Ahli PAS mula tinggalkan parti ekoran krisis

Ahli PAS mula tinggalkan parti ekoran krisis
Ahli PAS mula tinggalkan parti ekoran krisis
KUALA SELANGOR, 4 Jun -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merasmikan persidangan Muktamar Tahunan PAS Ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini.
Muktamar yang bermula hari ini hingga 6 Jun tertumpu kepada ucapan dasar presiden dan juga pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti bagi sesi 2015-2017.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Ahli PAS mula tinggalkan parti ekoran krisis

Sekumpulan akar umbi PAS di Negeri Sembilan hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada jawatan disandang serta keluar daripada parti Islam itu.

Pemimpin-pemimpin PAS Jelebu membuat keputusan itu kerana kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam.

Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan muktamar menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP kerana langkah politik itu dilihat tidak strategik untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Keputusan yang diambil oleh PAS ini menyebabkan kredibiliti dan tanggapan umum kepada PAS telah tercalar.

“Tanpa sokongan dan dukungan kerjasama Pakatan Rakyat, PAS tiak ada berada pada kedudukan yang ada sekarang ini,” kata mereka.

Empat orang pemimpin PAS Jelebu menandatangani kenyataan itu.
Mereka ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Mohd Faizal Fadli Idrus, pengarah pilihan raya Saiful Bahri Jaaman serta dua pemimpin cawangan Maslan Mohamad Yusuf, Raniman A Rani dan Omar Othman.

No comments: