Nga Kor Ming nak jemput Azam Baki datang ke pejabat, apa maksudnya?
SITI NUR ZAWANIMay 20, 2025
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata beliau mahu
menjemput Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk
datang ke pejabatnya.
Kenyataan beliau itu boleh ditafsir sebagai kesediaan untuk disiasat
ekoran pertikaian isu projek MyKiosk.
Beliau berkata, projek MyKiosk ini telah dipolitikkan oleh pihak
tertentu untuk memporak-perandakan Kerajaan MADANI.
“Saya hendak jemput Tan Sri Azam Baki datang ke pejabat untuk minum
teh,” katanya kepada pemberita tadi.
Pada masa sama Nga berkata beliau akan membuat laporan polis dan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran
video fitnah berkait projek MyKiosk.
Pihaknya menerusi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah diarahkan untuk
mengesan TikToker dan mereka yang didakwa menyebarkan berita palsu berhubung
isu tersebut di media sosial.
“Kita akan membuat laporan kepada
SKMM di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588) dalam
masa terdekat.
“Langkah ini bagi membolehkan individu atau TikToker yang membuat berita
fitnah dikenakan tindakan undang-undang terhadap dakwaan projek MyKiosk,”
katanya lagi.
No comments:
Post a Comment