((LIVE)) CERAMAH ANWAR IBRAHIM DI LAMBIR, BEKENU & TUAI RUMAH JAYA - PRU...

BEZANYA JADI RAKYAT MALAYSIA

 May be an image of 1 person and text that says "Zolkharnain Abidin Al- Abyadhi 47 mins. Facebook for Android Follow Kasihan rakyat marhaen. Ada kereta kena saman, ada duit kena cukai, ada agama kena fatwa, ada ilmu tak ada kerja. Untung rakyat bangsawan. Ada paspot makan angin, ada duit main golf, ada kabel jadi CEO, ada jawatan makan rasuah."

TIMBALAN PRESIDEN UMNO SANGGAH PROJEK 5G OLEH DNB? JANGAN PERCAYA UMNO KAKI PUTAR ALAM....


 Kerajaan telah menubuhkan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk melaksanakan perlaksanaan jaringan 5G.

Syarikat SPV milik penuh Kementerian Kewangan telah diperuntukkan spectrum 5G secara percuma dan eksklusif. Ia kemudian akan dijual kepada syarikat-syarikat telekomunikasi mengikut model Single Wholesale Network (SWN).

Pendekatan ini secara efektif memberikan DNB monopoli khusus dalam perlaksanaan dan pengendalian perkhidmatan 5G seluruh Negara selama 10 tahun.

Sehingga kini, Kerajaan gagal menjelaskan rasional menggunakan model ini. Apa kewajaran penubuhan DNB ini sebenarnya? Jika ia lebih efektif, jelaskan bagaimana ia akan lebih efektif dalam pelaksanaan jaringan 5G tanpa persaingan.

Perlukah Kerajaan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mewujudkan satu lagi syarikat berkepentingan Kerajaan.

Jelaskan juga kelestarian model kewangan dalam membiayai DNB dan mandatnya? Apalagi bila DNB mengumumkan pelancaran rangkaian 5G di seluruh negara menelan belanja sehingga RM 20 Bilion selama 10 tahun dengan pendanaan melalui pinjaman bank dan penerbitan sukuk.

Kenyataan yang mengatakan bahawa model pembiayaan yang dicadangkan tidak akan melibatkan jaminan kerajaan adalah janggal. DNB adalah milik kerajaan. Pastinya sebarang risiko atas hutang dan keperluan kewangan operasinya akan secara langsung menjadi beban kerajaan.

DNB juga diberi tanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan kesediaan dan kualiti perkhidmatan rangkaian adalah terjamin kepada pengguna.

Jika mengikut model 3G/4G terdahulu, tanggungjawab ini adalah terletak kepada syarikat telekomunikasi. Ia mewujudkan persaingan yang sihat antara mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik dan pengguna mempunyai pelbagai pilihan. Bagaimana DNB akan menjadi katalis kepada persaingan sihat ini?

Dengan pemusatan semuanya kepada DNB sebagai penyedia, risiko untuk berlaku ‘single point of failure’ seperti yang berlaku pada rangkaian Starhub di Singapura April lalu boleh terjadi dan berpotensi menjadi kerumitan yang besar kepada rakyat dan negara.

Kerajaan pasti maklum bahawa model SWN ini telah terbukti gagal di negara seperti Mexico, Belarus, Rwanda, Kenya, Russia dan Afrika Selatan semasa implementasi rangkaian 4G.

Keengganan negara-negara luar untuk mengikut model ini memberi petunjuk yang jelas berkenaan kelemahan model ini.

Risiko yang diambil oleh Kerajaan memerlukan penjelasan yang konkrit. Defisit keyakinan terhadap DNB dan model SWN nampaknya semakin jelas dan Kerajaan mesti menanganinya.

Dato Seri Utama

Mohamad bin Haji Hasan

13 Dec 2021



NUSI..HANG JANGAN DOK BUAT TERCENGANG BODO SEPAT PULAK MACAM KISAH RAPTOR DI JURU DULU...HANG KENA HABAQ BETOI BETOI

 


Sanusi digesa perjelas status sebenar projek litar lumba di Sungai Petani


Setelah dua Pilihan Raya Umum (PRU) berlalu, janji untuk membina Litar Lumba Antarabangsa Sungei Petani, Kedah masih lagi menjadi igauan kepada anak-anak muda samada ianya akan menjadi realiti atau pun sebaliknya.

Menurut Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir, anak muda Kedah mulai kecewa serta marah dan mendesak kerajaan negeri dan Persekutuan supaya segera kotakan janji tersebut.

Justeru, beliau mendesak supaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan status sebenar projek tersebut dengan segera.

“Tidak kisahlah sama ada yang telah berjanji itu Barisan Nasional (BN) atau Pas mahu pun siapa sahaja. Yang pasti projek telah disokong dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan serta sejumlah wang telah disalurkan ke dalam kantung kerajaan negeri Kedah bagi pembangunan projek tersebut, tetapi hingga sekarang tidak menampakkan hasilnya.

“Sudah sampai masanya Menteri Besar Kedah menjawab dengan jujur tanpa berselindung lagi serta dolak-dalik apakah ianya akan dibina ataupun dibatalkan.

“Sebaik saja menjadi MB Kedah selepas PRU 13, usaha telah saya laksanakan bagi merealisasikan impian anak muda dan memenuhi aspirasi peminat sukan permotoran bukan saja yang ada di Kedah, malah dari seluruh negara. Bukan setakat membina litar ala kadar sebaliknya sebuah arena yang diiktiraf badan sukan permotoran antarabangsa, ” ujar beliau melalui laman Facebook hari ini.

Kata Mukhriz lagi, keyakinan kerajaan negeri ketika itu adalah berasaskan kepada panduan dan sokongan Sepang International Circuit yang telah berjaya menganjurkan pelbagai perlumbagaan unggul, khasnya Moto Grand Prix dan Formula 1.

Malangnya tegas beliau, setiap kali penjelasan diminta ketika sidang Dewan Undangan Negeri Kedah mengenai status projek tersebut, jawapan yang diberikan adalah tidak jelas dan tidak meyakinkan.

Kerajaan negeri katanya, tidak memperlihatkan minat yang bersungguh serta tidak juga menyatakan secara jelas samada mahu membatalkan projek yang telah dijanjikan kepada anak muda tersebut.

VIDEO PENDEK : APA KATA KALAU PH TARIK KEMBALI MOU BERSAMA.


 

VIDEO PENDEK : KENAPA BELUM ADA MANA MANA WAKIL PH SAMAN LEBAI INI. ADAKAH BETUL DIA CAKAP. ADAKAH BETUL WAHAI PIMPINAN PH ?


 

VIDEO PNDEK : SIAPA PEMECAHBELAH UMAT


 

DIA MEMANG BUSUK PERUT. NAK TAU BUSUK KE DAK ...DALAM NYANYUK DIA PUN DIA KATA ANWAR GAGAL SEBAGAI PEMIMPIN...DIA TUBUH PARTI BARU PUN ADA SAPA IKUT DIA...KAH..KAH...NYANYUK

 


Busuknya hati Dr M, bagaimana kata Anwar gagal sedangkan belum diuji jadi PM, kata pemimpin PKR





Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Hamid, berkata andaian
 berat sebelah Dr Mahathir Mohamad dalam buku terbarunya penuh
 dengan sifat dendam dan fitnah untuk menutup tindakannya
 menggagalkan usaha menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana
 Menteri.


PETALING JAYA: Tidak adil untuk Anwar Ibrahim dilabel sebagai “individu tidak tahu memerintah negara”, sedangkan Presiden PKR itu masih belum diberi peluang menjadi Perdana Menteri, kata seorang pemimpin parti.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Hamid, berkata andaian berat sebelah Dr Mahathir Mohamad dalam buku terbaharunya, “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”, penuh dengan sifat dendam dan fitnah untuk menutup tindakannya menggagalkan usaha menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Untuk Tun M, busuknya hati seseorang itu bergantung pada hujahnya. Kalau kata Anwar gagal, beliau belum lagi diuji. Jadi bagaimana dia kata Anwar tidak layak? Dia hendak kata siapa yang bagus? Muhyiddin (Yassin)? Atau dia sendiri?.

“Semua boleh mengkritik orang itu gagal, orang ini bagus. Tapi bagus dari segi apa? Adakah pandangan dia bersifat dendam? Jangan lupa fitnah yang dia buat terhadap Anwar, kerana asasnya hanya untuk tidak benarkan Anwar menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada FMT.

“Anwar sudah diuji bermacam-macam, diperlakukan macam-macam tetapi beliau tetap teguh meneruskan agenda dan nasib rakyat. Ini baru pemimpin telun, bukan pemimpin yang hanya tahu menjaga kepentingan anak-beranak dan kroni,” tambahnya.

Dalam buku setebal 304 halaman, Pengerusi Pejuang itu mengkritik kebolehan Anwar memimpin dan merasakan Ketua Pembangkang tidak tahu memerintah negara berdasarkan pengalamannya lalu.

Mahathir berkata, beliau bekerjasama dengan Anwar sebelum ini hanya dengan satu matlamat, iaitu untuk menjatuhkan Najib, dan kerjasama itu membuahkan hasil.

Walaupun Anwar mungkin menganggap dirinya berkebolehan, Mahathir berkata Ahli Parlimen Port Dickson itu bukanlah faktor berlaku kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada 2018.

Mengulas lanjut, Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kapar berkata, pandangan Mahathir terhadap Anwar bertentangan dengan pengiktirafan diterimanya di peringkat global.

“Dia kata Anwar tidak layak sedangkan Anwar dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik ketika era pentadbirannya dan beliau dijadikan contoh dengan dilantik Pengerusi Bank Negara Dunia ketika itu.”

Dalam satu wawancara disiarkan hujung tahun lalu, bekas Perdana Menteri itu ada mendedahkan Anwar tidak berupaya menangani krisis kewangan negara ketika memegang jawatan sebagai sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 1997 hingga 1998.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kebolehan Anwar menerajui negara diuji ketika itu apabila dilantik memangku jawatan Perdana Menteri bagi menggantikan beliau yang bercuti selama dua bulan.

“Dia suka menurut apa yang dicadangkan dan disarankan oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Saya pernah berkata kepadanya, kalau kita ikut mereka, negara mungkin tidak ada dana yang cukup untuk membayar gaji tetapi dia masih terus dengan pendiriannya menyokong IMF dan Bank Dunia,” katanya dalam wawancara itu.

500,000 rakyat dapat kerja, PM perlu jelaskan di Parlimen - Hassan Karim

 


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu membuat penjelasan di Parlimen terhadap kenyataan beliau kelmarin bahawa 500,000 rakyat memperolehi pekerjaan sehingga Disember 2021.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kenyataan Ismail Sabri itu tidak selari dengan kenyataan kerajaan BN sebelum ini bahawa pengangguran agak tinggi pada era pandemik.


"Saya sebagai Pembantu Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Pekerjaan dan Hak Pekerja mohon PM mengulangi ucapannya di Parlimen pada minggu ini bahawa Kerajaan telah berjaya melepasi sasaran menyediakan 500,000 peluang pekerjaan tahun 2021.


"PM dilaporkan oleh akhbar telah membuat pernyataan tersebut di Bera, Pahang ketika merasmikan Mesyuarat perwakilan Wanita, pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bera pada Sabtu lalu


"PM perlu mengesahkan apakah data yang disebutnya di Bera itu tepat dan betul. Kerana kenyataan PM tersebut bercanggah dengan stastik yang menyebut kadar pengangguran dalam negara sekarang mencecah 4%, lebih tinggi daripada kadar sebelum pandemik Covid-19," katanya.

Selain itu, Hassan turut mahu kementerian kementerian bersangkutan mengesah atau menafikan kenyataan PM tersebut.


"Saya berharap Menteri Sumber Manusia dan Jabatan Stastik membuat pengesahan terhadap kenyataan PM itu sama ada betul atau sebaliknya," katanya lagi.

Rakyat Sarawak sedia berubah, pengundi luar perlu pulang realisasikan impian

 


Pihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini dijangka akan mencatat sejarah kebangkitan rakyat untuk berubah selepas 58 tahun diperintah oleh GPS tanpa pembangunan yang nyata.


Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, tanda tanda angin perubahan mula merobah pemikiran pengundi telah kelihatan.


Cuma, katanya, jentera KEADILAN perlu bekerja keras untuk memastikan para pengundi keluar mengundi pada 18 Disember ini.


"Saya terima maklumat dari teman teman yang lama di sini, ada potensi yang baik. Saya rasa KEADILAN mempunyai pengaruh yang agak baik, mempunyai pendukung parti yang setia.


"Saya yakin dengan adanya sokongan (untuk berubah) ini, pastinya mereka akan bersungguh sungguh memastikan parti kita mendapat kemenangan," katanya.


Beliau yang telah berkunjung ke Sarawak kali keempat bersama sama jentera Negeri Sembilan berkata, telah berlaku gelombang kesedaran dalam kalangan pengundi yang kuat berbanding beberapa siri PRN yang lepas.


Beliau amat berharap pengundi yang bekerja di luar Sarawak dapat pulang untuk membantu pengundi tempatan merealisasikan impian mereka untuk melantik kerajaan baharu mentadbir negeri


"Saya mendapat taklimat ini peluang terbaik kita. Di mana saya dimaklumkan sebahagian besar rakyat Sarawak bersedia untuk berubah.


"Ini merupakan satu petanda yang besar bagi masyarakat Sarawak. Saya menyeru seluruh pengundi Sarawak (bekerja di luar untuk) balik dan menentukan masa hadapan tuan tuan sendiri," katanya.

Dr Maszlee, Faizul menyantuni penduduk DUN Layang Layang

 


Penyelaras KEADILAN DUN Layang Layang, Faizul Abd Ghani dan Ahli Parlimen Simpang Renggam yang baharu menyertai KEADILAN Dr Maszlee Malik menyantuni mesyarakat sekitar pekan Layang Layang, kelmarin.


Menurut Penyelaras DUN Layang Layang, Faizul Abd Ghani aktiviti itu dianjurkan secara berkala bagi mengetahui masalah penduduk setempat dan memperkuatkan imej KEADILAN pada mata masyarakat.


"Saya bersama Dr Maszlee Malik bersama-sama menyantuni masyarakat di kedai kedai sekitar pekan Layang Layang dan di pasar minggu Layang Layang," katanya.


Calon DUN Ngemah janji selesai isu NCR, baiki sekolah daif

 


Calon KEADILAN DUN Ngemah, Satu Anak Anchom berjanji untuk menyelesaikan isu Tanah Adat (NCR) yang berlarutan sejak 58 tahun lalu.


Katanya, kerajaan GPS jelas gagal memperjuangkan isu itu biar telah menang 12 kali pilihan raya.


"Jika KEADILAN memimpin kerajaan Sarawak, Sijil NCR di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak akan dikuatkuasa. KEADILAN akan mengiktiraf dan mengeluarkan sijil ke atas tanah NCR di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak.


"Pengeluaran sijil sementara di bawah Section 6 (Native Communal Reserve) akan dimansuhkan dengan serta merta


"Setiap rancangan pembangunan yang melibatkan hak dan tanah Orang Asal mesti tertakluk kepada peruntukan “UNDRIP.” Ketua Masyarakat mesti mendapat persetujuan daripada rakyat dalam semua perkara yang melibatkan hak adat asal dan harta bersama," katanya.


Satu Anchom juga berjanji akan membaik pulih serta menaik taraf sekolah sekolah daif di pendalaman yang tidak dipedulikan oleh kerajaan GPS sebelum ini.


"Saya akan beri komitmen untuk menaik taraf sekolah daif di kawasan pendalaman dan memperluaskan program tuisyen kepada anak keluarga B40 apabila memimpin kerajaan Sarawak. Di Sarawak 82% daripada 1,457 sekolah adalah daif.


"Ini membimbangkan kerana ianya melibatkan keselamatan pelajar dan guru. Begitu juga keadaan di kawasan Ngemah. Banyak bangunan sekolah yang terlalu uzur dan perlu diperbaiki dengan segera.


"Prestasi akademik pelajar turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran pembelajaran. Jika belajar di persekitaran yang kondusif, sudah tentu prestasi akademik turut meningkat," katanya.


Selain itu, beliau juga berjanji untuk berusaha memperbaiki jaringan jalan raya yang buruk di DUN Ngemah.


Juga bekalan air bersih dan tenaga elektrik termasuk memastikan sambungan internet yang lebih menyeluruh dan stabil.

 


'Balingian hadapi krisis perumahan, KEADILAN tawar jalan penyelesaian'

 


Calon DUN Balingian, Haji Abdul Jalil Bujang berjanji akan menyelesaikan krisis perumahan di DUN berkenaan sekiranya diberi mandat pada pilihan raya 18 Disember ini.

Katanya, majoriti isi rumah di Balingian lebih daripada 4 orang dan perlu dibuka kawasan perumahan baharu dengan diberi peruntukan oleh Kerajaan Negeri.

"KEADILAN akan memperjuangkan rumah mampu milik untuk rakyat di Balingian dan Mukah yang masih jauh ketinggalan di bawah kerajaan GPS

"Isu perumahan rakyat miskin tegar di Balingian kita lihat amat mengecewakan kerana rumah rakyat di sini usang dan dan sering pula dilanda banjir, terutama sekitar Balingian dan Mukah," katanya.

Menurut Abdul Jalil lagi, ada juga kes sekeluarga 15 orang menghuni satu rumah.

Di samping itu banyak juga rumah yang tiada bekalan elektrik.

"Pada tahun 2012, Perumahan Mesra Rakyat telah dilancarkan di Mukah dan seramai 20 buah keluarga telah membuat permohonan.

"Walau bagaimanapun, hampir 10 tahun kemudian, rumah tersebut masih belum dibina dan hasrat rakyat untuk memiliki rumah sendiri masih belum menjadi kenyataan," katanya.

Apabila rumah terlalu sesak, kata Jalil lagi, suasana menjadi tidak kondusif untuk pembentukan keluarga yang baik dan sejahtera. Hal itu, katanya, memberi mendalam kepada keluarga yang terlibat

"Akhirnya ada anak muda yang berkeliaran tanpa hala tuju dan senang terpengaruh dari segi gejala dadah dan aktiviti yang memudaratkan. Kemungkinan juga berlaku gangguan seksual sangat membimbangkan," katanya.

Beliau turut kecewa dengan sikap pemimpin GPS ketika krisis perumahan melanda rakyat mereka hidup dalam kemewahan memiliki rumah besar dan mewah di Kuching.

"Kerajaan Sarawak dari Pakatan Harapan akan memberi komitmen membina lima puluh ribu rumah mampu milik untuk rakyat dalam masa 5 tahun, termasuk rakyat di Balingian.

"Ini adalah kerana KEADILAN percaya rumah yang selamat dan selesa adalah asas kepada membina keluarga yang sihat dan sejahtera serta mengalakkan mobiliti sosial," katanya lagi.

VIDEO PENDEK : TANYA LAIN JAWAB LAIN


 

VIDEO PENDEK : NAJIB PENCHURI....


 

VIDEO PENDEK :KISAH DI KELATAN 2


 

VIDEO PENDEK : KISAH DI KELANTAN


 

JIKA ISMAIL SABRI TERUS LENGAHKAN PRU15, MUNGKINKAH UMNO SENDIRI PAKSA PARLIMEN DIBUBARKAN?


 Berikutan kenyataan Ismail Sabri yang memperlekeh kemenangan BN dalam PRN Melaka dengan menyebut undi popular UMNO hanya meningkat sebanyak 1 peratus saja, lalu mengatakan “sabar dulu” untuk diadakan PRU15, Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki kemudian menjelaskan, mesyuarat MT baru-baru ini telah bersetuju pembubaran Parlimen dilakukan selepas Julai 2022.

Begitu pun, tambahnya, ketetapan itu memutuskan bahawa PRU15 mesti dilangsungkan sebelum pemilihan UMNO diadakan.

Dalam erti kata lain, MT UMNO secara dasarnya mahu agar PRU15 diadakan di ketika Ahmad Zahid Hamidi masih menjadi Presiden UMNO.

Semalam pula, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, pemilihan UMNO mungkin akan diadakan pada November 2022.

Menurut beliau, pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum tamat tempoh masa yang diberikan RoS iaitu Disember tahun depan.

Apakah ini bermakna UMNO mahu PRU15 diadakan sebelum November 2022?

Di sebalik itu, apa yang berlaku dalam UMNO ketika ini jelas memperlihatkan terdapatnya dua kecenderungan yang kian membesar berhubung pemilihan UMNO dan PRU15.

Satu kumpulan mahukan PRU15 diadakan sebelum pemilihan UMNO, manakala satu kumpulan lagi mendesak agar pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU15 dilangsungkan.

Kumpulan kedua ini malah menyarankan agar tarikh PRU15 ditetapkan sekurang-kurangnya setahun selepas pemilihan UMNO bagi membolehkan kesan-kesan keretakan dan perpecahan akibat pertanringan dapat diperbaiki terlebih dahulu.

Ismail Sabri dan kluster kabinet dalam kerajaan sudah tentu mahu pemilihan UMNO diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15 dilangsungkan agar bukan saja Perdana Menteri dapat bertanding jawatan Presiden dan mengusai UMNO, malah untuk membolehkan beberapa menteri yang sekarang tiada jawatan dalam parti beroleh kedudukan dalam barisan kepimpinannya.

Dengan kedudukan sebagai menteri, beberapa di antara mereka merasakan lebih selesa untuk mampu meraih kedudukan kanan seperti Timbalan Presiden dan Naib Presiden jika pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU15 dilangsungkan.

Zahid Hamidi dan barisan kepimpinan UMNO yang tiada jawatan kerajaan dalam hal ini dipercayai akan sedaya upaya berusaha memastikan PRU15 mesti dilangsungkan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO diadakan.

Asas paling penting mengapa PRU15 perlu diadakan sebelum pemilihan UMNO ialah supaya Zahid Hamidi masih berkuasa menentukan senarai calon dan menandatangani watikah kepada mereka yang diputuskan untuk bertanding.

Pertembungan dua kumpulan ini, mahu tidak mahu, sebenarnya adalah pertembungan antara Zahid Hamid dengan Ismail Sabri yang didokong oleh kluster masing-masing di belakangnya.

Zahid Hamidi ingin terus menguasai UMNO, manakala Ismail Sabri dengan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya pula mahu mengambil alih dan menjadi penguasa baru parti itu.

Pokoknya, dengan Najib Razak gagal dalam rayuannya baru-baru ini dan nasib Zahid Hamidi sama ada perlu membela diri atau tidak dalam kes Yayasan Akal Budi akan ditentukan pada 24 Januari depan, mampukah beliau terus mempertahankan keinginannya agar pemilihan UMNO diadakan dahulu sebelum PRU15?

Di pihak Ismail Sabri pula, mampukah juga terus melengah-lengahkan PRU15 supaya pemilihan UMNO harus diadakan terlebih dahulu?

Jika pertembungan makin tegang dan Ismail Sabri terus melewat-lewatkan pembubaran Parlimen, apakah mungkin UMNO sendiri akhirnya akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri bagi memaksa PRU15 diadakan dengan segera? – ShahbudinHusin 13/12/2021.


JANGAN SEDIH SANGAT LAH GUAN ENG- ORANG NYANYUK KALAU MENULIS BUKAN BOLEH PAKAI.SEMUA ORANG SALAH DIA SAJA YANG BETOI.DIA PUN PERNAH MAKAN PAKAI SEPIT SEPINGGAN DENGAN ERIC CHIA..KRONI DIA DULU DULU

 


Makan guna ‘chopstick’ tak jadikan rakyat hilang jati diri, Guan Eng beritahu Dr M




Lim Guan Eng mengingatkan Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat di
 negara lain juga menggunakan penyepit. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengecam kenyataan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai penggunaan penyepit sebagai analogi untuk menggambarkan kegagalan kaum Cina untuk berasimilasi di negara ini.

Semalam, Mahathir berkata orang Cina telah mengekalkan budaya dan cara hidup mereka di Malaysia, dengan menyebut penggunaan penyepit dan bukannya “mengguna pakai cara rakyat Malaysia” dengan tangan.

Dalam kenyataan, Lim memberitahu Mahathir bahawa orang bukan Melayu perlu disepadukan, bukan diasimilasikan, ke dalam Malaysia, sambil menambah bahawa komen Pengerusi Pejuang itu adalah mudah dan menyinggung perasaan orang Cina.

“Adakah ini bermakna orang Melayu yang menggunakan penyepit atau garpu dan sudu hilang kemelayuannya? Malah, ramai rakyat Malaysia dan Barat bukan Cina berbangga dengan keupayaan mereka menggunakan kedua-duanya tanpa kehilangan identiti kebangsaan mereka.

“Mahathir perlu diingatkan bahawa negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Vietnam juga menggunakan penyepit. Sebagai penyokong dasar Pandang ke Timur yang merangkumi negara-negara ini, beliau tidak pernah menjadikan makan menggunakan penyepit sebagai isu.

“Makan dengan penyepit tidak menjadikan sesiapa kurang Malaysia. Rakyat Malaysia berketurunan Cina yang dilahirkan di sini bangga dengan Malaysia dan tidak berhasrat untuk kembali ke negara China yang berkembang dengan kekayaan dan kemakmuran, walaupun diberi peluang untuk berbuat demikian,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan itu juga berkata sumbangan komuniti Cina tidak seharusnya dipertikaikan semata-mata kerana perbezaan bahasa dan adat yang mereka amalkan.

“Membantu satu atau dua taikun Cina adalah seperti membantu mana-mana taikun dari kaum lain dan tidak boleh disamakan dengan membantu komuniti Cina,” tambahnya.

(function() { var d = document, w = window; w

BANTUAN PESAWAH: SYED MOKHTAR SETUJU, PEMBANGKANG PERSOAL, PETANI MERASA LEGA DAPAT PERHATIAN PM

Bantuan pesawah: Syed Mokhtar setuju, pembangkang persoal Posted By:  Redzuan RF8 Media on:  December 09, 2022 Share Sikap pemimpin pembangk...