GABUNGAN UMNO - PAS SATU RAHMAH UNTUK UMMAH.





Ambo selalu sebut sifir politik sekarang;

Islam banyak dikaitkan hanya dengan Pas.

UMNO pula dituduh kafir, liberal dan asobiyyah. 

PKR dan Amanah dikaitkan dengan munafiq.

Dap pula dianggap harbi. 


Apabila Umno dan Pas bergabung, maka kita selesai satu bab, takdak dah bab kafir, bab liberal dan asobiyyah. Semua jadi melayu belaka, Pas pun melayu, UMNO pun melayu, tidak ada lagi yang membezakan UMNO dan Pas, kita serupa. 


Pas dan UMNO pun tidak wajar lagi guna istilah melayu Islam terancam kerana sebut jah melayu, tentu dah Islam, sebut jah Islam tentu dah melayu. 


Maknanya isu takfir kerana berbeza politik akan berakhir. 

Cuma kita kena hadap isu munafiq dan harbi jah pula. 


Selesainya bab takfir adalah satu rahmat besar untuk ummah. Adapun di segi politik, pakatan UMNO Pas bukan jaminan untuk menang kerana akan ada puak Pas yang tak suka ke UMNO, akan ada puak UMNO yang tak suka ke Pas, mungkin mereka akan beralih sokong PH atau parti lain pula.


p/s berkebun itu mendamaikan.






No comments: