[LIVE][120615] Ramadhan..Kedatangan Mu Dinanti Pemergian Mu Ditangisi - Ustaz Wadi Annuar


LIVE][120615] Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan - Ust Azizan •Ust Yusof •Ust Aiman •Ust Ferdaus


LIVE][120615] Ramadhan..Azab & Rahmat - Ust Ahmad Rizam • Ust Murtadha • Ust Annas


Muhyiddin Disingkir, Shahrir Dan Annuar Kembali Sertai Kabinet?


Lawatan rasmi Najib Razak ke Arab Saudi sambil menunaikan umrah bermula Sabtu lalu hingga semalam bersama dua Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein,  menimbulkan spekulasi yang makin meluas bahawa ia akan disusuli dengan rombakan kabinet selepas ini.

Baik dalam suasana aman, apatah lagi ketika gelora politik makin membara berikutan kritikan berterusan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika ini,  hakikatnya amat janggal bagi Perdana Menteri membawa dua orang Naib Presiden UMNO sekaligus untuk mengiringinya bagi menunaikan umrah, kecuali ada permuafakatan yang perlu disepakati di tanah suci itu.

Lantaran itu menjadi perbualan ramai bahawa pemergian mereka ini ada kaitan dengan suasana politik yang sedang melanda negara. Apatah lagi, pemergian itu ketika tragedi gemba bumi Sabah sedang berlaku dan seolah-olah membawa kedua-dua Naib Presiden UMNO lebih penting daripada segala-galanya.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang diketahui agak berbeza pendirian dengan Najib sejak kebelakangan ini, terutama berhubung isu 1MDB, tidak ikut serta atau barangkali juga tidak dipelawa untuk berumrah bersama-sama ini.

Beliau difahamkan kini berada di Russia atas urusan rasmi kementeriannya.

Dengan Najib membawa kedua-dua Naib Presiden itu ke Mekah, cakap-cakap paling sensasi menjadi bualan ialah kemungkinan Muhyiddin Yassin akan digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana kedudukannya dalam kabinet lebih dianggap sebagai ancaman serta "duri dalam daging" kepada masa depan Perdana Menteri.

Najib dikatakan sudah tidak dapat menahan sabar lagi dengan karenah dan tingkah laku Muhyiddin yang tidak cukup setia dan kurang konsisten dengannya, terutama sejak isu 1MDB meletus.

Melalui penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan itu, Najib bukan saja ingin membuktikan sikap ingin terus melawannya terhadap serangan Tun Mahathir, bahkan mahu menunjukkan beliau benar-benar pahlawan Bugis yang masih ada sisa-sisa keberaniannya.

Tempat Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dikatakan akan diambil alih oleh Zahid Hamidi manakala Hishammuddin yang merupakan sepupu Najib akan dikanankan lagi kedudukannya dengan diberikan portfolio Kementerian Kewangan untuk persediaan sebagai calon Perdana Menteri masa depan.

Shafie Apdal pula akan dipindahkan di kementerian lain yang kurang penting bagi mengekang pengaruh serta pergerakannya daripada terus memberi kesan negatif kepada Najib.

Sebuah agensi kerajaan yang berkaitan dengan perang saraf dikatakan telah menemui Najib beberapa minggu lalu dan mengemukakan cadangan yang antaranya ialah penyingkiran Muhyiddin daripada kerajaan dengan alasan "masa bertahan sudah berakhir" jika Perdana Menteri ingin terus kekal memimpin parti dan negara. 

Agensi itu juga mahukan Najib memulakan fasa "menembak" dan "menyerang" pula selepas sekian lama mengambil pendekatan berdiam diri dan bertahan.

Selain itu, beberapa menteri juga difahamkan bakal digugurkan dalam rombakan yang akan dilakukan ini kerana Najib kini mula menyedari sebahagian daripada mereka hanya "bermain selamat" dan tidak membantunya menghadapi serangan, baik daripada Tun Mahathir atau pembangkang.

Antara pemimpin yang disebut-sebut bakal dimasukkan kembali ke dalam kabinet ialah Shahrir Samad, Pengerusi BNBBC yang sejak kebelakangan ini paling lantang mempertahankan Najib daripada serangan Tun Mahathir.

Najib dikatakan amat berpuas hati dengan cara, pendekatan dan hujah Ahli Parlimen Johor Bahru itu ketika membalas serangan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Nama lain yang turut disebut bakal dibawa kembali ke dalam kabinet sejak dua tiga hari ini ialah Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh kerana Najib ingin memanfaatkan keberanian dan kepetahan bekas menteri itu sebagai perisai barunya.

Dalam menghadapi serangan dan kritikan Tun Mahathir yang dijangka lebih panas selepas ini, Najib dikatakan tiada pilihan lain selain melantik Timbalan Perdana Menteri baru, menyusun semula kabinetnya dan meletakkan pemimpin senior yang berani seperti Shahrir Samad dan Annuar Musa untuk membentengi kedudukannya.

Bersekali dengan rombakan kabinet yang bukan saja menyaksikan penyingkiran Muhyiddin dan digantikan dengan Zahid Hamidi tetapi juga disertai dengan kemasukan semula Shahrir dan Annuar itu, sekaligus menunjukkan pahlawan Bugis sudah sedia berentap sehingga "bumi berkeping dua" sebagaimana madah yang selalu diucapkannya sebelum ini. (SH 09/06/2015)

Cuepacs gesa kerajaan segera umum kenaikan gaji, bonus

Tak kan la Najib nak bohong lagi,? Dulu cakap lepas laksana GST kerajaan akan tunaikan kenaikkan gaji......

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam mahu kerajaan umum kenaikan gaji untuk penjawat awam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2015.Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam mahu kerajaan umum kenaikan gaji untuk penjawat awam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2015.

















 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu supaya kerajaan segera mengumumkan kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata kenaikan itu mestilah lebih baik memandangkan pekerja dalam sektor awam di negara ini berdepan dengan cabaran kos sara hidup yang masih jauh jurangnya dengan kadar upah yang diterima.

"Penjawat awam kini tertanya-tanya bila lagi kerajaan akan mengumumkan kenaikan gaji, bulan puasa ini ada atau tidak ada bonus.


"Inilah masa yang terbaik untuk kerajaan umumkan kenaikan gaji, elaun, elaun wilayah serta penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Hari Pekerja 2015 dan Malam Mesra Hari Gawai 2015 di Kuching, malam tadi.

Beliau berkata walaupun keadaan kewangan negara kurang stabil ketika ini tetapi ia bukan alasan untuk kerajaan tidak mengumumkan kenaikan gaji kepada penjawat awam yang menunjukkan komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.


Azih berkata kepimpinan Cuepacs akan terus memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam di negara ini. – Bernama, 12 Jun, 2015.

Pengundi Cina tidak lagi sokong PAS PRU depan

Pengundi Cina tidak lagi sokong PAS PRU depan
Pengundi Cina tidak lagi sokong PAS PRU depan
Lim Hong Siang holding book title Tsunami Cina during forum PAS Pasca Muktamar in Kuala Lumpur on June 11,2015.-The Malaysian Insider pic by Seth Akmal.

Pengundi Cina tidak lagi sokong PAS PRU depan

Keputusan muktamar PAS baru-baru ini disifatkan sebagai satu pemisah dan menghancurkan harapan rakyat, termasuk kaum Cina yang sebelum ini pernah mengambil keputusan drastik dengan menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, kata kolumnis politik Lim Hong Siang.

Namun, Lim yakin perkara sedemikian tidak akan berulang pada PRU yang akan datang kerana keputusan muktamar itu jelas menghancurkan sentimen dan semangat mereka.

“Orang Cina yang sekian lama fobia kepada PAS, fobia kepada Islam, akhirnya mengambil satu keputusan sedaya upaya menyokong PAS dalam PRU13,” katanya yang menceritakan isi kandungan buku Tsunami Cina pada forum ‘Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam.

Beliau yang merupakan salah seorang ahli panel forum tersebut menceritakan bagaimana masyarakat Cina Tiong Hwa buat pertama kalinya memacakkan bendera PAS di depan rumah mereka sebagai tanda sokongan kepada parti Islam tersebut.

“Buat pertama kalinya mereka terbang dari Hong Kong , Shanghai, Taiwan, Australia, Amerika Syarikat, balik ke sini untuk mengundi parti Pakatan Rakyat (PR), roket (DAP) atau, PKR atau PAS.

“Dan di sini hari ini saya janji, fenomena ini, sentimen ini tidak akan berlaku dalam PRU14. Itu janji,” katanya.

Katanya, muktamar pada 4 Jun lalu dianggap sebagai pemisah kerana pihak progresif selama ini dilihat membawa PAS ke tengah, menggalas aspirasi rakyat seluruh Malaysia.

Manakala puak yang terdiri daripada golongan konservatif dilihat cuba untuk mengekalkan perjuangan tradisi mereka.

“Kembali kepada prinsipnya tidak mahu berganjak dan melakukan apa saja asalkan jawatan tidak hilang,” katanya merujuk golongan konservatif dalam PAS.

“Perwakilan PAS mengulangi sejarah, bukan mencipta sejarah. Jadi apa yang kita buat lebih daripada satu dekad kebelakangan ini habis begitu saja.

“Untuk satu dekad lalu, masyarakat Cina masih takut dengan PAS, yang dulunya dianggap sebagai pengganas. Begitu lama kita cuba nak bersihkan daripada label itu,” katanya.

Lim berkata individu seperti Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof dan Mohamed Hanipa Maidin merupakan mereka yang perlu diberi penghormatan dan tabik kerana membawa pendekatan yang berbeza dalam PAS.

“Mat Sabu turun ke demonstrasi, Dr Dzul hadir ke forum, Mujahid menjadi orang yang berdialog di gereja, Hanipa berbuih-buih berbahas dalam Dewan Rakyat.

“Semua ini menonjolkan yang PAS boleh menggalas untuk membawa kebaikan kepada rakyat, mengangkat maruah rakyat.

“Dan malam itu juga, kita lihat muka-muka itu. Walaupun mempunyai otak ekonomi paling cerdik – Husam Musa, kita melihat mereka yang boleh berdebat secara akademik – Dr Dzul, tewas kepada lutut dan siku di dalam jubah,” katanya.

Beliau merujuk kepada ahli Dewan Ulama PAS Nasrudin Hassanyang pada muktamar itu mengatakan mahu mengajar DAP menggunakan siku dan lutut.

Rakyat menunggu parti Islam progresif ganti PAS

Rakyat menunggu parti Islam progresif ganti PAS
Rakyat menunggu parti Islam progresif ganti PAS
Hishamuddin Rais speaks during forum PAS Pasca Muktamar in Kuala Lumpur on June 11,2015.-The Malaysian Insider pic by Seth Akmal.

Rakyat menunggu parti Islam progresif ganti PAS

Demi menyelamatkan politik di negara ini, Malaysia memerlukan parti Islam demokrat yang menumpukan kepada hak rakyat dan bukannya berasaskan Melayu Islam, kata seorang ahli akademik.

Dr Maszlee Malik berkata rakyat tidak mahukan politik yang berbaur perkauman dan lebih berminat kepada politik yang ke depan dengan membincangkan isu berkaitan urus tadbir, pendidikan, perumahan dan alam sekitar, seperti yang dilakukan DAP.

“Seperti DAP contohnya, membicarakan tentang pengurusan buangan sisa pepejal. Parti Islam tidak membincangkan perkara itu. Itu kita kena ubah.

“Kalau Islam demokrat yang akan datang ini, mereka perlu keluar daripada membicarakan isu perkauman, tetapi membincangkan isu berkaitan masyarakat,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Beliau berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel pada forum “Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS” yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam tadi.
Maszlee juga mengkritik keputusan muktamar PAS baru-baru ini yang majoritinya dimenangi golongan konservatif.

Beliau mendakwa, golongan konservatif terutamanya “ustaz muda” bakal meletakkan PAS di takuk lama seperti sebelum ini.

“Mereka akan pastikan tidak ada ruang untuk PAS kembali kepada pasca 2008. PAS akan terus menjadi konservatif,” katanya sambil meramalkan kemungkinan besar parti Islam tersebut bakal menjadi seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Beliau juga menyarankan golongan profesional PAS menubuhkan satu parti baharu sebagai jalan terbaik dan tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kerana mereka akan dilihat sebagai sekumpulan yang kecundang atau “serpihan” PAS.

“Kena tubuhkan satu parti yang segar, baharu. Anak-anak muda, NGO Islam, orang Islam yang lebih Islamis dan demokrat, untuk maju ke depan.
“Dalam pilihan raya terdekat, tidak dapat kerusi pun tak apa,” katanya. Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju Malaysia perlu ada parti Islam demokrat baharu.
Katanya, dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang, PAS tidak lagi relevan dan masyarakat ketika itu akan memerlukan parti Islam yang lebih realistik.
“Waktu itu PAS tidak lagi relevan. Waktu itu kita perlukan parti Islamis demokrat yang lebih realistik, dan boleh beri harapan baru menuju ke depan.

“Mereka perlu ke depan. Ini bukan untuk generasi kita tapi untuk anak cucu kita,” katanya dan pendapat itu turut dikongsi ahli panel lain.

Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju dengan Maszlee, mengatakan Malaysia perlu satu parti Muslim demokrat yang tidak berasaskan perkauman kerana menganggap PAS kini “produk yang rosak”.

“Pengajaran yang penting sekali daripada muktamar ini ialah Dewan Ulama meluluskan untuk putus hubungan dengan DAP.

“Tiba-tiba mereka sedar, terdapat 5,000 hingga 6,000 ahli PAS yang hidup makannya bergantung kepada kesepakatan DAP dan PKR.
“Ini bukan soal agama, tetapi soal ekonomi,” katanya pada forum itu.

Ahli Panel forum Fathi Aris mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada gabungan itu.

Ahli PAS mula tinggalkan parti ekoran krisis

Ahli PAS mula tinggalkan parti ekoran krisis
Ahli PAS mula tinggalkan parti ekoran krisis
KUALA SELANGOR, 4 Jun -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merasmikan persidangan Muktamar Tahunan PAS Ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini.
Muktamar yang bermula hari ini hingga 6 Jun tertumpu kepada ucapan dasar presiden dan juga pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti bagi sesi 2015-2017.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Ahli PAS mula tinggalkan parti ekoran krisis

Sekumpulan akar umbi PAS di Negeri Sembilan hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada jawatan disandang serta keluar daripada parti Islam itu.

Pemimpin-pemimpin PAS Jelebu membuat keputusan itu kerana kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam.

Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan muktamar menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP kerana langkah politik itu dilihat tidak strategik untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Keputusan yang diambil oleh PAS ini menyebabkan kredibiliti dan tanggapan umum kepada PAS telah tercalar.

“Tanpa sokongan dan dukungan kerjasama Pakatan Rakyat, PAS tiak ada berada pada kedudukan yang ada sekarang ini,” kata mereka.

Empat orang pemimpin PAS Jelebu menandatangani kenyataan itu.
Mereka ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Mohd Faizal Fadli Idrus, pengarah pilihan raya Saiful Bahri Jaaman serta dua pemimpin cawangan Maslan Mohamad Yusuf, Raniman A Rani dan Omar Othman.