BOLEH DIJADIKAN BAHAN RUJUKAN PARTI YANG MENDERHAKA


Mat Mat


 Elok dijadikan acara peringatan tahunan..biar rakyat #malaysia khususnya #anakmuda tauuu, siapa penderhaka sebenar..😁






NAK SAMAN SOH MINTA MAAF BUAT APA. SAMAN TERUS JA...


 

TUUU DIAAA SEMBANG KENCANG...SAPA KENA TANGKAP


 

TAK ADA KECUALI FITNAH....


 

MMMM...KORAK MU...


 

JIKA MEMINDA ANEKMEN JENAYAH SYARIAH KE ATAS KESALAHAN INI. APAKAH IANYA PELANGGARAN HUKUM.


 Che Ibrahim


Jika Dun Kelantan meminda Enakmen Jenayah Syariah (I) 2019 dengan memasukkan kesalahan kesalahan membunuh, merompak, mencuri, rasuah, pecah amanah dll atas alasan kesalahan tersebut adalah pelanggaran hukum syariah, jika dicabar keabsahannya, adakah juga bermakna syariah sedang dicabar??






ISU PERTINDIHAN KUASA KES LIWAT, PERLUKAH PERLEMBAGAAN DIPINDA?




Che Ibrahim


Ambo tak nampak sikit habuk apa rasional dan justifikasi mengapa Perlembagaan perlu dipinda bagi membolehkan kesalahan liwat dibicarakan di mahkamah syariah. 


Kita tahu kes Iki Putra boleh menyebabkan semua peruntukkan liwat dalam enakmen enakmen jenayah syariah negeri negeri terdedah kepada tidak sah dan terbatal jika dicabar. Tapi untuk apa dan kerana apa kesalahan liwat perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah? 


Kes kes seksual adalah kesalahan moral yang amat serius. Selain zina dan khalwat, semua kesalahan seksual telah ada dalam Kanun Kesiksaan di mana hukumannya jauh lebih berat berbanding dengan hukuman di mahkamah syariah.


Jika kes kes seksual seperti liwat, sumbang mahram, musahaqah/lesbian, gangguan seksual, persetubuhan dengan bukan manusia/mayat dll dibicarakan di mahkamah syariah, hukuman yang boleh dikenakan tetap berligar kepada denda, penjara dan sebat, sama sahaja dengan hukuman di mahkamah sivil, bahkan jumlah denda, penjara dan sebatan jauh lebih berat di mahkamah sivil. 


Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman maksima denda rm5000, penjara 3 tahun sebat syarie 6 Kali, berbanding mahkamah sivil boleh menjatuhkan hukuman denda tanpa limit, penjara sehingga 33 tahun dan sebat sivil (hukuman paling berat selepas hukuman mati) sehingga 24 sebatan. 


Jadi apa rasional dan justifikasi perlunya Perlembagaan dipinda bagi memberi kuasa yang lebih kepada mahkamah syariah untuk membicarakan kes kes kesalahan seksual seperti liwat dll sedangkan hukuman bagi kesalahan tersebut jauh lebih tinggi di mahkamah sivil?? ... Adakah bagi tujuan menjatuhkan hukuman yang ringan bagi pesalah Muslim??



ADA ORANG PAS KECEWA TIDAK TERPILIH. DUNIA DUNIA.


Zaki Abd Sani


 Dato hanapiah mat Adun cukai

Di katakan Amat kecewa Bila bukan beliau yg di nama kan sebagai Calon Pas di PRK Kemaman.


Walaupon pernah mengatakan akan menolak sebagai Calon jika nama beliau naik.. Mengikut cerita rakyat kemaman.. Hanipah yg merupakan Timbalan kepada Che Alias bekas MP kemaman Amat kecewa kerana bukan mereka berdua yg di Calon kan di kemaman..


Che Alias merupakan Yang Dipertua PAS Kemaman, manakala Hanafiah menjadi timbalannya


Rakyat kemaman Mahukan Che Alias sebagai Calon.. Beliau boleh bertanding..

Hanapiah rasa Che Alias atau pon beliau yg layak bertanding di sana.. Bukan samsuri yg dah banyak pegang portfolio di teranganu termasuk jawatan Mb


Halaluna wa haroomukum


Exco kewangan

Exco pelaburan

Exco ekonomi

Exco tanah dan Sumber asli

Sebagai MB Kini samsuri mahu Jadi Ahli Parlimen pula...

Banyak elaun yg beliau Makan?


P/s Berlakunya PRK Kemaman kerana Mahkamah Pilihan Raya telah membatalkan kan kemenangan Che Alias kerana berlakunya Kesalahan Rasuah sewaktu berkempen pada PRU yg ke 15

Che Alias merupakan Yg Di Pertua Pas Kemaman.



DUA GOLONGAN NI TAK SUKA ANWAR

 

ANA TAHU


Ada dua golongan tak suka ke Anwar sekarang ni… Israel dan Walaun…




KERJASAMA ERAT PH-BN BERI HARAPAN KEMENANGAN

 Kerjasama erat PH-BN beri harapan kemenangan

Kerjasama erat PH-BN beri harapan kemenangan

Kongsi

Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob optimis calon Perpaduan mampu memberi tentangan sengit dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Jelasnya, keyakinan itu dizahirkan susulan kerja kuat dan kesefahaman yang ditampilkan jentera dan pimpinan negeri sepanjang kerjasama itu terbentuk sejak December tahun lalu.

“Dari segi kerjasama kami banyak melakukan perbincangan terus secara bersama dengan pimpinan.

“Ia menunjukkan peluang untuk menang lebih tinggi kerana momentum keserasian itu telah ada dan kita harap sokongan ini mampu menarik lebih ramai untuk memilih calon Perpaduan,” katanya ketika ditemui Suara Keadilan.

Justeru, bagi menyelusuri kemenangan, Nadhir menekan kepentingan tempoh 14 hari berkempen itu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

“Dalam tempoh berkempen itu, selain daripada kita membantu dalam sosial media, pendekatan turun padang juga akan dilakukan.

“Aktiviti dari rumah ke rumah dan program untuk menyantuni pengundi di Kemaman akan dibantu jentera Pakatan Harapan (PH),” ujarnya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman bermula hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman.

Sejurus itu, calon mempunyai 14 hari tempoh berkempen bagi meraih undi di kawasan Parlimen berkenaan yang mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kemasik, Kijal, Air Putih dan Cukai.

Seramai 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.



WANITA UMNO MAKSIMUMKAN KEMPEN RUMAH KE RUMAH



Wanita UMNO maksimumkan kempen rumah ke rumah

Wanita UMNO maksimumkan kempen rumah ke rumah

Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, jentera pergerakan itu akan digerakkan semaksimum mungkin untuk berkempen dari rumah ke rumah sepanjang tempoh kempen PRK Kemaman diadakan.

Katanya, semua Wanita UMNO bahagian daripada seluruh negara akan menghantar wakil masing-masing bagi tujuan itu.

“Kemudian melalui penyelarasan oleh Wanita UMNO negeri-negeri, kami akan berkampung di Kemaman ini sepanjang tempoh kempen diadakan,” ujar beliau ketika ditemui.

Menurut Noraini lagi, Wanita UMNO memang terkenal dengan keupayaan berkempen dari rumah ke rumah sejak dahulu lagi.

“Kami akan memanfaatkan kepakaran kami itu dengan sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan kepada calon BN dalam PRK Kemaman ini,” tambahnya lagi.

Beliau juga menjelaskan, Wanita UMNO akan turut bekerjasama dengan Wanita PH dalam gerak kerja kempen yang dilakukan, sesuai dengan kedudukan PH dan BN yang kini bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan.

Apa dan bagaimana bentuk kerjasama dengan PH itu, kata beliau, akan diputuskan kemudian setelah kedua-dua pihak mengadakan perbincangan lanjut.

Noraini yang merupakan Pengerusi Risda melahirkan keyakinan, BN mampu mencapai kejayaan dalam PRK Kemaman ini.

“Melalui kerja kuat kita dan bekerjasama pula dengan PH serta faktor calon BN yang ada kelebihan, kita yakin mampu melakukan kejutan,” katanya.

Beliau seterusnya menyifatkan pemilihan bekas Panglima ATM, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calon BN adalah suatu pilihan yang tepat oleh pucuk pimpinan parti.

“Beliau adalah seorang profesional yang berkelayakan tinggi, banyak jasa selama ini ketika berkhidmat dalam tentera, selain juga merupakan anak tempatan Kemaman. Ini adalah kelebihan yang ada calon BN kali ini.

“Beliau sedia menjadi calon semata-mata untuk menyumbang balik kepada rakyat melalui pengalamannya selama ini,” tegas Noraini.


ISU NIK ELIN - PMX KESAL SIKAP MENTERI TERDAHULU, SIKIT-SIKIT TAK TAHU?

ANTARA REE, RASUAH DAN PENAFIAN


Tertuduh, Muhamad Sobri Osman, 63, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah. Mengikut pertuduhan, Muhamad Sobri didakwa meminta suapan bagi dirinya iaitu wang RM4 juta daripada John Abad Pe sebagai dorongan membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usaha sama perlombongan REE melalui suatu Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBI Kedah dan syarikat terbabit. Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa https://linktr.ee/jomchannel





[gempak] NARATIF JAHAT PARTI PAS! LOKMAN ADAM MEMBUAT PENDEDAHAN!

[dewan rakyat] KERAJAAN GAGAL KATA ABAHCOW! YB RAFIZI BALUN KAW KAW!

DI THAILAND PILIHANRAYA HANYA WAKTU PILIHANRAYA- SEBAB TU PELABUR CHINA MELABUR DI THAILAND.


 

MACAM NI PUNYA MEMBAZIR. PATUT TANGKAP HUMBAN MASUK PENJARA- SAMA YANG BERSEKONGKOL


Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendedahkan sejumlah RM681.71 juta dana awam hilang susulan kegagalan pelaksanaan enam inisiatif.

Mengikut perincian laporan diterbitkan hari ini, kegagalan pengurusan program penanaman padi menyebabkan negara rugi RM660.14 juta, iaitu dana tertinggi yang dibazirkan.

Diikuti pengurusan pembangunan hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (RM14.33 juta); pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan dan agensi di bawah kementerian dalam negeri (RM6.34 juta).


Diikuti pengurusan pembangunan hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (RM14.33 juta); pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan dan agensi di bawah kementerian dalam negeri (RM6.34 juta).

Pengurusan program pemuliharaan kawasan perlindungan marin (RM0.49 juta); program galakan pelaburan bagi sektor perkilangan (RM0.29 juta); dan pengurusan program bandar selamat (RM0.12 juta).


LKAN 2022 juga mendedahkan sebanyak RM21.35 juta pembaziran dana awam meliputi tiga program iaitu pengurusan pekerja asing bersepadu (ePPAx) dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) sebanyak RM19.39 juta.

Pengurusan program pemuliharaan kawasan perlindungan marin (RM1.04 juta), dan pengurusan program memperkasakan kapasiti, kebolehan dan daya saing industri pembinaan (RM0.92 juta).

Sementara itu, dua program dikesan tidak melaksanakan pembayaran secara teratur iaitu pengurusan program podium sukan elit (RM1.47 juta) dan pengurusan program memperkasakan kapasiti, kebolehan dan daya saing industri pembinaan (RM0.05 juta).



PEMBOHONG BESAQ




Raja Petra ni, kalau dia tak bodoh, maknanya dia nak perbodohkan orang lain.


Aku tak tahulah keadaan Zahid Hamidi. Tapi kalau betul Zahid nak letak jawatan pun, kebiasaannya Timbalan Presidenlah yang akan memangku. Apa hal nak bagi orang lain pulak?


Lagipun, keahlian Hishamuddin kan dah digantung. Macamana orang yang digantung keahlian boleh nak pangku jawatan presiden? Logik mana si RPK ni pakai? Dia reti ke tak reti?


RPK ni niat dia cuma nak boost semangat walaun yang dah kian pudar dah tu. Konon kalau Hisham jadi presiden, UMNO akan keluar daripada Kerajaan Perpaduan. Kononnya la.


PRK Kemaman dah dekat, kan. Kalau tak diumpan dengan cerita rampas kerajaan, nanti walaun takde semangat pulak nak buat kerja. Kesian kat walaun yang kena bodoh bodoh macam tu je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BILA HANGPA HILANG KUASA .MODAL PUN HABIS.

 

Hentikan konsert kerana simpati rakyat Palestin?


Rakyat Palestin dibantai zionis ni bukannya bermula  7 Oktober baru ni. Mereka dah disiksa, pembersihan etnik dah berlangsung semenjak dari 1948 lagi. Dah hampir satu abad dah.


Tak pernah lagi, semenjak Nakbah yang pertama, rakyat Palestin merasa hidup yang sempurna. Gaza dah berpuluh tahun jadi penjara terbuka (open-air prison). Bukan baru ni je.


Dah selama-lama ni mana simpati? Macam-macam konsert berlangsung. Masa lebai berkuasa pun tak sedikit konsert dianjurkan. Walaun pun tengah syok berzumba. Masa lebai memerintah, rakyat Palestin tengah bahagia ke?


Aku bukan peminat Coldplay. Aku tak minat konsert pun. Aku pun pelik orang sanggup bayar tiket mahal setakat nak tengok 'orang lidi' atas pentas. Tapi tak payah la nak politikkan isu konsert ni dan dikaitkan pula dengan Palestin.  


Sebenarnya semua ini disebabkan lebai kehilangan kuasa je. Walaun tunggang isu ni nak hasut rakyat benci kerajaan. Itu je. Nampak tak betapa hipokrit puak-puak penunggang ni? Agama sudah, Melayu pun sudah, sekarang dia tunggang Palestin pulak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ORANG BIASA MURTAD JANGAN PERCAYA.




 Nak kritik DS Anwar pasal Palestin dah tak mampu sebab tersebar video DS Anwar kritik pentadbiran Joe Biden depan muka Joe Biden sendiri dan dapat penghargaan golongan agama seluruh dunia.


Nak kutuk ekonomi pun tak boleh sebab pelaburan asing tak henti-henti masuk. Apa lagi nak dikritik? Tak ada benda dah. Akhir sekali, terpaksalah kutuk bayang-bayang DS Anwar. Tu je termampu.


Tak payah cerita pasal cahaya la. Cerita mudahnya DS Anwar nak menipu untuk apa? Dah terang beliau memang pergi US. Dah apa yang peliknya gambar begini? Dah tu Joe Biden dalam video tu pun edit? Ni bukan level influencer nak tunjuk kaya acah-acah naik kapal terbang wei. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TUU DIAAA...MALAUN NI BAKAL KENA LAGI . DULU KENA SEJUTA DENGAN ANWAR.KALI NI MAU DOK KENA LAGI. DULU JADI PECACAI UMNO. NI JADI PECACAI PN....TAK GUNA BETOI......

 

Fahmi Fadzil




Peguam saya telah cuba untuk hubungi individu bernama Wan Muhammad Azri sejak beberapa bulan lalu. Ini berkait kenyataan fitnah yang dibuat individu tersebut terhadap saya sebelum PRN Ogos lalu.


Oleh sebab surat saman ini tidak dapat diserah tangan kepada beliau, Mahkamah telah memutuskan pada 6 November 2023 supaya peguam saya menyerahkan pemakluman secara penyampaian ganti (‘substituted service’).


Oleh itu, hari ini, notis tersebut telah diterbit dalam surat khabar The Star.


Harap maklum.



WAKIL PAS KENA SEKOLAH DALAM DUN PENANG. TU PUN JANGAN....



Video dalam DUN sidang Pulau Pinang 



Ingatkan perjuangan berdasarkan Al-Quran, As-sunnah, Ijma dan qias. Rupanya 'beriman' dengan buku BN yang entah siapa yang tulis.


Tak pasal kena syarah oleh Reezal Marican berkenaan surah Al-Hujurat ayat 6.


Betul dah Reezal kata. Kalau tau salah, minta maaf. Ini bukan main bongkak bila wartawan tanya di parlimen. Dia pula suruh tonton video sampai habis.


Lani UMNO pula syarah pada Pas tentang perlunya tabayyun.



PERANGAI TAK ELOK KERAJAAN NEGERI NAK KAIT DENGAN SAPA PULAK


 Kalaulah perangai tak elok pegawai kerajaan tu nak dikaitkan dengan kerajaan, bagaimana pula dengan mantan CEO MBI Kedah yang terkait dengan kes rasuah dan seleweng? Berkaitan dengan kerajaan Kedah juga ke?


Takkan cuma pegawai kerajaan pusat je dikaitkan dengan kerajaan. Kalau pegawai kerajaan negeri terus jadi tak ada kena mengena. Yang lantik CEO pun MB je. Jadi MB terkait la?


Jangan buat macam tu. Perangai kalau orang lain buat salah, kalau aku buat betul tu perangai zionis tu. Jangan tiru. Kalau orang lain salah, sendiri buat pun kena anggap salah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KATA SANUSI BAGUS- NI ZALIM CAM ISRAEL- PADAN MUKA HANGPA. IDUP SANUSI.


 

KEH..KEH...PAS OH PAS.

 



Jamzuri Ardani


Dia gini ... dulu PAS yang berbohong pada rakyat. Bila DAP kata Hudud PAS bercanggah dengan perlembagaan, PAS kata DAP anti Islam. Bila DAP kata kena ubah perlembagaan dulu baru boleh laksana Hudud PAS kata DAP tak faham perlembagaan dan cuba mentafsirkan perlembagaan secara sekular.


Sekarang ini PAS pulak yang mengiyakan apa yang DAP cakap.  PAS pulak yang cakap perlembagaan perlu dipinda. 


Soalnya siapa yang berbohong?



KALAU ITU TANGGAPAN. MAKA YANG LAIN PERLU KERAS BEKERJA SEBAGAIMANA PMX KALAU GAGAL BAIK LEPASKAN.

 


DS Anwar bukannya dominasi. Tapi beliau terlihat sedemikian kerana pembangkang juga. Kalau lihat cara pembangkang bekerja, mereka sedaya upaya mahu memperlihatkan DS Anwar sebagai gagal.


Jadi pagi, petang, siang, malam mereka serang DS Anwar dari pelbagai sudut. Atas serangan itu, maka para penyokong DS Anwar terpaksa counter dengan menyebarkan berita kerja yang dibuat oleh PMX.


Tapi itu tak bererti menteri lain semua gagal. Kita boleh lihat bagaimana Anthony Loke, Mohamad Sabu, Azalina, Saifuddin Nasution, Rafizi termasuk juga Armizan yang pangku jawatan sebagai Menteri KPDN mampu deliver kepada rakyat.


Penganalisis juga menyebut tentang janji reformasi institusi. Antaranya peruntukan sama rata antara ahli parlimen. Aku tak tahu kenapa penganalisis nak sibuk isu ini walaupun dah banyak kali dijelaskan.


Baca berita penuh di https://tinyurl.com/589hh6ud.


Juga disebut tentang pemansuhan akta-akta zalim. Aku tak rasa DS Anwar lupa dengan janji-janji itu tapi beliau sengaja tangguhkan pemansuhan akta tersebut kerana hakikatnya kita tak bersedia lagi.


Umpama janji nak belikan anak motor jika berjaya dalam peperiksaan contohnya. Sebelum beli tentu kita perlu pastikan si anak ada lesen dulu. Kalau tak boleh bahayakan dirinya sendiri serta orang lain.


Pada masa ini pembangkang begitu aktif mainkan isu 3R secara sengaja. Malah Mahiaddin dan Hadi mempertahankan perbuatan jahat ini. Walaun juga tak henti menghasut menggunakan sentimen ini.


Jika akta ini dihapuskan pada masa ini, mungkin boleh mendatangkan bencana buat negara. Jadinya suka atau tidak, perlu kekalkan dahulu sehinggalah penjahat-penjahat ini dihapuskan dan rakyat telah dididik untuk berpolitik secara berhemah.


Nak betulkan rumah bukan boleh siap semalaman. Apatah lagi rumah yang hampir musnah dilanda ribut. Perlukan masa dan rancangan teliti. Jangan sampai rumah itu jadi semakin rapuh dan roboh.


Tapi penganalisis bersetuju yang DS Anwar berjaya membawa ekonomi negara ke arah yang betul dan menarik pelabur dengan Belanjawan 2024 baru baru ini. InsyaAllah Malaysia akan pulih di bawah pentadbiran DS Anwar. Aamin. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DOK JERIT JERIT TAPI BENGONG TAK FAHAM ISU


 

ISLAH






Buang masa je tulis panjang2, tak boleh lukis kah?” 


Ok, sekarang dah ada orang tolong lukis. 


Saya perkenalkan portal baru “ISLAH”, platform infografik untuk kita kenal mana satu auta mana satu fakta. 


Kengkawan yang buat portal ni, kita pakat tolong share la. 


Suka design dia neat, tak berserabut. Boleh lah tolong pass ke orang kampung. 


Jemput follow mereka ni. Depa kata boleh je nak ambil poster depa dan buat sebaran umum. Dihalalkan jua. 


Mari lawan propaganda sama2. Jangan pajak otak dan setia mengkhinzir buta. 


~LM~ 


Pautan ISLAH: 


Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=61553250401796&mibextid=LQQJ4d


Instagram: https://instagram.com/islah_official?igshid=NDBkMmRyOGF2MGts&utm_source=qr



BENARKAH SYARIAH DICABAR?? SEBENARNYA PAS YANG TERCABAR KERANA KELEMAHAN MENGGUBAL.

 BENARKAH SYARIAH DICABAR??







CHE IBRAHIM


Ambo tak nampak polemik yang berlaku hari ini ekoran kes Nik Elin Nik Rashid vs Kerajaan Kelantan sebagai satu cabaran kepada syariah atas berbagai alasan.


Sebenarnya polemik ini adalah satu ujian dan cabaran kepada kemampuan ahli ahli politik Pas dalam menggubal undang undang. Kebolehupayaan mereka menggubal undang undang sedang diuji apabila Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 sedang dicabar keabsahannya kerana bercanggah dengan undang undang Persekutuan. 


Kesimpulannya bukan syariah yang sedang dicabar, tetapi Pas rasa tercabar apabila enakmen syariah yg mereka gubal dipertikaikan keabsahannya. Apa pun kita tunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung cabaran tersebut. 


Pindaan Perlembagaan tidak perlu dibuat semata mata untuk menutup kelemahan dan kegagalan ahli ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan yang didakwa telah menggubal enakmen melangkaui bidangkuasa yang ada pada mereka.


Begitu juga mengguna sentimen agama bagi menutup kelemahan dan kesilapan dalam menggubal undang undang menambah lagi kesilapan dan kekeliruan.



PESANAN BUAT YANG BARU BEKEJA

 Burnout.

.

Asyraff Jeffry


Ramai orang muda yang baru masuk ke alam pekerjaan menafikan kewujudan 'makhluk' ini. Jadi, mereka pulun kerja sampai nikmat kerja itu hilang dan badan tidak sihat.

.


Saya selalu pesan kepada pekerja yang directly bawah saya, jawab mesej sampai pukul 9 sahaja (OT), selebihnya selesaikan pada pagi keesokannya. Memang selepas pukul 9 saya akan tetap mesej sebab bimbang lupa tapi balas keesokannya pun saya tiada masalah.

.


Tapi pada peringkat awal,jawapan yang biasa saya terima bila suruh mereka ikut waktu kerja yang saya tetapkan ,"takpala, lagipun takda kerja lain."

.


Saya senyum sahaja.

.


Dan pengakhirannya sama dengan sebelum ini. Badan penat,motivasi kerja hilang. 

.


Tiada titik yang jelas di mana kita akan burnout. Setiap orang mempunyai daya tahan yang berbeza. Oleh sebab itu, cuba ikut waktu kerja yang ditetapkan. Tidak perlu buat OT kalau tidak dibayar.

.


Sekadar berpesan kepada anak muda yang baru nak masuk ke alam pekerjaan. Saya bukan nak tunjuk saya baik tetapi bila pekerja burnout,hantar surat berhenti, saya akan serabut. Untuk elakkan kepala saya dari keserabutan, saya pesan awal-awal.

.


Lol.



WOIII - KAT NEGERI HANG 4-5 HARI LEPAS ADA CONCERT...

 


Hoiiii... COLD-LowBuy‼️‼️‼️‼️

Tak habis2 lagi ke pasal Konsert COLDPLAY tu⁉️⁉️⁉️




KEH KEH....LAGU BARU BUAT MAT GANUS


 

MENGAPA KES INI UST BUDAK TIDAK ADA DALAM JENAYAH SYARIAH SYARIAH 2019.?




Che Ibrahim


 Mengapa kesalahan mencabul atau kelucahan melampau tidak ada dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan sedangkan ianya juga satu kesalahan syariat??


Kalau kesalahan liwat, bersetubuh dengan mayat/binatang boleh dimasukkan dlm ekjs (I) 2019, maka amat patut Kerajaan Kelantan memasukkan juga kesalahan tersebut dlm enakmen jenayah syariah demi mempertahankan syariat dan maruah orang Islam.



FAHAM DAH TU- TAPI LEBAI PAS PUSING TAK SESAR ITU ZAMAN MEREKA SENDIRI YANG JADI PEMERINTAH...KAH..KAH..KAH


 

AMANAH TAK DIAM- TAPI NIK ELIN CABAR KEUPAYAAN PAS GUBAL UNDANG UNDANG. SEMUA PAS GAGAL . DAH BAGINPELUANG PUN JADI KERAJAAN.




Che Ibrahim


 Tuan Ibharim Tn Ibrahim Tn Man ... Amanah bukan bisu, tapi Amanah yakin undang undang syariah tidak pernah dicabar.


Yang kamu dok bising kata syariah dicabar tu, sebenarnya Nik Elin Nik Rashid cabar keupayaan kamu dalam menggubal undang undang. 


Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang kamu lulus tu pada hemat Nik Elin telah melangkaui kuasa negeri. Kesalahan kesalahan dalam Enakmen jenayah syariah yang kamu gubal itu telah ada dalam undang undang jenayah Persekutuan.


Jadi tak payah kamu merapur kepada orang lain untuk menutup kelemahan dan kesilapan kamu.



KUASA DITANGAN KAMU.KUASA MASA TEBUK ATAP JUGA DITANGAN KAMU.



Che Ibrahim

 Paknik.... Masa Nik Elin Nik Rashid cabar EKJS (I) 2019 ni, kuasa politik dok di tangan parti Pak nik hasil kerja tebuk atap bersama rakan rakan Paknik. Nik Elin tak tahu pun parti Paknik dan rakan rakan akan hilang kuasa politik selepas PRU 15 pada Nov 2023.


Petisyen Nik Elin itu tidak mencabar syariah, tetapi mencabar adun adun Pas Kelantan yang tidak ada kebolehupayaan untuk menggubal undang undang sehingga enakmen jenayah syariah yang digubal oleh mereka melangkaui bidangkuasa yang ada pada negeri. 


Selama kenin kamu seronok memerintah kerana tidak ada orang cabar;


Kamu gagal bekal airbersih rakyat diam,

Kamu jarah semua hutan simpan hingga haiwan liar pun takdak tempat tinggal. 

Kamu pajak tanah tanah kepada bangsa asing atas nama ladang hutan... Rakyat hanya mengeluh dan berdesus. 


Tapi bila Allah hantar wanita kerdil, yang kamu pandang lemah, tidak ada upaya... Tiba tiba kamu goyah, lalu kamu tunggang agama untuk pertahan diri dan menutup kesilapan kamu.