TAK PAYAH LAYAN DIA...PARTI DIA PUN MENUMPANG SAJA 18 KERUSI...JANJI PUN KELAUT..SEMBANG.

 

Tak timbul isu penjawat awam sabotaj kerajaan, kata CUEPACS


Presiden CUEPACS, Adnan Mat, berkata kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mahu penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan meletak jawatan adalah tidak wajar.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang mahu penjawat awam meletak jawatan jika tidak menyokong kerajaan sebagai perkara tidak wajar dibangkitkan.

Presiden Adnan Mat berkata, walaupun kerajaan dan kepimpinan tertinggi bertukar ganti, penjawat awam tetap setia dalam melaksanakan setiap dasar dan polisi yang diputuskan demi kebaikan rakyat dan negara dengan penuh profesionalisme.

“Walaupun setiap penjawat awam mempunyai ideologi dan pandangan politik masing-masing, CUEPACS percaya dan memberi jaminan bahawa penjawat awam sangat profesional dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab serta boleh membezakan kepentingan awam yang dipikul mereka.

“Tidak timbul isu sabotaj bahkan penjawat awam kekal komited membantu kerajaan mendepani cabaran disebabkan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Adnan berkata, semua pemimpin politik sepatutnya memberi keyakinan dan kepercayaan penuh kepada profesionalisme penjawat awam yang selama ini menjadi tulang belakang kepada pentadbiran kerajaan dan negara.

Katanya, semua pihak juga perlu berhenti membuat tuduhan serta memberi persepsi kononnya penjawat awam tidak menyokong atau mahu mensabotaj kerajaan.

“Gesaan agar penjawat awam yang tidak selesa dengan kerajaan semasa pada hari ini untuk melepaskan jawatan mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa penjawat awam tidak amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara.

“CUEPACS merasakan apa-apa perkara yang cuba mengaitkan profesionalisme penjawat awam ketika semua pihak sedang fokus mendepani cabaran pandemik Covid-19 adalah tidak wajar dan sesuai.

“Sepatutnya semua pihak perlu bekerjasama bagi mendepani cabaran agar kita semua boleh mara ke hadapan,” katanya.

Terdahulu, Hadi mahu penjawat awam mengikut arahan kerajaan yang dikuasai parti yang memerintah walaupun mereka tidak menyokong parti yang membentuk kerajaan itu.

Hadi berkata, sekiranya penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moral mereka boleh meletakkan jawatan.

“Mengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan itu mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan.

“… secara moral mereka boleh sahaja meletakkan jawatan dan tidak memegang jawatan mengikut kemahuannya,” katanya di Facebook.

No comments: