1)
Bila dah kalah di PRK Slim baru puak #K3 nak ingat
kerjasama dengan DSAI?? Sebelum ni kemain sombong dengan DSAI dan penyokong-penyokong
PH pro DSAI.
2)
Khalid Samad pun sama, berubah nada tapi Ego tetap setinggi
Gunung Ledang. Dia kata semua kena berMuafakat di bawah kepimpinan DSAI. Memang
ada persamaan antara kedua ahli #K3 ni. Mereka
masih dijangkiti wabak DENIAL SYNDROME.
3)
Khalid Samad masih perasan PT95 masih ada aura dan daya tarik.
Faiz Fadzil anggap jumlah 2,115 undi THE KETAPANG tu sebb aura PT95. Aura Atuk
hang lah. Itu bukan Aura tapi Auta. Saya pernah
berhujah dengan anak AUFN nih, dia jem tak mampu jawap hujah lalu minta saya
Move On tapi dia sendiri tak bleh Move Forward dan masih lagi tersangkut dgn
PT95. Lingkup.
4)
Apapun...bila dah nampak tanpa kerjasama dengan DSAI dan PKR,
tanpa Muafakat dalam PH, mereka tak boleh pergi jauh lalu mereka mahu kembali
MEMPERGUNAKAN DSAI yg anai-anai PANtuk kata tak popular. Apanama..? PT95 yang
popular KUNUNnya.
5)
JIKA sahabat-sahabat masih ingat, berbulan yang lalu sebelum saya
ambil keputusan lawan anai-anai PANtuk dan #K3 saya
pernah tulis hanya jika dibiarkan puak Amanah dan DAP kalah di PRU15 baru lah
mereka akan benar-benar sedar bahawa Muafakat dalam PH adalah PRIORITY Utama
berbanding lapaqkan PT95. Maka PRU16 barulah pemimpin2 muda PH boleh menyatukan
pembangkang.
6)
Jika sahaabt-sahabat follow apa yang saya tulis tentu sahabat-sahabat
semua ingat bahawa saya telah BERKALI-KALI sebut PERKUKUHKAN PH TERLEBIH
DAHULU. Selepastu kita bincang dgn semua pihak yg mahu bekerjasama dgn PH. Skrg
kita dah bazirkan byk masa dan tenaga.
7)
Kini selepas calon THE KETAPANG sokongan PT95 dan pejuWANG kalah
di PRK Slim, nada mereka mula berubah dan mula mengajak kerjasama dgn DSAI.
Sebelum ini mereka sentiasa menyindir atau menyanggah DSAI termasuklah mengajak
seluruh Pemuda Amanah MENOLAK pandangan DSAI bahawa bila jadi pembangkang pun
jadilah pembangkang yang bermaruah.
8)
Macam-macam persepsi fitnah dilemparkan terhadap Pengerusi PH
itu termasuklah menggambarkan KUNUNNYA dia akan membuat "Perjanjian
Syaitan" dgn PNkhianat, dia diugut oleh Hamzah Zainudin, dia mempertahankan
KERAMITA, dia tidak akan pertahankan Speaker yg dulu, dia kaki tipu, kaki bohong
lepas kantoi menipu, macam-macam lagi yang kita nak termuntah membacanya.
9)
Sekarang JIKA BENAR kita semua mahu berMuafakat semula di bawah
pimpinan DSAI, MANA puak anai-anai PANtuk ni NAK LETAK MUKA? Dulu saya dah kata
kalau nak kritik silakan tapi jgn sampai dok hina dan fitnah DSAI tak
henti-henti. Kami masih reserve masa tu, masih menahan diri dari serang Mat
Serabut dan Tokong Lim. Kami masih promote hash tag #SETIAKAWANPH
tapi anai-anai PANtuk dah melampau sampai #PUTUIHkawan.
10)
Jangan salah faham. Saya sama sekali TIDAK MENOLAK kerjasama dan
Muafakat sebab itu yg pernah saya promote di awal krisis ini sebelum ia
bertukar teruk. Tapi #K3 mesti
memastikan PT95, pejuWANG dan Warisan IKHLAS utk bekerjasama dgn DSAI dan PKR.
Jangan semata2 nak mempergunakan pengaruh DSAI tapi nak sailang atau potong
tang konar.
11)
JIKA DSAI dan PKR menerima, saya ikut menerima dan tak perlu
bantah. Namun ingin saya TEGASKAN saya TIDAK LAGI PERCAYA kpd anai2 PANtuk dan #K3 seperti
saya pernah percaya mereka di masa lalu. Cerita label dak2 sudu ke oren ke puak
tu lah semuanya sbb depa yg lebih sudu dari kuah, akhirnya tuan2 #K3 depa
terhegeh2 nak kerjasama pulak dgn DSAI?
12) Anyways... "TRUST MUST BE EARNED NOT GIVEN".
Faham?
- Zus Din
31 Ogos 2020