(Live) Saifuddin Nasution & Mohd Puad Zarkashi : Penjajaran Politik Baru...

KES COVID MENINGKAT KERANA KERAJAAN PN MAHU BERKUASA


Hamdan Taha


 Kita akan menyambut ramadhan tak lah lama lagi....apakah kali ini sambutan ramadhan dan hari raya seperti tahun 2020. Begitu lah yang ada dalam fikiran saya...


Sekarang kes telah melebih angka tiga ribu dan kerajaan PN masih biarkan dan tidak nampak serius untuk membendung perkara ini. Bagi saya memang ada agenda Muhyuddin untuk membiarkan kes mendadak naik supaya mudah beliau gunakan alasan untuk terus kekal berkuasa dengan adanya darurat jika umno ambil keputusan keluar dari PN. Itu sebab kepercayaan saya kerajaan biarkan rentas negeri tampa ada had dan majlis apa saja boleh di buat...kerana jika kes meningkat akan memanjangkan usia kekuasaan mereka....


Bila hari ni kes meningkat 3000 bermakna pada bulan januari membawa ke mac kes boleh menjadi 5000 ke 8000 ribu sehari. Kenapa ini semua boleh berlaku kerana kerajaan yang mahukan perkara ini berlaku. Kita semua tahu kes meningkat setiap hari ini datangnya dari sabah dan klauter luar negara yang gagal di kesan dan di kuarantin oleh pihak kerajaan. Antara penyumbang adalah klauter politik...


Krismas di benar di sambut tampa batas....tetapi percayalah bila bulan ramadan nanti kita berdepan dengan PKP dan terawih do rumah.....masa tu muhyuddin akan baca doa sekali lagi....rakyat pun akan puji lagi....



Sebab Apa Umno Tidak Boleh Mengadap YDP?TanyaLokman Sambil Hentam Annuar...


ZUS DIN

Tahu pun tak cukup numbers bangang le kalau UMNO tak berpakat dengan PH nak bagi cukup numbers. Sudahnya kekal macam sekarang. Sape yang bangang?




COVID-19 UDATE : MALAYSIA - 3,027 kes baru...!!!!




AKU dok kata dah KERAMITA PN memang CLUELESS..!! Ingat kot smlm dah cukup tinggi? Hari ni 3,027 kes baru, lagi TINGGI....!!!

Mau aku tak kata Clueless? Hgpa galakkan org melancung, berpusu2 mcm kat Jeti Langkawi tu nak jaga SOP taik myk apa??

Yg puak KAKI berjalan sana sini bawa anak2 tu...bila sekolah bukak hgpa hingaq suruh tutup. Tapi hgpa bawak anak2 melancong berpusu2 sampai kes tak terkawal? SOP mana? Ketegaq bijik??

KERA jaan ni buat apa hah?? Tarak idea baru ka nak kawai? Sampai MANTAN Timb. Menteri Kesihatan era PH jugak lah yg bagi cadangan? Macamni kalu buleh ka nak buka sekolah 20 Januari 2021? Nak risikokan anak2? Chi sin..!!

BETUL lah apa yg shbt2 aku whatsapp. Depa kata kalau Politik tak stabil pandemic COVID-19 ni nak stabil macam mana hbag hg? NAFI lah mcm mana pun, memg ada kaitan.

So...aku dok pikiaq takkan setiap hari sampai 3 ribu kes ni akan meningkat lagi sampai 31hb sbb ada PAU Kaya? Mana lah nak pi tau, kot taknak segala akar kayu, akar umbi parti tu pi makan PAU Kaya tempat berkumpul lembu2 pawah??

Sbb Natijahnya KERAMITA PN buleh tersembam, buleh terbalik wooo....don't play play aarr. Aku rasa macam nak maki je KERAMITA PN ni. Pelarq celaka empat belaih sungguh la...Oops...Sorry, maap ya?...Tarik balik...tarik balik....Description: 🤪Description: 😅

- Zus Din

07 Januari 2021

 

Panas! Anwar tempelak ROS nafi pendaftaran Pejuang, Muda

 


Panas! Anwar tempelak ROS nafi pendaftaran Pejuang, Muda

Presiden PKR Anwar Ibrahim membidas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), berkata keputusan untuk “menafikan pendaftaran Pejuang dan Muda tidak dapat diterima sama sekali.”

Kata Anwar, ini kerana hak berpersatuan dan menubuhkan politik sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu kita menggesa ROS untuk menyatakan apa alasan serta hujah yang kukuh mengapa parti-parti ini dinafikan pendaftarannya.

“Pejabat pendaftar bukan perkakas politik bagi pihak yang di dalam kerajaan untuk diperalat sesuka hati demi agenda mereka.

“Ketelusan dan kebertanggungjawaban mesti ditegakkan agar para kakitangan jabatan pendaftar tahu dan sedar akan tanggungjawab mereka dan setiap tindakan dan keputusan mereka wajar dipersoalkan,” kata Anwar pada satu kenyataan hari ini.

Semalam, ROS menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Muda (Muda).

Dalam satu emel yang dilihat oleh MalaysiakiniROS tidak menyatakan alasan penolakan permohonan pendaftaran Muda yang diterajui oleh bekas menteri Syed Saddiq Syed Abd Rahman.

Pejuang pula adalah parti serpihan Bersatu yang diketuai oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.


JANGAN DENGAR NASIHAT YANG MEMUSNAHKAN- BERSATULAH BERSAMA ANWAR

 


Panas! Mahathir nasihat Muhyiddin letak jawatan

Panas! Mahathir nasihat Muhyiddin letak jawatan

Melihat kerapuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan.

Bercakap kepada media hari ini, Dr Mahathir menegaskan, Muhyiddin perlu mengambil tindakan sedemikian jika berasakan kepimpinannya tidak kukuh dari segi sokongan.

“Dah nasihat banyak kali (beri nasihat kepada Muhyiddin) tapi yang susahnya kita nasihat, mereka tak mahu dengar. Itu yang jadi masalah.

“Nasihat terbaik, anda nampak tak begitu kukuh, letak jawatan lah,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Khamis.

Mengulas kemelut antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau sudah menjangkakan perkara itu ketika kedua-dua parti itu mahu bergabung.

“Saya beritahu Muhyiddin, anda akan hadapi masalah kerana anda parti kecil, mereka besar dan ada banyak kerusi.

“Kalau mereka tarik balik sokongan, habislah tapi beliau kata beliau boleh uruskan masalah itu. Jadi kita lihatlah bagaimana dia mahu uruskan,” ujar Dr Mahathir lagi.


BAWA USUL KELUAR PN KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO ADA RISIKO BUAT ZAHID HAMIDI


Seorang pemimpin Bersatu hanya tertawa kecil dengan keputusan mesyuarat MT UMNO malam semalam yang akhirnya tidak membuat apa-apa ketetapan untuk keluar daripada kerajaan PN.


Sebaliknya, mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamidi malam tadi memutuskan untuk membawa usul hubungan tegang parti itu dengan Bersatu ke Perhimpunan Agung yang dijadualkan pada 31 Januari ini.


Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam kenyataan medianya berkata, MT mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan usul yang dikemukakan oleh 189 daripada 191 bahagian parti.


Menurut pemimpin Bersatu itu, ketetapan MT UMNO itu seumpama seseorang yang ingin menyerang lawan kelahinya, tetapi memaklumkan tarikh serta masa untuk melakukan serangan.


Tindakan UMNO itu, katanya, seperti memberi masa kepada Bersatu dan PN untuk bersiap sedia menghadapi apa yang mahu dilakukan, sedangkan untuk menjatuhkan lawan, ia sepatutnya dilakukan secara mengejut dan tanpa dijangka.


“Ini benar-benar kelakar, UMNO sepatutnya tidak menangguhkan lagi keputusannya kerana MT UMNO ketika tidak berlangsung Perhimpunan Agung, adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi yang diiktiraf parti.


“Kenapa harus ditangguhkan lagi kepada Perhimpunan Agung, bukankah usul daripada bahagian-bahagian sudah memadai untuk MT UMNO membuat keputusan mengikut apa yang dimahukannya?,” tegas beliau.


Pemimpin tersebut juga menyifatkan keputusan MT UMNO itu seperti memperlekeh tindakan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob yang sudah pun berkorban meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau MPOB, baru-baru ini.


Tambah beliau lagi, menangguhkan keputusan yang boleh diputuskan oleh MT UMNO kepada Perhimpunan Agung hanya menunjukkan Zahid Hamidi tidak cukup yakin dengan pendiriannya sendiri serta memperlihatkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sudah kalah dari segi moral.


Ini juga, kata beliau lagi, bukan kali pertama Zahid Hamidi bersikap flip-flop dalam tindakan dan gebang politiknya.


“Saya fikir reputasi beliau telah terjejas dan tidak lagi diyakini kerana kononnya akar umbi UMNO ketika ini tengah bersemangat untuk berpisah dengan Bersatu, keluar daripada kerajaan dan bersiap sedia untuk PRU15.


“Zahid Hamidi nampaknya telah mengecewa dan menghampakan mereka,” ujarnya lagi.


Selain itu, pemimpin Bersatu itu berkata, membawa isu UMNO keluar daripada kerajaan ke Perhimpunan Agung juga boleh mengundang risiko yang tidak dijangka.


Beliau berkata, apabila isu berkenaan di bawa ke Perhimpunan Agung nanti, tidak mustahil ia menjadi “boomerang” atau serangan yang berbalik kepada Zahid Hamidi sendiri.


Ini kerana, katanya, bukanlah rahsia lagi beberapa pemimpin UMNO sendiri seperti Tengku Adnan Tengku Mansor, Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Annuar Musa adalah antara yang tidak setuju dengan tindakan UMNO mahu keluar daripada kerajaan PN, apa lagi mendesak PRU diadakan di ketika Covid19 masih belum mereda.


“Akhirnya di mana maruah Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO jika pada Perhimpunan Agung UMNO nanti bergema nada berbelah bahagi dengan tindakan UMNO mahu keluar daripada kerajaan dan mendesak PRU segera diadakan?” soalnya. (Shahbudindotcom 07/01/2021)


APA SUDAH JADI..??



Mohd Shah Rim

Hyundai Motor Corp (Hyundai Hyundai Motor’s Asia Pacific regional Hq) yang mula beroperasi di Malaysia pada 2015 bakal memindahkan pejabatnya ke Indonesia..


Pekerja tempatan telah mula dihentikan sehingga proses menindahkan operasi selesai hujung tahun ini.


Hyundai akan melabur  RM4.02 billion termasuk membina kilang pemasangan kenderaan Hyundai di Bekasi, wilayah timur Indonesia.. 


Malaysia ?? masih sibuk berpolitik siang malam, ada sibuk dgn dua kolam, meeting siang malam semata mata kerana kuasa ..



JANGAN ANGKUH..

 

Faezuddin Puad

1. Siapa ingat lagi Azmin Ali dalam kempen PRN Sabah pada 24 Ogos 2020 dengan angkuh mendakwa jika tak tukar kerajaan PH kepada PN pada Mac, lebih ramai rakyat akan mati?


2. Hari ni, tercatat 3027 kes positif yang baru, jumlah kes keseluruhan 128,465. 8 kematian baru dengan jumlah kematian 521 orang. Pecah lagi rekod kes harian tertinggi. 


3. Sekarang PN perintah, Azmin Ali pula salah seorang Menteri Kanan dalam kerajaan PN. 


4. Dalam keadaan sekarang, adakah Azmin dan PN berjaya mengawal kes Covid-19 daripada terus meningkat? Kes kematian?


5. Sebaik saja PN ambil alih pemerintahan negara daripada PH kes mula meningkat, seratus, seribu, dua ribu dan hari ini cecah 3 ribu kes. 


6. Tengok angka saja pun orang ramai dah tahu kerajaan PN gagal. PH dulu 22 kes walaun PAS dah kata gagal apatah lagi 3 ribu kes. 


7. Mungkin Tuhan nak tunjuk kepada rakyat Malaysia, sekiranya cakap besar dan sombong, inilah akibatnya. 


8. Diharapkan kita semua ambil iktibar dan jadikan pengajaran daripada peristiwa ini.


Wallahualam, sekian.



Anwar positif tawan Putrajaya sebelum PRU-15

 

Anwar positif tawan Putrajaya sebelum PRU-15

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi positif dan yakin dapat menawan Putrajaya sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya masih lagi melakukan kerja-kerja bagi mencapai matlamat tersebut.

Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa, sokongan majoriti masih ada dan usaha-usaha ke arah misi itu masih lagi berjalan sejak pendedahan dilakukan pada September tahun lepas.

“Kita lakukan kedua-duanya. Jentera pilihan raya DAP, PKR, dan Amanah sudah bermesyuarat dan menyusun strategi mengikut keutamaan kami dan pada masa sama, kita akan terus rancang usaha ini.

“Saya tidak boleh katakan lebih dari ini. Tetapi ia adalah serangan serampang dua mata,” katanya kepada pemberita selepas program santai bersama ahli PKR Wilayah Persekutuan dan beberapa pemimpin PH disini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kini terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menentukan sama ada beliau memiliki sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

“Ini proses terus, saya sudah hantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda baru habis kuarantin,” ujarnya.


Covid 19 pantas merebak, rangka pelan kecemasan baharu - Dr Lee Boon Chye



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dicadang merangka pelan kecemasan yang baharu berikutan peningkatan mendadak jumlah jangkitan harian Covid 19.

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, kes harian melebihi 2,500 pesakit dengan kes aktif sebanyak 24,347 sehingga semalam memungkinkan sistem jagaan kesihatan di sektor awam berada di tahap genting dan tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang kian meningkat.

Katanya, sekiranya pelan kecemasan baharu tidak dirangka sesegera mungkin maka jumlah kes harian akan melepasi 3,000 sehari sebelum pertengahan bulan Januari 2021.

"Saya cadangkan dilaksanakan 3 langkah serta merta supaya situasi ini tidak memuncak sehingga menjadi tidak terkawal.

"Iaitu, menetapkan sasaran supaya setiap kontak rapat dikesan, diuji dan diasingkan dalam masa 48 jam. Ini akan menyekat penularan virus dan mengurangkan jumlah kes harian serta kebolehjangkitan (R0).

"Ini boleh dilakukan melalui penambahan 10,000 anggota tambahan dalam perkhidmatan kesihatan awam untuk pengesanan kontak. Satu rangkaian pengesanan kontak boleh ditubuhkan dengan kerjasama pemimpin masyarakat seperti ketua-ketua Kampung, Ahli Majlis PBT dan sebagainya," kata Dr Lee dalam satu kenyataan.

Menurut Ahli Parlimen Gopeng itu, cadangan berkenaan telah pun diutarakan beliau sejak 28 April tahun lalu kepada kerajaan PN namun tidak disambut baik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, Dr Lee juga mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana dalam kawasan-kawasan tertentu yang serius penularan wabak Covid 19 sebagai 'pemutus litar'.

"Kerajaan juga perlu melaksanakan PKPD selama dua minggu sebagai ‘circuit breaker’ di kawasan-kawasan tertentu di mana jangkitan kommuniti berlaku dan tidak terkawal.

"Tumpu kepada pemberian vaksin secara percuma dan secara sukarela kepada kumpulan sasar sahaja. Kumpulan sasar terdiri daripada mereka yang berisiko tinggi dijangkiti Covid 19 dan mereka yang berisiko komplikasi apabila dijangkiti.

"Ini termasuk Pasukan di KKM, penguatkuasa (Polis/ATM), Bomba, Petugas di penjara dan pusat tahanan serta pusat jagaan, guru, warga emas dan mereka yang mengidapi penyakit kronik," katanya lagi.

Dr Lee juga menyarankan agar kerajaan memberi ruang kepada doktor swasta untuk memberi vaksin mengikut permintaan.

"Menyasarkan ‘herd immunity’ di peringkat sekarang adalah satu langkah yang tidak waras dan tidak praktikal," katanya lagi.

 

Umno serius usul keluar Perikatan Nasional - Dr Mazlan Ali

 


Usul agar Umno meninggalkan Perikatan Nasional (PN) yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam tadi untuk dibahas pada Perhimpunan Agung Umno akan akan menjadi perkembangan politik paling penting menjelang hujung Januari ini.

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, Umno pada ketika ini berdasarkan mesyuarat peringkat bahagian kelihatan sangat serius membahaskan keperluan parti tersebut menarik dari daripada kerajaan PN.

Katanya, hal itu berkaitan dengan hegemoni Umno yang dirasai mulai berkurangan akibat disaingi oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Mutakhir ini terutama selepas mesyuarat bahagian-bahagian Umno pemimpin-pemimpin parti itu mula menyuarakan hasrat terpendam mereka, iaitu mengekalkan kedudukan Umno sebagai parti hegemoni Melayu di masa depan.

"Desakan demi desakan berlaku sekarang, termasuk oleh bekas PM Najib Razak agar Umno segera keluar daripada kerajaan PN.

"Ini, bagi saya kerana Umno sedar pengaruh Tan Sri Muhyiddin dan Bersatu yang bertambah ekoran sokongan rakyat terhadap polisi-polisi Tan Sri Muhyiddin yang kelihatan baik (dalam perang melawan Covid 19)," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Umno mula membuka perbincangan dengan pihak lain dengan pelbagai kemungkinan, sama ada membentuk kerajaan baharu atau pun mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut sebagaimana disuarakan oleh akar umbi parti itu.

Menurut Dr Mazlan, kedua-dua kemungkinan ini sedang giat dibincangkan oleh pelbagai pihak dalam Umno dan menunjukkan hilang minat parti itu mempertahankan kerjasama dengan Bersatu serta PN.

"Malah terdapat khabar-khabar angin bahawa satu rancangan untuk membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat, mungkin ini ada hubungan dengan desakan-desakan yang kuat dari akar umbi Umno

"Jadi berdasarkan perkembangan-perkembangan ini, saya percaya bahawa usul untuk keluar PN akan dikemukakan dalam Perhimpunan Agung itu nanti," katanya.

Umno dalam mesyuarat peringkat bahagian minggu lalu memberikan beberapa alasan kukuh untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN. Namun alasan utama adalah sikap Bersatu yang didakwa membeli ahli-ahli Umno untuk menyertai parti itu.

Sekiranya kerjasama diteruskan sehingga tarikh Pilihan Raya Umum 2023 maka Umno akan kehilangan sejumlah besar keahlian melalui kempen yang didakwa dilakukan Bersatu untuk menjadi kuasa politik utama orang Melayu.

 

Mana pelan pembangunan Kampong Bharu, Annuar jangan sibuk berpolitik - Syed Badli

 


Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dinasihatkan jangan terlalu sibuk berpolitik mendedahkan surat Presiden Umno kepada Yang di-Pertuan Agong berstatus sulit, sedangkan janji menyelesaikan pembangunan Kampong Bharu, Kuala Lumpur 'tergantung tidak bertali'.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman berkata, janji kepada penduduk Kampong Bharu telah dibuat sejak sebelum Annuar menjadi menteri lagi, kononnya nilai pampasan tanah boleh ditingkatkan kepada lebih RM1,000 sekaki.

Namun katanya, isu tersebut terus tidak kedengaran ketika Annuar diberi tanggungjawab mengambilalih isu berkenaan dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelumnya.

"Sebagai Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar perlu kurangkan berpolitik dan fokus isu rakyat.

"Setakat hari ini beliau masih gagal membentangkan pelan pembangunan Kampong Bharu sedangkan plean tersedia dari kerajaan PH tidak dilaksanakan dengan pelbagai alasan remeh.

"Ramai penduduk dan pemilik tanah masih tertanya-tanya apakah tindakan kerajaan sekarang terhadap pelan pembangunan Kampung Bharu. Ketika beliau belum menjadi menteri, pelbagai kritikan dilontarkan terhadap pelan tersebut yang direncana oleh kerajaan PH.

"Namun setelah bergelar menteri semua yang dikatakan sebelum ini tinggal sepi, sebaliknya beliau lebih banyak berpolitik demi mempertahankan jawatan dan kedudukan," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Syed Badli yang merupakan anak jati Kampong Bharu mencadangkan agar Annuar meletak jawatan sebagai menteri sekiranya tidak mampu melaksanakan tugasan beliau dengan baik.

"Saya ingin menyarankan kepada Annuar jika beliau rasa terbeban dengan tugas sebagai menteri, sebaik-baiknya beliau berundur sahaja.

"Beliau boleh memberikan fokus untuk terus berpolitik tanpa dibebani perihal rakyat," katanya lagi.

Untuk rekod, Annuar belum pernah mengemukakan tarikh baharu untuk menyelesaikan isu pampasan tanah penduduk Kampong Bharu atau pelan pebangunan yang lebih baik sejak memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

 

TERBAIK MIHYIDDIN TOLAK PATI SAKA

 


Terkini! Tun Mahathir adakan sidang media tergempar petang ini

Terkini! Tun Mahathir adakan sidang media tergempar petang ini

Ahli Parlimen Langkawi yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada pukul 6 petang ini.

Belum ada sebarang maklumat berkaitan isu yang akan disuarakan dalam sidang media tersebut namun dijangkakan, bekas Perdana Menteri itu bakal menyentuh penolakan pendaftaran Pejuang.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menerusi surat dikeluarkan pada Rabu memaklumkan menolak pendaftaran parti tersebut.

Selain Pejuang, permohonan Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) turut ditolak RoS.

Perkara itu disahkan salah seorang pengasas MUDA, Mutalib Uthman dalam kumpulan aplikasi WhatsApp bersama media sebentar tadi.

Ikuti sidang media Dr Mahathir secara langsung pada petang nanti di semua platform Astro AWANI.


Panas! Mahkamah beri amaran keras pada Najib

 


Panas! Mahkamah beri amaran keras pada Najib

Mahkamah hari ini memberi amaran keras kepada bekas perdana menteri Najib Razak agar tidak menyerang saksi pendakwaan dan bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz di Facebook.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memberi amaran itu ketika perbicaraan kes rasuah RM2.28 bilion dana 1MDB hari ini.

Pada 5 Jan, pihak pendakwaan meminta mahkamah mengeluarkan amaran itu susulan hantaran Facebook Najib terhadap Zeti berkenaan dakwaan berkaitan 1MDB.

Ia susulan hantaran Facebook bertarikh 29 Dis lalu yang mengandungi dakwaan terhadap Zeti dan keluarganya berkaitan dana syarikat itu.

Dua hari kemudian, Zeti mengeluarkan kenyataan media bagi menyangkal dakwaan itu.

Dalam penghakimannya, Sequerah berkata sebarang kenyataan Zeti sebelumnya tidak mengabsahkan Najib untuk memuat naik hantaran tersebut.

“Tertuduh tak boleh buat kenyataan seolah-olah membuat perbicaraan di ruang awam.

“Tiada kenyataan boleh dikeluarkan berkenaan perbicaraan. Kenyataan tertuduh bersamaan dengan serangan terhadap saksi pendakwaan.

“Maka, mahkamah mengeluarkan amaran keras kepada tertuduh agar tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga kewibawaan perbicaraan,” kata Sequerah kepada Najib yang berada di kandang tertuduh.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.



SUMBANGAN BANJIR | ANTARA PEMIMPIN SOMBONG DENGAN PENDAKWAH 'VIRAL'



Bob Kelanang


Ustaz Ebit Liew turun menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuala Lipis, Pahang bersama 10 buah kenderaan pacuan 4 roda. Menerusi hantaran di page Facebook beliau, menceritakan keadaan situasi banjir yang dikatakan terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


Sebaik tular gambar-gambar mengenai kehadiran Ustaz Ebit menyantuni mangsa banjir di Pahang itu, netizen mula membandingkan perbezaan antara ustaz selebriti itu dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah.


Gambar Nik Amar menyampaikan bantuan kepada rakyat dari dalam bot mula ditularkan di media-media sosial. Gambar yang dipercayai diambil beberapa tahun lalu itu diulang siar semula bagi rakyat menilai perbezaan antara umara’ yang sombong dan ulama’ yang ikhlas menyantuni mangsa-mangsa banjir.


Untuk rekod, Nik Amar pernah menyindir Ebit Liew dengan mengatakan “Kebaikan yang tidak berakal” apabila pendakwah itu turun menyampaikan bantuan di dalam kawasan Dun pemimpin Pas itu di Panchor. https://malaysiadateline.com/serang-bantuan-oleh-ebit-lew-netizen-serbu-fb-nik-amar/


Kerajaan AutoPilot Yang Isim Berpolitik


Mohd Mukhlis.


Dulu mereka kata jangan berpolitik waktu Covid, tapi rakyat tak lupa siapa yang gila berpolitik di Sabah sampai kes mengila jadi 2000 sehari. 


Dengan SOP yang berubah lebih cepat dari sales Shopee , kalau VIP siap boleh adjust masa kuarantin, tapi kalau kena pada marhaen, tanggal sekejap topeng pun dah kena denda dan penjara.


Semalam 2 parti yang kata jangan berpolitik masa Covid sibuk bermesyuarat bukan sebab nak fikir macam mana nak tolong rakyat yang kena buang kerja, bukan fikir macam mana nak mudah mangsa banjir, bukan fikir macam mana nak kurang beban rakyat.


Yang UMNO fikir macam mana nak lepaskan diri dari penjara dengan ugut Din Pagoh.


Yang Bersatu fikir macam mana nak berkuasa dengan sokongan senipis kulit bawang.


Lepas tu KPM dengan yakin kata sesi persekolah bermula 20 hb, tapi time buat keputusan tu waktu zaman bila, semalam pecah rekod kes tetinggi 2.6K kes dalam masa satu hari, Menteri Pendidikan legasi Hobbart entah hilang ke mana.


Menteri Kesihatan Psudoscience tak payah cerita la, muka dia hanya keluar kalau ada perayaan, maybe next apperance masa tahun baru cina.


PM tak habis-habis dengan perutusan dia, negara kena bayar 800 juta dekat Singapura pun dia buat tak tahu, malu kat negara jiran bila parlimen mereka kata contract batal sebab Malaysia tak nak tender terbuka ( nak bagi kroni)


Lagi banyak ujian dan peringatan yang Allah berikan lagilah ramai menteri-menteri ini missing in action. Sedangkan Nabi telah memberi amaran bala yang menimpa umat terdahulu adalah di sebabkan double standard dalam menghukum. 


"Sesungguhnya  yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah apabila ada orang  yang dihormati (terhormat) dari mereka mencuri, maka mereka pun  membiarkannya. Namun jika ada orang yang lemah dan hina di antara mereka  ditangkap kerana mencuri, maka dengan segera mereka melaksanakan  hukuman ke atasnya" HR. Muslim


73 jemaah menteri dalam kerajaan tidak berfungsi, semua pakat makan gaji buta. Nama gah "perikatak nasional", tapi hari-hari berpolitik, urusan kerajaan di biarkan berjalan macam autopilot. Cumanya destinasi terakhir adalah menuju gaung buta; jadi by hook or by crook ia perlu di tukar dengan kadar segera.


Mungkin SSST lupa bacakan pesanan Nabi SAW pada Din Pagoh waktu bagi sertuan tempoh hari; 


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya kalian nanti akan sangat  bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan  menjadi penyesalan." (Riwayat Bukhari)


Dan juga hadiah bendera al-ghadr untuk mereka yang berkhianat perjanjian. 


“Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu terdapat bendera di punggungnya  pada hari kiamat, (bendera itu) diangkat setakat mana pengkhianatannya.  Ketahuilah bahawa tiada pengkhianatan yang lebih besar daripada  pengkhianatan pemimpin orang ramai” (Sahih, riwayat Muslim)


“Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu bendera pada hari kiamat yang  tercatat padanya “Inilah pengkhianatan si polan” (Sahih, riwayat  al-Bukhari dan Muslim)



COVID-19 PECAH REKOD LAGI, LEBAI PAS TERTUNDUK



Bob Kelanang


22 kes dalam masa 2 bulan zaman PH, dia punya meroyan Islam terancam macam nak kiamat. Mintak benda pelik-pelik macam aurat pramugarilah, hududlah, haram sekolah vernakularlah. Macam-macam fatwa dalil dari langit di petik janji dapat sertu pengkhianat.


Tapi 2,593 kes SEHARI, pecah REKOD Negara, 500 kematian siap boleh buka sempadan, sekolah pun 'proceed' macam semua dah dapat suntikan vaksin, shopping mall macam ada jualan mega, tapi masjid aje yang pakat tutup. ولعون yang pakat bising Islam terancam dulu pun duk sibuk buat rumah terbuka dan kenduri-kendara macam tiada apa-apa.


Tukang sertu dulu pun kini sibuk dengan kerja mufti cakna bab hukum poligami padahal isu yang konon-konon mustahak dulu macam sekolah vernakular masih tersegam, beer siap boleh jadi halal, judi cabutan bertuah naik 3 kali ganda, sujud dalam kuil pun kena tabayyun dan bincang secara ilmiah.


Betul kata Syeikh Said Ramadhan Al-Buuti:

“Hukumnya sama, dan dalilnya tetap sama.. yang berubah adalah cita-cita dan kepentingan mereka di dalam politik.. ”



Mengapa 10 peluru...1 kpd musuh 9 kpd pengkhianat


Norman Radzuan



PH bukan dijatuhkan oleh BN tapi pengkhianat

KITA SUDAH MENANG TAPI KITA TEWAS SEKELIP MATA


Siapa yg tidak merasalai perjuangannya di era 1998 mungkin akn berkata.. apa hebat sgtkah kalian. Seperti kita mendengar org tua2 kita bercerita kisah Jepun menjajah negara. Kita dgr dan tak ambil peduli sgt.


Rata2 pejuang melawan kezaliman ketika itu turun ke jalan raya. Ada yg ditukar tempat kerja, ada yg diberhentikan kerja oleh majikan, ada yg dipukul, ada yg dipenjarakan dan pelbagai lagi selama 6 bulan saban minggu tanpa jemu ke jalan raya.


Ada anak muda bertanya kenapa perlu berdemontrasi. Ketika itu kita tidak mampu menzahirkan kemarahan di media sosial... lalu hanya ditunjukkan di jalan raya. Hanya penulis hebat melahirkan buku. Yg lainya zaman Mahathir ketika itu pejuang atau rakyat ditutup segenap ruang demokrasi yg ada.


Pendemo ditangkap, akhbar dikawal, pemimpin2 politik ditahan dan sebagainya. Tapi kini teknologi dtg dgn pantas dan akhirnya keupayaan kerajaan BN dijatuhkan keberkesanannya 70% adalah faktor teknologi maklumat selain usaha tanpa penat pemimpin.


Sebab itu anak2 muda skg sibuk menyuruh org2 berumur ini turun, digantikan dgn pelbagai tohmahan. Sb ketika era melawan kezaliman itu mereka baru berusia 10 tahun dan ada yg baru lahir. Mereka masuk politik 5-6 tahun lalu melihat PH sudah kuat dgn penyokong. Siapa yg dipenjarakan, dipukul dan sebagainya mereka tak mahu ambil peduli... yg mereka peduli jawatan2 politik diisi oleh mereka anak2 muda.


Selepas 20 tahun dgn pelbagai kesukaran rakyat Malaysia berjaya juga menjatuhkan kerajaan 'unsinkable' BN. Sebab apa.. sebab rata2 rakyat pelbagai kaum mahu melihat Malaysia baru. Tapi di saat pengharapan tinggi menggunung...hanya dgn 22 bulan sahaja kerajaan PH dijatuhkan oleh pengkhianat2. PH jatuh bukan kerana rakyat dan bukan kerana BN tetapi kerana pengkhianat dlm PH.


Ada bertanya kpd saya kenapa saya menolak Mahathir dan penulisan saya sgt kritis terhadap Mahathir. Sebab kita semua tahu Mahathir, Muhyiddin dan Azmin adalah perancang mengkhianati mandat rakyat. Mengapa kita mahu bekerja dgn mereka sudah terbukti mengkhianat. 


20 tahun ramai pejuang2 berjuang utk membawa Malaysia baru terutamanya membasmi rasuah. Rasuah yg membuat org kaya bertambah kaya dan org miskin bertambah miskin.


Mengapa pemimpin kita membela nasib org kaya. Air Asia mahu RM 1 billion diberikan. Rakyat mahu RM 10k duit sendiri disekat. Pemimpin tidak memakai mask tidak mengapa rakyat dikenakan denda RM1k. Pemimpin curi berbillion  masih boleh ke sana sini tapi rakyat mencuri tin milo dipenjarakan.


Bila menang rakyat yakin inilah masanya nasib rakyat akn mula terbela. Tapi sayangnya Mahathir ada agenda peribadi. Pengkhianat atau org Melayu selalu sebutkan musuh dlm selimut adalah musuh paling bahaya sehingga sejarah mengatakan jatuhnya kerajaan Melaka kerana ada pengkhianat.


Kata Panglima Besar Jendral Soedirman, "Siapkan 10 peluru. 1 peluru untuk lawan dan 9 peluru untuk pengkhianat." .... sebab apa Jeneral Soedirman berkata demikian?


Sambungnya, " Kerana pengkhianat adalah musuh terbesar/sebenar agama,bangsa dan negara." Jadi kalian nilaikan sendiri maksud tersirat betapa bahaya pengkhianat kpd agama, bangsa dan negara.



UMNO NAK KEMANA.....

 Salam. 


Pagi ini...bagi membalas 'gertakan' UMNO, Yiddin memberitahu wartawan "Tidak ada sedikit pun kegusaran kepada saya, PN dan bersatu!. Pemecatan Annuar Musa tidak membolehkan kami memecat pula dia daripada jawatan Menteri. Perlu di ingat, jika UMNO enggan lagi bekerjasama dengan Bersatu (PN)..kami masih memiliki PAS, GPS serta GRS. Kami mendapat sokongan padu dari ketiga2 parti terbesar itu. Jika UMNO ingin bersama dengan PKR dan PH...saya juga pasti bahawa penyokong2 UMNO akan membantah sekeras-kerasnya. Begitu juga dengan penyokong2 PKR dan DAP yang tidak sesekali menerima 'salam perdamaian' dari UMNO. UMNO nak duduk di mana masa tu?. Hampir semua orang-orang UMNO menolak DAP dan Anwar. Amanah pula...langsung tidak ada upaya untuk membantu UMNO. Jika masing-masing tidak mempunyai majoriti, maka kami (Bersatu, PAS, GPS dan GRS) dengan mudah dapat menguasai PRU ke-15 nanti. malah, saya dengan penuh yakin memberitahu anda bahawa ada lebih dari 8 MP UMNO akan menyertai kami dalam masa yang terdekat ini. Semog semua pihak bersabar, bertenang dan bersedia dengan apa-apa pun keputusan nanti. Azmin akan membuat sidang khas media esok".


Nah, Zahid terkena tamparan sekali lagi?. UMNO pulak yang akan terus menggigit jari?. Hmmmm..permainan Politik Zahid dan UMNO yang ada sekarang ini, agak dangkal dan terkebelakang. Tetapi, di sebalik kemelut 2 parti tersebut...yang untung dan sedang berkira2 untuk terus bersandar di kerusi empuk PutraJaya tentulah PAS. Mereka hanya menunggu peluang dan menunggu keputusan 'siapa yang akan menang antara...UMNO @ Bersatu?". Menang atau kalah antara kedua2 parti tersebut, tiada bezanya bagi PAS kerana mereka memang jenis makan keliling dan lalang paling hijau dan paling lebat dekad ini.  


Zahid dan pemimpin2 UMNO perlu lebih berani dalam membuat keputusan. Seperti kata Hishamuddin semalam...."UMNO sudah perlu memilih 'kawan' untuk menghadapi PRU ke-15. UMNO tidak akan berjaya apabila bersendirian walaupun kami masih mempunyai ikatan persahabatan bersama MIC dan MCA". 


Walaupun Yiddin dengan beraninya mencatas kata2 Zahid tentang gertakan UMNO, Yiddin dan Bersatu juga perlu ingat bahawa Bersatu pun belum pernah kukuh sehingga hari ini dan Yiddin terlalu bimbang jika berlakunya pertandingan dan pertempuran di medan PRU ke-15. Yiddin sangka PAS akan setia dengan PN?. Tidak mungkin dan Yiddin dan Bersatu pasti akan tewas. Itulah yang di takuti sangat oleh PN, Bersatu dan Yiddin.


Anda semua tidak percaya? Maka percayalah dan ada bantahan tak? Tanya jer nih.


Ikhlas tapi dekat,


Mohd Asri Bakar.



PRESIDEN UMNO, KALAU MAHU MENANG PRU DAN NAK JADI PM, MESTI BERANI BERDEPAN MEDIA


Selama ini, terutama ketika era Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, mesyuarat MT UMNO yang wajib disusuli sidang medianya, ia adalah detik yang paling ditunggu-tunggu oleh para petugas media.


Ia bukan saja untuk para wartawan mendapatkan berita mengenai topik perbincangan mesyuarat, malah juga untuk mereka bertanya soalan-soalan lain berkaitan isu semasa negara.


Selalunya Tun Mahathir tidak pernah mengelak untuk menjawab apa juga pertanyaan yang dikemukakan dan dengan itu sidang media selepas mesyuarat MT UMNO adalah sesuatu yang memberi kepuasan kepada para wartawan.


Kemudian, sewaktu Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, perkara yang sama juga diteruskan, walaupun cara beliau menjawab tidaklah sehebat Tun Mahathir.


Ketika era Najib Razak, meski sidang media selepas mesyuarat MT UMNO diteruskan seperti biasa, tetapi setelah muncul isu berkaitan 1MDB seolah-olah sudah wujud sekatan-sekatan tertentu kepada media.


Difahamkan pada waktu itu bukan saja media tertentu dilarang menghadiri sidang media Najib di Bangunan PWTC, malah soalan-soalan sensitif turut dilarang untuk ditanyakan.


Hanya soalan-soalan baik dan berbau syurga saja diberitakan dibenar untuk diajukan.


Namun, di era Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO ini, walaupun banyak isu-isu panas yang timbul atau sengaja ditimbulkan, sidang media selepas mesyuarat MT UMNO sudah hilang seri dan kemeriahannya.


Ia bukanlah sangat disebabkan beliau sebagai Presiden UMNO tidak memegang jawatan Perdana Menteri, namun lebih kerana keengganan atau ketakutannya berhadapan secara terbuka dengan media.


Sudah beberapa kali tiada sidang media diadakan sebaik selesai mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikannya, sebaliknya para wartawan, setelah menunggu sekian lama dan di tengah malam pula, hanya dititipkan dengan sehelai dua kenyataan media saja.


Sesungguhnya ini adalah sesuatu memalukan, bukan saja kepada diri Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO, malah kepada UMNO itu sendiri sebagai parti yang lama, besar, pernah mentadbir negara dan masih dalam kedudukan mempunyai jumlah Ahli Parlimen terbanyak dalam kerajaan.


Kalau sekadar mahu dikeluarkan sidang media saja, lebih baiklah diberitahu awal-awal supaya petugas media tidak perlu berkumpul beramai-ramai untuk membuat liputan sehingga jauh malam.


Seperti mesyuarat MT UMNO malam tadi, setelah petugas media menunggu hampir sejam untuk membuat liputan barulah mereka dimaklumkan tiada sidang media dan hanya diberikan kenyataan media oleh Ketua Penerangan UMNO saja.


Di waktu itu, semua pemimpin UMNO malah didapati sudah meninggalkan Bangunan PWTC melalui pintu belakang.


Tidakkah ini memperlihatkan UMNO seolah-olah mempermainkan petugas media?


Sudahlah berada dalam kerajaan pintu belakang, takut berhadapan dengan media pun lari ikut pintu belakang juga!!


Kepada UMNO, khususnya Zahid Hamidi, harus beliau sedari bahawa kemampuan berhadapan dengan media, selain perlu dalam konteks menyampaikan maklumat dan keberanian berterus-terang, ia juga adalah wadah untuk menyerlahkan wibawa dan ketrampilan seseorang itu sebagai pemimpin.


Dengan beberapa kali melarikan diri atau takut berhadapan dengan media, Zahid Hamidi seolah-olah hanya mengesahkan dirinya kurang berwibawa berbanding semua Presiden UMNO sebelumnya.


Sepatutnya dengan tidak memegang jawatan Perdana Menteri, inilah peluang terbaik untuk Zahid Hamidi menunjukkan ketrampilannya yang tidak kurang berbanding semua Presiden UMNO sebelumnya, walau beliau tidak menjadi ketua kerajaan dalam waktu yang sama.


Setidak-tidaknya, selari dengan keinginan UMNO mahu PRU segera dan kembali sebagai tunjang kerajaan, ternampak jugalah wibawanya atau tergerak hati pengundi untuk menjadikannya sebagai Perdana Menteri selepas ini.


Tetapi, dengan selalu takut dan kerap lari-lari daripada media, pendirian pula banyak flip-flop, bagaimana beliau mahu memacu UMNO dan BN ke arah kemenangan melalui penampilan dirinya sebagai jenderal perang yang tentunya impian dalam hati dan ingin dikejar adalah kerusi Perdana Menteri? (Shahbudindotcom 07/01/2021)

POLITIK BANI MELAYU.


JAMZURI ARDANI


Kemahuan akar umbi Umno jelas rasanya. Mereka tidak mahu bersama PPBM. Inilah naratif yang dijaja oleh team Zahid/ Najib. Tetapi, mereka juga tidak mahu bersama Anwar dan DAP. Inilah pula naratif yang dijaja oleh team Anuar Musa dan Hishamuddin. Mereka hanya mahu kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional. PAS secara umumnya dilihat tidak mengancam Umno dari sudut pembahagian kerusi, kecuali di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Tetapi, ini tidak bermakna kerjasama dengan PAS adalah mudah terutama dalam soal agihan kerusi dan hubungan parti itu dalam PN. PN adalah pertubuhan politik yang didaftarkan secara sah, manakala MN adalah pertubuhan yang tidak berdaftar. Bagi PAS, PPBM ibarat isteri yang sah manakala Umno hanyalah ibarat perempuan simpanan sahaja. Di Terengganu dan Kedah, adalah sukar untuk akar umbi Umno menyerahkan dominasi agihan kerusi kepada PAS.

Sekiranya Ummo dan PPBM benar-benar berkerat rotan, PAS terpaksa memilih satu antara dua. Situasi ini boleh membunuh PAS. Pertama, naratif 'kesatuan ummah' yang dicanang oleh PAS tidak pagi relevan. Kedua, pertembungan 3 penjuru di kawasan dominasi Melayu, terutama di pantai barat tidak akan memihak kepada PAS. Ketiga, PAS akan sentiasa hidup di bawah bayangan Umno atau PPBM.

Sekiranya gagasan Gabungan Besar ( Grand Coalition) berjaya direalisasikan di kalangan blok pembangkang dalam keadaan Umno, PAS, dan PPBM bertembung sesama sendiri, saya percaya mandat rakyat akan kekal bersama Pakatan Harapan dalam PRU15. Gabungan besar ini mestilah didominasikan oleh Pakatan Harapan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim.

 

Menteri digesa perjelas penamatan kemudahan jurnal perpustakaan UiTM

 


 PENTADBIR


Kami dimaklumkan bermula Januari 2021, perkhidmatan HeinOnline dan JStor telah pun ditamatkan oleh Perpustakaan UiTM seluruh negara yang mana akses kepada jurnal ini merupakan salah satu sumber rujukan mahasiswa dan tenaga pengajar UiTM.

Kami juga difahamkan bahawa penamatan ini mungkin disebabkan kekangan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh UiTM. Adakah kekangan ini berpunca daripada pengurangan peruntukan Kerajaan sebanyak RM 129 juta kepada UiTM yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021? Jika benar, maka alasan ini tidak boleh di terima memandangkan UiTM merupakan salah satu universiti awam yang utama di Malaysia.

UiTM memiliki 35 cawangan di seluruh Malaysia yang terdiri daripada lebih 300,000 pelajar. Oleh itu, kemudahan pembelajaran dan penyelidikan ini tidak boleh dipandang enteng apatah lagi ditamatkan begitu sahaja.

Selaku alumni UiTM, kami mahukan kualiti pendidikan dan kemudahan yang disediakan oleh UiTM selama ini tidak dikompromi malah perlu ditambah baik demi kelangsungan pendidikan anak bangsa serta menjadikan UiTM sebagai universiti bertaraf dunia.

Oleh itu, kami menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran UiTM dan Menteri Pengajian Tinggi dengan kadar segera.

Kenyataan Bersama Oleh:

1. Nor Miswary bin Ramli

Setiausaha DAP Cawangan Shah Alam

Alumni UiTM Shah Alam

2. Farhan Haziq bin Mohamed

Setiausaha DAPSY Damansara

Alumni UiTM Shah Alam

3. Muhammad Khairil Khalid

Pengerusi Cawangan DAP Kiara

Alumni UiTM Shah Alam

4. Ahmad Afiq bin Jumhuri

Setiausaha Publisiti Cawangan DAP Kampung Tunku – SS1

Alumni UiTM Negeri Sembilan

5. Nur Rahim Bin Nasir

Setiausaha Mahasiswa Roket

AJK Cawangan DAP Kampung Tunku-SS1

Alumni UiTM Pahang

6. Aslam Ramli

AJK Cawangan DAP Kampung Tunku-SS1

Alumni UiTM Melaka

7. Muhamad Rahimi Raduan

Setiausaha Cawangan DAP Kiara

Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam

Alumni UiTM Shah Alam

8. Danish Zainudin

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Melaka

Alumni UiTM Negeri Sembilan

9. Athari bin Bahardin

Ahli DAP Cawangan Kiara

Alumni UiTM Shah Alam

10. Mohamed Yazzer Azzad bin Zainudin

Ahli DAP Cawangan Kiara

Alumni UiTM Shah Alam

11. Nurhadi Zainol

Bendahari DAPSY Damansara

Alumni UiTM Shah Alam

12. Muhammad Shahrul Bin Shahabudin

Naib Setiausaha DAP Kubu

Alumni UiTM Shah Alam



(function() { var d = document, w = window; w

HANYA DI MALAYSIA PERASUAH KES BERPROFIL TINGGI BEBAS KELUAR NEGARA

                    www.zunar.my