HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN - MERDEKAKAN RAKYAT DARI PENGKHIANATAN



Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara tercinta ini.  Tanggal 31 Ogos 1957, tarikh keramat apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari penjajah British. 

Piihanraya Umum tunggal bagi negara ini telah diadakan dua tahun sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.  Selepas itu, beberapa kali PRU telah diadakan di mana parti terbanyak yang memenangi Kerusi Parlimen akan membentuk kerajaan.  Tidak pernah tercatat parti yang tidak dipilih oleh rakyat untuk menjadi kerajaan diangkat sebagai pemerintah kecuali pada Februari yang lalu.  Bermula tarikh itu, kita merasakan negara ini seolah-olah dijajah kembali kerana kuasa rakyat dinafikan.

Apakah benar kita telah merdeka sekiranya hak rakyat dinafikan?  Pada PRU14 yang lalu, rakyat telah memberikan mandat kepada Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan.  Rakyat akan menilai Pakatan Harapan untuk 5 tahun samada mampu mentadbir negara ini lebih baik dari kerajaan sebelumnya.  Malangnya, lesen yang diberikan untuk 5 tahun itu telah dirampas dan dikhianati oleh beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen yang diketuai oleh Muhyidin dan Azmin serta dibantu pula oleh Zahid Hamidi dan Hadi Awang.  Maka, kerajaan PH telah tumbang di dalam usianya baru 22 bulan angkara pengkhianatan ini.

Februari 2020 bakal tercatat sebagai sejarah buruk negara dan nama Muhyidin dan Azmin pasti dikenang sebagai satu-satunya pemimpin politik yang lebih jahat dari penjajah British.  British memberikan kemerdekaan kepada negara ini untuk rakyat menentukan pemimpin dan kerajaan mereka sendiri, sebaliknya Muhyidin dan Azmin merampas hak rakyat.  Rakyat kembali terjajah dengan pemimpin yang bukan mereka pilih. 

Justeru itu, rakyat perlu bangkit untuk mengembalikan kemerdekaan dan hak-hak mereka.  Pakatan Harapan bersedia untuk dijatuhkan melalui PRU sekiranya Pakatan Harapan gagal menjadi kerajaan yang lebih baik dari kerajaan terdahulu.  Malangnya, kerajaan yang dipilih melalui PRU14 itu telah dijatuhkan secara tidak bermoral dan tidak demokratik.  Rakyat dipaksa untuk menerima sebuah kerajaan yang ternyata sekarang ini amat lemah, tidak berwibawa dan cerca merba. 

Kita tiada pilihan selain dari mengharapkan tokoh reformasi Anwar Ibrahim untuk memikul tanggungjawab bagi memerdekakan kembali negara ini dari para pengkhianat.  Tokoh hebat yang dikenali di seluruh dunia ini wajib kita angkat sekiranya kita mahu melihat negara ini maju dan bermaruah.  Kita tidak boleh mengharapkan Tun M kerana beliau tiada kemampuan lagi sehingga terpaksa meletakkan jawatan dengan mudah apabila kuasa berada ditangannya.  Mahu diharapkan Zahid Hamidi atau Hadi Awang, mereka pun terpaksa tunduk dengan pengkhianat.  Harapkan Shafie Apdal pula dia pun tersungkur di Sabah sehinggakan terpaksa bubar Dun.

Ya, hanya Anwar Ibrahim yang masih teguh dan cekal serta berprinsip.  Beliau tidak mudah untuk diugut dan ditawarkan dengan jawatan.  Prinsip beliau jelas iaitu mandat rakyat perlu dikembalikan tetapi bukan dengan cara menjual prinsip.  Beliau seorang pemimpin yang berjaya mempertahankan partinya dari dimusnahkan.  Apabila Timbalannya Azmin dan beberapa pemimpin termasuk Ketua Wanitanya berada di pihak pengkhianat, parti Keadilan masih utuh dan kuat bahkan berjaya menambah keahlian sehingga mencapai sejuta ahli dan berjaya mewujudkan 222 Cabang di seluruh kawasan Parlimen.  Orang yang cuba untuk memecahbelahkan Keadilan, partinya sendiri mencampakkannya dan kini terpaksa menubuhkan parti baru.  Hukum karma.

Semua ahli Keadilan terutamanya harus bekerja kuat dari sekarang untuk berganding bahu dengan rakan-rakan dari Pakatan Harapan bagi mengembalikan semula kemerdekaan rakyat dari penjajahan pengkhianat.  Percayalah, kebenaran pasti menewaskan kebathilan. 

"MERDEKAKAN RAKYAT DARI PENGKHIANAT"

WFAUZDIN NS

ANWAR IBRAHIM: TIDAK ADA ALASAN UNTUK KEFANATIKAN AGAMA



Saya bertegas menentang retorik fanatik agama atau kaum yang terus memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Pasir Puteh YB Nik Muhammad Zawawi Salleh yang memberi komen terkait kitab Injil baru-baru ini adalah sikap yang kurang bijak, tidak peka dan mencerminkan pemahaman Islam yang rendah etika tatkala berbahas dengan penganut-penganut agama lain, dalam konteks ini ia merujuk pada agama Kristian. 

Saat kita paculkan dialog antara umat Islam dan Kristian, ia sewajarnya dipaksikan pada semangat persaudaraan seperti yang ditegaskan Allah SWT yakni, "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu" (Surah Ali 'Imran :64) yang menyeru persaudaraan atas asas mentaati Tuhan yang satu.

Jika niat beliau adalah untuk mengajak orang ramai untuk memahami Islam, adalah mustahak untuk menggunakan "kebijaksanaan dan nasihat yang baik" (An-Nahl: 125) yang bermaksud saling menghormati antara satu dengan yang lain.

Jika perkataan kita itu menimbulkan perseteruan dan kesalahfahaman, maka jalan terbaik adalah menonjolkan kerendahan hati dengan mengakui kemungkinan terdapat kesalahan dalam pendekatan kita itu.

Kita mampu membawa dan mencipta kerukunan dengan memperteguh akhlak dan teladan Rasul yang menegaskan tentang aspek kasih sayang dan sikap belas kepada jiran-jiran kita tanpa mengira agama. Dan ini ditonjolkan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW melalui kata-kata dan sikapnya.

Perdana Menteri dalam perutusan kemerdekaan menyatakan bahawa, "Bersatu padu dengan semangat waja, mari bersama kita pertahankan kemerdekaan negara" seharusnya mencerminkan komitmen beliau dalam memperkukuh perpaduan dan menolak faham kefanatikan.

Al Quran memerintahkan 'fa yusari'una fil khayrat' yang bermaksud berlumba-lumbalah dalam mengerjakan kebaikan. Saranan saya kepada rakan-rakan Muslim yang berkhidmat di sektor awam agar berlumba-lumbalah dalam membanteras kemiskinan dan membendung jurang pendapatan yang semakin melebar. Ini antara nilai kebaikan yang telah diamanahkan oleh pengundi kepada kita.

Rakyat Malaysia juga sedar bahawa dalam usaha kita dalam mendepani tantangan-tantangan seperti pengangguran, kemunduran ekonomi, tahap pendidikan yang semakin merudum, kebejatan dan kefanatikan agama bergantung pada sikap kita dalam memastikan prinsip keadilan, kesaksamaan dan sikap belas kepada semua dipraktikkan. Tidak harus ada yang terkecuali dari hukum, dan keadilan mesti ditegakkan.

ANWAR IBRAHIM

30 POSTING SEHINGGA KINI 1/9/2020







SILA TEKAN     >    UNTUK BERITA AWAL PAGI TADI. LAGI BERITA AKAN  MENYUSUL...

APA JADI DENGAN KARTEL SESAMA KARTEL?




Page yang dulu jadi barua kitol semburit, kini mula berlawan dengan pemuda negara dari puak kartel juga. Ini kerana kes berebut tulang. Semburit juga yang untung setelah kencing budak-budak dia yang harapkan semburit tubuh parti baru. Tapi semburit sedar dia takde kekuatan, maka terpaksa melutut kepada Bersatu. Nasib korang lah..

W.FAUDZIN NS



KERAJAAN YANG TIDAK ADIL : ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ-๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฆ��๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ❓



RINA HAMZAH


KENAPA MENTERI-PAS tidak diheret ke mahkamah sebagaimana rakyat biasa?
Jangan ingat rakyat dah lupa.
Khairuddin sepatutnya didakwa di mahkamah kerana langgar arahan untuk kuarantin wajib 14 hari di rumah.
Jangan ingat rakyat tak tahu.
Khairuddin tidak didakwa kerana K'jaan PN akan hilang satu kerusi jika Khairuddin didakwa dan dijatuhkan hukuman denda melebihi RM2,000.
KERAjaan PN sengaja timbulkan isu Rundingan Terus PH supaya kita lupa tentang ini..
๐—ก๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—ž
Image may contain: 1 person, text

JANGAN INGAT RAKYAT LUPA



RINA HAMZAH

Jangan ingat rakyat dah lupa.
Khairuddin sepatutnya didakwa di mahkamah kerana langgar arahan untuk kuarantin wajib 14 hari di rumah.
Jangan ingat rakyat tak tahu.
Khairuddin tidak didakwa kerana K'jaan PN akan hilang satu kerusi jika Khairuddin didakwa dan dijatuhkan hukuman denda melebihi RM2,000.
KERAjaan PN sengaja timbulkan isu Rundingan Terus PH supaya kita lupa tentang ini..
๐—ก๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—ž 

Image may contain: 1 person, text that says "mydeclaration.sprm.gov.my BIL. L NAMA t JAWATAN t ISYTIHAR? TARIKH TERIMA YB DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI JUMLAH PENDAPATAN BULANAN t 23 Jul 2020 MENTERI DI KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI RM 71,505.26 Paparan dari hingga dari rekod (Ditapis dari jumlah 66 rekod) Sebelum Kemudian SR suara rakyat Setahun RM858,063"

GAMIS LONGLAI RUPANYA.JOM DEMO KERANA DONG ZONG


MAN TOBA

Mana unit Amal pas Dan gang gempur umno tak buat demo ker ker? Zaman ph memerintah sampai sawan mereka menuduh DAP menguasai negara!...LAHANAT
Dong Zong tuntut tambah sekolah zaman PH. PH tak kasi. Masa tu pembangkang ( buat huru hara berdemo selalu main isu ini )
Hari ni pembamgkang yg selalu berdemo zaman PH tu dah jadi kerajaan dah.
Dong Zong dapat tambah sekolah.
Takde apa apa isue pon. Depa yg gila berdemo hari ni jadi ular sawa kenyang ke?


Image may contain: 2 people



SELEPAS 63 TAHUN, MERDEKAKAH KITA?

DANA ASING KELUAR, EKONOMI MALAYSIA AKAN MERUDUM?

Tuuuuuu diaaร aa aihhhh



Akhirnya tindakan kerajaan pahang merampas tanah yang di usahakan oleh cina komunis seperti yang di gembar gemburkan oleh walaun umpas untuk di serah kan kepada syarikat ROYAL PAHANG DURIAN RESOURCES SDN BHD....dari senarai nama board director syarikat tu akhirnya aku akur dan setuju apabila tiada satu pun nama cina komunis dan kesemuanya adalah Melayu dan yang paling penting kesemua mereka adalah anak jati pahang yang ic nya kod 06......

HIDUP MELAYU.....TAKBIR.

Bila SPRM nak siasat isu surat sokongan Ikmal Hisham?








Hairan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak melakukan sebarang siasatan ke atas Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz berhubung kontroversi surat sokongan supaya anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tindakan Ikmal itu jelas menyalahguna kuasanya dan mengamalkan gejala nepotisme, bertentangan dengan prinsip SPRM.

"SPRM mesti menjelaskan mengapa tiada tindakan dikenakan kepada Ikmal yang menulis surat sokongan untuk melantik anaknya sendiri sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

"Ini adalah satu gejala salah guna kuasa, rasuah dan nepotisme yang berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional," katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, walaupun Ikmal memohon maaf, beliau jelas mengaku bahawa perbuatan itu adalah salah di sisi undang-undang.

"Dalam surat sokongan Menteri Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob sendiri menyatakan persetujuan untuk melantik anak Ikmal. SPRM perlu menyiasat dan mengambil tindakan kerana Ikmal akan menguntungkan anaknya sendiri dengan menggunakan kedudukan sebagai timbalan menteri.

"Beliau bukan sahaja mengaku salah, malah mengaku tindakannya itu salah dan menarik balik surat sokongan.

"Ini jelas melanggar salah satu kesalahan dalam SPRM iaitu meminta rasuah atau habuan dan sudah terlambat untuk Ikmal menafikan tanggungjawab beliau yang menyalahgunakan kedudukan.

"Malah tindakan tersebut lengkap apabila Ismail bersetuju melantik anak Ikmal. Ini merupakan kesalahan tiga dalam satu, salah guna kuasa, nepotisme dan rasuah," katanya.

Justeru, Guan Eng menggesa SPRM bertindak segera bagi mengelakkan lebih banyak salah laku dalam kerajaan PN pada masa akan datang.

"Ini satu malapetaka negara, apabila jawatan awam digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Setakat ini, tiada berita dari SPRM akan ambil tindakan. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang tidak kira kalau seseorang itu adalah orang kenamaan atau rakyat biasa.

"SPRM harus mengambil tindakan segera untuk menunjukkan mereka tidak mengamalkan double standard atau pilih kasih," katanya.


PAS hina penganut Kristian, jejas keharmonian negara








Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh bahawa Kitab Injil telah terpesong bukan sahaja dianggap telah menghina penganut agama Kristian, malah akan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat di negara ini.

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata sikap pemimpin PAS yang mengkritik agama Kristian secara terbuka juga menunjukkan seolah-olah parti politik itu langsung tidak menghormati kepercayaan orang lain.

"Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika berbahas di Dewan Rakyat mendakwa kitab Injil yang digunakan masyarakat Kristian di negara ini telah terpesong.

"Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan masyarakat Kristian termasuk pemimpin gereja seluruh negara yang mendesak beliau untuk memohon maaf.

"Pemimpin politik terutama PAS diingatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang melampau hingga boleh memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Jika rakyat tidak belajar apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan Timur Tengah yang mempunyai amalan perkauman yang tebal serta ektremisme agama, maka perpaduan dan kemakmuran tidak akan dapat dikecapi.

"Kalau kita bertindak menggunakan isu-isu yang memecah belahkan kaum dan agama, perpaduan kaum tidak akan dikecapi," katanya dalam kenyataan.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna menganggap pemimpin tidak boleh hanya bergantung kepada pegangan parti politik semata-mata kerana ia boleh menghancurkan perpaduan kaum.

"Untuk mengekalkan perpaduan, kita perlu bersatu dalam membina negara dan bangsa. Jangan ada sikap keterlaluan dan kesempitan.

"Jangan disebabkan ingin berkuasa dan inginkan sesuatu, kita ketepikan keharmonian yang ada pada hari ini.

"Kita perlu pelihara perpaduan hari ini demi kepentingan generasi akan datang. Sekiranya kita tunjukkan contoh yang buruk, itu akan mendatangkan bahaya kepada kita.

Seandainya kaum dan agama menjadi pegangan tanpa batasan tanpa memikirkan kepentingan nyawa manusia, pembunuhan pasti akan berlaku kerana wujud ektremisme dalam kalangan masyarakat," katanya.


ADAKAH KUASA ITU UNTUK MELINDUNGI ORANG TERTENTU?



HAMDAN TAHA

Jika ada cina kaya raya dan raya penyumbang utamanya raja raja dan kerabatnya.
Juga pemimpin pemimpin politik Melayu dan ahli keluarganya...
Nama Melayu tu alat sahaja seperti mana islam di jadikan alat untuk politik begitu juga bangsa...

Ada juga alat lain antaranya memperjuangkan keadilan dan memperjuangkan hak sama rata...
Yang pasti raja raja mereka tidak mengunakan Islam...Melayu atau keadilan...tapi mereka gunakan pengaruh dan kekuatan kuasa untuk menjadi lebih kaya dan kaya....kaya lagi.

Raja raja tahu rakyat Melayu tidak pernah sekali pun mempersoalkan mereka. Kerana orang Melayu takut derhaka kepada raja raja...kadang kadang rakyat Melayu lebih takut kepada raja dari Tuhan yang maha esa....

Malah mufti pun tidak berani menegur raja raja...mufti berani menegur rakyat tapi takut untuk berkata sesuatu yang benar kepada raja mereka ini bukan berlaku di Malaysia sahaja termasuk kisah kisah pemerintahan islam dari beribu tahun yang lalu....malah sejarah membuktikan bertapa ramai ulama dan mufti mufti mengeluarkan fatwa untuk menyelamatkan raja raja atau khalifah ketika itu...ini juga berlaku kepada negara bukan islam juga...apabila pederi menjaga kepenting king mereka melebihi rakyat....

Maknanya kekuasaan dan kekayaan juga jawatan adalah ujian besar buat semua manusia....
Nak cakap pun payah
Tapi bila ada yang dedahkan syarikat atas nama kerabat pahang rupanya semua cina...
Sangat benar cina yang bijak mengunakan sultan dan kerabatnya untuk mendapatkan apa saja dalam negara kita ini dari ujudnya raja sampai lah sekarang....

Orang melayu guna nama sultan hukumnya ke dalam jel...




28-28 DI JOHOR


Tindakan Osman Sapian
ini akan menyebabkan jumlah kerusi diperoleh PH dengan Perikatan Nasional (PN) terikat kepada 28 kerusi.

PH Johor sahkan Osman jumpa pemimpin Amanah

YANG PENTING BUKANNYA RAIS YATIM


UMNO didakwa turut menamakan calon sendiri untuk mengisi kekosongan jawatan Yang Di Pertua Dewan Negara walaupun Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah mencadangkan nama Dr Rais Yatim.
Hal itu menarik perhatian kerana ia membayangkan UMNO sendiri tidak menerima pencalonan Dr. Rais walaupun pemimpin Bersatu Negeri Sembilan itu asalnya dari parti tersebut.
Menurut sumber, asalnya Muhyiddin menamakan Dr. Rais pada pertengahan Ogos lalu.
Bagaimanapun katanya, belajar daripada insiden penukaran Yang Di Pertua Dewan Rakyat baru-baru ini, pembangkang turut mengemukakan calon sendiri.
Justeru dua nama ditampilkan, masing-masing Senator Yusmadi Yusoff dan Senator Theodore Douglas Lind.
Yusmadi dicadangkan oleh Ahli Dewan Negara dari Negeri Sembilan, Ahmad Azam Hamzah, manakala nama Lind – yang merupakan wakil Warisan dari Sabah – dikemukakan Senator Marzuki Yahya.
Sumber mendakwa, UMNO tampil mengemukakan nama keempat pada saat-saat akhir iaitu dua hari sebelum Dewan Negara bersidang pada esok, 2 September.
“Pada 31 Ogos seorang senator UMNO mencadangkan nama Mohamad Ali Mohamad untuk dipilih menggantikan SA Vigneswaran,” katanya kepada Malaysiakini.
Kata sumber itu, pada asalnya tidak nampak ada masalah untuk semua parti kerajaan menerima Dr. Rais sebagai calon bersama, namun perjalanan politik bekas Timbalan Presiden Parti Semangat 46 itu akhirnya tidak disenangi.
“Dr. Rais sudah menjadi ‘musuh bersama’ buat banyak parti, sama ada pembangkang atau UMNO,” kata sumber itu lagi.
Untuk rekod, selepas Semangat 46 dibubarkan, Dr. Rais bersama pemimpin lain parti itu menyertai UMNO.
Bagaimanapun dia kemudian menukar partinya sekali lagi dengan menyertai Bersatu sebaik hilang kuasa pada PRU14 lalu.
Bekas Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah, bagaimanapun kekal bersama UMNO dan ketika ini dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat parti berkenaan.
Sementara itu, Muhamad Ali yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan dia tahu namanyabdicalonkan untuk mengisi kekosongan yang ada di Dewan Negara.
“Tetapi saya tak pasti sama ada nama saya benar-benar diserahkan secara rasmi ke Dewan Negara untuk dipertimbangkan atau tidak,” katanya.

Perjuangan reformasi beri impak lebih besar di bawah GRM







Perjuangan Reformasi selama 22 tahun akan mendapat impak yang lebih hebat selepas ini di bawah Gabungan Reformis Malaysia (GRM), yang menghimpunkan 10 pertubuhan memperjuangkan pembaharuan total di tanah air.

Bagi Presiden Aktivis Rakyat Malaysia (ARM), Khairul Anuar Othman, penubuhan GRM akan melipatgandakan gerak kerja perjuangan Reformasi, termasuk pembelaan kebajikan ke atas para pejuang.

"Saya berterima kasih dengan GRM kerana menggabungkan semua reformis dalam satu gabungan. Bagi ARM kita telah mengumpulkan aktivis di seluruh negara, ahli korporat serta pimpinan parti, terutama dari Pakatan Harapan (PH) untuk kita satukan dalam tindakan berikutnya.

"Kita akan gerakkan dari negeri ke negeri. Reformis berada di seluruh Malaysia. Mereka akan memberi impak yang cukup besar. Hubungan antara mereka itu akan kita satukan. Tiada lagi kabilah atau puak.

"Gabungan ini ada pelan tindakan dan reformis akan dapat dibela nasib serta kebajikan mereka," katanya dalam forum anjuran GRM baru-baru ini.

Menurut Khairul, sebagai pengasas NGO ARM, beliau mempunyai pengalaman melihat pejuang-pejuang Reformasi ditindas, dibuang kerja dan tidak mempunyai pekerjaan tetap akibat memperjuangkan pembaharuan.

ARM katanya, bertindak membela kebajikan mereka, mengumpulkan para pejuang dan merancang strategi bergerak dalam apa jua keadaan termasuk ketika pandemik Covid 19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini.

"Saya bermula bersama reformis ini ketika mereka susah. Saya berkunjung dari rumah ke rumah. Dalam perjuangan ada yang dibuang, diberhentikan kerja, ada yang tidak bekerja. Tetapi bagi kami di ARM, ada peranan dan tanggungjawab terutama membantu mereka, termasuk dalam situasi Covid 19 baru-baru ini," katanya lagi.

Sebagai orang lama dalam Reformasi, Khairul berharap ikon reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai Perdana Menteri ke 9 dan mentadbir Malaysia dengan penuh kesaksamaan sebagaimana diperjuangkan beliau sejak dua dekad lalu.

Katanya, hanya setelah Anwar diangkat sebagai PM barulah reformis akan berpuas hati dengan perjuangan dan jerih payah selama ini.

"Bagi rakyat yang cintakan kedamaian, sebuah negara maju, makmur dan berkebajikan, saya mengatakan kemelut politik di bawah kerajaan pengkhianat ini harus dikembalikan mandat itu semua kepada PH agar negara kembali stabil.

