PAKATAN TIADA MASAALAH




TIADA MASALAAH DALAM PAKATAN-ANWAR



-Dato Seri Anwar Ibrahim sewaktu berceramah di Kulim Bandar Baru semalam, DSAI menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat masih kukuh dan pasti akan mentadbir negara bila tiba waktunya.Beliau yang berucap di hadapan lebih 5000 yang hadir di dewan masayarakat bekas pelajar Cina di perkampungan Bagan Samak berkata bahawa dalam sebuah parti yang mempunyai berbagai bangsa sudah tentulah adakalanya kita berselisih pendapat dan ini juga berlaku dalam mana-mana parti pun , malah dalam rumahtangga pun ada sedikit perselisihan faham .Turut hadir ialah YB Zulkifli Nordin,Yb Ahmad Kasim,wakil MB Kedah,wakil DAP dan masyarakat kaun tionghua.


“Biasalah , dalam parti yang mengamalkan demokrasi adakalanya kita berselisih pendapat.Sedangkan dalam rumahtangga pun kita bergaduh” di sambut tepukan gemuruh orang ramai yang menyetujui apa yang beliau ucapkan.

Anwar menjelaskan bahawa, krisis di Kedah adalah berpunca dari tempat penyembelihan ternakan khinzir yang berada di kawasan awam dan ini sudah tentulah menimbulkan sedikit masalah terutamanya bagi kaum Melayu.namun usaha yang dibuat oleh menteri besar Kedah ialah mengubah ke kawasan yang bersesuaian , dan ianya sudah tentuah mengambil sedikit masa untuk menyelesaikannya.Berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh DAP yang kononnya mengistharkan keluar dari pakatan, beliau menjelaskan bahawa, pihak Pakatan Rakyat akan memutuskan isu ini dan bukan akhbar Bn.malah beliau menjelaskan ianya hanyalah sedikit perselihan pendapat dan dimainkan oleh akhbar Bn yang mahu melaga-lagakan keutuhan pakatan Rakyat.

Sementara itu di Pulau Pinang pula , ianya berkaitan dengan apa yang berlaku di Kampung Buah Pala.Situasi menang-menang untuk semua pihak perlu ada. Pihak kerajaan negeri pula mendesak agar pampasan yang boleh di berikan kepada rakyat harus melebihi dari apa yang dijanjikan oleh pihak pemaju.

Isu Kampung buah Pala menjadi isu hangat kerana ianya melibatkan tinggalan kerajaan Bn yang telah menjual tanah tersebut yang di kenali sebagai kawasan Oasis dan di jual kepada pemaju Nusmetro Venture .Kerajaan Bn telah menjual tanah tersebut sebanyak 3.21 juta kepada syarikat berkenaan. Nusmetro yang mempunyai modal berbayar sebanyak RM250 ribu ringgit akan membangunkan Kampung tersebut yang di berikan hak membangun kepada koperasi pegawai-pegawai kerajaan Pulau Pinang.


Menurut Anwar untuk menyalahkan kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng adalah tidak boleh kerana ianya adalah tinggalan mereka , pihak Bn Kerajaan Pakatan Rakyat akan menjalankan siasatan secara terbuka, dan diketuain oleh Timbalan ketua Menteri Dr Mansur Othman.



“Ini adalah kerja akhbar kerajaan Bn.Dia ada banyak duit,tv dan semua paper.Oleh itu kita perlu jelaskan kepada rakyat apa yang berlaku dan semua ini di ambil kesempatan oleh media pemerintah untuk menggugat keutuhan kerajaan Pakatan rakyat. Kalau kita bijak, kita tidak akan di tipu oleh mereka.Maka kerana itu rakyat perlu membuka minda dan celik bahawa ini adalah permainan politik kerajaan Bn untuk merosakkan hubungan sesama kita dan Pakatan Rakyat.”

Anwar turut menjelaskan bahawa apa yang berlaku ini juga sebenarnya dapat memberikan rakyat untuk menilai bahawa inilah kerja-kerja yang dilakukan oleh pimpinan Bn yang mengambil hak rakyat dengan menjualkan kepada pemaju dan akhirnya rakyat yang rugi.Malah rasuah menjadi amalan dalam setiap tindakan untuk mengayakan segolongan tertentu dan dalam masa yang sama rakyat dari golongan miskin akan dibiarkan.Beliau mengulas dengan apa yang terjadi kawasan kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang mana sehingga kini kerajaan pakatan Rakyat di persalahkan..


“Nak Bantu rakyat ambil sana sikit,beri pada rakyat sikit,lebih masuk dalam poket sendiri” jelas beliau di sambut tepukan dan cemuhan dari hadirin.

Anwar juga menjelaskan bahawa , beliau akan tetap lawan untuk kebajikan masyarakat berbilang bangsa yang ada di dalam negara tanpa mengira kaum, malah beliau juga menempelak apa yang di laungkan oleh Perdana menteri Dato seri Najib dengan menyatakan bahawa laungan Satu Malaysia adalah omongan kosong semata-mata sambil memberikan contoh pakej ransangan ekonomi yang mana negeri-negeri Pakatan Rakyat mendapat hanya sedikit imbuhan dari apa yang dikatakan sebagai pakej ransangan ekonomi dan slogan One Malaysia.



“Satu Malaysia apa jika negeri-negeri Pakatan Rakyat mendapat paling sedikit bantuan dari kerajaan bn.Apakah rakyat di negeri-negeri ini tidak membayar cukai?atau kerana Najib marah disebabkan oleh rakyat di negeri-negeri Pakatan ini melilih untuk tidak mengundi Bn dan memberi kepada pembangkang, maka kerana itu mereka di pinggirkan.Rakyat menilai semua ini” demikian jelas Anwar lagi.


Beliau seterusnya menjelaskan bahawa ,beliau akan tetap akan melawan bagi membantu rakyat dan membentuk sebuah negara yang bebas dari rasuah dan ketidakadilan hukum.Mengenai hukuman yang bakal di kenakan kepada beliau, Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak gentar sama sekali, malah akan terus lawan jika beliau terpenjara sekali pun.

“Dulu sudah masuk dalam, keluar lawan dan kini mereka mahu saya masuk dalam lagi.apa ingat saya takut?” Tanya Anwar dan di sambut laungan reformasi oleh hadirin.Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan terima kasih kerana hadir sebegitu ramai mendengar penjelasan dari lidah Pakatan Rakyat

No comments: