Norman Daud
Kita selalu marah pada DS Anwar Ibrahim kerana polisi dasar yang beliau perkenalkan.
Kita marah bila petrol/diesel kena catu, kita marah bila harga barangan meningkat, kita marah hutang negara tinggi, kita marah bila kita takdek duit tengah bulan pada kita kerajaan tak tolong kita. Kita marah kat DAP sebab kita rasa DAP ni kontrol negara. Kita tuntut janji PRU yang dah berpuluh tahun, kita marah bila kerajaan nak laksana e- invoice, kita marah semua perkara dan kita letakkan salah tu pada beliau.
Takperlah nak marah tu.. nak buat camner kan.
Tapi pernahkah kita fikir bebanan tanggungjawab yang beliau tanggung untuk negara?
Beliau masuk ke PMO ketika negara sedang baru hendak pulih dari kesan COVID-19 yang menghamput ekonomi negara kita. Defisit fiskal negara melonjak kepada 6.2% daripada KDNK pada tahun 2020 (berbanding 3.4% pada tahun 2019).
Untuk membolehkan kerajaan membuat pinjaman tambahan bagi membantu rakyat dan perniagaan, Parlimen Malaysia telah meluluskan kenaikan had statutori hutang negara beberapa kali, iaitu daripada 55% dinaikkan kepada 60%, dan seterusnya 65% daripada KDNK.
Ini semua berlaku semasa beliau bukan perdana menteri.
Apabila mengambil alih Kerajaan pada November 2022, kadar defisit fiskal tahunan bagi 2022 berada pada kadar 5.5% daripada KDNK (atau peminjaman baharu tahunan sebanyak RM99.5 bilion). Sejak itu, fokus utama Kementerian Kewangan adalah untuk mengurangkan nisbah defisit ini secara beransur-ansur setiap tahun dan berjaya.
Bila defisit dikurangkan daripada 6.2% (2020) menuju ke sasaran 3.5%, ia memberi "ruang bernafas" (fiscal space) kepada kewangan negara. Jika berlaku lagi krisis global atau bencana pada masa depan, kerajaan baharu ada ruang untuk membuat pinjaman kecemasan semula.
Sebab tu beliau bersungguh sungguh mencari pelaburan baru supaya KDNK kita naik supaya kita boleh bernafas. Kerajaan dah nak lemas semasa beliau ambil alih negara.
Setiap tahun, berbilion ringgit hasil negara terpaksa digunakan hanya untuk membayar faedah/bunga hutang (debt service charges), bukannya untuk membina sekolah atau hospital.
Untuk Kerajaan mengurangkan beban perbelanjaan mengurus adalah dengan mengubah kaedah subsidi pukal kepada subsidi bersasar.
Ni subsidi petrol dan diesel ni makan besar perbelanjaan negara. Setahun dekat RM15bilion dibelanjakan menampung subsidi ni je. Belum campur subsidi lain.
Boleh tengok gambar dibawah.. mungkin kita boleh nampak macam mana keadaan kewangan negara kita sekarang.
Saya tahu akan ada suara suara yang akan cakap " kalau dah tahu susah, membebankan.. jangan la jadi PM"
Masalahnya.. isu ni dah berpuluh tahun negara kita tanggung, tapi siapa yang berani melakukan perubahan? Yang paling berani dulu DS Najib.. dia apungkan harga petrol dan diesel, dia perkenalkan GST. Yang tu saya akui dan beliau bernasib baik ketika langkah langkah itu dilaksanakan takdek konflik dunia seperti mana yang PMX hadapi sekarang dan beliau mewarisi negara yang berada didalam keadaan yang elok hasil pemerintahan sebelum beliau.
Cuma tulah.. malas la nak cerita, semua orang tahu apa yang berlaku
Saya tahu apa yang saya tulis ni tak akan memberi apa apa impak tapi saya nak tulis juga..
Kita tak nampak apa yang PMX cuba lakukan untuk negara ketika ini. Kita rasa kerajaan ini jahat sebab buat dasar dasar yang menekan kita. Tapi percayalah.. apa yang beliau buat ini adalah untuk kebaikkan negara kita. Saya tahu jika diberi pilihan beliau pun tak nak buat semua ni. Tapi apa pilihan yang beliau ada? Negara dah nak tenggelam masa beliau ambil alih dulu.. beliau terpaksa.
Saya tidak meminta semua orang bersetuju dengan setiap dasar kerajaan. Mengkritik kerajaan itu hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Tetapi kritikan juga wajar dibuat dengan memahami keadaan sebenar yang diwarisi dan matlamat di sebalik setiap keputusan.
Mungkin hari ini kita hanya nampak kesusahan yang terpaksa ditanggung. Namun jika usaha membaiki kedudukan fiskal negara ini berjaya, manfaatnya bukan untuk kerajaan hari ini, tetapi untuk anak-anak kita yang akan mewarisi negara ini nanti.