LIVE- [ZON JOHOR] JELAJAH HIRUK - HIDUPKAN IDEALISME REFORMASI DALAM UJIAN KUA...

CARI TIK TOKER YANG SEBAR BERITA PALSU! YB MENTERI MARAH DENGAN PEMFITNA...



Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) diarah mengesan TikToker yang menyebarkan berita palsu dan video fitnah mengenai projek MyKiosk di media sosial. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata pihaknya juga akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam masa terdekat. Katanya, kakitangan kementerian sedang giat mengumpul video berita palsu yang disebarkan. “Kamu berani sebar berita palsu, kamu tanggung sendiri,” katanya dalam sidang media di KPKT selepas majlis prapelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri (AKM) 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Media (Akemedia). Nga berkata, beliau juga terbuka jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin melakukan siasatan berhubung projek itu. Sebelum ini, Pemuda MCA Pahang dilaporkan sedia melangkah ke pejabat SPRM bersama DAP bagi membantu siasatan ke atas projek MyKiosk bernilai RM250 juta. Kesediaan itu disuarakan Ketua Pemuda Wong Siew Mun yang turut mempersoalkan kenapa kerajaan membayar sebanyak RM25,000 hingga RM34,000 sedangkan harga pasaran hanya RM12,800 bagi seunit kios. Sementara itu, Nga menjelaskan harga RM25,000 yang dijadikan isu adalah taktik untuk mengkritik projek berkenaan, sedangkan ia sudah termasuk kos solar panel, kipas, dapur, pengangkutan, pemasangan dan lokasi. “Sebab itu kita buka secara tender terbuka. Saya juga sudah ‘check’ di Majlis Perbandaran Taiping dan Majlis Perbandaran Ipoh, ada pembekal bagi harga RM13,000 dan RM15,000. “Saya rasa ini cara paling telus,” katanya. Pada 8 Mei lalu, Nga juga dilaporkan berkata dakwaan projek bawah kementeriannya itu menjadi ‘gajah putih’ tidak benar dan tidak berasas. Katanya, majoriti kios sudah diisi, dengan hanya sebahagian kecil masih belum beroperasi. Projek MyKiosk KPKT adalah inisiatif untuk membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dengan menyediakan ruang niaga seragam, selamat dan selesa. Ia bertujuan meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi penduduk setempat melalui penyediaan kios perniagaan dengan kadar sewaan rendah. Hingga Disember 2024, sebanyak 7,243 unit MyKiosk diluluskan di 133 PBT seluruh negara, membantu lebih 7,000 keluarga meningkatkan pendapatan. Sumber Berita




RAYUAN MARHAEN!! - BERUNDUR LAH IZZAH - NASI BELUM JADI BUBUR | The Real...

JOM DEDAHKAN !! Punca Sukhoi Su 57 Russian Tak Jadi Hadir Ke Malaysia Ba...

MB JOHOR INI ADALAH JASA DS RAFIZI! JOHOR-SINGAPORA SPECIAL ZON EKONOMI ...

SG4 MODEL EKONOMI YANG TERHEBAT! ADAKAH RAKYAT BERSETUJU DENGAN INI?

GEMPAR AWAL PAGI INI JAM 9:16, BYE BYE PERIKATAN NASIONAL‼️

Pemilihan PKR: Calon MPP merayu agar kempen pemilihan bermaruah


 


HarapandailyMay 20, 2025

Seorang calon Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivamalar Genapathy merayu secara tulus kepada pemimpin dan penyokong PKR agar kempen pemilihan berlangsung secara bermaruah atas dasar perpaduan.

Berikut adalah rayuannya:

Sebagai seorang pimpinan akar umbi parti yang membesar dengan semangat perjuangan Keadilan dan sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat, saya menulis dengan hati yang berat. Saya tidak boleh berdiam diri melihat luka yang semakin parah dalam keluarga besar kita, hanya kerana persaingan merebut jawatan

Pemilihan kali ini, yang seharusnya menjadi medan merayakan demokrasi dalaman, telah bertukar menjadi gelanggang serangan peribadi. Pencalonan dua tokoh besar ,saudari Nurul Izzah Anwar dan saudara Rafizi Ramli , telah menghangatkan suasana, dan malangnya, emosi yang memuncak telah mencetuskan kata-kata yang melukai hati.

Saya percaya, dan kita semua percaya, bahawa perbezaan pandangan tidak harus memusnahkan persaudaraan. Kita bukan musuh. Kita adalah pejuang yang mengharungi badai reformasi bersama. Kita adalah satu keluarga.

Parti ini lahir daripada darah dan air mata mereka yang mendambakan keadilan. Ia dibina atas dasar kasihkan rakyat, bukan kerana tamak kuasa. Kita berjuang bukan untuk menjatuhkan sesama sendiri, tetapi untuk membangunkan negara ini dengan nilai – nilai yang kita pegang erat: kejujuran, maruah, dan kasih sayang terhadap sesama insan.

Saya merayu bukan sebagai calon, tetapi sebagai saudara seperjuangan , hentikanlah cercaan, janganlah kita buka aib di khalayak. Rakyat sedang memerhati. Hati mereka hancur melihat pemimpin yang selama ini mereka hormati bertelagah secara terbuka. Mereka mengharapkan kita menjadi cahaya, bukan menambah kelam dalam politik negara. Satu masa dahulu, kita bersama lah yang menukar lanskap politik Malaysia. Kita mengajar pimpinan parti lain bagaimana untuk kempen secara matang. Kempen melalui manifesto yang kita tawarkan bukan serangan peribadi. Kini tokoh-tokoh yang mengajar saya pula kini tidak mengamalkan apa yang diajar kepada saya.

Datuk Seri Saifuddin, Datuk Seri Rafizi, Nurul Izzah, Dr Fuziah Salleh, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, mereka semua adalah permata dan tulang belakang dalam perjuangan kita. Menghentam salah seorang dari mereka sama seperti memecahkan kaca jendela rumah kita sendiri.

Saya tahu, kita semua sayangkan parti ini. Maka jagalah ia seperti kita menjaga keluarga sendiri. Dalam pemilihan ini, tiada siapa yang patut dipinggirkan. Kita harus mara ke depan dengan tangan yang saling menggenggam, bukan saling menolak.

Marilah kita kembalikan roh Keadilan , roh yang menyatukan kita dahulu. Kita bukan sekadar sebuah parti; kita adalah harapan yang masih hidup dalam hati rakyat Malaysia. Jangan biarkan perpecahan meranapkan impian yang telah kita bina bersama.

Saya sendiri kalah di pemilihan cabang, saya mengambil hikmah dan kekalahan tersebut sebagai satu dorongan untuk memperkukuh perjuangan ini. Saya menghadapi saat yang cukup mencabar dan menegangkan hati, namun saya tetap bangkit dan meneruskan perjuangan semula dengan semangat dan komitmen yang lebih utuh.

Jika ada yang percaya terdapat kelemahan dalam sistem, ingat bahawa akan ada pilihan parti lagi dalam tiga tahun, yang hanya kira-kira seribu hari lagi. Kita sentiasa boleh menangani kelemahan itu dalam pemilihan akan datang. Tetapi kerosakan yang disebabkan oleh ketidakharmonian dalam parti dan serangan peribadi tidak dapat diperbaiki dengan mudah

Dengan sepenuh jiwa, saya merayu: marilah kita kembali kepada asas perjuangan. Bersatulah, dan buktikan bahawa Keadilan masih utuh, masih kuat, dan masih menjadi sinar buat masa depan negara tercinta.

 


10 CIRI-CIRI KHAWARIJ YANG ANDA HARUS PERHATIKAN



1. Puak yang berpolitik guna nama dan slogan Islam.


2. Pemimpin dan Pengikut dijangkiti penyakit maki-hamun, melaknat, cerca.


3. Anggap mereka sahaja pejuang Islam dan mewakili Islam.


4. Anggap lawan mereka 'musuh Islam'.


5. Panggil lawan mereka Kafir, murtad, munafiq, musuh Islam, anti-Islam.


6. Penyakit Khawarij tidak berlaku kepada Komunis, Atheist dll. 


7. Hanya menjangkiti 'Puak Islam' yang kuat ibadah tapi Ghuluw dan Takfiri.


8. Mereka hebat baca Al-Quran dan anggap Al-Quran sentiasa sebelahi mereka (tunggang) tapi buat tindakan yang Al-Quran laknat.


9. Solat dan Puasa mereka luar biasa. Hingga selalu tayang kepada umum dalam masa sama perlekeh ibadah orang lain.


10. Tafsiran nas agama terlalu cetek dan memaksa orang lain untuk punyai kepercayaan seperti mereka.


11. Gunakan nas berkenaan orang Kafir untuk mencela orang Mukmin.


Ahmad Mursi



ANWAR IBRAHIM KEBANGGAAN NEGARA









Norman Radzuan


Saya sangat bangga melihat siri PMX Malaysia bertemu dgn pemimpin2 dunia. Lihat video di bawah bagaimana pujian pujian diberikan kpdnya…dan lihat bagaimana beliau berbicara di pentas dunia…bukan saya kita rakyat Malaysia patut berbangga dgnnya.


Pidato hebat tanpa Pdf… bukan sahaja di dlm negara tetapi di luar negara selamba beliau membicarakan isu2 sejagat. Saya tidak dpt bayangkan PM kita Muhyiddin Yassin apatah lagi Ismail Sabri.


Sejak Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2022, tidak henti2 kita dengar suara2  yg memperlekehkan kepimpinan beliau. Kata mereka, PMX jadi Perdana Menteri tidak bawa apa2 kebaikan utk negara. 


Namun, agak menghairankan apabila dikatakan PMX tidak membawa sebarang manfaat, sedangkan begitu ramai pemimpin dunia berusaha mengadakan pertemuan dengannya. 


Setiap kali beliau hadir di forum antarabangsa, bukan sahaja disambut dengan penuh penghormatan, malah diberi ruang untuk bersuara mewakili Malaysia serta negara2 membangun.


PMX memimpin bukan dengan cara lama, tetapi dengan kelas tersendiri yang dihormati oleh dunia. Tidak semua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini mampu menembusi jaringan diplomasi antarabangsa dalam tempoh singkat seperti yang dilakukan PMX. 


Pendek kata, PMX bukan hanya diterima baik, tapi disambut dgn tangan terbuka oleh ramai pemimpin dunia. Dalam setiap lawatan, imej Malaysia terangkat. Dari Tokyo ke Jakarta, dari Abu Dhabi ke Paris dunia menyambut Malaysia semula.


Jadi kalau masih ada yg berkata "PMX tak bawa apa-apa", mungkin sebenarnya mereka yg memilih utk tidak melihat. Hakikatnya, Anwar Ibrahim bukan saja memimpin negara, tapi mengangkat maruah dan suara Malaysia ke tempat yg sepatutnya iaitu dihormati, didengari dan dipercayai.



MALAYSIA TIDAK LAGI MENANGIS AKIBAT KENAIKAN TARIF


 Arif Jamil


Ramai mungkin terlepas pandang terhadap apa yg sedang berlaku diantara geopolitik. 






Harini US dah naikkan tarif. 


Bila US naikkan tarif, kerajaan MADANI tak tunduk, tak merayu dan tak panik. 


Ini bukan lagi zaman Malaysia jadi pak turut kuasa besar.


US umum tarif baru terhadap produk² dari China seperti semikonduktor, bateri EV, panel solar dan besi kononnya nak protect industri sendiri. 


Tapi sebenarnya, ini adalah langkah defensif ekonomi imperialis yg mula hilang dominasi.


Dan bila kuasa besar mula batuk, negara² kecil biasanya mmg akan selsema.


Tapi tidak untuk Malaysia di bawah pimpinan PMX.

PMX dan pasukan ekonomi MADANI dah mula atur strategi bijak untuk minimakan impak dan maksimakan peluang baru. 


Malaysia ambil 4 langkah bijak.

 

1. Buka market baru.


Tidak bergantung kat US & China semata². 

Sekarang kita agresif masuk ke pasaran Asia Tengah, Timur Tengah, dan Afrika Utara. 


Kazakhstan, UAE, Turkiye semua dh masuk dalam list.

 

2. Tarik pelabur lari dari China 


Banyak syarikat multinasional sekarang cari ‘safe base’. Malaysia jadi pilihan kerana infrastruktur yg bagus + kerajaan stabil.


R&D semikonduktor dan bateri EV semua tengah runding dan intai utk tembus masuk ke Malaysia.

 

3. Kuatkan industri strategik 

Malaysia push habis²an sektor solar, chip dan automotif elektrik. 


Dana MADANI dan NIMP 2030 jadi enjin kuasa besar.

 

4. Strategi diplomasi bijak 


Malaysia tak hentam US secara kosong tapi kita guna saluran diplomatik & rundingan yg bijak kerana dunia sekarang sedang menilai kestabilan keupayaan runding, bukan siapa paling handal berkokok. 


Menurut data Bank Dunia, Malaysia adalah antara ekonomi terbuka paling tinggi di dunia dgn perdagangan dua hala bernilai lebih 130% dari KDNK. 


Jadi setiap dasar luar termasuk tarif AS mmg ada kesan secara langsung pada kita.


Tapi di bawah kepimpinan PMX, kerajaan bukan sekadar mampu react saja, tapi kita proaktif dan pivot dengan bijak.



MADANI BUAT APA HARI NI


 

JANGAN TIRU AZMIN


 

BERSATU PUN NAK TARIK PERHATIAN JUGA... HANGPA GADUH PASAI PA.?


 

PAS DAH KETAR KETIR UNTUK MENGHADAPI PRU 16 KERANA BAKAL KEHILANGAN 32 KERUSI PARLIMEN


Armada Jiwa



Ketakutan PAS untuk menghadapi PRU16 ada asasnya apabila mereka bakal berdepan dengan kehilangan 32 kerusi Parlimen atau lebih , bila PHBN bergabung. Ini adalah penyebab utama bila PAS kembali memberi perhatian kepada UMNO untuk bergabung semula.


Inilah 32 kerusi Parlimen yang bakal jatuh , jika PHBN bergabung mengikut keputusan PRU15. Tetapi ada faktor lain juga yang akan menjamin bahawa PHBN memenangi kerusi lain atas faktor kejayaan Kerajaan Madani mentadbir negara denfan baik , yang akan memastikan undi rakyat akan lebih memihak kepada kerajaan Madani.


Jadi tidak hairanlah bahawa PRU16 akan menyebabkan PN bakal kehilangan banyak kerusi terutamanya PAS. Dan tidak mustahil banyak juga kerusi di negeri SG4 akan berpihak pada PHBN kerana prestasi kerajaan negeri telah mengecewakan rakyat negeri terutama pengundi2 setempat ..


#PHBN #KEKAL #MALAYSIAMADANI ❤💙




CALON INI SESUAI DAN LAYAK UNTUK PARTI

 

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧.


𝟐𝟑 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 - 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧   𝐍𝐨𝐦𝐛𝐨𝐫  4    𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚.




SIAP SEDIA PEMFITNAH....

 


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kontroversi harga MyKiosk, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.


Malah, Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya akan mengambil tindakan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengheret pihak yang menabur fitnah.


- Sinar Harian 


#MYKIOSK 

#KPKT



LETAK TOK MIN DITEMPAT SEBAIKNYA

 

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧.


𝟐𝟑 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 - 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐍𝐨𝐦𝐛𝐨𝐫 9 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚.




ANWAR BUKAN MACAM TU.


Izlin Idris


 RPK dulu pernah rapat & baik dengan Anwar,  tapi lepas tu dia tiba² serang Anwar gila² punya serang..

Fitnah macam² kat Anwar..


Dan tak berapa lama tu sejurus sebelum penganjuran himpunan BERSIH, kami para blogger ada buat pertemuan tertutup dengan Anwar,  blogger PAS pun ada masa tu..

masa tu RPK tengah rancak hentam Anwar,..


So masa pertemuan tu, aku tanya le "kalau kami hentam RPK macam mana?" Aku tanya tu sebab sebelum tu RPK mmg baik dengan Anwar pun..


Anwar jawab apa, dia kata kalau benda tu mmg ada fakta jelas untuk diketengahkan, (kritikan terhadap RPK) , terpulang, tapi jangan fitnah dia.. 


Dan dia jelaskan yang RPK serang dia sebab ada sesuatu yang RPK minta yang dia tak mampu nak beri.. dia tak jelaskan pun apa yang RPK minta tu, walaupun di tanya dua kali masa tu apa yang RPK minta tu..


Anwar tak burukkan RPK pun masa tu walaupun masa tu adalah pertemuan tertutup, Anwar boleh je kalau nak cakap macam² pasal RPK, tapi dia tak buat macam tu, dia bukan jenis orang macam tu..


Kalau aku tu , aku akan jawab "korang hentam le balik kaw² jangan kasi can" 🤣

Tapi Anwar tak macam tu..


Kedua, masa aku jumpa di pejabat Bukit Gasing..

Masa tu kan dah ada ura² Tun M macam ada plan tak nak serahkan kuasa, masa tu aku tanya dia, boleh ke hentam Tun M, sebab nampak macam Tun M ada plan tak nak serahkan kuasa ni..


Anwar larang.. dia kata jangan..


Masa tu ada tuduhan terutamanya dari Syed Saddiq beri gambaran kononnya Anwar kerahkan penyokong dia serang Tun M, padahal mana ada pun.. yang deme serang tu semua atas semangat masing² , takde arahan dari Anwar pun untuk serang Tun M.. .


Orang ingat yang netizen dan cytro yg hentam Tun M masa tu ada gerakan teratur dari Anwar untuk serang , mana ada..

Tu masing2 sendiri punya hal.


Sama macam sekarang ni pun, orang tuduh Anwar mencatur pertandingan pemilihan timbalan presiden, padahalnya Rafizi sendiri dedahkan dalam meeting Biro Politik Anwar minta jawatan Nombor 1 & 2 tidak dipertandingkan demi menjaga kestabilan parti,  


so apa lagi yang nak salahkan Anwar?


Orang boleh cakap itu ini, beri persepsi macam², tapi hakikatnya tidak sebegitu pun..



Tohmahan “PMX tak bawa apa-apa” dari mereka yang enggan menilai

 


Oleh NORMAN RADZUAN



Saya sangat bangga melihat siri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan pemimpin-pemimpin dunia.


Lihat video di bawah bagaimana pujian-pujian diberikan kepadanya. Lihat juga bagaimana beliau berbicara di pentas dunia. Bukan saya, kita rakyat Malaysia patut berbangga dengan beliau.


Pidato hebat tanpa PDF bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara. PMX selamba membicarakan isu-isu sejagat.


Anwar Ibrahim semasa lawatan kerja di Kazan baru-baru ini.

Saya tidak dapat bayangkan PM kita masih lagi Mahiaddin Yassin apatah lagi Ismail Sabri.


Sejak Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 2022, tidak henti-henti kita dengar suara-suara yang memperlekeh kepimpinan beliau.


Tohmah mereka, PMX jadi Perdana Menteri tidak bawa apa-apa kebaikan kepada negara.

Namun, agak menghairankan apabila dikatakan PMX tidak membawa sebarang manfaat, sedangkan begitu ramai pemimpin dunia berusaha mengadakan pertemuan dengannya.



Setiap kali Perdana Menteri kita hadir di forum antarabangsa, bukan sahaja disambut dengan penuh penghormatan, malah beliau diberi ruang untuk bersuara mewakili Malaysia serta negara-negara membangun.

PMX memimpin bukan dengan cara lama, tetapi dengan kelas tersendiri yang dihormati oleh dunia.


Tidak semua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini mampu menembusi jaringan diplomasi antarabangsa dalam tempoh singkat seperti yang dilakukan PMX.


Pendek kata, PMX bukan hanya diterima baik, tapi disambut dengan tangan terbuka oleh ramai pemimpin dunia.

Dalam setiap lawatan, imej Malaysia menonjol. Dari Tokyo ke Jakarta, dari Abu Dhabi ke Paris, dunia menyambut Malaysia.

Jadi, sekiranya masih ada yang berkata “PMX tak bawa apa-apa”, mungkin sebenarnya mereka yang memilih untuk tidak melihat.

Hakikatnya, Anwar Ibrahim bukan saja memimpin negara, tetapi mengangkat maruah dan suara Malaysia ke tempat yang sepatutnya iaitu dihormati, didengari dan dipercayai.


Tohmahan “PMX tak bawa apa-apa” dari mereka yang enggan menilai


 



HarapandailyMay 20, 2025

Oleh NORMAN RADZUAN

Saya sangat bangga melihat siri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan pemimpin-pemimpin dunia.

Lihat video di bawah bagaimana pujian-pujian diberikan kepadanya. Lihat juga bagaimana beliau berbicara di pentas dunia. Bukan saya, kita rakyat Malaysia patut berbangga dengan beliau.

Pidato hebat tanpa PDF bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara. PMX selamba membicarakan isu-isu sejagat.

Description: https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2025/05/Anwar-Kazan.jpgAnwar Ibrahim semasa lawatan kerja di Kazan baru-baru ini.

Saya tidak dapat bayangkan PM kita masih lagi Mahiaddin Yassin apatah lagi Ismail Sabri.

Sejak Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 2022, tidak henti-henti kita dengar suara-suara yang memperlekeh kepimpinan beliau.

 

Tohmah mereka, PMX jadi Perdana Menteri tidak bawa apa-apa kebaikan kepada negara.

Namun, agak menghairankan apabila dikatakan PMX tidak membawa sebarang manfaat, sedangkan begitu ramai pemimpin dunia berusaha mengadakan pertemuan dengannya.

Description: https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2025/05/Anwar-dan-menteri.jpg

Setiap kali Perdana Menteri kita hadir di forum antarabangsa, bukan sahaja disambut dengan penuh penghormatan, malah beliau diberi ruang untuk bersuara mewakili Malaysia serta negara-negara membangun.

PMX memimpin bukan dengan cara lama, tetapi dengan kelas tersendiri yang dihormati oleh dunia.

Tidak semua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini mampu menembusi jaringan diplomasi antarabangsa dalam tempoh singkat seperti yang dilakukan PMX.

Pendek kata, PMX bukan hanya diterima baik, tapi disambut dengan tangan terbuka oleh ramai pemimpin dunia.

Dalam setiap lawatan, imej Malaysia menonjol. Dari Tokyo ke Jakarta, dari Abu Dhabi ke Paris, dunia menyambut Malaysia.

Jadi, sekiranya masih ada yang berkata “PMX tak bawa apa-apa”, mungkin sebenarnya mereka yang memilih untuk tidak melihat.

Hakikatnya, Anwar Ibrahim bukan saja memimpin negara, tetapi mengangkat maruah dan suara Malaysia ke tempat yang sepatutnya iaitu dihormati, didengari dan dipercayai.

Watch on TikTok

 

‘Renyeh nampak Panglima Perang PN’



 


Warganet dilihat tertarik dengan penampilan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang digelar Panglima Perang Perikatan Nasional (PN) dalam majlis perasmian Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) malam tadi.


Rata-rata meninggalkan komentar berbaur sindiran terhadap Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu.


Reaksi netizen tersebut terpampang pada ruangan komentar bagi hantaran berkaitan majlis tersebut menerusi Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Renyeh nampak panglima…,” perli Farish Fadzli
Sanusi selaku Menteri Besar Kedah hadir semasa acara pembukaan dan majlis makan malam LIMA 2025 malam tadi.

“Amboi gelak sakan naaa,” sindir Azad Naim.


“Teringat kata-kata panglima “saya angkat tangan lawan Anwar Ibrahim”, sekali saya cium tangan dia daaa….,” tulis Haziq Redzuan.



Untuk rekod, Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pernah menarik perhatian orang ramai apabila bersalaman dengan Anwar sambil menundukkan kepala.



Aksi Sanusi tahun lalu itu berlaku ketika menyambut kedatangan Anwar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.


Pemimpin Pas itu kemudian mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas ketelanjuran kata terhadap kepimpinan PMX dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman, Jitra.




Nga Kor Ming nak jemput Azam Baki datang ke pejabat, apa maksudnya?


 

Nga Kor Ming nak jemput Azam Baki datang ke pejabat, apa maksudnya?

SITI NUR ZAWANIMay 20, 2025

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata beliau mahu menjemput Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk datang ke pejabatnya.

Kenyataan beliau itu boleh ditafsir sebagai kesediaan untuk disiasat ekoran pertikaian isu projek MyKiosk.

Beliau berkata, projek MyKiosk ini telah dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk memporak-perandakan Kerajaan MADANI.

“Saya hendak jemput Tan Sri Azam Baki datang ke pejabat untuk minum teh,” katanya kepada pemberita tadi.

Pada masa sama Nga berkata beliau akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran video fitnah berkait projek MyKiosk.

Pihaknya menerusi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah diarahkan untuk mengesan TikToker dan mereka yang didakwa menyebarkan berita palsu berhubung isu tersebut di media sosial.

 

 

 “Kita akan membuat laporan kepada SKMM di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588) dalam masa terdekat.

“Langkah ini bagi membolehkan individu atau TikToker yang membuat berita fitnah dikenakan tindakan undang-undang terhadap dakwaan projek MyKiosk,” katanya lagi.

 


[[LIVE]]19.5.25 PKR & IZZAH SELEPAS RAFIZI. ROMBAKAN KABINET BAGAIMANA?

[LANGSUNG] LIMA'25 Gracing Ceremony & Opening Gambit | 20 Mei 2025

MACAMANA NAK PERINTAH NEGARA. PERINTAH NEGERI PUN HANYUT


 

ADALAH IANYA TELAH DIATUR ?

 


REFORMIS INI HARUS DIBERI TEMPAT. MASJID UBUDIAH KUALA KANGSAR KEJATUHAN BARISAN ALTERNATIF

 Hampir semua calon-calon MPP ni, masa nak raih undi, tanpa gagal turun buat road tour, satu Malaysia. Dah menang nanti, jangan tak nampak langsung batang hidung turun ke lokasi yang sama




Jangan bagi alasan cliché tak ada duit


"Masa bertanding haritu, semua pakai duit sendiri" - jawapan saya utk alasan ni.. "Tak ada siapa paksa ang bertanding pun!!!" 😡😡


Sebagai pengundi saya tak mau la dengar ayat-ayat sedih tu. Nak undi pandai cari duit, dah menang takkan tu nak minta saya ajar pulak kot mana nak cari duit untuk jumpa ahli dan buat program bersama ahli


Kalau Gini gayanya baik saya yang bertanding 🤣🤣🤣


Saya pegang kata-kata ni dari calon Azmizam Zaman Huri 


"Kalau saya menang, saya janji pusing semua cabang, menyantuni ahli seperti mana yang saya pernah buat masa saya menang MPP satu ketika dahulu" 


Satu undi untuk calon MPP bernombor 64 dari saya. Dan saya rayu perwakilan lain juga untuk sama mengundi calon ni. Kalau dia mungkir janji kita ramai-ramai buat video TikTok seru nama dia 🤣🤣


Dia ingat dia sorang je ada TikTok...


#pemilihankeadilan2025 #CalonMPP



KEMAMPUAN KERAJAAN KINI SERVEY IDE



 62.3% responden Penjawat Awam menyokong kemampuan KERAJAAN MADANI pimpinan PMX dan kepimpinan barisan Kabinet mampu menjamin KESTABILAN NEGARA.


Infografik Survei IDE : 





Kajian Persepsi Penjawat Awam di Putrajaya dan Lembah Klang Terhadap Pentadbiran KERAJAAN MADANI. (Survei Mac 2025)



TIBA TIBA PEMBANGKANG KATA KERAJAAN MENYELEWENG


 

SOKONGAN BUAT PEJUANG AWAL REFORMASI- JONAH

 

Semoga dapat pertimbangan adik kakak, teman seperjuangan, tua dan muda, jauh dan dekat.






LAWAK GINI LEBAI N WALAUN MANA PAHAM.. DEPA BINI DUA TAK PA...


 

LUPA PULAK ZAMAN JADI KERAJAAN SAMPAI RAKYAT KIBAR BENDERA.