah ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

Lebih mengejutkan lagi, beliau berkata sedemikian adalah ketika beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan SJKC Choon Hwa Pandan, baru-baru ini di mana peruntukan sebanyak RM1 JUTA kepada sekolah baharu itu telah diserahkan lagi.

Kita telah mencabar keabsahan sekolah vernakular di mahkamah dan MCA bersama NGO-NGO Cina menjadi pencelah dalam kes ini bagi pertahankannya.

Nampaknya mereka sedang sedaya upaya memperkukuhkan kedudukan sekolah vernakular dengan membina dan memberi peruntukan sebanyak mungkin. Jika perlu diswastakan satu hari nanti, tidak mustahil mereka sudah bersedia menjadi suatu sistem alternatif gergasi yang stabil.

Nampaknya aspirasi rakyat untuk memperkasakan identiti dan jati diri negara semakin terhakis dan semakin cair. Kerajaan hanya membuatkannya lebih parah dengan menyuburkan akar penyebabnya; sekolah vernakular kerajaan (SJKC).

Aminuddin Yahaya

Pengerusi PEMBELA

10 Mei 2021

Sumber:

https://ismaweb.net/.../kpm-bina-127-sjkc-baharu.../

#SekolahSatuAliran

#MembelaAgamaBangsaTanahAir

-----

Bantu kami dalam agenda membela agama, bangsa dan tanah air: bit.ly/pembelatanahair

Description: Portal Islam dan Melayu - Mengangkat Suara Umat

ISMAWEB.NET

Portal Islam dan Melayu - Mengangkat Suara Umat

Portal Islam dan Melayu (ISMAWEB) berhasrat memikul peranan dalam mendidik dan membangunkan jati diri umat Islam di Malaysia melalui media.

 

33

 

No comments: