Pengikut jahil, Ulamak pula tak Faham"

[ 'ibrah & perjuangan ]

"Pengikut jahil, Ulamak pula tak Faham" 

Habis apa puncanya?

Saya sempat amati beberapa photo di media sosial semalam, saya terpanggil ingin kongsikan beberapa pengamatan peribadi yg bagi saya amat berharga dalam membentuk keperibadian & pendirian siyasah saya, hingga kini.

Kalam Rasyid Ridho ini saya jadikan sandaran..;

نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضاً فيما اختلفنا فيه... 

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157650034724876

1. Awal 2015, ketika Najib putuskan utk penjarakan Anwar Ibrahim buat sekian kalinya melalui fitnah seks Saiful, Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi melalui Setiausaha Kesatuan Ulamak Dunia (KUIS), Syeikh Dr 'Ali Mahyuddin Qarrah Daghi terbang ke Kuala Lumpur berjumpa Anwar di kediamannya Segambut. Saya turut hadiri acara ringkas tersebut, bersama doakan kesejahteraan serta peliharaan Allah serta kesabaran buat Anwar yg menempuhi ujian fasa terbaru itu.

2. Syeikh Qarrah Daghi berkata, "...aku wakili Qaradhawi menyampaikan salam buat kamu, kerana beliau tidak mampu naiki kapal terbang untuk tempoh lama untuk datang berjumpa kamu, maka Qaradhawi doakan kesabaran dan ketaqwaan tertinggi buat kamu dalam menempuh fitnah ini". 

3. Sebelum itu dlm ucapan Syeikh itu menaqalkan beberapa kisah fitnah seks yg pernah dilalui Rasulullah dan para pelbagai Rasul terdahulu serta sahabat, dan katanya fitnah seks itulah yg akan terus digunakan oleh musuh sejak zaman Adam hingga kini.

Itu kisah seawal 2015 dulu, sudah 4 tahun. 

Saya catat tiap bait ucapan, berpelukan dgn Syeikh, bergambar. Selang beberapa minggu lepas itu Anwar diangkut ke penjara, hinggalah dibebaskan penuh oleh YDP Agung tanpa seberang kesalahan, pasca PRU14 lepas.

4. Kisahnya itu berulang, seminggu dua ini modus operandi sama disusun semula buat Anwar lagi. Pelakunya dikenalpasti, kisah jijik itu mewarnai media, bahkan pelakunya sungguh buruk jika dipamerkan wajahnya serta beban fitnahnya. Kita belum tahu apa kesudahannya.

5. Sekali lagi petang semalam Syeikh Qarrah Daghi melawat Anwar, menyampaikan salam yg sama daripada Qaradhawi, doa serta memohon kesabaran pada ujian fitnah yg sekian kali ini. Jelas sinar keakraban dan keceriaan di wajah mereka, ditunjukkan melalui kemesraan kedua tokoh dunia Islam itu.

6. Tidak habis di situ, malam tadi, sempena KL Summit 2019 sahabat baik Anwar sendiri, Presiden Turkey mengecualikan diri daripada jamuan penting tetamu negara bersama delegasi itu, bahkan beliau pula yg meng-hostkan jamuan ringkas buat Anwar di Kedutaan Turkey sendiri. Erdogan yg diakui dunia Islam sebagai tokoh yg cukup berjasa & berjaya mengangkat izzah pemerintahan Islam hingga meletakkan Turkey digeruni & dihormati kawan & musuh hari ini.

7. Kesimpulan awal yg kita perhatikan, sejak sekian lama pelbagai tokoh dunia tersebut - Qaradhawi, Qarrah Daghi, Erdogan dan ramai lagi tak pernah henti berkomunikasi, berjumpa dan memberikan sokongan tak belah bagi setiap kali ujian politik buruk melanda Malaysia, khasnya buat Anwar.

8. Kita perhatikan juga, tindakan & bahasa badan mereka itu tidak sedikitpun bersifat lakonan atau wajah pembodek yg punyai kepentingan semata. Mereka hadir dari jauh, nyatakan sokongan penuh keceriaan dan saling berdoa buat rakan seperjuangan yg sedang lalui fasa fitnah besar untuk diberikan bantuan Allah serta dimusnahkan segala perancangan jahat itu.

Apa pula pengalaman yg mahu saya kaitkan?

9. Perjalanan kecil saya, kerap dahulu mewakili Lujnah Antabangsa, beberapa kali bermusafir dgn pelbagai pimpinan pelbagai party, termasuk pernah berdua bersama Anwar ke luar negara untuk tempoh hampir seminggu. Seperti biasa, sela waktu yg ada saya tak siakan utk bertanya, memohon 'ibrah dalam pelbagai isu , termasuklah penglibatan gerakan Islam ABIM, Pas serta berkara berkaitan ijtihad Anwar satu ketika dahulu bersama Umno, etc. 

10. Juga di tahun 2013 itu, sudah pastilah saya bertanyakan juga hal hubungan peribadi beliau bersama pimpinan Pas yg semakin renggang masa itu disebabkan kes Hj Hadi Awang khianati pelbagai persepakatan & perjanjian Pakatan Rakyat dgn meletakkan pelbagai calon di kerusi PKR dlm PRU13 itu.

11. Response Anwar kelihatannya langsung tak keberatan berbicara tajuk sedemikian, sekalipun dgn saya dari party berbeza. Bahkan beliau tak cuba menjatuh atau sedikitpun merendahkan kepimpinan TG Nik Aziz atau Hj Hadi sekalipun beliau amat terkilan dan terasa hati atas pengkhianatan Presiden Pas itu. 

12. Hanya response Anwar "...anggaplah itu mungkin perbezaan antara saya dan Hadi, berdasarkan maklumat yg Hadi terima tanpa sempat bertanya...". Tak berlaku pun tindakan marah atau memburukkan sahabat yg pernah bersama dalam kepimpinan ABIM satu ketika dahulu.

13. Lain kisahnya, segar dalam ingatan juga satu ketika saya terpaksa memandu kenderaan di musim sejuk sejauh hampir 2,000 km yg mengambil masa 30 jam bersama Hj Hadi Awang serta beberapa rombongan percutian beliau. Saya seperti biasa, tak siakan peluang untuk berinteraksi langsung dgn pimpinan masa itu mengambil 'ibrah dakwah & siyasah dari ketua party itu. Terlalu banyak dikongsikan sepanjang jaulah musim sejuk itu.

14. Cuma satu kisah yg menjadikan saya cukup mengenali perbezaan sikap mereka. Ketika berbicara, satu ketika tiba-tiba Dr Samsuri (sekarang dah jadi MB) ingatkkan saya secara serious, "...Sayuti enta sembanglah dgn ayoh cik tu apa sahaja pun, tapi enta jangan sesekali tersebut nama Anwar atau nama Erdogan depan ayah cik tahu. Jangan..!"

15. Saya bertaya kenapa? Cukup pelik amaran oleh SetPol itu. Jawabnya kena jaga perasaan ayoh cik, tak mahu nanti ayoh cik anggap enta sebagai pimpinan muda Pas, tapi tak hormati pendirian Presiden yg tak mahu Anwar jadi PM (PRU13) & tak pernah setuju tindakan Erdogan tinggalkan Erbakan (Ustaz Erbakan, party Refah/Saadat) dulu yg tubuhkan party AKP di Turkey.

16. Itu kisahnya. Sejak itu, baharulah saya lebih faham, atas segala kecemerlangan berbelas tahun Erdogan di Turkey dan dunia Islam keseluruhannya, rupanya disebalik hati Hj Hadi Awang masih klasifikasi pimpinan party AKP & negara Turkey itu sbg selamanya seorang "pengkhianat party Islam" di Turkey di bawah pimpinan sahabat beliau Erbakan yg bersama party Refah satu ketika dahulu. Itulah rupanya yg diperkenalkan pada kami dahulu, Refah itulah satu-satunya party Islam Turkey, dan siapa yg meninggalkannya sbg satu pengkhianatan! 

