BILA SUKA CABAR DAN TERKENA PULA PM YANG BUKAN PEMAAF...NASIB LA NAJB



2-3 hari ini hangat dengan SD pengakuan Azilah tentang pembunuhan Altantuya..sebenarnya aku tak berapa minat kes kes lama diulang tayang semula.. bagi aku hari ini masa untuk Move On dengan membangunkan Ekonomi dan negara..

tapi bila Najib sendiri dalam status dia dok ulang ulang cabar kerajaan PH dakwa dia, Memang dia silap besar lah.. Atok memang pantang dicabar... Jadi sendiri cari pasal lah.. itu lah perangai Najib, Dia selalu cabar troll orang, Bila kena menangis kononnya jadi Mangsa.. 

Kalau kes ni disabitkan dengan pendakwaan saja, maknanya hari pertama didakwa, Najib tidak akan dibenarkan ikat jamin, dan akan terus ke Penjara.. Jadi biar lah Tun yg selesaikan..ini bukan urusan kita..

Bagi aku nasiblah Tun yang jadi PM..sebab dia bukan Pemaaf seperti Ds Anwar.. jadi biar Tun Mahathir selesaikan.. moga selepas Ds Anwar jadi PM ,Ds Anwar tidak akan dibebankan dengnan semua kerja jahat regim lama ini lagi..jadi bagi Tun Mahathir selesaikan.. 

Najib biasa lah.. Dulu orang tanya pasal Jho low pun dia kata tak kenal.. Dia tak kenal sapa Jho Low.. Dia Cukup yakin duit itu dari Putera Raja Saudi, Siap publish Dokumen ada Cop Mohor saudi lagi.... akhir dalam Mahkamah, Dia kata dia ditipu Jho Low.. sebab Yakin Jho Low begitu rapat dgn saudi.. 

disini pun dah nampak Najib kaki temberang.. Kalau dia Yakin degan Jho Low, dia ditipu dgn Jho Low, tang mana dia tak kenal Jho Low.. Begitu juga dalam Kes Altantuya.. Dia kata tak kenal Altantuya.. tapi semua kes Melibatkan Kes Altantuya, Melibatkan urusan transaksi ,urusniaga dengan orang dan kenalan rapat dia, Melibatkan Kementerian dia..

Razak baginda itu penasihat dan pembantu Najib, Sirul dan Azilah itu juru iring dan pegawai peribadi Najib..Altantuya itu pula jelas berurusniaga soal kapal Selam berkaitan dengan Kementerian Najib dan Razak baginda jelas terima komisen dalam urus Niaga itu.. 

Kalau kata Najib tidak terlibatpun, jelas kes ini amat dekat dengan Kementerian Najib.. dan pasti jika ini jenayah peribadi melibatkan Azilah, mana mungkin mudah Bom C4 digunakan untuk meledakkan jasad Altantuya.. mana mungkin rekod keluar masuk,,Imigresen melibatkan Altantuya dipadamkan.. 

Jika ia bukan dilakukan Najib, dah pasti ia juga bukan dilakukan Azilah dan Sirul secara peribadi.. dan Misteri inilah yang perlu dirungkai.. dan bagi aku pendedahan ini akan lebih menarik jika semua persoalan ini terjawab..biarpun sukar untuk sabitkan Najib selepas bukti dihapuskan sekian lama..

Bagi aku nak sabitkan seseorang dengan kes Bunuh.. tambah kes lama yang mana segala bukti , jasad dan keterangan sudah dihapuskan agar sukar.. ia berbeza dengan Tuduhan melibatkan salah laku Kewangan... Biarpun kamu hapuskan segala bukti, dokumen transaksi,Dokumen Audit.. Transaksi, "Money Trail" itu masih boleh dijejak sebagaimana kes 1MDB dan SRC.. hatta kamu tutup akaun,Bunuh Pengasas Am Bank pun, jejak kewangan itu masih mampu dikesan..

Memang benar.. Najib mungkin boleh terlepas dari pertuduhan, tapi bagi aku yang penting siasatan semula akan membongkar segala persoalan misteri.. Jika ini berlaku.. Bukan salah PH, tapi salah Najib sendiri.. Siapa pergi pandai pandai cabar Atok.. Cabar Tun Mahathir.. Tun Mahathir tu orang yg pantang dicabar.. dia bukan mcm Najib, Pandai Troll jer..Mengaku darah Pahlawan..padehal Pondan.. :)

Ipohmali


PERANGAI LEBAI


Oleh: Wan Makatte



Perangai lebai PAS.. Iklan yang dinaikkan itu dibawah PBT tempatan dan ianya telah diarah utk membuang iklan tersebut tidak cukup dengan itu diberi amaran. Tiba-tiba lebai PAS ni kaitkan isu ini dengan kerajaan PH. Kononnya Kerajaan PH sedang membuat normalisasi maksiat dibawah slogan rahmatan lil alamin. Kalau betul ianya direncanakan ioleh kerajaan PH..bukan dinaikkan 2tempat tersebut saja..pastinya akan dinaikkan ke seluruh negara... 

Dibawah berita ini mcm biasa gerombolan walaun dengan tanpa segan silu membuat tohmahan dan fitnah kepada DrMujahid. Seolah-olah DrMujahid pula membenarkan iklan ini dinaikkan. Lihatlah betapa kejinya perangai para pimpinan dan walaun pas semua. Semua benda nk dikaitkan dengan politik. Padahal semua isu yg dibangkitkan ini sudah selesai...


MAKAN BUAH SAAT PERUT KOSONG*(TIPS KESIHATAN PUN OK JUGA)

*MAKAN BUAH SAAT PERUT KOSONG*

Doktor STEPHEN MAK merawat pesakit barah stadium akhir dengan cara unik. Ramai pesakitnya sembuh. "Ini merupakan strategi saya untuk menyembuhkan barah. Tingkat kejayaannya 80 %," tegas Mak.

Pesakit barah seharusnya tidak mati. Terapi anti barah sudah ditemukan yakni makanlah buah-buahan saat perut kosong atau sangat lapar. "Saya mohon maaf kepada ratusan pesakit barah yang telah meninggal akibat pengobatan konvensional," pungkasnya.

*TIPS MAKAN BUAH yang TEPAT*

*Hindarilah* makan buah setelah makan nasi dan lauk. Cara ini sangat dilarang atau 'haram,' jikalau Anda ingin bebas dari serangan barah dan penyakit mematikan lainnya.

Jika Anda makan buah saat perut kosong, maka detoksifikasi sistem tubuh Anda meningkat berkali-kali ganda. Problem kelebihan berat badan dan penyakit mematikan lainnya teratasi.

*DAHSYATNYA BUAH-BUAHAN*

Jika Anda makan nasi, lalu menyusul buah, maka buah ditahan oleh nasi sebelum menuju usus. Nasi dan buah membusuk, berfermentasi, dan berubah menjadi asam. Tubuh yang sangat asam penyebab barah dan penyakit mematikan lainnya.

Saat buah bersentuhan dengan nasi di usus, maka seluruh massa nasi perlahan rusak. Jadi, silakan makan buah saat perut kosong atau sebelum makan nasi dan lauk.

*EFEK SALAH MAKAN BUAH*

Mungkin Anda pernah mendengar keluhan yakni setiap kali makan semangka, ada orang menderita sendawa, ketika makan durian perutnya kembung, ketika makan pisang rasanya segera ke toilet, dan lainnya. Perkara ini tidak akan terjadi, jikalau Anda makan buah apa saja saat perut kosong. Kerana buah-buahnya bercampur dengan pembusukan makanan lain, sehingga menghasilkan gas dalam usus.

Rambut uban, rambut gugur, botak, gugup, dan lingkaran hitam di bawah mata tidak akan terjadi, jikalau Anda makan buah saat perut kosong.

"Jeruk dan lemon bersifat asam, tetapi menjadi alkalin (basa) di dalam tubuh, jikalau dimakan saat perut kosong," ulasan dokor HERBERT SHELTON yang melakukan riset khusus tentang asam basa tubuh.

*BUAH UMUR PANJANG dan SEHAT*

Jika Anda menguasai cara makan buah yang benar, maka Anda memiliki rahsia keindahan tubuh, umur panjang, kesihatan, vitalitas, kebahagiaan, dan berat badan ideal.

*BAHAYA BUAH yang DIPANASKAN atau DIMASAK*

Saat Anda minum jus buah, minumlah jus buah segar, bukan dari dalam tin, bungkusan atau botol.

Jangan minum jus yang dipanaskan. Jangan makan buah yang dimasak, kerana semua nutrisi sudah hilang. Anda hanya mendapatkan rasanya saja. Memasak buah-buahan akan menghancurkan semua vitamin yang ada dalam buah. Makan buah utuh lebih baik dari pada minum jus.

Jika Anda minum jus buah segar, minumlah dengan perlahan, kerana Anda harus membiarkannya bercampur dengan air liur (ensim di mulut) sebelum menelannya.

*TERAPI BUAH TIGA HARI BERTURUT-TURUT tanpa NASI dan LAUK*

*Silakan* Anda cuba mengkonsumsi buah selama 3 hari berturut-turut untuk membersihkan semua racun (detoksifikasi) di tubuhnya---hanya makan buah dan minum jus buah segar selama 3 hari berturut-turut tanpa makan nasi dan lauk. Teman-teman Anda akan melihat Anda lebih segar, cantik, dan bertenaga.

*BAHAYA MINUM AIR SEJUK setelah MAKAN: PEMICU BARAH*

Jika Anda *selalu* minum *air sejuk* (air batu) setelah makan, maka tamatlah hidup Anda. Kerana semua jenis barah sedia menghancurkan tubuh Anda.

Minum air batu setelah makan sangatlah nikmat, tetapi sangatlah membawa sengsara. Air batu mengentalkan semua makanan berminyak yang baru saja Anda makan. Akibatnya proses pencernaan menjadi sangat lambat. Usus akan sangat cepat rusak, karena memaksa kerjanya.

Lebih dari itu, makanan berlemak dan telah membeku akan melapisi dinding usus Anda, sehingga perlahan memicu barah usus.

Tentu saja Anda akan semakin gemuk dan sekaligus perlahan menginap barah ganas. Kerana itu, minumlah sup hangat atau air hangat setelah makan.

Semakin Anda tahu, semakin besar peluang Anda untuk bertahan hidup, sehat, dan umur panjang tanpa berbelanja mahal.

*VIRALKAN* informasi di atas terutama kepada KELUARGA dan rekan-rekan Anda.

*BAHAGIA_SUKSES*
*"SAVE Health, SAVE Future."*


MENGAPA TIAN CHUA CUKUP TIDAK SENANG BILA NAMA ANWAR SERING DISEBUT PM8?



Rasanya tiada masalah kalau setiap hari orang menyebut tentang Anwar PM8 kerana itu tandanya ramai yang masih ingat janji PH kalaupun Tun M atau Azmin, Zuraidah dan Tian Chua lupa.

Nama Anwar disebut bukan kerana Anwar suruh jauh sekali Anwar melobi untuk jawatan tersebut.  Nama Anwar diangkat oleh Majlis Presiden PH dan Tun M sendiri tahu ianya ada di dalam perjanjian.  Tian Chua tentu lebih tahu sebab beliau terlibat sepenuhnya di dalam menguruskan hal tersebut bersama Saifudin Nasution, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli di dalam perbincangan awal.

Sewaktu kongres parti sebelum PRU14, Tian Chua, Azmin dan ramai lagi pimpinan parti turut mengangkat plakad Anwar sebagai PM.  Bukan PM8 bahkan PM7 lagi.  Tapi akhirnya, dipersetujui Tun M adalah PM7 dan Anwar disebut sebagai PM8.  Apakah dosa besar rakyat menyebutnya?  

Tidak masuk akal bila rakyat sebut Anwar PM8 maka Anwar dan Tun M akan bergaduh.  Anwar bukan mahu rampas jawatan itu dari Tun M kerana atas restu Anwar lah maka Tun M merasa menjadi PM kali kedua.  Rakyat cuma mahu Tun M jujur dan tidak khianat, jangan cakap berpusing-pusing apabila menyentuh tentang peralihan kuasa.  Kalau Tun M telah berjanji untuk menjadi PM hanya selama 2 tahun dan ini diketahui ramai orang, jangan pula beliau cuba untuk mencari helah melambatkan proses itu.  

Tian Chua sepatutnya tegur Tun M yang sering cakap berpusing-pusing sehingga menyebabkan isu ini menjadi kontroversi, bukannya salahkan rakyat atau ahli parti yang menuntut agar Tun M mengotakan janjinya.  Dua tahun berakhir pada Mei 2020, rakyat tidak minta kurang atau lebih dari yang dijanjikan oleh Tun M.  

Tian Chua boleh pertahankan Tun M sampai kiamat, tetapi jangan salahkan kami yang istiqomah mahu Anwar jadi PM8 selepas dua tahun Tun M diberikan peluang.  

WFAUZDIN NS

MPN PAHANG DESAK MAJLIS PRESIDWN TETAPKAN TARIKH PERALIHAN KUASA.



Mesyuarat MPN KEADILAN N.Pahang yang telah diadakan di Raub baru2 ini diPengerusikan oleh Pengerusi MPN, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh.  Di antara ketetapan penting yang dicapai adalah:

1.  MPN Pahang mendesak agar Majlis Presiden PH mengumumkan tarikh peralihan kuasa PM seawal Jan 2020 untuk menentukan PM 8 pada Mei 2020.  Desakan ini sejajar dengan perjanjian yang dimeterai bersama sebelum PRU14 yang lalu.

2.  MPN Pahang selari dengan arahan Presiden, DSAI agar semua pimpinan dan ahli sentiasa mematuhi disiplin parti dan selesaikan permasalahan parti melalui saluran dalaman parti.  Sebarang salahlaku atau perlanggaran disiplin oleh mana2 pihak di dalam parti hendaklah diajukan kpd Lembaga Disiplin Parti, bukan menggunakan media secara terbuka.  

3.  MPN Pahang juga memberi amaran tegas kepada semua pemegang jawatan di dalam MPKKP yang akan bermula tahun hadapan agar mereka hendaklah amanah dan jujur di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dan hendaklah sentiasa turun ke akar umbi menyelami masalah masyarakat di kawasan masing2.  

4.  MPN juga memperingatkan semua Ketua Cabang agar sentiasa peka dengan situasi dan perkembangan banjir di kawasan masing2 di musim tengkujuh sekarang ini.  Mereka perlu tahu bagaimana untuk bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan.  

Banyak lagi perkara lain yang dibincangkan demi untuk menentukan kesinambungan membela rakyat terus dilaksanakan.

DATO SERI ANWAR IBRAHIM BERJUANGLAH JANGAN TAKUT DENGAN FITNAH ZAMAN NABI PUN ADA FITNAH TERSEBUT BACALAH DI BAWAH INI

DATO SERI ANWAR IBRAHIM BERJUANGLAH  JANGAN TAKUT DENGAN FITNAH ZAMAN NABI PUN ADA FITNAH TERSEBUT BACALAH DI BAWAH INI
------------------------------------------
Ahmad sayuti Bashiron
[ 'ibrah & perjuangan ]

"Pengikut jahil, Ulamak pula tak Faham" 

Habis apa puncanya?

