KOLUM| Falsafah dan propaganda dalam politik

KOLUM| Falsafah dan propaganda dalam politik

Antara komen bekas Timbalan Perdana Menteri tentang situasi politik tanahair masa kini ialah ahli politik tidak mempunyai falsafah. Dalam pemikiran dan tindakan mereka hanya soal kuasa dan berkuasa.

Pensyarah Sains Politik UKM, Dr. Muhamad Agus Yusuf juga menyebutkan keperluan falsafah dalam ahli politik demi kebaikan negara.

Benarkah ahli politik sekarang gersang dengan falsafah?

Suatu ketika dahulu, Pas memiliki pemimpin yang mempunyai idealisme politik. Antaranya Ustaz Nakhaie Ahmad. Beliau mengemukakan idea kerjasama dengan bukan Melayu dan beberapa pembaharuan dalam Pas.

Akhbar parti yang dipimpinnya dinamakan ‘Harakah’ bermaksud ‘gerakan’ adalah ideanya untuk menjadikan Pas sebagai sebuah gerakan Islam daripada sekadar parti politik.

Oleh kerana beliau diberikan peluang menulis ucapan presiden Pas, beberapa idea seperti ‘Muwajahah Silmiyyah’,’Tajdid Hadhari’ dan sebagainya dimasukkan dalam rongga pemikiran ahli.

Namun idealisme sukar diterima oleh ahli Pas, ditafsir lain dan dia sendiri sukar menyesuaikan ideanya dengan suasana itu. Ini antaranya yang menyebabkan beliau mengambil keputusan keluar dari Pas.

Apabila Ustaz Nakhaie Ahmad bersama Fuad Zarkashi, Saifudin Nasution, Che Johan Che Pa menyertai Umno, orang Pas kata mereka dengan pelbagai gelaran. Antaranya, nakasone, pengkhianat, dan sebagainya. Rumah Ustaz Nakhaei di sebelah rumah Ustaz Hasan Shukri dan di belakang dewan Markaz Tarbiyyah Pas Pusat di Taman Melewar.

biasa sangat mereka-reka slogan, label, hukuman yang boleh menjolok umum. Ini dinamakan propaganda. Ini soal survival politik.

Samalah sewaktu PH awal menerajui kerajaan. Pemimpin terutama menteri-menteri mahu menjadi ahli falsafah. Idea mereka memang suatu yang ideal. Sedangkan mentaliti rakyat masih dalam tempurung sudah berkurun. Reformasi pentadbiran yang dilakukan oleh PH bukan tidak baik. Baik tetapi majoriti otak rakyat bukan di kepala.

Terkini mengenai isu yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Polis Negara dan istilah ‘budak kita’ dalam rakaman yang dikaitkan dengan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin. ‘Budak kita’ adalah satu keperluan dalam politik Machiavelli bagi memastikan kuasa kekal dalam tangan.

Mereka boleh dibantu secara terus atau tidak. Banyak kaedah. Sekarang Perikatan Nasional (PN) akan menaja atau menggalakkan penubuhan pertubuhan, ngo dan ngi. Di samping itu akan menunggang badan dan agensi kerajaan yang boleh dijadikan tunggangan. Itu adalah natural dalam politik.

Ini termasuklah dakwaan yang diinstitusikan melalui badan-badan puppet. Antara tugas parti politik ialah mewujudkan seberapa banyak puppet yang boleh membantu kerja politik mereka. Ini dilakukan oleh semua parti-parti politik di dunia ini.

Seperti ISIS, ia adalah ciptaan Amerika. Ini diakui oleh Harry Clinton. Rekacipta mereka memang power. ISIS memerangi Islam liberal, Islam Sunni, Islam Syiah dan segala Islam yang tidak bersama mereka. Ketika mangsa keganasan mengerang kesakitan dengan kata-kata Allahu Akbar, mereka yang melepaskan peluru turut melaungkan kalimah sama. Inilah masalah kepandiran ummah.

Ia berlaku di Syria, Iraq, Filipina dan juga Indonesia. Tempiasnya sampai juga ke sini. Untungnya, budaya Melayu yang traditionalis, konservatif mengurangkan keterlaluan dalam bertindak.

Biasanya kita faham batas sempadan antara keterlaluan dengan kelonggaran. Itulah fungsi syariah. Pandir payah hendak faham bab ini. Pandir jenis otak taliair atau longkang. Lurus.

Apabila PN ambil alih kerajaan dari PH, terma pengkhianat mula berligar semula. Ada pihak menganggap bahawa tindakan Muhyidin, Azmin dan lain-lain sebagai pengkhianat. Saya bukan menyokong tindakan mereka. Bahkan, saya tetap anggap sebagai pengkhianatan.

Namun sifat pengkhianatan itu lebih kepada terma politik. Seperti Mahathir pernah dituduh taghut, mahazalim, mahafiraun dsb. Sampai tahap dua imam, nikah dua kali, pulau memulau dan sebagainya. Ia adalah hasil dari pemikiran politik menjadi agama yang dogmastik (penghayatan dan pengamalan agama yang dipaksa).

Ini bukan soal falsafah politik. Ini adalah kemelut politik. Pemikiran politik ini bukan soal hukum. Ia adalah lebih kepada persoalan mengurus kuasa.

Kuasa itu sifatnya liar. Jika perlu bekerjasama dengan perompak, membolehkan kuasa itu diperolehi apalah sangat bekerjasama dengan penternak babi, pedagang judi dan saudagar riba?

Kain serban dan jubah boleh membersihkannya. Mercedes, sekretari cantik dan kerusi empuk boleh uruskan soal korup dan ketidakupayaan bekerja.

Soalnya bagaimana alat-alat yang menjadi kayu ukur atau pertimbangan tindakan itu diolah oleh orang politik. Itulah kerja propaganda, jika dalam jangka pendek. Jika jangka sederhana, biasanya guna kaedah penerangan dan jangka panjang gunakan pendidikan. Semua ini terangkum dalam istilah yang disebut oleh Gramsci sebagai hegemoni. Tidak perlu jadi Marxis, untuk faham ideanya.

Jika di khalayak orang Islam, guna al Quran. Jika dengan pengkagum barat, guna saja kitab demokrasi. Jika dengan walaun Marxis, guna Das Kapital. Jika ultra Melayu, bersyair seloka dan berguridam pantun pusaka. Ini menuntut kemahiran sebagai orator atau penulis, sarjana atau apa saja istilah yang pandir suka.

Pandir sering diperlukan di saat begini. Tapi tidaklah perlu semua berpakat jadi pandir. Cukuplah pandir yang sediada istiqamah dengan kepandirannya. Setidak-tidak jadi bahan kajian bagi ibrah masyarakat akan datang.

Falsafah Pandir adalah mudah dan ringkas. Jika Pandir menyertai politik, mereka hanya mahu faedah politik jangka pendek. Pandir mahu perut dan syahwat mereka terisi.
———–
Penulis adalah bekas pensyarah sebuah universiti di utara tanah air.