MENGAPA TIAN CHUA CUKUP TIDAK SENANG BILA NAMA ANWAR SERING DISEBUT PM8?



Rasanya tiada masalah kalau setiap hari orang menyebut tentang Anwar PM8 kerana itu tandanya ramai yang masih ingat janji PH kalaupun Tun M atau Azmin, Zuraidah dan Tian Chua lupa.

Nama Anwar disebut bukan kerana Anwar suruh jauh sekali Anwar melobi untuk jawatan tersebut.  Nama Anwar diangkat oleh Majlis Presiden PH dan Tun M sendiri tahu ianya ada di dalam perjanjian.  Tian Chua tentu lebih tahu sebab beliau terlibat sepenuhnya di dalam menguruskan hal tersebut bersama Saifudin Nasution, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli di dalam perbincangan awal.

Sewaktu kongres parti sebelum PRU14, Tian Chua, Azmin dan ramai lagi pimpinan parti turut mengangkat plakad Anwar sebagai PM.  Bukan PM8 bahkan PM7 lagi.  Tapi akhirnya, dipersetujui Tun M adalah PM7 dan Anwar disebut sebagai PM8.  Apakah dosa besar rakyat menyebutnya?  

Tidak masuk akal bila rakyat sebut Anwar PM8 maka Anwar dan Tun M akan bergaduh.  Anwar bukan mahu rampas jawatan itu dari Tun M kerana atas restu Anwar lah maka Tun M merasa menjadi PM kali kedua.  Rakyat cuma mahu Tun M jujur dan tidak khianat, jangan cakap berpusing-pusing apabila menyentuh tentang peralihan kuasa.  Kalau Tun M telah berjanji untuk menjadi PM hanya selama 2 tahun dan ini diketahui ramai orang, jangan pula beliau cuba untuk mencari helah melambatkan proses itu.  

Tian Chua sepatutnya tegur Tun M yang sering cakap berpusing-pusing sehingga menyebabkan isu ini menjadi kontroversi, bukannya salahkan rakyat atau ahli parti yang menuntut agar Tun M mengotakan janjinya.  Dua tahun berakhir pada Mei 2020, rakyat tidak minta kurang atau lebih dari yang dijanjikan oleh Tun M.  

Tian Chua boleh pertahankan Tun M sampai kiamat, tetapi jangan salahkan kami yang istiqomah mahu Anwar jadi PM8 selepas dua tahun Tun M diberikan peluang.  

WFAUZDIN NS

No comments: