Mesyuarat MPN KEADILAN N.Pahang yang telah diadakan di Raub baru2 ini diPengerusikan oleh Pengerusi MPN, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh. Di antara ketetapan penting yang dicapai adalah:
1. MPN Pahang mendesak agar Majlis Presiden PH mengumumkan tarikh peralihan kuasa PM seawal Jan 2020 untuk menentukan PM 8 pada Mei 2020. Desakan ini sejajar dengan perjanjian yang dimeterai bersama sebelum PRU14 yang lalu.
2. MPN Pahang selari dengan arahan Presiden, DSAI agar semua pimpinan dan ahli sentiasa mematuhi disiplin parti dan selesaikan permasalahan parti melalui saluran dalaman parti. Sebarang salahlaku atau perlanggaran disiplin oleh mana2 pihak di dalam parti hendaklah diajukan kpd Lembaga Disiplin Parti, bukan menggunakan media secara terbuka.
3. MPN Pahang juga memberi amaran tegas kepada semua pemegang jawatan di dalam MPKKP yang akan bermula tahun hadapan agar mereka hendaklah amanah dan jujur di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dan hendaklah sentiasa turun ke akar umbi menyelami masalah masyarakat di kawasan masing2.
4. MPN juga memperingatkan semua Ketua Cabang agar sentiasa peka dengan situasi dan perkembangan banjir di kawasan masing2 di musim tengkujuh sekarang ini. Mereka perlu tahu bagaimana untuk bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan.
Banyak lagi perkara lain yang dibincangkan demi untuk menentukan kesinambungan membela rakyat terus dilaksanakan.