"Saya percaya sekiranya Anwar diangkat sebagai PM, inshaAllah negara kita lebih makmur maju dan sejahtera. Namun begitu kita sebagai reformis mestilah bersatu hati untuk bekerjasama dan tidak berkhianat antara satu sama lain.

"Kena ingat perjuangan 22 tahun itu tidak mudah, derita dan air mata. Ada antara kami yang telah pergi buat selamanya, ada yang sakit dan sebagainya. Saya percaya semangat ini ada dalam kalangan reformis dan aktivis untuk memastikan kerajaan dan mandat rakyat dikembalikan," katanya.

Forum GRM boleh disaksikan melalui Facebook live di page Gabungan Reformis Malaysia atau page Mustapa Mansor.




Annuar Musa tiada perancangan bangunkan Kampung Baru?



Retorik Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengenai pembangunan Kampung Baru yang berubah-ubah membuktikan beliau tidak fokus atau tiada perancangan untuk membangunkan hartanah Melayu di tengah Kuala Lumpur itu.

Bagi Mantan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), Syed Badli Shah Syed Osman, kenyataan keliru yang dikeluarkan oleh Annuar sejak kebelakangan ini menjelaskan hal tersebut.

Katanya, sebelum ini Annuar berkata lebih 60% pemilik tidak bersetuju sebagai dalih pembangunan tidak dapat diteruskan.

Namun data terakhir PPKB sebelum kerajaan bertukar tangan pada bulan Mac 2020, menurut Syed Badli, menunjukkan pemilik berdaftar berjumlah 5359. Dari jumlah itu hanya 1571 yang menghantar borang maklum balas kepada PPKB. Bermakna hanya sekitar 31% yang memberikan jawapan.

"Dari jumlah itu seramai 1499 pemilik telah menyatakan persetujuan untuk membangunkan tanah mereka. Manakala seramai 72 pemilik lagi tidak bersetuju.

"Seramai 2856 pemilik gagal dikesan iaitu sekitar 53%, menjadikan jumlah seramai 3788 pemilik gagal memberikan maklum balas.

"Apabila Annuar mengatakan kononnya lebih 60% tidak bersetuju, timbul beberapa keraguan.

"Berapa ramaikah jumlah terkini pemilik yang berjaya dikesan? Berapa ramai pula yang telah menghantar maklum balas?" tanya Syed Badli dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, untuk membenarkan jawapan Annuar kononnya 60% pemilik tidak bersetuju iaitu semestinya sekitar 3215 telah menyatakan penolakan terhadap pembangunan, maka jumlah yang memberi maklum balas harus sekitar 4714 atau sebanyak 87%.

Benarkah 87% dari jumlah 5359 telah memberikan maklum balas sedangkan data bulan Mac menunjukkan seramai 53% masih gagal dikesan.

"Justeru itu saya menggesa Annuar untuk mendedahkan data sebenar pemilik yang menghantar maklum balas bagi mengelakkan sebarang keraguan.

"Saya yakin Annuar sebenarnya telah gagal merancang sebarang pembangunan kawasan Kampung Baru," katanya lagi.

Sebelum ini, Annuar ketika masih pembangkang mengkritik pelan pembangunan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana nilai tanah hanya 1,000 per kaki persegi. Katanya, jika diberi harga RM3,000 per kaki masalah akan selesai.

Namun hari ini Annuar didapati tidak berani untuk menawarkan harga yang beliau cadangkan, sebaliknya berdalih tiada dana sebesar RM7 bilion untuk membangunkan Kampung Baru.


(function() { var d = document, w = window; w

MENTERI AGAMA...BAIK TUMPU PADA LESEN JUDI NO EKOR, KES ADIB DAN PALING KURANG CABUTAN TU 5 KALI SEMINGGU....ANWAR DAH URUS DAHULUI KERAJAAN.

  Kerajaan kerjasama dengan NGO pastikan sumbangan sampai ke Palestin, kata menteri Bernama  - May 18, 2021 7:30 AM 17 Shares   12 Zulkifli ...