Saya sempat amati beberapa photo di media sosial semalam, saya terpanggil ingin kongsikan pengamatan peribadi yg bagi saya amat berharga dalam membentuk keperibadian & pendirian siyasah saya, hingga kini.

Saya mulakan dengan kalam Rasyid Ridho ini saya jadikan sandaran...;

نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضاً فيما اختلفنا فيه... 

"Kita bertolong menolong di dalam perkara yg kita sama sepakati, dan kita berlapang dada (bertolak ansur) sesama kita pada perkara yg kita berbeza pandangan..."

1. Awal 2015, ketika Najib putuskan utk penjarakan Anwar Ibrahim buat sekian kalinya melalui fitnah seks Saiful Bukhari, Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi melalui Setiausaha Kesatuan Ulamak Dunia (KUIS), Syeikh Dr 'Ali Mahyuddin Qarrah Daghi terbang ke Kuala Lumpur berjumpa Anwar di kediamannya Segambut. Saya turut hadiri acara ringkas tersebut, bersama doakan kesejahteraan serta peliharaan Allah serta kesabaran buat Anwar yg menempuhi ujian fasa terbaru itu.

2. Syeikh Qarrah Daghi berkata, "...aku wakili Qaradhawi menyampaikan salam buat kamu, kerana Syeikh tidak mampu naiki kapal terbang dalam tempoh lama untuk datang berjumpa kamu, maka Qaradhawi doakan kesabaran dan ketaqwaan tertinggi buat kamu dalam menempuh fitnah ini". 

3. Sebelum itu dlm ucapan Syeikh itu menaqalkan beberapa kisah fitnah seks yg pernah dilalui Rasulullah dan para pelbagai Rasul terdahulu serta sahabat. Dan kata Syeikh juga fitnah seks itulah yg akan terus digunakan oleh musuh sejak zaman Adam hingga ke akhir zaman kelak.

Itu kisah seawal 2015 dulu, sudah 4 tahun berlalu. 

Saya catat tiap bait ucapan, doa, berpelukan dgn Syeikh, bergambar. Selang beberapa minggu lepas itu Anwar diangkut ke penjara, hinggalah dibebaskan penuh oleh YDP Agung tanpa seberang kesalahan, pasca PRU14 lepas.

4. Kisahnya itu berulang, dua minggu ini modus operandi sama disusun semula buat Anwar lagi. Pelakunya dikenalpasti, kisah jijik itu mewarnai media, bahkan pelakunya sungguh buruk jika dipamerkan wajahnya serta beban fitnahnya. Kita belum tahu apa kesudahannya.

5. Sekali lagi petang semalam Syeikh Qarrah Daghi melawat Anwar, menyampaikan salam yg sama dari Qaradhawi, doa serta memohon kesabaran pada ujian fitnah yg sekian kali ini. Jelas sinar keakraban dan keceriaan di wajah mereka, ditunjukkan melalui kemesraan kedua tokoh dunia Islam itu.

6. Tidak habis di situ, malam tadi, sempena KL Summit 2019 seorang sahabat baik Anwar sendiri, Presiden Turkey mengecualikan diri daripada jamuan penting tetamu negara bersama delegasi itu, bahkan beliau pula mengambil peluang meng-hostkan jamuan ringkas buat Anwar di Kedutaan Turkey sendiri. Erdogan yg diakui dunia Islam sebagai tokoh yg cukup berjasa & berjaya mengangkat izzah pemerintahan Islam hingga meletakkan Turkey digeruni & dihormati kawan & musuh hari ini.

7. Kesimpulan awal yg kita perhatikan, sejak sekian lama pelbagai tokoh dunia tersebut - Qaradhawi, Qarrah Daghi, Erdogan dan ramai lagi tak pernah henti berkomunikasi, berjumpa dan memberikan sokongan tak belah bagi setiap kali ujian politik buruk melanda Malaysia, khasnya buat Anwar.

8. Kita perhatikan juga, tindakan & bahasa badan mereka itu tidak sedikitpun bersifat lakonan atau wajah pembodek yg punyai kepentingan tertentu. Mereka hadir dari jauh, nyatakan sokongan penuh keceriaan, saling berdoa buat rakan seperjuangan yg sedang lalui fasa fitnah untuk diberikan bantuan Allah serta dimusnahkan segala perancangan jahat itu.

Apa pula pengalaman kecil yg mahu saya kaitkan?

9. Perjalanan kecil saya, kerap dahulu mewakili Lajnah Antabangsa party lama dulu, beberapa kali bermusafir dgn pelbagai pimpinan dari pelbagai party, termasuk pernah berdua bersama Anwar ke luar negara untuk hampir seminggu. Seperti biasa, sela waktu yg ada saya tak siakan utk bertanya, memohon 'ibrah dalam pelbagai isu , termasuklah penglibatan gerakan Islam ABIM, Pas serta berkara berkaitan ijtihad Anwar satu ketika dahulu bersama Umno, etc. 

10. Juga di tahun 2013 itu, sudah pastilah saya bertanyakan juga hal hubungan peribadi beliau bersama pimpinan Pas yg semakin renggang masa itu disebabkan kes Hj Hadi Awang khianati pelbagai persepakatan & perjanjian Pakatan Rakyat, termasuk meletakkan pelbagai calon di kerusi PKR dlm PRU13 lalu.

11. Response Anwar kelihatannya langsung tak keberatan berbicara isu sedemikian, sekalipun dgn saya dari party berbeza. Bahkan beliau tak cuba menjatuh atau sedikitpun merendahkan kepimpinan TG Nik Aziz atau Hj Hadi Awang, sekalipun beliau amat terkilan dan terasa hati atas pengkhianatan Presiden Pas itu. 

12. Hanya response Anwar "...anggaplah itu mungkin perbezaan antara saya dan Hadi, berdasarkan maklumat yg Hadi terima tanpa sempat bertanya...". Tak berlaku pun tindakan marah atau memburukkan sahabat yg pernah bersama dalam kepimpinan ABIM satu ketika dahulu.

13. Lain kisahnya sebaliknya. Segar dalam ingatan juga satu ketika saya terpaksa memandu kenderaan di musim sejuk sejauh hampir 2,000 km yg mengambil masa lebih 30 jam bersama Hj Hadi Awang serta beberapa rombongan percutian beliau. Saya seperti biasa, tak siakan peluang untuk berinteraksi langsung dgn pimpinan masa itu mengambil 'ibrah dakwah & siyasah dari ketua itu. Terlalu banyak dikongsikan sepanjang jaulah musim sejuk itu.

14. Cuma satu kisah yg menjadikan saya cukup mengenali perbezaan sikap mereka. Ketika berbicara, satu ketika tiba-tiba Dr Samsuri (sekarang dah jadi MB) ingatkkan saya secara serious, "...Sayuti enta sembanglah dgn ayoh cik tu apa sahaja pun, tapi enta jangan sesekali tersebut nama Anwar atau nama Erdogan depan ayah cik tahu. Jangan..!"

15. Saya bertaya kenapa? Cukup pelik amaran oleh SetPol itu. Jawabnya kena jaga perasaan ayoh cik, tak mahu nanti ayoh cik anggap enta sebagai pimpinan muda Pas, tapi tak hormati pendirian Presiden yg tak mahu Anwar jadi PM (PRU13) & tak pernah setuju tindakan Erdogan tinggalkan Erbakan (Ustaz Erbakan, party Refah/Saadat) dulu yg tubuhkan party AKP di Turkey. Kema hormati, jaga perasaan ayah cik yg tak sukakan Anwar & Erdogan itu, katanya.

16. Itulah kisahnya. Sejak itu, baharulah saya lebih faham, atas segala kecemerlangan berbelas tahun Erdogan di Turkey dan dunia Islam keseluruhannya, rupanya disebalik hati Hj Hadi Awang masih klasifikasikan pimpinan party AKP & negara Turkey itu sbg selamanya seorang "pengkhianat party Islam" di Turkey di bawah pimpinan sahabat beliau Erbakan yg bersama party Refah satu ketika dahulu. Itulah rupanya yg diperkenalkan pada kami dahulu, Refah itulah satu-satunya party Islam Turkey, dan siapa pun sahaja yg meninggalkannya dianggap satu pengkhianatan! 

17. Dan lebih tak sangka, terpahat juga dendam puluhan tahun dan marah Hj Hadi Awang pada Anwar yg dikatakan juga sbg pengkhianat tatkala ijtihad beliau tinggalkan ABIM dan sertai Umno hampir 40 tahun yg lampau... Dendam itu masih tak hilang rupanya, segar, dan setiap gerakan & ucapan Hj Hadi Awang masih dikejar (hounted) oleh bayangan dendam permusuhan yg membara itu. 

18. Dan baru semalam pula saya baca satu kenyataan Hj Hadi Awang "...pengikut yg jahil, dan ulamak yg tak faham" adalah punca utama rosaknya negara & rakyat. Saya faham sebenarnya ia satu kebenaran yg sepatutnya merujuk terus pada diri beliau sendiri yg selamanya masih gagal memahami "fiqh waqie" kenegaraan di Malaysia, serta tak juga faham tabiat ijtihad politik yg selamanya anjal & berubah mengikut zaman dan tempat yg berbeza.

Benarlah, ulamak yg tak faham politiklah, tapi terus berlagak berhukum buta dgn dendam marah adalah punca keseatan pentaksub yg jahil itu... 

19. Oleh sebab itulah bagi Hj Hadi Awang, keputusan seseorang itu masuk sesebuah party itu seolahnya seperti masuk agama. Selamanya siapa yg masuk dlm agama itu, haram baginya keluar, bahkan haram berbeza pandangan dgn dia sbg ketua. Hendaklah bagi siapa pun yg masuk party dia itu menjadi "pewalak tegar" yg berbuat apa sahaja kehendak "ayatollah party" tanpa melawan. Itulah sebab akhirnya Hj Hadi sendiri melihat pengikutnya itu hanyalah seperti orang jahil yg dipimpin oleh ketua yg sebenarnya langsung "tak faham" waqie' politik negara.

Saya berpegang, analogi itu sangat tepat kena pada batang tubuh Hj Hadi Awang dan pengikutnya sendiri.

Sebab itu kalau ada yg cuba berlawan atau beza pendapat, maka selamanyalah mereka dianggap musuh, sekalipun "musuh" itu sudah jauh terkehadapan dan berjaya membuktikan segala ijtihad lama yg dipegang oleh Hj Hadi itu bukan sahaja lapok, bahkan menjadi sia-sia dan bathil semata.

20. Saya faham kini, pendirian keras Hj Hadi Awang pada Anwar, Erdogan itu jugalah yg membentuk pendirian Hj Hadi atas segala kebencian & dendam terhadap party Amanah dan pimpinannya yg meninggalkan party lama itu sejak 4 tahun lepas. Pastinya selamanya beliau berasa marah dan akan "tak faham", bahkan membiarkan sahaja pengikut beliau yg "jahil politik" terus bersekongkol dgn kezaliman dan kerja jahat Umno/Najib selama ini. Baginya, dendam & fitnah terhadap Amanah itu satu yg perlu terus dipupuk selama-lamanya..!

Bagi saya, neraca ini sudah pernah menjadi topik perbincangan & usrah saya sejak lebih 10 tahun ketika bersama adik-adik students dan petugas-petugas party yg diusrahkan pemikiran mereka saban waktu. Kami telah lama berusaha membetulkan kesesataan fikrah itu, tapi kejayaanny amat minima, disebabkan ketaksuban pada fikrah "ayatollah" party lama yg menjadi punca segala kerosakan itu! 

Syeikh Rasyid Ridho pernah menaqalkan satu pendirian yg amat cantik untuk dilaksanakan dalam politik ini, iaitu kita bersetuju pada satu perkara yg kita saling sepakati bersama, namun kita juga terpaksa bertolak ansur pada perkara yg kita berbeza pandangannya.

Itulah juga kunci kesepakatan dalam Pakatan Harapan ini. Itulah yg kami kena bersama pertahankan.

Saya berpendirian, sifat dendam yg tak kesudahan serta iri hati pada rakan perjuangan yg dipupuk oleh TG Hj Hadi Awang pada pengikut itulah punca sebenar segala kerosakan dalam Pas yg berusaha terancang men"jahilkan" pengikut mereka daripada kebenarnya & keterbukaan tersebut.

Kita berdoa, satu ketika ummat Islam Malaysia dan dunia amnya bakal melihat Malaysia menjadi sebuah negara kuat dan punyai pengaruh, berbekalkan kesungguhan dan doa para ulamak & tokoh perjuangan agama yg bersama kita hingga kini ini...

Selamat berkonvensyen KL Summit!

Pengikut jahil, Ulamak pula tak Faham"

[ 'ibrah & perjuangan ]

"Pengikut jahil, Ulamak pula tak Faham" 

Habis apa puncanya?

Saya sempat amati beberapa photo di media sosial semalam, saya terpanggil ingin kongsikan beberapa pengamatan peribadi yg bagi saya amat berharga dalam membentuk keperibadian & pendirian siyasah saya, hingga kini.

Kalam Rasyid Ridho ini saya jadikan sandaran..;

نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضاً فيما اختلفنا فيه... 

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157650034724876

1. Awal 2015, ketika Najib putuskan utk penjarakan Anwar Ibrahim buat sekian kalinya melalui fitnah seks Saiful, Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi melalui Setiausaha Kesatuan Ulamak Dunia (KUIS), Syeikh Dr 'Ali Mahyuddin Qarrah Daghi terbang ke Kuala Lumpur berjumpa Anwar di kediamannya Segambut. Saya turut hadiri acara ringkas tersebut, bersama doakan kesejahteraan serta peliharaan Allah serta kesabaran buat Anwar yg menempuhi ujian fasa terbaru itu.

2. Syeikh Qarrah Daghi berkata, "...aku wakili Qaradhawi menyampaikan salam buat kamu, kerana beliau tidak mampu naiki kapal terbang untuk tempoh lama untuk datang berjumpa kamu, maka Qaradhawi doakan kesabaran dan ketaqwaan tertinggi buat kamu dalam menempuh fitnah ini". 

3. Sebelum itu dlm ucapan Syeikh itu menaqalkan beberapa kisah fitnah seks yg pernah dilalui Rasulullah dan para pelbagai Rasul terdahulu serta sahabat, dan katanya fitnah seks itulah yg akan terus digunakan oleh musuh sejak zaman Adam hingga kini.

Itu kisah seawal 2015 dulu, sudah 4 tahun. 

Saya catat tiap bait ucapan, berpelukan dgn Syeikh, bergambar. Selang beberapa minggu lepas itu Anwar diangkut ke penjara, hinggalah dibebaskan penuh oleh YDP Agung tanpa seberang kesalahan, pasca PRU14 lepas.

4. Kisahnya itu berulang, seminggu dua ini modus operandi sama disusun semula buat Anwar lagi. Pelakunya dikenalpasti, kisah jijik itu mewarnai media, bahkan pelakunya sungguh buruk jika dipamerkan wajahnya serta beban fitnahnya. Kita belum tahu apa kesudahannya.

5. Sekali lagi petang semalam Syeikh Qarrah Daghi melawat Anwar, menyampaikan salam yg sama daripada Qaradhawi, doa serta memohon kesabaran pada ujian fitnah yg sekian kali ini. Jelas sinar keakraban dan keceriaan di wajah mereka, ditunjukkan melalui kemesraan kedua tokoh dunia Islam itu.

6. Tidak habis di situ, malam tadi, sempena KL Summit 2019 sahabat baik Anwar sendiri, Presiden Turkey mengecualikan diri daripada jamuan penting tetamu negara bersama delegasi itu, bahkan beliau pula yg meng-hostkan jamuan ringkas buat Anwar di Kedutaan Turkey sendiri. Erdogan yg diakui dunia Islam sebagai tokoh yg cukup berjasa & berjaya mengangkat izzah pemerintahan Islam hingga meletakkan Turkey digeruni & dihormati kawan & musuh hari ini.

7. Kesimpulan awal yg kita perhatikan, sejak sekian lama pelbagai tokoh dunia tersebut - Qaradhawi, Qarrah Daghi, Erdogan dan ramai lagi tak pernah henti berkomunikasi, berjumpa dan memberikan sokongan tak belah bagi setiap kali ujian politik buruk melanda Malaysia, khasnya buat Anwar.

8. Kita perhatikan juga, tindakan & bahasa badan mereka itu tidak sedikitpun bersifat lakonan atau wajah pembodek yg punyai kepentingan semata. Mereka hadir dari jauh, nyatakan sokongan penuh keceriaan dan saling berdoa buat rakan seperjuangan yg sedang lalui fasa fitnah besar untuk diberikan bantuan Allah serta dimusnahkan segala perancangan jahat itu.

Apa pula pengalaman yg mahu saya kaitkan?

9. Perjalanan kecil saya, kerap dahulu mewakili Lujnah Antabangsa, beberapa kali bermusafir dgn pelbagai pimpinan pelbagai party, termasuk pernah berdua bersama Anwar ke luar negara untuk tempoh hampir seminggu. Seperti biasa, sela waktu yg ada saya tak siakan utk bertanya, memohon 'ibrah dalam pelbagai isu , termasuklah penglibatan gerakan Islam ABIM, Pas serta berkara berkaitan ijtihad Anwar satu ketika dahulu bersama Umno, etc. 

10. Juga di tahun 2013 itu, sudah pastilah saya bertanyakan juga hal hubungan peribadi beliau bersama pimpinan Pas yg semakin renggang masa itu disebabkan kes Hj Hadi Awang khianati pelbagai persepakatan & perjanjian Pakatan Rakyat dgn meletakkan pelbagai calon di kerusi PKR dlm PRU13 itu.

11. Response Anwar kelihatannya langsung tak keberatan berbicara tajuk sedemikian, sekalipun dgn saya dari party berbeza. Bahkan beliau tak cuba menjatuh atau sedikitpun merendahkan kepimpinan TG Nik Aziz atau Hj Hadi sekalipun beliau amat terkilan dan terasa hati atas pengkhianatan Presiden Pas itu. 

12. Hanya response Anwar "...anggaplah itu mungkin perbezaan antara saya dan Hadi, berdasarkan maklumat yg Hadi terima tanpa sempat bertanya...". Tak berlaku pun tindakan marah atau memburukkan sahabat yg pernah bersama dalam kepimpinan ABIM satu ketika dahulu.

13. Lain kisahnya, segar dalam ingatan juga satu ketika saya terpaksa memandu kenderaan di musim sejuk sejauh hampir 2,000 km yg mengambil masa 30 jam bersama Hj Hadi Awang serta beberapa rombongan percutian beliau. Saya seperti biasa, tak siakan peluang untuk berinteraksi langsung dgn pimpinan masa itu mengambil 'ibrah dakwah & siyasah dari ketua party itu. Terlalu banyak dikongsikan sepanjang jaulah musim sejuk itu.

14. Cuma satu kisah yg menjadikan saya cukup mengenali perbezaan sikap mereka. Ketika berbicara, satu ketika tiba-tiba Dr Samsuri (sekarang dah jadi MB) ingatkkan saya secara serious, "...Sayuti enta sembanglah dgn ayoh cik tu apa sahaja pun, tapi enta jangan sesekali tersebut nama Anwar atau nama Erdogan depan ayah cik tahu. Jangan..!"

15. Saya bertaya kenapa? Cukup pelik amaran oleh SetPol itu. Jawabnya kena jaga perasaan ayoh cik, tak mahu nanti ayoh cik anggap enta sebagai pimpinan muda Pas, tapi tak hormati pendirian Presiden yg tak mahu Anwar jadi PM (PRU13) & tak pernah setuju tindakan Erdogan tinggalkan Erbakan (Ustaz Erbakan, party Refah/Saadat) dulu yg tubuhkan party AKP di Turkey.

16. Itu kisahnya. Sejak itu, baharulah saya lebih faham, atas segala kecemerlangan berbelas tahun Erdogan di Turkey dan dunia Islam keseluruhannya, rupanya disebalik hati Hj Hadi Awang masih klasifikasi pimpinan party AKP & negara Turkey itu sbg selamanya seorang "pengkhianat party Islam" di Turkey di bawah pimpinan sahabat beliau Erbakan yg bersama party Refah satu ketika dahulu. Itulah rupanya yg diperkenalkan pada kami dahulu, Refah itulah satu-satunya party Islam Turkey, dan siapa yg meninggalkannya sbg satu pengkhianatan! 

17. Dan lebih tak sangka, terpahatnya juga dendam puluhan tahun dan marah Hj Hadi Awang pada Anwar yg dikatakan juga sbg pengkhianat tatkala ijtihad beliau tinggalkan ABIM dan sertai Umno hampir 40 tahun yg lampau... Dendam itu masih tak hilang rupanya, dan setiap gerakan & ucapan Hj Hadi Awang masih dikejar (hounted) oleh bayangan dendam lama yg membara itu. 

18. Semalam pula saya baca satu kenyataan Hj Hadi Awang "...pengikut yg jahil, dan ulamak yg tak faham" sebagai punca utama negara rosak, saya faham sebenarnya ianya satu kebenaran sepatutnya merujuk terus pada diri beliau sendiri yg selamanya masih gagal memahami "fiqh waqie" kenegaraan di Malaysia, serta tabiat ijtihad politik yg selamanya anjal & berubah mengikut zaman dan tempat yg berbeza.

19. Oleh itulah bagi Hj Hadi Awang, keputusan seseorang itu masuk sesebuah party itu seolahnya seperti masuk dalam agama. Selamanya siapa yg masuk dlm agama itu, haram baginya keluar, bahkan haram berbeza pandangan dgn dia sbg ketua. Hendaklah bagi siapapun yg masuk party dia itu menjadi "pewalak tegar" yg berbuat apa sahaja kehendak "ayatollah party" tanpa melawan. Itulah sebab akhirnya Hj Hadi sendiri melihat pengikutnya itu hanya menjadi orang jahil (analogi Hj Hadi sendiri) yg dipimpin oleh seorang ketua yg sebenarnya langsung "tak faham" waqie' politik negara.

Saya berpegang, analogi itu sangat tepat kena pada batang tubuh Hj Hadi Awang dan pengikutnya sendiri. Maka kalau ada yg cuba berlawan atau beza pendapat, maka selamanyalah mereka dianggap musuh, sekalipun "musuh" itu sudah jauh terkehadapan dan berjaya membuktikan segala ijtihad lama yg dipegang oleh Hj Hadi itu bukan sahaja lapok, bahkan menjadi sia-sia dan bathil semata.

20. Saya faham kini, pendiran keras Hj Hadi Awang pada Anwar, Erdogan itu jugalah yg membentuk pendirian Hj Hadi atas segala kebencian & dendam terhadap party Amanah dan pimpinannya yg meninggalkan party lama itu sejak 4 tahun lepas. Pastinya selamanya beliau berasa marah dan akan "tak faham", bahkan membiarkan sahaja pengikut beliau yg "jahil politik" terus bersekongkol dgn kezaliman dan kerja jahat Umno/Najib selama ini. Baginya, dendam & fitnah terhadap Amanah itu satu yg perlu terus dipupuk selama-lamanya..!

Bagi saya, neraca ini sudah pernah menjadi topik perbincangan & usrah saya sejak lebih 10 tahun ketika bersama adik-adik students dan petugas-petugas party yg diusrahkan pemikiran mereka saban waktu. Kami telah lama berusaha membetulkan kesesataan fikrah itu, tapi kejayaanny amat minima, disebabkan ketaksuban pada fikrah "ayatollah" party lama yg menjadi punca segala kerosakan itu! 

Syeikh Rasyid Ridho pernah menaqalkan satu pendirian yg amat cantik untuk dilaksanakan dalam politik ini, iaitu kita bersetuju pada satu perkara yg kita saling sepakati bersama, namun kita juga terpaksa bertolak ansur pada perkara yg kita berbeza pandangannya.

Itulah juga kunci kesepakatan dalam Pakatan Harapan ini!

Saya berpendirian, sifat dendam yg tak kesudahan serta iri hati pada rakan perjuangan yg dipupuk oleh TG Hj Hadi Awang pada pengikut itu aalah punca sebenar segala kerosakan dalam Pas yg bnerusaha terancang men"jahilkan" pengikut mereka daripada kebenarnya & keterbukaan tersebut.

Kita berdoa, satu ketika ummat Islam Malaysia dan dunia amnya bakal melihat Malaysia menjadi sebuah negara kuat dan punyai pengaruh, berbekalkan kesungguhan dan doa para ulamak & tokoh perjuangan agama yg bersama kita hingga kini ini...

Selamat berkonvensyen KL Summit!


PAKAT NAK JADI HERO


Selepas Kematian Almarhum Adib.. pakat nak jadi hero semua, tiba tiba pulak Musa Hassan nak tunjuk Hero.. NGO Islam nak tunjuk hero, malah PAS dan Tantawi pun nak tunjuk hero.. Kononnya Nasib penjawat Awam mesti dibela.. Tujuan depa satu jer, nak main dan bakar sentimen Perkauman..

Kan Semalam TPM sendiri Janji..Kerajaan Janji akan tangkap Pembunuh..Mereka akan dibawa ke Muka Pengadilan.. Dah lebih 100 orang ditahan.. tahu lah Polis Buat Kerja.. bukan mudah nak kesan pembunuh sebenar.. dalam rusuhan Memali dulu pun, kita tak tahu sapa yg bunuh anggota Polis..

Konon nak tunjuk hero.. PAS ngan Tantawi taknak ker Bela Keluarga anggota Polis yang Mati masa rusuhan di Memali..Bukan sorang, tapi 4 orang..tu orang Islam jugak.. Depa tu mati disembelih oleh Puak Puak pentaksub PAS..takkan orang bunuh Polis mati Syahid ? ker mcm mana ?..

kalau nak kaitkan kes Bukit jenalik..Almaunah dulu pun ramai yg terlibat ahli PAS.. bukan kah kes Almaunah 2 orang Anggota Polis Mati ? Masih ada lagi yang terlibat dengan Almaunah , dan pernah ditahan ISA dalam kalangan Ulama PAS hari ini.. heran jugak,member member yg lain kena gantung, dia lepas.. takkan lah dia SB kut..

Musa Hassan usah kira lah.. Dia lagi hebat cari Pembunuh.. Dulu diam membisu bila anggota penjawat awam dibunuh..Tiba2 nak jadi Hero Pulak.. Saja nak tanya Musa Hassan.. kalau hebat sangat cari Pembunuh..Masa Teoh Beoh Hock mati jatuh Bagunan SPRM.. dah dapat dah Pembunuh Teoh Beng Hock ? walhal Dia mati dalam Tahanan dan bagunan SPRM..takkan tak jumpa sapa Pembunuh ? tak jumpa jugak..

Ok lah.. kata lah..Teoh tu orang Biasa, cina pulak tu.. org DAP.. Bukan penjawat Awam.. Masa Allayarham Sarbani, Pegawai Kastam Mati dalam tahanan SPRM.. dah ker Polis jumpa Siapa Pembunuhnya..Masa tu Musa Hassan ada Bising ? Diam membisu..takda pun.. walhal Sarbani mati Dalam tahanan dan Bagunan SPRM.. Pembunuh sampai Sekarang tak jumpa.. ada ker Terbela Keluarga Allayarham Sarbani ?

Ok lah.. Sarbani pegawai biasa macam Adib.. apa kata kes Timbalan Ketua Pengarah KASTAM di Putrajaya, Datuk Shaharuddin Ibrahim, Dia mati kena tembak ketika menjalankan tugas, di tengah tengah Jalan Putrajaya.. Sudah kah Polis dapat memburu Pembunuh Sebenar ? masa tu kenapa Musa Hassan Diam ? tu belum cerita pasal Kevin Morais, Pendakwaraya SPRM hat kena simen..

Yang betul nya Musa Hassan tu bimbang pada diri sendiri jer.. Kes dia pun banyak.. masa jadi KPN, cukup ganas kepada pendemo Jalanraya..dah bersara suruh orang hormat himpunan kat Jalanraya.. masa jadi KPN pun.. bukan lah hebat sangat pun..Tauke Judi, Kongsi gelap pun boleh lepas..

Cuma kejayaan besar Musa Hassan berjaya usung Tilam sebagai Bahan bukti kes fitnah Liwat Ds Anwar.. walhal Tilam yang dia angkut tu tarikh tuduhan itu berlaku apartmen dan Tilam tu pun masih belum Siap dan Dibeli..Kejayaan kedua dia, Berjaya tolong Saiful Bukhari mengadu kepada Najib.. itu pun dapat jadi KPN..orang ada Dosa silam ni memang lah mengelabah sikit.. kami faham.. :)

*PEGUAM NEGARA PUN DIPECAT SERTA MERTA.*




Pada tahun 2015 mantan PEGUAM NEGARA Tan Sri Gani Patail yang menyiasat kes rasuah dan seleweng 1MDB dan Perdana Menteri dipecat serta merta, diarah kosongkan pejabat tanpa ambil apa² dokumen dan pejabatnya dikawal ketat oleh anggota keselamatan bersenjatakan mesin gun.

Peguam Mathias Chang yang membantu anak guamnya membuat laporan polis terhadap Najib pula telah dilokap bersama dengan anak guamnya selama hampir sebulan tanpa dibicarakan.

Agak²nya dalam tempoh lebih 10 tahun dari 2006 hingga awal 2018 siapa berani sentuh TPM dan PM Najib ketika itu?

Siapa sahaja yang cuba sentuh dia pasti kena.

Kena tutup mulut
Kena tukar kerja
Kena pencen
Kena turun pangkat
Kena buang parti
Kena pecat jawatan
Kena lokap tanpa bicara
Kena lari sembunyi

Syarikat² yang cuba buat audit account dengan telus dan betul pun ditamatkan perkhidmatan.

Ada penerbitan dan akhbar digantung permit.

Ada wartawan asing dihalau keluar dan dilarang masuk ke negara.

Ada permintaan bantuan kerjasama undang² oleh pihak² berkuasa dari dalam dan luar negara ditolak.

Yang kena simen, kena tembak, mati sakit jantung, jatuh helikopter, kena bom dan kena sorok pun berlaku tapi belum terbukti ada kaitan dengan mana² mafia atau malaun sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal. 😎

Yang pastinya, Najib telah arahkan supaya Gani Patail dipecat serta merta bukan kerana Gani jatuh sakit dan tidak mampu lagi menjalankan tugas.

Tetapi dipecat kerana Gani siasat dan hendak ambil tindakan terhadap dia.

So, siapa dapat sentuh dia ketika dia sangat berkuasa? Cuma dia lupa Allah SWT paling berkuasa

Maka 9 Mei 2018 Allah SWT singkirkan dia dari terus bergelumang dgn dosa² agar sempat bertaubat.

*Inilah mantan PM yang Hadi & Pas sokong sangat untuk terus memerintah selepas PRU14.*

Konspirasi Liwat 3 Ditaja oleh Daulah Terpendam*



Ini soalan yang banyak ditanya oleh rakyat Malaysia. Tuduhan Yusuf Rawther hanya tuduhan yang tiada bukti jelas. Tiada rakaman. Tiada video. Tiada pengakuan. Namun pihak Polis begitu effisyen dan cepat bertindak sehingga boleh ke rumah Anwar Ibrahim untuk menyiasat lokasi yang dikatakan kejadian berlaku. Padahalnya, kes cabul terutama melibatkan orang lelaki tidak lah mendapat perhatian yg besar dari pihak PDRM.Tapi kali ini nampaknya begitu teliti perhatian yang diberikan oleh polis kepada Anwar Ibrahim. Adapun layanan ini jauh berbeza dengan Azmin Ali. Di dalam kes Azmin Ali, lengkap dengan video yg warna serta suara dan alibi. Di sokong pula dengan video CCTV. Kalau Yusuf Rawther dikatakan telah mengaku, maka Haziq juga telah mengaku. Namun, Azmin tidak dipanggil ke Bukit Aman untuk siasatan. Polis tidak turun ke Hotel Sandakan utk menjalankan apa-apa siasatan pun. Malahan, tiada apa2 siasatan rasmi pun berkenaan isu Azmin Ali. Sepertinya pihak Polis sedang bersungguh- sungguh utk melindungi Azmi Ali. Dan sepertinya pihak polis bersungguh- sungguh utk memfitnah Anwar Ibrahim.


*AZMIN ALAT DAULAH TERPENDAM*.

Pada hemat Tulang Besi, Azmin Ali dihantar oleh Daulah Terpendam sejak tahun 1998 lagi utk menyusup dan mengawal PKR. Ini kerana PKR adalah saingan terus kepada Barisan Nasional dan bukan setakat kepada UMNO.
Sejak dari tahun 1998 lagi, pihak Daulah Terpendam telah nampak senario bahawa PKR mampu menjadi parti yang terbesar dalam Parlimen. Dan terbukti tahun 2018, PKR berjaya menjadi satu2 parti dengan kerusi terbanyak di Parlimen. Rekod Azmin di dalam PKR amat buruk. Beliau tidak membina apa-apa di dalam PKR. Beliau cuma membawa kekacauan dan kerja beliau hanya membuat kacau bilau dan pergaduhan sesama pimpinan. Yg lebih penting Azmin mesti menguasai PKR supaya PKR dapat dikawal oleh Daulah Terpendam. Namun usaha Azmin Ali sering digagalkan oleh Anwar Ibrahim. Sekarang ini, orang2 Azmin ke sana ke mari menyebarkan cerita karut bahawa Anwar Ibrahim adalah bisexual dan peliwat. Dahulu, tuduhan ini datang dari luar PKR. Sekarang ini ia datang dari dalam PKR melalui orang2 Azmin Ali.

Azmin Ali juga bukan pencetus Reformasi. Azmin Ali tak terlibat dalam Reformasi. Beliau takut berhadapan dengan polis dan yang pertama lari bila Polis datang. Tunjukkan demonstrasi mana yg Azmin Ali ketuai sepanjang Reformasi dahulu? Lebih berani anak2 Anwar Ibrahim dan Kak Wan Azizah berbanding Azmin Ali.


*MENGAPA DAULAH TERPENDAM TAKUT DENGAN REFORMASI*

Mereka takut Reformasi kerana Daulah Terpendam ini gemuk dan kaya raya dengan merompak harta rakyat. Aliran wang ini  datang dari sumber halal mahupun haram. Oleh kerana mereka Daulah Terpendam maka mereka terselamat dari tindakan undang-undang.

Hasilnya, rakyat umum termasuk orang Melayu semuanya hidup melarat dan tertindas manakala mreka hidup kaya raya dari hasil haram mereka.
Contoh kecil adalah mantan KSU Kementrian Pertanian yang baru sahaja dibuang. Kaji kes dia dan kita akan tau mengapa Daulah Terpendam takut dengan Reformasi.


*KESIMPULAN*

Anwar Ibrahim mangsa fitnah kali ketiga kerana mereka2 yg dibelakang fitnah ini adalah Daulah Terpendam sejak dahulu. Peluang mereka memakan wang haram akan hilang sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Dan Azmin Ali adalah alat mereka.

*SEBARKAN!*


*TERBUKTI AKHIRNYA ULAMA2 PAS TIDAK TAHU MEMERINTAH!!!*



Baru2 ini Lim Guan Eng, Menteri Kewangan membuat kenyataan bahawa beliau terpaksa meluluskan "Emergency Fund" sebanyak dua kali berjumlah RM192 juta semata-mata untuk membayar gaji. Ucapan beliau di Konvensyen DAP itu mengejutkan ramai pihak kerana disangka selama ini ulama-ulama PAS dianggap mengetahui bagaiamana mentadbir negeri.

Di zaman Tok Guru Nik Aziz dahlu di mana Husam Musa diberikan tugas mentadbir kewangan negeri. Sepanjang Tok Guru menjadi MB Kelantan, tidak pernah Kerajaan Kelantan meminta wang dari Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.

Di bawah ulama yang ada sekarang tanpa Husam Musa, keadaan kewangan semakin buruk dan nampak benar-benar ulama PAS tidak mampu membayar gaji kakitangan.

Itu adalah bukti bahawa ulama2 PAS menggunakan title mereka sebagai ulama untuk merebut jawatan.

Sebelum ini Tulang Besi telah pun mendedahkan bahawa ramai ulama dalam PAS adalah menyamar dalam artikel bertajuk "Adakah Ulama-Ulama PAS Benar-Benar Ulama?"

Sebagai ulama pun mereka banyak berbohong, inikan pula sebagai pentadbir negeri.

Namun, ulama2 PAS yg mentadbir Kelantan itu dikhabarkan kuat berjalan dan melawat ke luar negara. Dahulu ada gambar lawatan ke Norway. Sekarang ini dkhabarkan keseluruhan exco akan melawat New Zealand pula.



Mereka mencapai jawatan mereka bukan kerana mereka layak tapi kerana menjual title ulama mereka seluruh parti. Dan mereka bukan ulama yang sebenar2 ulama pun.

Di Terengganu pula hampir kesemua janji Manifesto PAS di sana tidak dilaksanakan. Banyak syarikat2 anak negeri telah ditutup akibat ketidak upayaan kerjaaan negeri mentadbir.

Berbalik kepada Kelantan pula, tiada apa2 projek ataupun pembangunan yang jelas dan berdaya maju yg dilaksanakan oleh ulama2 PAS di sana.

KESIMPULAN: Ulama2 PAS tidak mampu memerintah. Mereka selama ini pun diselamatkan oleh professional2 dalam PAS, Sekarang ini professional2 yang ada dalam PAS sudah pun keluar dan menyertai Amanah. Yg tinggal dalam PAS semuanya tidak boleh diharap.

Maka, kesudahan yang jelas yang akan berlaku adalah negeri2 Kelantan dan Terengganu akan terus ketinggalan dan terabai.

Bayar gaji pun ulama2 PAS ni tak mampu,inikan pula hendak membangunkan negeri.

Seharusnya Kerajaan Pusat mesti merampas semula pemerintahan KElantan dan Terengganu atas nama Darurat kerana kerajaan negeri mereka sudah tidak mampu berfungsi lagi.

TULANG BESI
https://www.malaysiawaves.net/2019/12/terbukti-akhirnya-ulama2-pas-tidak-tahu.html

2020, JANGAN TERLALU MAIN POLITIK

Kohilal janji bayar balik saham ahli


DAH BAYAR KA BELUM.


By Manzaidi Mohd Amin -  23 July 2019
MGF230719_KEMPEN-BELI-PRODUK-MUSLIM04

Anggota Lembaga Kohilal, Mustapa Salleh pada majlis Menandatangani Persefahaman Usahasama Antara Kohilal, Abata dan Ummah di Hotel Putra, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 23 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Duit yang dilaburkan dalam Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad (Kohilal) ketika zaman kejatuhannya sebelum ini tidak pernah luput dari senarai pemegang saham.

Pengerusinya, Mustapa Salleh berkata, pihaknya yang baru mengambil alih Kohilal cuba sedaya mungkin untuk membayar semula jumlah saham pelabur mengikut kemampuan.

Katanya, beliau bersama pengurusan baharu Kohilal kini giat membangunkan semula koperasi itu agar dapat memberi manfaat kepada ahli dan pemegang saham.

Beliau turut mengajak ahli agar melupakan kisah lampau yang melanda Kohilal ketika itu, sebaliknya sama-sama bangkit untuk terus bangun dan memajukan koperasi.

“Kami tahu risiko yang kami hadapi sebaik mengambil alih koperasi ini, tetapi kami tidak mahu jadikan itu alasan. Kami akan bangkit.

“Tambahan pula Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah memberi kata-kata motivasi kepada Kohilal bahawa tidak ada manusia yang jatuh tidak akan bangun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) Kempen Beli Produk Muslim antara Kohilal dengan Gerakan Ummah (Ummah) dan Abata di sebuah hotel di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Amran Abd Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Abata, Mohd Izat Ismail.

Mengenai saham ahli, Mustafa menjelaskan, pihaknya kini berusaha untuk menambah sumber pendapatan dengan menumpukan pemasaran produk muslim ke seluruh negara.

Kata beliau, jika koperasi beroleh keuntungan, maka dividen akan diagihkan termasuk kepada ahli lama walaupun ada antaranya sudah meninggal dunia.

“Bagi ahli yang telah meninggal dunia, dividen itu akn diberikan kepada waris terdekat. Kita mempunyai data lengkap mereka.

“Walaupun pengurusan baharu ambil alih, nama ahli dan jumlah saham mereka tetap ada dalam senarai kita,” katanya.

Menurut Mustafa, jumlah ahli Kohilal di seluruh negara kini kira-kira 18,000 orang yang melibatkan pelbagai profesion termasuk usahawan yang menghasilkan produk muslim. 

– MalaysiaGazette


WALAUN MENYALAK, TAPI INI KESNYA.



Duk menyalak walauntaik kata ph menang kerana fitnah . Tapi tak pernah dengar pemimpin ph kena bayar kerana kalah saman fitnah 😆😁😆😁
*Contoh kes FITNAH yg diputuskan mahkamah* 

1. *Papagomo (UMNO)* vs Anwar Ibrahim RM951,260.30
2. *Ismail Sabri (UMNO)* vs Nurul Izzah RM600,000
3. *Razman (PAS)* vs Nizar Jamaluddin RM200,000
4. *Wan Zawawi Ismail (PAS)* vs Husam Musa RM50,000
5. *Nasrudin Tantawi (PAS)* vs LGE RM10,000
6. *Nasir Desa (UMPAS)* vs Khalid Samad RM100,000
7. *Hamidah Osman ( ~Putra~ UMNO)* vs Khalid Samad RM200,000 
8. *Hassan Ali (PAS)* vs Khalid Samad RM200,000
9. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Nizar Jamaluddin RM280,000
10. *Khalid Abu Bakar (IGP-Umno)* vs Nurul Izzah RM400,000
11. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Lim Guan Eng RM400,000
12. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Karpal Singh RM50,000 
13. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Anwar Ibrahim RM45,000
14. *NST (UMNO)* vs LGE RM130,000
15. *TV3 (UMNO)* vs Anwar Ibrahim RM1,100,000 
16. *NST (UMNO)* vs Husam Musa RM350,000
17. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Lim Kit Siang RM250,000
18. *Dto Azwandin (UMNO)* wpun minta maaf d mhkmh tetap kena byr RM30K kpd Teressa Kok, RM30K kpd Timb. MOD & RM80K kpd P Wythyamoorthy.

*CER BAGI CONTOH FITNAH PH YG TELAH DI PUTUSKAN OLEH MAHKAMAH PULOK*

*PERBEZAAN YG TELAH dilakukan oleh KERAJAAN PH*



☸ *Minyak RON95*
*_BN:_* RM 2.36 pernah capai RM 2.80
*_PH:_* RM 1.92 paling tinggi RM 2.08.

☸ *Bantuan Khas Pesara*
*_BN:_* RM 250
*_PH:_* RM 500.

☸ *BR1M*
*_BN:_* RM 1,200
*_PH:_* RM 1,480
_(Setiap anak umur 18 tahun ke bawah dapat RM 120)_

☸ *Biasiswa*
*_BN:_* 2016-2018 tiada peruntukan
*_PH:_* RM 3.8 Billion untuk tahun 2019.

☸ *Royalti Minyak*
*_BN:_* Negeri UMNO sendiri Terengganu tidak dapat royalti minyak..
_(Bila MB Terenganu bersuara dalam mesyuarat, dipecat walau pun bertanya ikut saluran)_
*_PH:_* Semua negeri pengeluar minyak dapat royalti penuh.

☸ *Plan bantuan FELDA*
*_BN:_* setiap tahun bayaran one-off RM 700
*_PH:_* RM 77 juta untuk bayaran one-off, khairat kematian & elaun sara hidup bagi peneroka yang ladang sedang penanaman semula.

☸ *Tol*
*_BN:_* 5 tahun naik 2 kali _(PRU 2013 janji nak mansuh tol dalam bandar)_
*_PH:_* Diskaun 30% pada waktu puncak, percuma waktu 11 pm - 5 am.
_(Dalam rundingan dengan syarikat pemegang konsensi)_

☸ *Elaun pelatih Maktab Perguruan*
*_BN:_* Dimansuhkan dan diganti dengan pinjaman bermula 2018.
*_PH:_* Kembalikan elaun sara hidup pada pelatih Maktab Perguruan.

☸ *Peruntukan sekolah daif*
*_BN:_* Pembantu Rosmah seleweng RM 4 billion dana projek solar sekolah daif Sarawak.
*_PH:_* RM 1 Billion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak, peruntukan terus kepada kerajaan negeri Sarawak.

☸ *Kos projek Mega*
*_BN:_* ECRL: RM 71 Billion
MRT3: RM 31 Billion
MRT2: RM 39 Billion
*_PH:_* ECRL: RM 40 Billion
MRT3: RM 15 Billion
MRT2: RM 30 Billion.

👍🇲🇾🇲🇾🇲🇾

(function() { var d = document, w = window; w

TOLAK ELAUNS DAN GAJI BERTARAF MENTERI ,TERNYATA ANWAR BUKAN KAKI MAKAN DEDAK

  Sementara setuju dengan tawaran kerajaan tentang jawatan Ketua Pembangkang dinaikkan kepada taraf menteri, Anwar Ibrahim yang sekarang men...