Che Nin
1. Lepas ni kalau boleh tak nak sebut pun pasal PH dah. Kat sini cuma nak senaraikan apa yang patut PH ni sedar diri. Kalau nak menang PRU 16.PRN Melaka nanti bungkus, PRN Sarawak nanti bungkus, PRN mengejut Perlis Perak dan Pahang nanti pun confirm bungkus ikat mati. Bukan lagi ikat tepi. PRU 16 ada la masa sikit lagi kalau nak buat sesuatu kalau bawak sampai akhir penggal awal 2028. Kalau korang beramuk ngan BN pastu nak bubar bulan 2 tahun depan tu korang punya pasal la. PRU 16 nanti pun Bersama tak menang banyak kerusi pun. Nasib baik menang la 2 atau 3 kerusi. Itu pun hebat sangat dah. Yang akan bertanding banyak cuma PH.
2. Nasihat dari orang yang menyokong pembangkang sejak 1990 sebagai ahli pas hingga 2015 dan kemudian jadi ahli PKR sehingga 2025 ni Ikhlas sebab niatnya nakkan sesuatu yang berbeza dan hati memang tak berkenan kepada Umno BN dari dulu. Masa Anwar dalam BN pun aku tak berkenan kat dia.
3.Apa yang perlu PH perbetul???
a) kalau bab komunikasi dan penerangan kena ada orang macam arwah Tok Mat Bulat aka Tok Mat Rahmat. Dia betul2 menteri penerangan yang menguntungkan partinya. Budak2 sekarang tak kenal pun sape Tok Mat Bulat. Buang je beruk Fahmi Gol & Gincu tu.
b) bab kakitangan awam, soal pencen kena di perjelas dan dibetulkan balik. Pencen ni sensitif bagi orang Melayu. Melayu dengan makan gaji ni dah sebati. Kacau hal pencen memang akan bunuh PH. Perjawatan kena ditambah bagi semua skim. Jangan dok jaja alasan masalah kewangan tu. Kau sembang pelaburan berbiliuuuuuuuun, ekonomi berkembang tapi masa yang sama kata takde duit. Mana logiknya??
c) masalah pimpinan PH. Aku kasi contoh mudah je la, orang senior macam kami kenal Anwar sebagai pemimpin, islamis dan macam2 hal yang baik. Tapi anak anak yang mula mengundi sekarang ni kenal Anwar sebagai bekas banduan, kes liwat, gila nak jadi PM. Tentu tanggapannya berbeza.
Dan jumlah mereka ini cukup ramai. So yang tua tua ni berenti aje lah. Mundur selangkah dan sedia untuk handover.
d) isu harga minyak ni tetap kena sebut kerana tetap jadi ejekan pembangkang. Ada yang tak tau ni duk dalam manifesto lama. Terangkan pada rakyat. Buat info dalam TV dan media sosial. Naikkan balik kuota jadi 300L setiap orang. Soal diesel pulak nape jadi mendadak mahal???Pekebun yang ada hilux, bawak barang, bawak durian, bawak sawit semua marah. Diaorang baru nak senang sikit dah kembali di susahkan kerajaan. Bila minyak naik, repercussion dia banyak. Barang mahal. Bila barang dah mahal, dia takkan turun balik walau harga minyak turun.
e) isu PTPTN. Tayang balik ucapan Tuan Brahim dan tunjuk balik manifesto Pas PN yang kata nak hapus hutang PTPTN tu. Kalau tak selagi tu la walaun dok pusing isu ni. Lebai Kemetot tu selagi tak kena smash muka dia selagi tu la walaun tak sedar diri.
f) kebajikan ahli dan penyokong kena jaga. Projek atau program kerajaan yang kontrol geng BN. Yang ambik manfaatnya Umno. Bila penyokong minta korang buat dia macam pengemis. Pastu korang suruh dia setia pada parti?? Semalam aku tengok dekat bangunan umno N9, orang BN yang datang dapat baju, vest, topi dll.Pilih je saiz, penyokong dan jentera akan dapat. Benda ni simple tapi mengikat penyokong. Apa lagi kalau penyokong dibantu dalam hal lain. Dalam PH ada buat camtu? Bagi kertas buat ape??
g) pengundi bukan melayu jangan take for granted. Bila nampak Cina semua akan kata akan undi PH. Realiti tu laku 2008 sampai 2022 je. Lepas ni tak lagi. Peniaga marah dengan e-invois
h) e-hailing dan p-hailing pun salah satu sebab ramai orang marah. Isu sebenar aku tak tau sangat nak cerita tapi kawan2 yang buat kerja ni takde sorang pun yang tak marah. Kalau tak nampak pun dia marah, dia oendam dalam hati dan hasilnya diterjemah di peti undi.
i) PROMO YB PH media sosial terlalu sendu. Tak banyak YB PH menonjol macam YB Helmi, YB Dira. Ada bukan tak ada macam YB Steven Sim YB Lee Khai Loon. Yang Melayunya hanya keluar gambar pergi mesyuarat dan rasmi atau hadir majlis. Pengundi melayu ni nak visibility dikalangan rakyat. Bukan gambar pegi pejabat. Sebab tu bila tiap kali mengundi, akan keluar perkataan 'tak pernah nampak muka', '5 tahun baru nampak batang hidung'.
j) Trend selfie dengan pimpinan/YB/Menteri tiap kali turun PRN, PRK tu rentikan la. Semua tu Tu jalan nak membongak je. Konon kau buat kerja. Yang jantan perasan terpaling jentera dan yang pompuan perasan terpaling komited. Belajar dengan wanita K10 umno tu. Diam diam dia gerak pegi rumah ke rumah.Agih kelompok2 kecil dan pegi jual cerita dongeng diaorang. Ni jentera PH bila turun sibuk tayang muka depan pimpinan. Pooorah. Tu belum kira pasal nak sebat duit belanja yang ada sikit tu.
k) muka2 yang di benci rakyat kena ditukar posisi. Contoh, Sani Hamzan mungkin orang Langat tau kerja buat dia tapi pengundi luar semua menyampah dengan dia. So muka yg org tak suka ni jangan duk ke depan. Buat kerja belakang takbir je. Keje yang depan kamera, keje jumpa pengundi pass kat muka baru. Aku dah listkan ramai dari PKR, tapi dalam Amanah dan DAP pun ada jugak. Kalau ceramah pun biar berpada2. Jangan menekan nekan dan meneran neran.
l) pengisian penerangan kepada rakyat zaman susah ni kena berbeza sikit. Kena selaraskan ikut tempat dan keadaan. Jangan pakai bahasa dan cara Anwar tu, orang tak faham dan sebenarnya orang menyampah bila dia bercakap. Dia je tak sedar diri, perasan masih lagi pemidato hebat. Cakap pun dah tergagap2 sekarang sampai orang troll dalam TikTok.
m) koordinasi PH dari Pusat sampai ke Parlimen tu pulihkan la balik. Ada tempat tak pernah ada mesyuarat PH pun sejak jadi kerajaan lepas tu bila PRN kau nak datang sebagai gabungan??? Tak caya? Tanya Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Johor. Patutnya semua parlimen ada lantikan ajk PH dan cantik lagi kalau ada surat pelantikan dengan tandatangan Pengerusi PH. Baru la tersusun.
n) perkhidmatan kepada rakyat kena ditambah baik. Samada pendidikan tinggi dan rendah, kesihatan, kebajikan bandar dan luar bandar, jangan dok perkenal benda pelik pelik yang menyusahkan rakyat.
o) ni last. Aku boleh je tulis sampai Z. Tapi nanti kata tak boleh move on pulak. Part last ni paling penting iaitu sikap. PH ni poyo. Konon dia la terpaling dalam semua hal. Bila dia jadi terpaling ni dia lupa diri. Lupa hakikat sebenarnya PH tak kuat. Contoh PKR ada 1 kerusi di Johor tapi berlagak macam dia MB Johor. Last2 sekali kerusi tu ghuyup. Amanah parti paling kecik dan paling lemah, ada 1 je kerusi di N9 tapi dok perasan macam banyak kerusi last sekali ghuyup jugak. Dah kata, dah cakap, dah nasihat banyak kali tak dengar jugak. Degil. Bebal. Bangang. PKR dengan Amanah ni hanya perlu fokus untuk tambah 2-3 kerusi je dari jumlah yang ada. Bukannya tamak nak bolot semua. Bertanding ikut pembahaguan tu takpe la. Bertanding la ikut kesepakatan. Kang BN menang free pulak. Realitinya PKR dan Amanah TAKKAN MENANG semua kerusi yang dia bertanding. Maka gerak kerjanya mesti kepung habis habisan kerusi yang menang dan cuba penatrate 2-3 kerusi potensi. Buat kerja tu biar berfokus dan sedar diri sikit.
4. Tu je buah last utk PH. Lepas ni tak sebut dah pasal PH. PH nak post mortem ke nak kaji ke, nak wacana ke ikut korang la. Nampak macam tabiat denial tu datang balik. Tengok la komen Amir Pendek-politik identity konon pastu ada dah yg spin pasal undi popular. Tak payah pusing la. Jumlah 55% lagi banyak dari 40%. Noktah. SEKIAN. PALUAN BERUNDUR.
No comments:
Post a Comment