Kemenangan
besar calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim kelmarin bukankah cerminan
sebenar sokongan rakyat kepada parti pro-kleptokrasi itu dan tidak semestinya
BN akan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Naib
Presiden KEADILAN Chang Lih Kang berkata, undi dalam PRK lebih kepada isu-isu
setempat dan biasanya pengundi akan teruja dengan tawaran kerajaan yang
berkuasa.
Dalam PRU
pula, katanya, pengundi akan melihat dasar negara dan kebajikan rakyat yang
akan ditadbir oleh sesebuah kerajaan yang bakal dilantik untuk tempoh 5 tahun.
"Biasanya
keputusan PRK bukanlah satu penentuan keputusan PRU. Namun begitu, ia telah mendorong kami di
pihak Pakatan Harapan (PH) untuk bekerja bertungkus-lumus bagi Pilihanraya
Negeri Sabah (PRN) pada 26 September 2020.
"Saya
menjangka keputusan Slim akan menguatkan lagi semangat koalisi Perikatan
Nasional (PN) untuk mengadakan PRU 15 dalam tahun ini. Kerajaan juga kini sentiasa
mengheboh-hebohkan ekonomi negara sudah pulih dan ini adalah strategi mereka
untuk meraih sokongan rakyat dengan memberi keyakinan bahawa negara sudah
berada atas di atas landasan yang betul.
Tetapi ramai orang lagi masih menganggur.
"Selain
dari itu, logo PN pun sudah diluluskan.
Ini bererti mereka sedang bersiap-sedia untuk PRU15," katanya
dipetik.
Ahli
Parlimen Tanjong Malim itu juga berpendapat kesimpulan yang lebih jelas
mengenai prestasi PH mungkin boleh diperolehi dengan melihat keputusan PRN
Sabah yang pada hujung September ini. Menurut beliau, keputusan itu akan lebih
mendasar mengenai mood rakyat apabila prestasi kerajaan PH/Warisan dinilai
secara keseluruhan.
Selain itu
Lih Kang berkata, beliau kecewa melihat politik perkauman yang semakin buruk
dimainkan parti pemerintah khususnya dalam PRK di negara ini.
Katanya,
rakyat Malaysia perlu mengambil sikap lebih waras dalam memastikan negara tidak
runtuh akibat isu-isu kaum dan agama sempit.
"Semua
kaum telah menyumbang kepada kemajuan negara hari ini dan semua kaum adalah
rakyat Malaysia. Inilah maknanya Merdeka
yang kita sambut," kata beliau lagi.
PRK Slim
turut menyaksikan rasuah pilihan raya berupa wang tunai dan janji projek
tebatan banjir oleh Kerajaan Negeri masih berlaku biar pun PH sebelum ini
melalui Suruhanjaya Pilihan Raya cuba membersihkan kempen PRK daripada rasuah
politik.
Dalam PRK
Slim calon BN mengatasi calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang disokong
oleh Pejuang dengan majoriti besar. PH bagaimanapun tidak terlibat secara
langsung dalam PRK itu dan hanya membantu dari segi ceramah dan penyediaan
peralatan kempen.