17. Dan lebih tak sangka, terpahatnya juga dendam puluhan tahun dan marah Hj Hadi Awang pada Anwar yg dikatakan juga sbg pengkhianat tatkala ijtihad beliau tinggalkan ABIM dan sertai Umno hampir 40 tahun yg lampau... Dendam itu masih tak hilang rupanya, dan setiap gerakan & ucapan Hj Hadi Awang masih dikejar (hounted) oleh bayangan dendam lama yg membara itu. 

18. Semalam pula saya baca satu kenyataan Hj Hadi Awang "...pengikut yg jahil, dan ulamak yg tak faham" sebagai punca utama negara rosak, saya faham sebenarnya ianya satu kebenaran sepatutnya merujuk terus pada diri beliau sendiri yg selamanya masih gagal memahami "fiqh waqie" kenegaraan di Malaysia, serta tabiat ijtihad politik yg selamanya anjal & berubah mengikut zaman dan tempat yg berbeza.

19. Oleh itulah bagi Hj Hadi Awang, keputusan seseorang itu masuk sesebuah party itu seolahnya seperti masuk dalam agama. Selamanya siapa yg masuk dlm agama itu, haram baginya keluar, bahkan haram berbeza pandangan dgn dia sbg ketua. Hendaklah bagi siapapun yg masuk party dia itu menjadi "pewalak tegar" yg berbuat apa sahaja kehendak "ayatollah party" tanpa melawan. Itulah sebab akhirnya Hj Hadi sendiri melihat pengikutnya itu hanya menjadi orang jahil (analogi Hj Hadi sendiri) yg dipimpin oleh seorang ketua yg sebenarnya langsung "tak faham" waqie' politik negara.

Saya berpegang, analogi itu sangat tepat kena pada batang tubuh Hj Hadi Awang dan pengikutnya sendiri. Maka kalau ada yg cuba berlawan atau beza pendapat, maka selamanyalah mereka dianggap musuh, sekalipun "musuh" itu sudah jauh terkehadapan dan berjaya membuktikan segala ijtihad lama yg dipegang oleh Hj Hadi itu bukan sahaja lapok, bahkan menjadi sia-sia dan bathil semata.

20. Saya faham kini, pendiran keras Hj Hadi Awang pada Anwar, Erdogan itu jugalah yg membentuk pendirian Hj Hadi atas segala kebencian & dendam terhadap party Amanah dan pimpinannya yg meninggalkan party lama itu sejak 4 tahun lepas. Pastinya selamanya beliau berasa marah dan akan "tak faham", bahkan membiarkan sahaja pengikut beliau yg "jahil politik" terus bersekongkol dgn kezaliman dan kerja jahat Umno/Najib selama ini. Baginya, dendam & fitnah terhadap Amanah itu satu yg perlu terus dipupuk selama-lamanya..!

Bagi saya, neraca ini sudah pernah menjadi topik perbincangan & usrah saya sejak lebih 10 tahun ketika bersama adik-adik students dan petugas-petugas party yg diusrahkan pemikiran mereka saban waktu. Kami telah lama berusaha membetulkan kesesataan fikrah itu, tapi kejayaanny amat minima, disebabkan ketaksuban pada fikrah "ayatollah" party lama yg menjadi punca segala kerosakan itu! 

Syeikh Rasyid Ridho pernah menaqalkan satu pendirian yg amat cantik untuk dilaksanakan dalam politik ini, iaitu kita bersetuju pada satu perkara yg kita saling sepakati bersama, namun kita juga terpaksa bertolak ansur pada perkara yg kita berbeza pandangannya.

Itulah juga kunci kesepakatan dalam Pakatan Harapan ini!

Saya berpendirian, sifat dendam yg tak kesudahan serta iri hati pada rakan perjuangan yg dipupuk oleh TG Hj Hadi Awang pada pengikut itu aalah punca sebenar segala kerosakan dalam Pas yg bnerusaha terancang men"jahilkan" pengikut mereka daripada kebenarnya & keterbukaan tersebut.

Kita berdoa, satu ketika ummat Islam Malaysia dan dunia amnya bakal melihat Malaysia menjadi sebuah negara kuat dan punyai pengaruh, berbekalkan kesungguhan dan doa para ulamak & tokoh perjuangan agama yg bersama kita hingga kini ini...

Selamat berkonvensyen KL Summit!


No comments: