Dulu ingat UMNO sudah berubah.






Hazimy



Ini tugas kita sebenarnya sedarkan penyokong mereka.


Yang buat jahat pemimpin mereka, penyokong hanya di tipu. Ditipu pemimpin UMNO, mereka lah pejuang Melayu Islam. Tapi Tabung Haji rosak di tangan mereka.


Siapa cakap?. Buku RCI Tabung Haji. Di tangan saya ni buku rasmi, dokumen rasmi RCI TH.


Berapa ramai agak2 orang UMNO baca buku ni?. Kalau mereka baca, insyallah mereka tak kan sokong UMNO selagi reform dalaman tidak berlaku.


Macam mana buku ni wujud?. Sebab desakan orang UMNO jugak. 


Mereka desak diadakan RCI Tabung Haji untuk mengukuhkan tuduhan bahawa Dr. Mujahid menjual aset kepada Cina. Dan tuduhan tu masih melekat, tengok komen ni.


Siasatan RCI TH dimulakan pada awal 2022, siap, dipersembahkan kepada YDPA pada Ogos 2022. Tapi mereka tak dedahkan pun buku RCI ni selepas siap. 


Kenapa?. Sebab tuduhan yang mereka reka tu satu penipuan. Dan akhirnya RCI membuktikan terlalu banyak kerosakan berlaku sehingga terjadinya krisis kewangan.


Bukan saya reka. Tengok ni. Krisis kewangan (m/s; xvi-xvii). Disebut dengan jelas LTH hadapi krisis kewangan yang serius pada 2017. Rugi diumumkan untung. Dalam keadaan rugi mereka tipu akaun untuk tunjuk yang mereka untung. Dalam buku menyebut, mereka kreatif dalam amalan perakaunan (m/s; xviii). Sorok kerugian, tidak declare kerugian, ubah rosot nilai 2 kali, tidak patuh dalam disiplin standard pelaporan Malaysian Financial Report Standard. Semua tu dibuat untuk tutup kerugian yang besar, supaya tidak backfire kerajaan masa tu.


Apa yang rugi Tabung Haji ni?.


Tabung Haji antara pembeli saham terbesar saham FGV (m/s; 154-155). Tetapi dalam buku RCI persoalan ditimbulkan, kenapa TH terus pegang saham FGV dan tidak menjualnya lebih awal untuk rendahkan exposure kerugian?. KWSP ambik tindakan ni, nampak saham FGV adalah aset yang sakit, KWSP lepaskan lebih awal, sekurang-kurangnya kerugian diminimakan. Ada rugi tapi lebih minima. Kenapa TH tidak berbuat demikian?.


Kerugian lebih RM1 bilion dicatatkan. Akibat pembelian saham FGV. TH lingkup. FGV lingkup. FELDA lingkup. Complete set.


Kalau baca lagi, penjualan saham aset TH yang mencurigakan. TH nak jual saham dalam PT TH Indo Plantation (m/s; 139-140). Harga dipersetujui USD910 juta, tapi tiba-tiba dikurangkan kepada USD810 juta. Short USD100 juta di situ. Dalam masa sama, syer saham yang nak dijual dipindahkan kepada pembeli sebelum terima bayaran. Pembeli belum bayar, kita pindahkan aset kita. Apa kartun nya transaksi ni. Dan lagi jahanam, TH tak terima bayaran daripada pembeli, tapi TH pulak yang bagi duit kepada pembeli USD178.6 juta. Kenapa pulak TH perlu bagi duit kepada pembeli?. Siapa pembeli siapa penjual ni?.


Sebab tu RCI TH mintak audit forensik dibuat.


Banyak lagi contoh kerugian, dan nilai yang sangat besar berbilion ringgit seperti perjanjian lease hotel di Mekah dan Madinah, yang menyebabkan TH rugi lebih RM1 bilion (m/s; 146-147). Dan perjanjian sebesar ini tidak ada perlindungan khusus seperti bank guarantee. Ini yang jadi masalah dan dipertikaikan dalam buku RCI TH.


Kenapa banyak transaksi mencurigakan?. Sebab dalam buku RCI ni dinyatakan wujud penglibatan anggota lembaga dalam anak syarikat (m/s; 45-46). Dia la Pengerusi TH, dia jugak la pengurusi anak syarikat. Dinyatakan secara jelas dalam buku laporan TH ni. Azeez Rahim adalah pengerusi TH, dan beliau jugak pengerusi dan ALP dalam 8 anak syarikat, termasuklah Putrajaya Perdana Berhad. 


Siapa kawal PPB ni?. Jho Low. Tabung Haji beli 30% pegangan saham PPB, yang dikawal oleh Jho Low. Berapa nilai RM193.50 juta. Lagi sekali, TH rugi ratusan juta. Pengerusi TH Aziz Raheem. Pengerusi PPB. Aziz Raheem. Siapa cakap?. Buku RCI TH. Muka surat 45-46.


Dan pendakwaan terkini, beliau didakwa menyalahgunakan jawatan Pengerusi TH pada tahun 2014 untuk terima suapan berupa jawatan pengerusi PPB yang menawarkan ganjaran RM690,000 setahun dan sebuah kereta BMW 7 series.


Adakah bukti sedetail ini tidak menggoncang keyakinan kamu kepada kepimpinan UMNO?. Macam ni ke dikatakan menjaga Melayu dan Islam?.


Adakah mereka berubah?. Tidak!. Pemimpin seperti Akmal Salleh masih tegaskan lagi, mana ada sakau dalam TH. Dan penyokong di bawah ulang benda sama, Mujahid dan Lim Guan Eng berkomplot!. Saya banyak terlibat siri penerangan bersama Dr. Mujahid. Kadang-kadang rasa kesian, cuba nak perbetulkan harta umat islam, perbaiki TH, ditohmah macam tu je. Yang hancurkan disayang lebih-lebih. Dan nak angkat jadi pemimpin negara lagi.


Apa malang Malaysia ni.


Hujah saya simple. Buku RCI TH wajib diajar kepada masyarakat. Ini dokumen lengkap rasmi negara. Menjelaskan secara detail salah laku kerosakan pecah amanah dalam pengurusan Tabung Haji. 


Kamu nak tolak, dan hanya nak percaya tulisan di FB?. Bodoh sangat ke kamu ni?. Dokumen rasmi yang UMNO PAS BERSATU nak, mereka yang nak RCI dibuat, siap di zaman mereka pada tahun 2022, buku ni depan sekali ada muka YDPA, dan ahli panel semua individu neutral bukan berparti, kamu tolak mentah-mentah!.


Kamu nak apa?. Nak kerosakan negara berterusan ke macam mana?. Siapa kata rosak?. RCI TABUNG HAJI!.





TAK DITERNAK DI SELANGOR, TAAT TITAH TUANKU.


Alif Kadir Alkatami



WALAUN ni jenis baca tak PAHAM. Dulu soh belajar ko malas..cikgu ajar ko duduk kelas AKHIR..BILA orang soh baca ko tak PAHAM. 






Sempena PRN Melaka, seperti biasa PAS akan cari babi lagi. Dulu pun Ketua Pemuda terjun sungai cari tahi. Kali ni cari hat import masuk pulak.


Sudaghaa, bila diimport ni maknanya babi tak jadi diternak di Selangor. Tuanku Sultan tak bagi ternak, PH junjung taat perintah. Tak derhaka. Paham? Tapi Tuanku tak larang import untuk kegunaan domestik. Rakyat Selangor berbilang kaum.  Jadi Pemuda PAS boleh tipu spin walaunkurap aje laa.  


Tiada ladang baru. Hanya boleh diimport dari Sarawak. Sampai port Klang terus hantar Rawang utk diproses. Bukan utk diternak. Kalau walaun PAS berminat boleh beli kat Rawang. Tak tau laa boleh beli hidup kaa tidak.