SPRM PERLU BERTINDAK MENYIASAT KHIR TOYO






SHAH ALAM- ketua pembangkang Selangor yang sentiasa membangkang, namun sentiasa pula terjerat diri sendiri akibat salahlaku rasuah kini telah jelas di siasat oleh pihak kerajaan negeri Selangor .Rumah agam indah yang dikatakan dibina dengan kos sebenar sebanyak RM 20 juta ini kini telah di sahkan oleh wakil DAP Ng See Lim yang menjelaskan bahawa ianya sah dimiliki oleh Dr khir Toyo yang terletak di jalan Suasa 7/1L di Shah ALam . Sebelum ini seorang lagi pemimpin Umno yang pernah menjadi jaga pintu keretapi Dato Zakaria Derus.Dr khir kemudiannya menafikan dakwaan tersebut yang menafikannya bahawa beliau membinanya dengan kos RM 20 juta

ADUN Sekincan tersebut mendakwa lagi bahawa rumah yang tersergam indah itu merupakan sebuah istana yang dibina di atas tapak seluas kira1.17 ekar atau 50,00 kaki persegi. ISTANA ZAKARIA dimana mempunyai 16 bilik tidor,21 bilik air dikampung Idaman Kelang.Ini keluasan yang dimiliki oleh Dato Zakaria Derus

Ng yang kemudiannya menjelaskan bahawa berbanding dengan tanah tapak rumah yang dibina Khir Toyo, dimana beliau membeli tanah dengan harga rm 2.9 juta dengan keluasan sebanyak 43.000 kaki persegi dan satu lot lagi dengan harga RM900,000 dengan keluasan 20,427 kaki persegi.




Beliau seterusnya menjelaskan lagi bahawa istana yang di bina itu berharga RM 20 juta.Khir Toyo ketika menjelaskan kepada pemberita memberitahu bahawa beliau membeli tanah tersebut sebanyak RM 3.5 juta. "Saya tidak menyembunyikan semuanya"


Jika dilihat kepada rumah dan perbelanjaan pembinaannya Dr Khir masih belum mampu memiliki harga rumah sebanyak RM3.5 juta pun, walau beliau menjadi seorang Menteri Besar malahan ahli politik tidak dibenarkan berniaga.

Rumah tersebut dibina berdasarkan citarasa Bali dan semua parabot didalamnya diimport dari Bali.Rumah itu juga dilengkapi dengan kolam renang.

"Saya ingin mengetahui bagaimana Khir Toyo sebelum menjawat jawatan Menteri Besar dan menjadi doktor lama 8 tahun dan kemudian nya mendapat begitu banyak kesenangan dan dapat pula membina rumah berjumlah RM 24 juta"



"Berdasarkan kepada jumlah pendapatan seorang penjawat awam satu siasatan oleh Tan Sri Kh alid Ibrahim, Ng yang mengetuai siasatan mendapati Dr khir mendapat pendapatan sebanyak RM 48,000 sebulan semasa beliau memegang jawatan menteri besar"


" Jumlah ini akan mendatangkan pendapatan sebanyak RM 576,000 setahun atau RM4.6 juta jika diambil kira sejak memegang jawatan dari Ogos 2000 dan Mac 2008 , Sebagai Menteri Besar beliau dilarang sama sekali menjalankan perniagaan."



Ng menjelaskan lagi bahawa SPRM yang seringkali tangkas kerana menjalankan siasat jika mensabitkan pihak pembangkang seharushnyalah menyiasat Dr Khir Toyo, dan bagaimana beliau memiliki kekayaan sebanyak itu.



SPRM juga katanya boleh menyiasat dan bertindak jika mahu. Berdasarkan dokuman yang berikan kepada wartawan DR Khir dan Datin Zahrah Kechik telah membeli tanah tersebut dari sebuah syarikat iaitu DITAMAS SDNBHD pada tahun 2007 dan kontrak pembinaan rumah tersebut juga siap pada tahun ini.



Terjemahan oleh: Amiruddin ahmad.



Inilah kenapa rakyat membenci kerajaan kerana sebilangan pemimpin rakus dalam menjalankan tanggungjawab demi kepentingan peribadi.Seharusnyalah SPRM bertindak tanpa memilih bulu dan juga jangan lagi mengganggap rakyat masih macam dulu-dulu, menerima dan melihat dengan rasa kagum dan memuji pemimpin.Kini rakyat dan generasi baru melihat ini sebagai sesuatu yang tidak bermoral dan jijik.Jika ini diteruskan, kerajaan yang adahari ini akan gagal untuk bertahan lama lagi.

PAKATAN TIADA MASAALAH




TIADA MASALAAH DALAM PAKATAN-ANWAR



-Dato Seri Anwar Ibrahim sewaktu berceramah di Kulim Bandar Baru semalam, DSAI menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat masih kukuh dan pasti akan mentadbir negara bila tiba waktunya.Beliau yang berucap di hadapan lebih 5000 yang hadir di dewan masayarakat bekas pelajar Cina di perkampungan Bagan Samak berkata bahawa dalam sebuah parti yang mempunyai berbagai bangsa sudah tentulah adakalanya kita berselisih pendapat dan ini juga berlaku dalam mana-mana parti pun , malah dalam rumahtangga pun ada sedikit perselisihan faham .Turut hadir ialah YB Zulkifli Nordin,Yb Ahmad Kasim,wakil MB Kedah,wakil DAP dan masyarakat kaun tionghua.


“Biasalah , dalam parti yang mengamalkan demokrasi adakalanya kita berselisih pendapat.Sedangkan dalam rumahtangga pun kita bergaduh” di sambut tepukan gemuruh orang ramai yang menyetujui apa yang beliau ucapkan.

Anwar menjelaskan bahawa, krisis di Kedah adalah berpunca dari tempat penyembelihan ternakan khinzir yang berada di kawasan awam dan ini sudah tentulah menimbulkan sedikit masalah terutamanya bagi kaum Melayu.namun usaha yang dibuat oleh menteri besar Kedah ialah mengubah ke kawasan yang bersesuaian , dan ianya sudah tentuah mengambil sedikit masa untuk menyelesaikannya.Berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh DAP yang kononnya mengistharkan keluar dari pakatan, beliau menjelaskan bahawa, pihak Pakatan Rakyat akan memutuskan isu ini dan bukan akhbar Bn.malah beliau menjelaskan ianya hanyalah sedikit perselihan pendapat dan dimainkan oleh akhbar Bn yang mahu melaga-lagakan keutuhan pakatan Rakyat.

Sementara itu di Pulau Pinang pula , ianya berkaitan dengan apa yang berlaku di Kampung Buah Pala.Situasi menang-menang untuk semua pihak perlu ada. Pihak kerajaan negeri pula mendesak agar pampasan yang boleh di berikan kepada rakyat harus melebihi dari apa yang dijanjikan oleh pihak pemaju.

Isu Kampung buah Pala menjadi isu hangat kerana ianya melibatkan tinggalan kerajaan Bn yang telah menjual tanah tersebut yang di kenali sebagai kawasan Oasis dan di jual kepada pemaju Nusmetro Venture .Kerajaan Bn telah menjual tanah tersebut sebanyak 3.21 juta kepada syarikat berkenaan. Nusmetro yang mempunyai modal berbayar sebanyak RM250 ribu ringgit akan membangunkan Kampung tersebut yang di berikan hak membangun kepada koperasi pegawai-pegawai kerajaan Pulau Pinang.


Menurut Anwar untuk menyalahkan kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng adalah tidak boleh kerana ianya adalah tinggalan mereka , pihak Bn Kerajaan Pakatan Rakyat akan menjalankan siasatan secara terbuka, dan diketuain oleh Timbalan ketua Menteri Dr Mansur Othman.



“Ini adalah kerja akhbar kerajaan Bn.Dia ada banyak duit,tv dan semua paper.Oleh itu kita perlu jelaskan kepada rakyat apa yang berlaku dan semua ini di ambil kesempatan oleh media pemerintah untuk menggugat keutuhan kerajaan Pakatan rakyat. Kalau kita bijak, kita tidak akan di tipu oleh mereka.Maka kerana itu rakyat perlu membuka minda dan celik bahawa ini adalah permainan politik kerajaan Bn untuk merosakkan hubungan sesama kita dan Pakatan Rakyat.”

Anwar turut menjelaskan bahawa apa yang berlaku ini juga sebenarnya dapat memberikan rakyat untuk menilai bahawa inilah kerja-kerja yang dilakukan oleh pimpinan Bn yang mengambil hak rakyat dengan menjualkan kepada pemaju dan akhirnya rakyat yang rugi.Malah rasuah menjadi amalan dalam setiap tindakan untuk mengayakan segolongan tertentu dan dalam masa yang sama rakyat dari golongan miskin akan dibiarkan.Beliau mengulas dengan apa yang terjadi kawasan kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang mana sehingga kini kerajaan pakatan Rakyat di persalahkan..


“Nak Bantu rakyat ambil sana sikit,beri pada rakyat sikit,lebih masuk dalam poket sendiri” jelas beliau di sambut tepukan dan cemuhan dari hadirin.

Anwar juga menjelaskan bahawa , beliau akan tetap lawan untuk kebajikan masyarakat berbilang bangsa yang ada di dalam negara tanpa mengira kaum, malah beliau juga menempelak apa yang di laungkan oleh Perdana menteri Dato seri Najib dengan menyatakan bahawa laungan Satu Malaysia adalah omongan kosong semata-mata sambil memberikan contoh pakej ransangan ekonomi yang mana negeri-negeri Pakatan Rakyat mendapat hanya sedikit imbuhan dari apa yang dikatakan sebagai pakej ransangan ekonomi dan slogan One Malaysia.



“Satu Malaysia apa jika negeri-negeri Pakatan Rakyat mendapat paling sedikit bantuan dari kerajaan bn.Apakah rakyat di negeri-negeri ini tidak membayar cukai?atau kerana Najib marah disebabkan oleh rakyat di negeri-negeri Pakatan ini melilih untuk tidak mengundi Bn dan memberi kepada pembangkang, maka kerana itu mereka di pinggirkan.Rakyat menilai semua ini” demikian jelas Anwar lagi.


Beliau seterusnya menjelaskan bahawa ,beliau akan tetap akan melawan bagi membantu rakyat dan membentuk sebuah negara yang bebas dari rasuah dan ketidakadilan hukum.Mengenai hukuman yang bakal di kenakan kepada beliau, Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak gentar sama sekali, malah akan terus lawan jika beliau terpenjara sekali pun.

“Dulu sudah masuk dalam, keluar lawan dan kini mereka mahu saya masuk dalam lagi.apa ingat saya takut?” Tanya Anwar dan di sambut laungan reformasi oleh hadirin.Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan terima kasih kerana hadir sebegitu ramai mendengar penjelasan dari lidah Pakatan Rakyat

SUKANEKA DI PERMATANG PAUH





PERMATANG PAUH-Lawatan sehari Ketua Umim DSAI ke Permatang Pauh semalam dimana beliau sempat untuk ke acara sukaneka yang di adakan di perkampungan Tanah Liat.Sukaneka anjuran anak-anak muda dan golongan veteran ini adalah sebagai salah satu acara bagi mengeratkan silaturrahim antara jiran tetangga dan juga masyarakat setempat.
DSAI meluangkan masa untuk hadir melihat dan beramah mesra dengan penduduk kampung.


Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

(PMIUPM) menyatakan kesediaan untuk membuat bantahan besar-besaran jika dua tertuduh bagi kes contengan protes ‘anti-Rosmah’ di Universiti Malaya dikenakan tindakan tatatertib oleh universiti.


Presiden persatuan berkenaan, Safwan Abdul Ghani juga mempertikai tindakan polis memburu pesalah di dalam kampus.


“Kerajaan, pihak polis dan pentadbiran Universiti Malaya bersikap terlalu kejam dan zalim kepada mahasiswa, sehingga boleh mengenakan tindakan sesuka hati mengikut apa yang mereka suka.

Tiga orang siswa yang tiada kena mengena dengan kes ini juga boleh dilibatkan sama sehingga pihak polis boleh masuk ke kawasan kampus untuk memburu mereka,”ujar beliau dalam kenyataannya.


Beliau yang mengaku menyahut seruan bantahan yang dinyatakan oleh Shazni Munir melalui blognya juga mempertikai bidang kuasa pengawal keselamatan disamping kredibiliti mahkamah universiti serta Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).


Dimanakah fungsi pihak keselamatan, Mahkamah universiti dan AUKU yang selama ini digembar-gemburkan dan dibahas dengan oleh perwakilan kerajaan di Parlimen? Ketara sangatlah ada pihak yang sengaja menghuru-harakan keadaan dan memburuk-burukkan mahasiswa,”tambah beliau lagi.


Ditanya berkenaan pandangan beliau kepada wanita nombor satu Negara itu berhubung kes yang berlaku, Safwan ada pendirian tersendiri.


“Sekiranya ketiga-tiga siswa yang diburu itu ditangkap, disoalsiasat, dan didakwa di mahkamah, maka Rosmah juga perlu untuk dilibatkan sama. Baru dikatakan adil, sejak daripada pembunuhan Altantuya lagi, pernahkah Rosma disoalsiasat oleh pihak polis?.


Pernahkah dia dan YAB Najib Tun Razak dihadapkan di Mahkamah? Siapakah dia ini, dia makan pun daripada titik peluh kita sebagai rakyat, kami rakyat mahukan keadilan, jangan buat sesuka hati. Sekiranya mereka ditangkap, kita mahasiswa akan melakukan satu gelombang bantahan yang mereka tidak pernah lihat dalam sejarah Malaysia ini,”jawab beliau.


Terdahulu, polis masih lagi mencari Shazni Munir Ithnin, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) disamping dua orang lagi individu iaitu Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani bagi membantu siasatan.


Shazni dalam blognya, Perubah Zaman menyeru dan mencabar universiti menyeru semua mahasiswa membantah jika keputusan tatatertib universiti diambil seperti yang berlaku kepada ISA7.


Beliau juga menyatakan selama-lamanya menuntut Rosmah Mansur untuk didakwa di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

LAGI PANDANGAN MENGENAI VIDEO PUAKA




Beberapa pandangan mengenai Video Rosmah.Pandangan rakyat marhaen.Adakah pandangan ini boleh digunapakai hanya dengan satu pandangan sahaja???ianya sepatut di laksanakan kepada beberapa lagi responden.