BENARKAH SYARIAH DICABAR?? SEBENARNYA PAS YANG TERCABAR KERANA KELEMAHAN MENGGUBAL.

 BENARKAH SYARIAH DICABAR??







CHE IBRAHIM


Ambo tak nampak polemik yang berlaku hari ini ekoran kes Nik Elin Nik Rashid vs Kerajaan Kelantan sebagai satu cabaran kepada syariah atas berbagai alasan.


Sebenarnya polemik ini adalah satu ujian dan cabaran kepada kemampuan ahli ahli politik Pas dalam menggubal undang undang. Kebolehupayaan mereka menggubal undang undang sedang diuji apabila Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 sedang dicabar keabsahannya kerana bercanggah dengan undang undang Persekutuan. 


Kesimpulannya bukan syariah yang sedang dicabar, tetapi Pas rasa tercabar apabila enakmen syariah yg mereka gubal dipertikaikan keabsahannya. Apa pun kita tunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung cabaran tersebut. 


Pindaan Perlembagaan tidak perlu dibuat semata mata untuk menutup kelemahan dan kegagalan ahli ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan yang didakwa telah menggubal enakmen melangkaui bidangkuasa yang ada pada mereka.


Begitu juga mengguna sentimen agama bagi menutup kelemahan dan kesilapan dalam menggubal undang undang menambah lagi kesilapan dan kekeliruan.



No comments: