500,000 rakyat dapat kerja, PM perlu jelaskan di Parlimen - Hassan Karim

 


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu membuat penjelasan di Parlimen terhadap kenyataan beliau kelmarin bahawa 500,000 rakyat memperolehi pekerjaan sehingga Disember 2021.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kenyataan Ismail Sabri itu tidak selari dengan kenyataan kerajaan BN sebelum ini bahawa pengangguran agak tinggi pada era pandemik.


"Saya sebagai Pembantu Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Pekerjaan dan Hak Pekerja mohon PM mengulangi ucapannya di Parlimen pada minggu ini bahawa Kerajaan telah berjaya melepasi sasaran menyediakan 500,000 peluang pekerjaan tahun 2021.


"PM dilaporkan oleh akhbar telah membuat pernyataan tersebut di Bera, Pahang ketika merasmikan Mesyuarat perwakilan Wanita, pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bera pada Sabtu lalu


"PM perlu mengesahkan apakah data yang disebutnya di Bera itu tepat dan betul. Kerana kenyataan PM tersebut bercanggah dengan stastik yang menyebut kadar pengangguran dalam negara sekarang mencecah 4%, lebih tinggi daripada kadar sebelum pandemik Covid-19," katanya.

Selain itu, Hassan turut mahu kementerian kementerian bersangkutan mengesah atau menafikan kenyataan PM tersebut.


"Saya berharap Menteri Sumber Manusia dan Jabatan Stastik membuat pengesahan terhadap kenyataan PM itu sama ada betul atau sebaliknya," katanya lagi.

No comments: