BENDA NI KALAU DAP BUAT SAHIH KENA HENTAM, TAPI KALAU MCA BELA...DIAM BISU

 No photo description available.

LAGI RESTORAN DEKORASI KOMUNIS DIKESAN.

BELAJAR BERSYUKUR DI TANAH AIR SENDIRI......JANGAN MAINKAN ISU PERKAUMAN.

MENGAPA PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERLEPAS PANDANG?

Sebuah lagi restoran dikesan menjadikan imej-imej semasa Revolusi Kebudayaan China termasuk wajah pemimpin agung Komunis China, Mao Tse-tung sebagai dekorasi.

Restoran Austin Steambot ini terletak di 83 Jalan Mutiara Emas 10/19 Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor.

Menerusi paparan pada laman Facebook restoran itu juga didapati para pekerjanya turut berpakaian seperti tentera China semasa era Mao Tse-tung lengkap dengan topi berbucu tiga dan bintang merah.

Pendedahan menerusi aduan awam ini tidak sampai 24 jam selepas laporan Informasi Tempur berhubung dua buah restoran di Pulau Pinang yang memaparkan dekorasi berunsur komunis.

Revolusi Kebudayaan China iaitu era dimana warga China harus mematuhi aturan ketat komunisme, hanya membaca surat khabar tertentu dan harus membawa buku kecil merah berisi pernyataan dan pidato Mao Tse-tung.

Pada gambar-gambar propaganda ini menunjukkan pemuda-pemudi Tentera Merah memegang dan mengangkat buku kecil iaitu Buku Merah ideologi komunis.

Sumber: Informasi Tempur